Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

BENGKEL DAN TEKNIK MENJAWAB


SAINS PPSR 2018

 RASIONAL

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang


dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang
belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid
yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu
subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik
dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini maka panitia Bahasa
Melayu bersama guru-gurunya ingin mengadakan Bengkel dan Teknik Menjawab
Kertas bahasa Melayu Penulisan bagi memastikan para pelajar dapat membuat
persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR.
Bengkel dan Teknik Menjawab Kertas UPSR merupakan program peningkatan
tahunan yang diadakan untuk memberi pendedahan kepada calon berkaitan kaedah
dan cara terbaik untuk menjawab kertas-kertas peperiksaan UPSR. Bengkel ini
merupakan program berkesan dan efektif untuk setiap calon sebagai satu platform
penerangan kepada murid, agar proses menjawab soalan tidak menyimpang dan
tersasar daripada matlamat asal.
Tambahan pula, penceramah yang dijemput khas adalah dalam kalangan mereka
yang cemerlang serta berpengalaman luas dalam mata pelajaran Sains ( 018).
Pihak sekolah positif dan optimis bahawasanya program yang ingin dilaksanakan
ini akan menjana kecemerlangan sekolah serta mampu mencapai sasaran yang
telah disasarkan dalam UPSR.
OBJEKTIF

1. Murid mengenalpasti kaedah dan teknik terbaik dalam menjawab soalan-


soalan sebenar UPSR.

2. Murid mendapat pendedahan kepada bentuk soalan sebenar UPSR.

3. Murid juga mengenalpasti bahagian atau topik – topik yang perlu diberikan
penekanan.

ANJURAN

Panitia Sains Sk Bukit Mutiara

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 6 SK Bukit Mutiara ( 152 orang calon)

TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : 18 Julai 2018 (Rabu)
Tempoh : 1 Hari
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Foyer Sk Bukit Mutiara

PENCERAMAH
Encik Musa bin Atan

SUMBER TENAGA
Semua guru Sains tahap 1 dan 2

PERB ELANJAAN

Penceramah : RM 200.00
SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara

STRATEGI PELAKSANAAN

- Perbincangan dengan Guru besar dan Penolong Kanan 1

- Perbincangan dengan ahli jawatankuasa.

- Penyusunan aktiviti.

- Penyediaan bahan serta keperluan aktiviti.

- Pelaksanaan aktiviti.

- Penilaian dan laporan

KAWALAN DAN PENYELIAAN


Guru Sains Sk Bukit Mutiara

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Puan Noor Huda binti Hamid

Pengerusi II : Puan Jalilawati binti Jamian

Penyelaras : Puan Jazariah binti Sekin

Setiausaha : Puan Azhani binti Mohd Salleh

Bendahari : Puan Intan Adura binti Jumaat

AJK

Persediaan Tempat : Encik Mohd Nizam bin Omar

P.A Sistem & Siaraya : Encik Norkhairil bin Mohamad

Sambutan : Encik Zikril Hakim bin Ramli


Juruacara Majlis : Puan Jazariah binti Sekin

 ATURCARA PROGRAM
8.00 pagi : Persiapan tempat

8.15-10.00 : Bengkel dan Teknik Menjawab soalan Sains

 PENILAIAN
 Petunjuk prestasi :
i Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang dijalankan.

ii Kelicinan perjalanan program.

iii Keberkesanan dan mencapai matlamat.

 Cara mengukur prestasi :


i Peningkatan dalam akademik

ii Maklum balas dari AJK

Disediakan Oleh: Disahkan / Diluluskan :

(JAZARIAH BINTI SEKIN ) (NOOR HUDA BINTI HAMID)


Penyelaras Teknik Menjawab Guru Besar
Kertas Sains PPSR SK Bukit Mutiara
SK Bukit Mutiara

Tarikh:

______________________ ______________________

You might also like