Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JABATAN KERJA RAYA,

Unit Tentera JKR Negeri Johor,


Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan,
Kem Mahkota,
86000 Kluang, Tel : 07 7713186 / 07 7788041
Johor. Fax : 07 7733050
      Tel : 07          Email :jkrtenterajohor@jkr.gov.my

Sila nyatakan rujukan kami apabila menjawab surat ini.


Ruj. Kami : JKR.UTNJ.600-3/41 ( )
Ruj Tuan :
Tarikh :

TEGUH WARISAN JATI ENTERPRISE,


NO 1030, KAMPUNG AIR MERAH,
86800 MERSING,
JOHOR.

Tuan,

SEBUTHARGA : TANDAS JKR 8 DI MK 21 GGK KEM ISKANDAR MERSING.

PERKARA : KELEWATAN MENGEMUKAN INSURAN

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dukacita diperhatikan bahawa tuan didapati gagal mengemukakan polisi insuran untuk kerja di atas
kepada pejabat ini mengikut masa yang ditetapkan sebagaimana di dalam surat lantikan.

3. Sehubungan dengan itu tuan adalah dinasihatkan untuk menyegerakan penyediaan polisi insuran untuk
memastikan pelaksanaan kerja di tapak dilindungi oleh insuran sepenuhnya. Kegagalan berbuat demikian
boleh menyebabkan tuan atau pekerja tuan tidak dibenarkan memulakan kerja-kerja di tapak.

4. Sekiranga tuan masih gagal mematuhi perkara tersebut di atas, Pejabat ini akan mengambil tindakan
sewajarnya selaras dengan Syarat-syarat Inden Kerja.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………..
( YUSLIZA BINTI ALIAS )
Jurutera Awam Kanan,
Unit Tentera JKR Negeri Johor,
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan,
Kem Mahkota, Kluang,
Johor.

You might also like