Dernasiswa 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

TAJAAN PENDIDIKAN

DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)


KE MESIR DAN JORDAN 2023

BIDANG PENGAJIAN AL-QURAN & QIRAAT/ PERBANKAN ISLAM/ MUAMALAT


PENGAJIAN ISLAM/ BAHASA ARAB/ ULUM ISLAMIAH/ TAKHASUS QIRAAT KE
UNIVERSITI DI MESIR DAN JORDAN SESI 2023/2024

SYARAT AM
Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang
memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap
(Dermasiswa Zakat).
2. Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU
Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor; DAN
3. Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan
rawatan susulan (surat pengesahan doktor)

4. Telah membuat permohonan ke Mesir atau Jordan melalui Kementerian


Pengajian Tinggi https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/index.php

SYARAT AKADEMIK
DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT

MESIR (PENGAJIAN QIRAAT)


1. Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.75 dalam Diploma Tahfiz al-Quran Wal
Qiraat tahun 2023 dari institusi berikut:

a. Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


b. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,Pulau Chondong, Kelantan
c. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan
d. Kolej Hafiz, Klang, Selangor

2. Kepujian dalam SPM bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris; DAN

3. kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah,
Pengajian al-Quran dan as-Sunnah bagi sekolah aliran agama; ATAU

4. kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab


Komunikasi bagi sekolah aliran biasa.
1
STAM

MESIR (PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB)

1. Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM Tahun 2021 dan


ke atas; DAN

2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris;
SERTA sekurang-kurangnya gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.

3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:

a. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam


peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); ATAU

b. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam


peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); ATAU

c. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam


peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau
yang setaraf dengannya; DAN
4. Pemohon telah mengambil Imtihan Tahdid Mustawa.

SPM

MESIR (ULUM ISLAMIAH)

1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021 dan ke atas dengan


memperoleh sekurang-kurangnya kepujian gred A-, bagi mata pelajaran:

a. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran,


Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran al-Sunnah,
Pengajian Syariah Islamiah; ATAU

b. Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-


Quran dan al-Sunnah.

2. Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.

3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:

a. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam


peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); ATAU

b. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam


peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); DAN

2
c. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam
peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau
yang setaraf dengannya.

4. Pemohon telah mengambil Imtihan Tahdid Mustawa.

JORDAN (PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB / PENGAJIAN AL-QURAN &


QIRAAT/ PERBANKAN ISLAM/ MUAMALAT)

1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021 dan ke atas dengan


memperoleh sekurang-kurangnya kepujian gred A-, bagi mata pelajaran:

a. Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-


Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al
Balaghah); ATAU

b. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran,


Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran al-Sunnah,
Pengajian Syariah Islamiah; ATAU

c. Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-


Quran dan al-Sunnah; SERTA

2. Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.

3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:

a. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam


peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); ATAU

b. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam


peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); ATAU

c. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam


peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau
yang setaraf dengannya.

CARA MEMOHON
Permohonan secara dalam talian bermula 1 Jun 2023 di laman sesawang
https://epengajiantinggi.jais.gov.my

1. Pemohon perlu melampirkan bukti permohonan ke Timur Tengah dari


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

2. Tarikh tutup permohonan: 25 Jun 2023 jam 11.59 malam

3. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1)
bidang sahaja.
4. Setiap pemohon akan dinilai berdasarkan pengiraan Had Kifayah yang
ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

5. Pemohon yang telah berjaya akan dihubungi untuk ujian bertulis dan
temuduga.

6. Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada


tarikh tutup, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

7. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi & Sepanjang
Hayat, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS di talian 03 5514 3400 samb. 2035
atau email unitpengajiantinggibpi@jais.gov.my

You might also like