Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

 

Assalamualaikum WBT… dan selamat sejahtera,

Terima kasih saudari pengerusi majlis,

Yang berusaha,

Puan Sharifah Zulkhaireen binti Syed Zulfida,

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Putrajaya Presint 18(1)

Encik Mohamad bin Satar

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Rozita binti Salleh

Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Zaimee binti Zainal Abidin,

Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru-guru kanan,

Rakan-rakan guru,

Dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Saya selaku wakil guru-guru yang bertugas pada minggu

lepas ingin memberi sedikit laporan tentang peristiwa atau

aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu lepas.


Alhamdulillah perjalanan persekolahan dan aktiviti pada

minggu lepas berjalan dengan baik dan harmoni sama seperti

minggu2 sebelumnya.

Hari Persekolahan pada minggu lepas bermula pada hari

Selasa memandangkan hari Isnin merupakan cuti sempena

Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong.

Pada hari Khamis pula, telah diumumkan keputusan Rasmi

bagi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) di mana secara

keseluruhannya sekolah kita telah mencatat keputusan yang

lebih baik berbanding tahun tahun lepas.

Diharap dengan pencapaian kakak-kakak dan abang2 pada

tahun 2022 ini akan sedikit sebanyak memberi semangat dan

motivasi kepada murid murid untuk berusaha dan mencatat

keputusan yang lebih baik pada tahun tahun yang akan

datang.
Seterusnya, bagi disiplin murid. Disiplin murid bagi minggu

lepas adalah kurang memuaskan.

Terdapat aduan daripada guru-guru yang mendapati masih

ramai murid yang datang lewat ke sekolah.

Bukan itu sahaja, terdapat juga murid murid yang melanggar

lampu isyarat berhadapan petronas. Perkara ini bukan sahaja

melanggar undang-undang tapi juga akan membahayakan

nyawa.

Terdapat juga murid murid yang membuat bising ketika lalu

di koridor sehingga menggangu proses pdp di dalam kelas.

Dan apabila ditegur murid murid ini bukan sahaja tidak

meminta maaf bahkan telah melawan guru yang menegur

tersebut.

Selain daripada itu, Sepanjang minggu lepas juga, didapati

murid murid telah membeli di kantin dan koperasi ketika

waktu pdp. Saya pernah terserempak dengan pelajar yang


masih lagi beratur membeli makanan walaupun telah melebihi

pukul. 7.30 pagi.

7.30 pagi sepatutnya murid2 berada di mana?

Bagi Pakaian seragam sekolah pula, walaupun sekarang murid

murid pakai baju sukan ke sekolah. Tetapi sila pastikan

tudung2 murid2 ditampal/dijahit dengan lencana sekolah.

Bagi aspek kebersihan pula..

Kebersihan adalah memuaskan. Terdapat Murid murid yang

datang awal iaitu sebelum sesi pembelajaran bermula

didapati menggunakan masa tersebut untuk membersihkan

kelas.

Tahniah diucapkan. Diharap murid murid yang lain dapat

mencontohi sikap murid murid ini.

Sekian saja laporan daripada saya,

Saya serahkan kembali majlis kepada saudari pengerusi

majlis.
Sekian Terima Kasih.

You might also like