Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jawaban Lengkap:

Kes penipuan Internet semakin meningkat di seluruh dunia. Saban hari, portal berita
menyiarkan kisah mangsa sindiket penipuan Internet yang mengalami kerugian yang
mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit. Persoalannya, bagainamakah penipuan Internet
berlaku? (33)
Penipuan ini dilakukan melalui panggilan palsu yang dibuat secara rawak oleh 'scammer'
yang menyamar diri sebagai pegawai kerajaan. Mereka akan meminta maklumat kewangan
seperti nombor akaun bank daripada mangsa. Kesannya, mangsa turut menyerahkan kata
laluan bank tanpa kesedaran. Sesungguhnya, sindiket ini menekan mangsa secara psikologi
yang terbabit dalam kesalahan jenayah. (50)
Seterusnya, jenayah penipuan Internet ini dapat menyebabkan mangsa terseksa sepanjang
hayat. Buktinya, mereka dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukan. Impaknya, sindiket
penipuan Internet ini mampu menimbulkan kekeliruan dan kekecohan dalam kalangan
masyarakat. Secara ringkasnya, mangsa yang terlibat dalam penipuan Internet akan
menghadapi masalah yang negatif. (45)
Selanjutnya, semua rakyat memainkan peranan yang penting dalam mengatasi penipuan
Internet. Contohnya, mereka harus sentiasa mendapat sumber yang boleh dipercayai
dengan melayari media social rasmi. Hal ini boleh mengurangkan penyebaran maklumat
palsu kepada mangsa. Ibarat sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna,
masyarakat harus berhati-hati semasa menggunakan Internet. (42)
Kesimpulannya, penipuan Internet akan membawa keburukan kepada masyarakat. Orang
awam dinasihati agar sentiasa berwaspada terhadap modus operandi penipuan supaya tidak
menjadi mangsa penipuan Internet yang seterusnya. Moga-moga penipuan Internet akan
ditangani oleh pihak berkuasa pada masa hadapan. (37)

[207 patah perkataan]

11

You might also like