Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ATUR CARA MAJLIS

MASA AKTIVITI

09:15 – 09:30 pagi Kehadiran Jemputan

09:30 – 10:00 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

Bacaan doa

Ucapan Guru Besar

Ucapan tetamu jemputan (Puan Noriah binti Arshad)

Tayangan video khas: Memoriku di Prasekolah

10:00 – 10:30 pagi Penyampaian cenderamata kepada ibu bapa murid

Sambutan Hari Lahir

10:30 – 11:45 pagi Jamuan makan

11:45 pagi – 12:00 tengah hari Mengemas dan bersurai


TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR (JULAI – DISEMBER) DAN
JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH SK SIMPANG EMPAT SESI 2022 / 2023

MASA / PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN

9:15 – 9:30 pagi -tiada- Kehadiran tetamu


-pendaftaran
kehadiran

9:30 – 10:00 pagi Melayang serindit di atas permatang, Ucapan alu-aluan


(Puan Shuhada) pengacara majlis
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam


sejahtera.
Yang Berusaha, Tuan Guru Besar SK Simpang Empat Encik
Kamarudin bin Jaffar,
Yang dihormati, mantan Guru Besar SK Simpang Empat, Puan
Noriah binti Arshad.
Yang Dihormati barisan kepimpinan pentadbiran sekolah,
1. Puan Hazwira Aznor binti Mohd Alwi
2. Encik Abdul Rashid bin Mat Nor
3. Encik Lee Choong Sing
Tenaga pengajar Prasekolah,
1. Encik Muhammad Uwais Al Qorni bin Abdullah
2. Puan Azlia binti Mohd Arshad
3. Ustazah Marshitah binti Mohd Aini
4. Ustazah Sabariah binti Marhom
Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah,
1. Puan Mazni Zuhairah binti Mohamad Malek
2. Puan Nor Rafidah binti Basaruddin
Seterusnya, Yang Dirai dan di kasihi ibu bapa dan murid-murid
Prasekolah SK Simpang Empat sesi 2022/2023.
Bersyukur kehadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya dapat kita
berkumpul dan bersatu didalam Majlis Sambutan Hari Lahir (Julai –
Disember) dan Jamuan Akhir Tahun Prasekolah SK Simpang Empat
bagi sesi 2022/2023 pada pagi ini.

Puan Azlia Kalau pergi Tanjung Keramat, Bacaan doa


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Majlis dengan ini menjemput Encik …………………………………………………………


untuk membacakan doa.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
**************(doa)**********************
Amin, amin, Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Encik ……………………………………………………….
Atas bacaan doa sebentar tadi.

Puan Syuhada Tidak molek, jika ada alu tiada lesungnya, Ucapan Guru Besar
Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tidak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Untuk tujuan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Guru Besar Sk
Simpang Empat iaitu Encik Kamarudin bin Jaffar untuk menyampaikan sepatah
dua kata. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
****************ucapan Guru Besar**********************
Terima kasih diucapkan kepada Encik Kamarudin di atas ucapan yang begitu
bermakna sebentar tadi.

Puan Azlia Tanpa melengahkan masa, majlis seterusnya menjemput tetamu undangan Ucapan Puan Noriah
kita iaitu mantan Guru Besar SK Simpang Empat, Puan Noriah binti Arshad
untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata.
Majlis sukacitanya mempersilakan.
*******************ucapan Puan Noriah**********************
Jutaan terima kasih kepada Puan Noriah diatas ucapan ringkas dan bermakna
sebentar tadi. Pihak majlis juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada
Puan Noriah kerana sudi menerima jemputan pihak kami untuk bersama-sama
meraikan anak-anak prasekolah pada pagi ini.

Puan Shuhada Sebelum kita ke acara kemuncak, marilah sama-sama kita saksikan video Tayangan video:
ringkas memori anak-anak sepanjang berada di Prasekolah SK Simpang Empat Memoriku di
bagi sesi 2022/2023. Prasekolah
*********************tayangan video****************************
Pisang emas pisang berangan,
Diambil monyet lari ke hutan,
Kisah di Prasekolah dilupa jangan,
Kenangan terindah sepanjang zaman.

10:00 – 10:30 pagi Bagi menghargai penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa Penyampaian
(Puan Azlia) kepada pihak Prasekolah, majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata
cenderamata kenang-kenangan daripada pihak Prasekolah kepada ibu bapa. kepada ibu bapa
Untuk tujuan itu, majlis menjemput Puan Noriah diiringi oleh Tuan Guru Besar
Encik Kamarudin dan Puan Hazwira selaku Penolong Kanan Pentadbiran untuk
bersama menyampaian cenderamata ini.
(rujuk lampiran senarai kehadiran)
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa semua.
Majlis juga ingin menyampaikan cenderamata kepada Puan Noriah atas
kesudian menghadiri majlis kami ini.
***************pemberian cenderamata********************
Terima kasih diucapkan kepada Puan Noriah serta Tuan Guru Besar diatas
kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Puan Shuhada Seterusnya kita beralih ke acara yang ditunggu oleh anak-anak Prasekolah kita Sambutan hari lahir
iaitu sambutan hari lahir bagi anak-anak yang lahir pada bulan Julai sehingga & penyampaian
Disember. hadiah hari lahir
Dipersilakan anak-anak yang lahir pada bulan Julai iaitu……., Ogos, September,
Oktober, November dan Disember (nama rujuk lampiran) ke hadapan dewan
untuk kita sama-sama raikan hari lahir mereka.
*****************nyanyian lagu Birthday**************************
Semoga anak-anak ini membesar menjadi insan soleh dan solehah yang bijak
pandai serta berjaya dunia dan akhirat.
Majlis dengan ini menjemput Cikgu Uwais guru Prasekolah Ibnu Khaldun untuk
menyampaikan hadiah hari lahir kepada anak-anak Prasekolah beliau.

Seterusnya, majlis menjemput Cikgu Azlia iaitu Guru Prasekolah Ibnu Sina untuk
menyampaikan hadiah hari lahir kepada anak-anak Prasekolahnya pula.
Majlis juga menjemput ibu bapa bagi anak-anak yang menyambut hari lahir
untuk bergambar kenangan dimulai dengan anak-anak yang lahir pada bulan
Julai, seterusnya bulan Ogos,…………………………………………. Dan terakhir bulan
Disember.

10:30 pagi – 12:00 Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya ibu bapa
tengah hari murid Prasekolah SK Simpang Empat atas usaha dan kerjasama untuk
Puan Azlia menyediakan makanan kita pada hari ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga Prasekolah atas usaha
melaksanakan program terakhir bagi sesi 2022/2023 dengan jayanya.
Tidak lupa juga terima kasih diucapkan pihak pentadbiran sekolah dan seluruh
warga SEKASEH atas kerjasama yang diberikan sepanjang persekolahan sesi
2022/2023 ini.

Lebat rumbia di Kuala Kedah, Jamuan makan


Sayang senduduk di tepi muara,
Hidangan tersedia lama la sudah,
Tiba masa, menjamu selera.
Sebelum itu, majlis menjemput anakanda …………………………………………………..
dari Prasekolah Ibnu Sina untuk membacakan doa makan.
Majlis mempersilakan.
***************doa makan************************************
Terima kasih anakanda ………………………………………………….. atas bacaan doa
tersebut. Dijemput para tetamu untuk mengambil juadah yang tersedia di atas
meja.

Puan Shuhada Kami memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datanngnya daripada
Allah dan yang buruk itu daripada khilaf kami.
Sekian, terima kasih dan semoga bertemu lagi InsyaAllah.
Assalamualaikum wbt.

You might also like