Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK TEDURI ,09100 BALING KEDAH.

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI 1 2021.

TARIKH : 1 FEBRUARI 2021 (ISNIN)


MASA : 12.45 -2.00 ptg.
TEMPAT : MAKMAL ICT SKTT.

KEHADIRAN :
PN. RAFIDAH BT. SHAARI (KETUA PANITIA)
PN. DALILA BINTI MOHD NOOR (SETIAUSAHA PANITIA)
En. KHAIRUL IZWAN B. MOHD NORDIN (AJK )

AGENDA MESYUARAT:

1. Aluan pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Pengesahan jawatankuasa pelantikan 2021
5. Rancangan Pengajaran Tahunan dan DSKP
6. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
7. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
8. Program peningkatan
9. Peruntukan Kewangan PCG
10. Perancangan Strategik Panitia
11. Hal-hal lain
12. Ucapan penangguhan

I. Aluan Pengerusi.
1. Pn.Rafidah mengalu-alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat panitia sejarah pada kali ini.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
II. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
2. Pn. Dalila membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
Cadangan : Pn. Rafidah
Sokongan : En. Khairul Izwan

III. Perkara berbangkit


3. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan banyak yang tidak dapat dilaksanakan kerana kita
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya PDPR.

IV. Pengesahan jawatankuasa pelantikan 2021


4. Jawatankuasa pelantikan bagi Panitia Sejarah bagi tahun 2021 telah dipersetujui. Pn.
Rafidah kekal sebagai Ketua Panitia Sejarah dan Pn. Dalila sebagai setiausaha.
Tindakan : Makluman

V. Rancangan Pengajaran Tahunan dan DSKP


5. Semua guru perlu membuat Rancangan Pengajaran Tahunan mengikut DSKP
yang ditetapkan. QR Kod boleh digunakan untuk menyimpan RPT dan DSKP.
Namun, RPT dan DSKP secara bercetak juga perlu sebagai rujukan.
Tindakan : Semua guru Sejarah
VI. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
6. Semua guru perlu menulis Rancangan Pengajaran Harian mengikut format yang
ditetapkan menggunakan fail rekod mengajar.
7. Penulisan objektif pembelajaran perlulah berdasarkan DSKP
8. Buku Rancangan Mengajar perlu dihantar untuk semakan pada setiap hari
Khamis
Tindakan : Semua guru Sejarah

VII. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


9. PBD dilaksanakan sepanjang tahun dengan sebanyak dua kali setahun bagi
penghantaran dan pelaporan PBD. Justeru, setiap guru Sejarah perlu menghantar
laporan bagi penggal pertama dan kedua.
Tindakan : Semua guru Sejarah

VIII. Program peningkatan


10. Guru perlu membuat PLC sekurangnya dua kali setahun bagi meningkatkan
kualiti PdPC guru di dalam kelas. Laporan PLC perlu diserahkan selepas PLC
dijalankan.
11. Bagi program peningkatan murid pula, guru diminta merancang satu sudut
sejarah di sekolah untuk menarik minat murid dengan sejarah. Bulan
Kebangsaan juga akan dikelolakan oleh Panitia Sejarah.
Tindakan : Semua guru Sejarah
IX. Peruntukan Kewangan PCG
12. Peruntukan Kewangan PCG perlu digunakan secara optimum untuk kegunaan
program peningkatan murid, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
13. Guru yang ingin membeli bahan bantu mengajar diminta menyenaraikan
barangan dan serahkan kepada ketua panitia.
Tindakan : Semua guru Sejarah

X. Perancangan Strategik Panitia


14. Panitia Sejarah dan ahli panitia akan bekerjasama untuk merancang dan menyiapkan
Perancangan Strategik 2021-2023.Antara perancangan program Panitia Sejarah ialah :

Bil Nama Program


.
1. Program Aku Dan Sejarah
(akronim sejarah, kosa kata sejarah & peta minda sejarah )

Tindakan : Ketua Panitia & Ahli


panitia

XI. Hal-hal lain


15. Bulan Kebangsaan akan dilaksanakan mengikut takwim sekolah. Seperti tahun
sebelumnya, bulan kebangsaan akan dijalankan antara Hari Kemerdekaan
hingga Hari Malaysia.
Tindakan : Makluman

XII. Ucapan penangguhan


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;


......................................... .......................................
(Pn.Dalila Bt Mohd Noor) (Pn.Rafidah Bt Shaari)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
Sk. Telok Teduri Sk. Telok Teduri

You might also like