Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung
Suhaili suka makan nasi lemak dan dan (a) Suhaili suka makan nasi lemak.
mi sup. (b) Suhaili suka makan mi sup.

Rumah yang besar itu rumah Fazli. yang (a) Rumah itu besar.
(b) Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa bahawa(a) Dia memberitahu.


kakaknya akan melanjutkan (b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran
pelajaran ke luar negara. ke luar negara.

Dia akan balik ke kampung apabila apabila(a) Dia akan balik ke kampung.
ada masa lapang. (b) Dia ada masa lapang.

Latihan :
1) Cerakinkan setiap ayat majmuk dalam perenggan di bawah ini menjadi enam ayat tunggal
tanpa mengubah maksud asalnya.
Orang yang berkulit sawo matang itu mendengar khabar bahawa isterinya menjuarai pertandingan
masakan. Orang itu memang yakin bahawa isterinya akan memenangi pertandingan tersebut
kerana bidang masakan itu sangat diminati oleh isterinya.
1. ___________________________________________________________________________

2. ___________________________________________________________________________

3. ___________________________________________________________________________

4. ___________________________________________________________________________

5. ___________________________________________________________________________

6. ___________________________________________________________________________
2) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang sesuai supaya menjadi
ayat majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.


Ayah menonton televisyen.
___________________________________________________________________________

2. Hanita tinggal di Taman Aman.


Suresh tinggal di Taman Aman
___________________________________________________________________________

3. Amran melayari internet.


Amran mencari maklumat terbaru.
___________________________________________________________________________

4. Kasut itu berwarna biru.


Kasut itu sangat mahal.
___________________________________________________________________________

5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.
___________________________________________________________________________

3) Pisahkan ayat majmuk di bawah kepada ayat tunggal.

1. Pencari mutiara membawa bersama-samanya sebuah tukul kecil lalu menyelam dan
mengetuk-ngetuk tiram yang ditemuinya.

Ayat 1:
Ayat 2:
Ayat 3:

2. Gejala buli berlaku akibat pelajar yang gila kuasa dan ingin dipandang hebat serta
meletakkan kuasa di tangan sendiri.
Ayat 1:
Ayat 2:
Ayat 3:
3. Kakak masih belum balik lagi walaupun sudah lewat malam.
Ayat 1:
Ayat 2:

4. Arina seorang pelajar yang bijak tetapi malas.


Ayat 1:
Ayat 2:

5. Manish sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.


Ayat 1:
Ayat 2:

6. Ayah memandu kereta sambil mendengar radio.


Ayat 1:
Ayat 2:

7. Bandar ini berkonsepkan bandar dalam taman yang mengutamakan alam sekitar dan
kehijauan.
Ayat 1:
Ayat 2:
Ayat 3:

8. Cikgu Zahari akan datang ke sekolah esok atau lusa?


Ayat 1:
Ayat 2:

You might also like