Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim.

Yang berbahagia, Encik Alimin bin Darus, Pengurus Bank Islam Cawangan Jitra,
Yang berusaha, Encik Burhanurdin bin Hasan, Guru Besar SK Darulaman Heights,
Yang berusaha Doktor Faisal bin Mustafa, Naib Yang dipertua PIBG Sk Darulaman Heights,
Yang dihormati, Puan Aida Ayu Bt Abu Sujak,, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Kasniyati Bt Mohd Yusof , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Hassimah Binti Yusop Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru,guru-guru KAFA, barisan AJK PIBG SK Darulaman Heights
Ibu bapa, penjaga dan seterusnya
Anak-anak murid cemerlang yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat
saya memberi sepatah dua kata. Saya amat berbangga kerana pada tahun ini SK
Darulaman Height telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik bagi tahun 2023 setelah hampir 3 tahun tidak dapat melakukannya kerana
pandemic Covid 19 yang melanda seluruh dunia.
 
Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang
menjemput saya untuk sama-sama memeriahkan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik ini. Saya mewakili PIBG sekolah ini merakamkan sekalung penghargaan
kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik anak-anak kami sehingga berjaya
seperti hari ini.

Gandingan yang baik antara ibu bapa dan guru-guru serta kakitangan sekolah
memungkinkan kejayaan anak-anak ini. Semoga penghargaan ini akan meniup
semangat yang lebih kepada murid-murid yang berjaya khasnya dan kepada semua
murid-murid di sekolah ini umumnya.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik adalah kayu ukur kepada prestasi
pencapaian murid dalam bidang akademik. Bagi murid yang berjaya meraih anugerah
cemerlang, pihak PIBG ingin mengucapkan syabas dan tahniah dan bagi murid yang
belum berjaya, jangan putus asa kerana preskripsi kejayaan ialah rajin, tekun dan gigih
berusaha serta sentiasa berdoa kepada-Nya. Insya-Allah, usaha yang gigih
pasti menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian


Krisis global akibat penularan wabak covid-19 memberi tamparan hebat kepada sektor pendidikan
namun saya berasa begitu kagum sebenarnya dengan usaha yang sangat padu daripada semua pihak
termasuk guru, murid ,ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya dalam membantu anak-anak murid
sehingga mencapai kejayaan pada hari ini

Setelah hampir dua tahun kita mengharungi pendidikan menerusi dunia maya, satu cabaran baharu
buat guru dan anak-anak kita, menjadikan tugasan guru semakin mencabar. Kepelbagaian kaedah
dan platform pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu bukan sesuatu yang mudah
sebenarnya untuk dikuasai namun guru sentiasa meletakkan murid sebagai keutamaan. Mereka
terpaksa menguasai dan mempunyai kemahiran literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
dalam tempoh masa yang singkat.

Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa atas galakan, didikan serta perhatian terhadap anak-
anak sepanjang mereka menjalani PdPR sehingga mereka mampu memperoleh kecemerlangan dan
berdaya saing dengan murid-murid lain. Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan anak-
anak terus mencapai kemerlangan pada masa akan datang Alhamdulillah, kini anak-anak dapat belajar
secara bersemuka, cara yang sememangnya terbaik untuk mereka belajar.

Hadirin sekalian
Diharapkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ini ini dapat menjadi perangsang
kepada murid-murid untuk terus berjaya dengan cemerlang, seterusnya juga dapat memberi
dorongan kepada murid-murid lain untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik .

Syabas kepada semua guru dan murid yang telah bekerja keras untuk memastikan
kejayaan dan kelancaran Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ini. Para ibu bapa,
murid dan PIBG yang telah menyumbang dan memberi sokongan secara langsung
mahu pun secara tidak langsung menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik  diucapkan ribuan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah
SWT.  Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak
sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus
menyokong  segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu
kecemerlangan murid.

 Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat  bersama-sama
menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.  Kami AJK
PIBG sesi telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Dalam
segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak
kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan puan telah digunakan dengan sebaik-
baiknya untuk membantu  program-program sekolah bertujuan meningkatkan
pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.

Saya merasakan para guru akan merasakan bangga jika kita sebagai ibu bapa sentiasa
mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar,
kecemerlangan seseorang murid ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka
dalam menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama Islam. Mereka
juga mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah.  Untuk ini, kita perlu mendampingi dan
selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan
melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-mata. Mungkin sikap
mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika di sekolah.

Akhir kalam, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama
padu demi melihat kejayaan anak-anak murid semua. Terima kasih yang tidak terhingga
saya kepada Yang Berusaha kerana sudi singgah kemari untuk merasmikan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik  kali ke-9 tahun 2022/23.

Saya tinggalkan tuan-puan dengan serangkap pantun buat renungan semua, semoga
menjadi panduan dalam kita berusaha mendidik anak-anak kita menuju kecemerlangan
akademik dan sahsiah.
Kembara laksamana ke Tanjung Loka,
Berehat sebentar di pohon tualang,
Salam tahniah kami ucapkan
Kepada penerima anugerah cemerlang

 Sekian, terima kasih.


TEKS UCAPAN

YANG DIPERTUA PIBG

MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN AKADEMIK
2022/23

You might also like