Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
(TUMPUAN PENDIDIKAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN
DADAH 3PD) [SPADA]

CPE 5600: PENGUJIAN DAN PENGUKURAN


DALAM KAUNSELING

TUGASAN INDIVIDU: 

Pengalaman melakukan ujian psikologi


bersama kaunselor berdaftar

PENSYARAH :
DR. DHARATUL NISSA BINTI PUAD MOHD KARIM

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD ZULFADLI BIN MOHAMED SALLEH
(GS64561)

1
1. LATAR BELAKANG KAUNSELOR BERDAFTAR

1. Nama : Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan K.B., P.A

2. Bangsa : Melayu

3. Agama : Islam

4. Jawatan : Pegawai Psikologi Senior

5. Alamat : Pusat Bahagian Kaunseling UPM,

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang,

Selangor Darul Ehsan.

6. Kepakaran : Personaliti dan Pembangunan Kendiri

7. Pendaftaran : KB01637, PA01214

8. Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Organisasi,

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Tahun 2008

9. Tempoh : 14 tahun (2009 – kini)

Perkhidmatan

10. Email : anis_akmil@upm.edu.my

2. ISU YANG DIBAWA KEPADA KAUNSELOR

Berdasarkan keputusan ujian personaliti linggo yang telah dibuat bersama kaunselor berdaftar

dan isu yang dibawa kepada kaunselor adalah isu atau tema kekeluargaan. Keluarga merupakan

komponen penting dalam pembentukan masyarakat dan perkembangan generasi seterusnya.

Matlamat kekeluargaan adalah untuk menjalin silaturahim, tolong menolong dan kasih sayang

agar dapat membina hubungan yang harmoni. Apabila ibu bapa sudah meningkat usia dengan

faktor kesihatan yang terjejas memerlukan penjagaan yang rapi oleh anak-anak. Terlalu banyak

2
ujian dan kekhilafan yang harus dijaga terutamanya dalam penjagaan hati dan perasaan yang

sangat mencabar kerana ia memerlukan kesabaran yang kadang kala termakan hati juga.

Walaupun mempunyai adik beradik seramai tujuh orang dan mempunyai sistem penggiliran

dalam penjagaan tetapi tugas menjaga makan minum serta ubat bukanlah sesuatu yang mudah.

Pengorbanan tenaga, masa dan kominten oleh anak-anak mestilah diambil kira agar dapat

diselaraskan mengikut kesesuaian jadual keluarga masing-masing.

3. ALAT UJIAN YANG DIPILIH OLEH KAUNSELOR

NAMA UJIAN : UJIAN PERSONALITI WARNA (LINGGO)

TARIKH UJIAN : 23 MEI 2023

MASA UJIAN : 2.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT BAHAGIAN KAUNSELING UPM

Ujian personaliti ini merupakan adaptasi daripada 'Linggo Personality' yang menggariskan

empat jenis gagasan personaliti utama iaitu Jingga, Biru, Hijau dan Emas. Penyataan yang

diberikan adalah secara turutan mengikut ciri-ciri keutamaan seperti :

1 : Sangat Seperti Saya,

2 : Seperti Saya,

3 : Mungkin Saya,

4 : Kadang-kadang Saya.

3
Ciri-ciri keutamaan ini akan memberikan maklumat tentang personaliti dengan lebih tepat dan

terperinci. Terdapat lima bahagian pernyataan yang perlu dijawab secara jujur dan

menggambarkan diri sendiri yang sebenar.

Logikal

Perancang Pemikir

Komuniti Individual

Penghubung Penggerak

Emosi

4
4. PROSES PENTADBIRAN DAN PENTAKSIRAN

Proses pentadbiran dan pentaksiran adalah mengenai personaliti kita dan maklumat personaliti

secara umum. Skor yang paling rendah adalah menggambarkan personaliti paling dominan

bagi diri anda. Berikut adalah hasil keterangan warna personaliti yang telah diberikan

berdasarkan pentaksiran ujian tersebut.

Hasil dapatan skor mendapati saya berada di kedudukan seperti gambarajah di atas, ia jelas

menunjukkan personaliti yang paling dominan dengan saya. Keterangan skor adalah seperti

berikut :

5
1 EMAS Personaliti Emas

- Dikenali sebagai Perancang.

- Seorang yang mempunyai peraturan diri dan berdisiplin.

- Seorang yang sangat mementingkan ketertiban dan kekemasan dalam tugas.

- Sangat bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan.

- Mempunyai sifat melindungi (keibubapaan) yang tinggi.

2 HIJAU Personaliti Hijau

- Dikenali sebagai Pemikir.

- Seorang yang gemar membaca untuk mengetahui isu-isu semasa.

- Seorang yang sangat berdikari dalam perhubungan.

- Mementingkan hasil (end result) berbanding cara melaksanakannya.

- Sangat fokus apabila melakukan perkara yang digemari.

3 BIRU Personaliti Biru

- Dikenali sebagai Penghubung.

- Seorang yanmg sering menjadi tumpuan rakan untuk meluahkan perasaan.

- Seorang yang sensitif, lembut hati dan mudah bersimpati.

- Seorang yang suka bekerja dalam satu pasukan berbanding bersendirian.

- Seorang yang sangat bagus dalam berkomunikasi.

4 JINGGA Personaliti Jingga

- Dikenali sebagai Penggerak.

6
- Seorang yang sangat spontan dalam melakukan sesuatu.

- Mempunyai keberanian dan daya tindak yang pantas.

- Seorang yang gemarkan aktiviti luar (outdoor) / bukan aktiviti statik.

- Seorang yang bertenaga dan menikmati kehidupan semasa.

Personaliti seseorang boleh berubah bergantung perkara/insiden yang berlaku kepada diri

seseorang. Selain itu, faktor perubahan keperluan di persekitaran semasa individu juga, boleh

menjadi faktor perubahan personaliti. Melalui personaliti ini, anda boleh memahami diri dengan

lebih jelas mengenai kekuatan dan kelemahan diri. Antara elemen-elemen yang oleh dikenali

pasti melalui personaliti ini adalah :

a) Sifat Kepimpinan

b) Pengendalian konflik

c) Pengendalian perhubungan (rakan)

d) Pengendalian tekanan (stres)

e) Mengurus keyakinan diri

7
5. REFLEKSI

Secara keseluruhannya, saya lebih mengenali personaliti saya dengan lebih dekat berdasarkan

skor yang telah diberikan. Saya lebih yakin dan bersemangat apabila jenis personaliti tersebut

bertepatan dengan apa yang saya rasa dan fikirkan. Penerangan oleh kaunselor juga jelas dan

bertepatan seperti yang menggambarkan diri saya yang sebenarnya.

Disediakan oleh :

zulfadli
.................................................................................

(MOHD ZULFADLI BIN MOHAMED SALLEH)

No. Matrik : GS64561

Pelajar Master Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling,

Tumpuan Program Pendidikan, Pencegahan Dan Pemulihan Dadah (3PD SPADA),

Fakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia.

You might also like