Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

EPPA3034 PERAKAUNAN DAN PELAPORAN KORPORAT


SEMESTER I SESI 2021/2022

TUTORIAL 2: PENGGABUNGAN SELEPAS TARIKH PEROLEHAN

SOALAN 1

Maklumat berikut dipetik dari buku akaun syarikat Jupiter Bhd. dan Lestari Bhd.:

Penyata Pendapatan
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2020
Jupiter Bhd Lestari Bhd
RM RM
Jualan 1,950,100 1,210,300
(-) Kos Barang Dijual 650,250 420,000
Untung Kasar 1,299,850 790,300
Belanja Operasi 320,500 230,350
Hasil dividen 493,421 -
Belanja faedah - 160,000
Hasil faedah 160,000 -
Untung Sebelum cukai 1,632,771 399,950
Cukai (24%) 391,865 95,988
Untung Selepas cukai 1,240,906 303,962

Penyata Kedudukan Kewangan


pada 31 Disember 2020
Jupiter Bhd Lestari Bhd
RM RM
Tanah 300,000 674,000
Mesin 640,000 680,000
Pinjaman kepada Lestari Bhd 2,000,000 -
Pelaburan dalam Lestari Bhd 420,000 -
Inventori 650,000 720,000
Penghutang 650,000 968,000
Bank 660,906 421,962
5,320,906 3,463,962

Syer Ekuiti 1,200,000 200,000


Perolehan Tertahan 3,840,906 1,103,962

1
Pemiutang 280,000 160,000
Pinjaman daripada Jupiter Bhd - 2,000,000
5,320,906 3,463,962

Maklumat Tambahan:

1. Jupiter Bhd membeli 75% kepentingan dalam ekuiti Lestari Bhd pada 1 Januari 2017.
Pada tarikh tersebut aset bersih Lestari Bhd diwakili oleh ekuiti pemegang saham
yang terdiri daripada Syer Ekuiti berjumlah RM200,000 dan perolehan tertahan
sebanyak RM300,000.

2. Pada bulan April 2019, Lestari Bhd. menjual sebuah mesin kepada Jupiter Bhd pada
harga RM30,000. Mesin tersebut telah dibeli oleh Lestari Bhd pada harga RM90,000
pada 1 Januari 2016. Nilai pasaran bagi mesin itu pada tarikh berkenaan hampir
menyamai nilai bawaan di akaun Lestari Bhd. Adalah menjadi polisi kumpulan untuk
menyusutnilaikan mesin menggunakan kaedah garis lurus sepanjang tempoh 12
tahun. Kumpulan mengenakan caj satu tahun penuh pada tahun perolehan selaras
dengan polisi kumpulan.

3. Pada bulan Jun 2019, Jupiter Bhd menjual sebidang tanah kepada Lestari Bhd pada
harga RM300,000. Rekod-rekod menunjukkan bahawa nilai buku bagi tanah tersebut
adalah sebanyak RM250,000.

4. Sepanjang tahun 2020, Lestari Bhd menjual barangniaga kepada Jupiter Bhd.
berjumlah RM420,000 dengan margin keuntungan sebanyak 20%. Inventori awal
dan inventori akhir Jupiter Bhd masing-masing termasuk bahagian berjumlah
RM80,000 dan RM120,000 daripada barangniaga yang dibeli daripada Lestari Bhd.

5. Jupiter Bhd. memberikan pinjaman bernilai RM2,000,000 kepada Lestari Bhd pada
kadar 8% setahun.

6. Maklumat pergerakan perolehan tertahan adalah seperti berikut:

Jupiter Bhd Lestari Bhd


RM RM
Perolehan Tertahan Awal 4,300,000 1,300,000
(+)Perolehan Tempoh Semasa 1,240,906 303,962
(-)Dividen Interim Dibayar 900,000 300,000
(-)Dividen Akhir Dicadang 800,000 200,000
Perolehan Tertahan Akhir 3,840,906 1,103,962

Dikehendaki:

Sediakan:

2
a) Penyata Pendapatan Disatukan bagi Kumpulan Jupiter Bhd bagi tahun berakhir 31
Disember 2020.

b) Pergerakan Perolehan Tertahan bagi Kumpulan Jupiter Bhd pada 31 Disember 2020.

c) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan Disatukan bagi Kumpulan Jupiter Bhd pada
31 Disember 2020.

Tunjukkan semua pengiraan terutama pengiraan muhibah, kepentingan bukan


kawalan dan untung belum realis.

SOALAN 2

Berikut adalah maklumat Penyata Kewangan Warisan Bhd dan syarikat subsidiarinya,
Indah Bhd, bagi tahun berakhir 30 Jun 2020.

Penyata Kedudukan Kewangan Pada 30 Jun 2020


Warisan Bhd Indah Bhd
RM RM
Ekuiti dan Liabiliti Jangkapanjang
Syer Ekuiti 70,000,000 20,000,000
Perolehan Tertahan 8,907,600 7,153,800
78,907,600 27,153,800
Liabiliti Jangka panjang 12,500,000 4,000,000
91,407,600 31,153,800
Aset Bukan Semasa
Hartanah, Loji dan Peralatan 65,245,500 25,231,250
Pelaburan dalam Indah Bhd 14,800,000 0
Jumlah Aset Bukan Semasa 80,045,500 25,231,250
Aset Semasa
Dividen Belum Terima 812,500 0
Lain-lain Aset Semasa 16,083,600 10,062,550
Jumlah Aset Semasa 16,896,100 10,062,550
Liabiliti Semasa
Dividen Belum Bayar -2,300,000 -1,250,000
Lain-lain Liabiliti Semasa -3,234,000 -2,890,000
Jumlah Liabiliti Semasa -5,534,000 -4,140,000

3
Modal Kerja 11,362,100 5,922,550
91,407,600 31,153,800

Penyata Pendapatan Bagi tahun berakhir 30 Jun 2020

Warisan Bhd Indah Bhd


RM RM
Hasil Jualan 23,328,000 16,100,000
KBDJ -9,330,000 -6,740,000
Untung Kasar 13,998,000 9,360,000
Belanja-Belanja -3,488,000 -2,905,000
10,510,000 6,455,000
Laba Atas Jualan Mesin 0 800,000
Hasil Dividen 1,539,474 0
Untung Sebelum Cukai 12,049,474 7,255,000
Belanja Cukai (24%) 2,891,874 1,741,200
Untung Selepas Cukai 9,157,600 5,513,800

Maklumat tambahan:

1. Warisan Bhd telah memperolehi kepentingan 65% dalam Indah Bhd pada 1 Julai
2016. Pada tarikh tersebut pendapatan tertahan Indah Bhd berjumlah RM2,300,000.

2. Pada 15 Julai 2019, Indah Bhd telah menjual sebuah mesin kepada Warisan Bhd pada
harga RM4 juta. Nilai buku mesin dalam Indah Bhd menunjukkan baki berjumlah
RM3,200,000 pada tarikh tersebut. Mesin tersebut telah dibeli pada 1 Julai 2017 dan
syarikat menggunakan kaedah garis lurus sepanjang 10 tahun untuk menyusut nilai
aset.

3. Andaikan hasil dan belanja kedua-dua syarikat terakru sama rata sepanjang tahun.

4. Perolehan tertahan dan dividen:


Warisan Bhd Indah Bhd
RM RM
Perolehan Tertahan Awal 3,750,000 3,440,000
Untung Semasa 9,157,600 5,513,800
Dividen Interim Dibayar -1,700,000 -550,000
Dividen Akhir Dicadang -2,300,000 -1,250,000
Perolehan Tertahan Akhir 8,907,600 7,153,800

5. Kadar cukai korporat ialah 24%.

Dikehendaki:

4
(a) Kirakan muhibah yang akan diiktiraf oleh Warisan dari perolehan kepentingan
dalam Indah Bhd.

(b) Sediakan Penyata Pendapatan Disatukan untuk Warisan Bhd dan Kumpulan bagi
tahun berakhir 30 Jun 2020.

(c) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan Disatukan untuk Warisan Bhd dan
Kumpulan pada 30 Jun 2020.

You might also like