KERTAS CADANGAN NEGERI TAMU - Edited

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SULIT

KERTAS CADANGAN
KEDAH SEBAGAI NEGERI TAMU
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018
(PBAKL2018)

1.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan


cadangan Negeri Kedah sebagai Negeri Tamu Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2018.

Kertas ini bertujuan mendapatkan pertimbangan serta kelulusan Majlis


Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenai cadangan KEDAH SEBAGAI
NEGERI TAMU BAGI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA
LUMPUR 2018 pada 27 April hingga 6 Mei 2018 bertempat di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dengan kerjasama
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah yang bertindak sebagai
penyelaras.

2.0 LATAR BELAKANG PBAKL

2.1 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) adalah anjuran


Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia
(MABOPA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia
(MBEIA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Kontraktor
Buku Malaysia (PKBM), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku
Bumiputera Malaysia (PPPBBM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia
(MAPIM).

SULIT
SULIT

2.2 Pesta buku ini telah dianjurkan sejak tahun 1982 yang dianjurkan oleh
Persatuan Industri Perbukuan Tempatan di Dewan Tunku Canselor,
Universiti Malaya dengan jenama “Pesta Buku Malaysia”.

2.3 Bermula dari Changkat Pavilion, Pesta Buku Kuala Lumpur ini
dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pada tahun
1991, Pesta Buku Kuala Lumpur sekali lagi telah dijenamakan semula
dengan nama “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” (PBAKL) atau
Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF), apabila penyertaannya
dibuka kepada pengusaha buku dari luar negara. Pertambahan
penyertaan syarikat pengusaha buku dari dalam dan negara luar juga
telah menjadikan PBAKL sebagai salah satu pesta buku yang terunggul di
rantau ini. Merujuk kepada maklumat daripada Asean Book Publishers
Association (ABPA), tiga buah negara Asean yang menganjurkan pesta
buku peringkat antarabangsa terbesar adalah seperti berikut:

i. Kuala Lumpur International Book Fair : 900 gerai

ii. Bangkok International Book Fair : 700 gerai

iii. Indonesia Book Fair : 400 gerai

2.4 Bagi tahun 2018, Penganjuran PBAKL akan diadakan bagi kali ke 37 yang
bakal menghimpunkan 900 gerai pameran yang terdiri daripada
pempamer seluruh negara dan antarabangsa. PBAKL akan dianjurkan
selama 10 hari bermula 27 April hingga 6 Mei 2018 di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur di dewan seperti berikut:

i. Legar Putra
ii. Dewan Tun Hussien Onn (THO dan perkarangan Dewan THO)
iii. Dewan Tun Dr Ismail (TDI) dan perkarangan Dewan TDI
iv. Dewan Tun Razak 3 (TR3) dan perkarangan TR3
v. Dewan Tun Razak 4 (TR4)
vi. Dewan Merdeka
viii. Bilik Mawar

2 SULIT
SULIT

ix. Bilik Kelantan


x. Bilik Melaka
xi. Bilik Pulau Pinang
xii. Bilik Perak
xiii. Bilik Perlis
xiv. Bilik Kuala Lumpur- Bilik Seminar
xv. Bilik Labuan – Bilik Seminar

2.5 Sebanyak 610 buah gerai telah ditempah semasa Majlis Pra pelancaran
PBAKL 2018 yang diadakan pada 21 Disember 2017 yang lalu dan
penganjur mensasarkan pengunjung yang mengunjungi PBAKL 2018
adalah sebanyak 2.5 juta pengunjung. Sasaran ini ditetapkan merujuk
kepada rekod pengunjung PBAKL lima tahun seperti di dalam laporan
PBAKL :

PBAKL JUMLAH PENGUNJUNG


2013 2 juta
2014 2.2 juta
2015 2.5 juta
2016 2.2 juta
2017 2 juta
2018 2.5 juta (Sasaran)

Rekod pengunjung PBAKL 2017 adalah seperti berikut:

JUMLAH
TARIKH PENGUNJUNG
28hb April 2017 62,804
29hb April 2017 226,823
30hb April 2017 309,207
1hb Mei 2017 445,191
2hb Mei 2017 94,892
3hb Mei 2017 94,054
4hb Mei 2017 73,766
5hb Mei 2017 142,727
6hb Mei 2017 402,472
7hb Mei 2017 201,194
JUMLAH KESELURUHAN PENGUNJUNG 2,053,130

3 SULIT
SULIT

2.6 Pesta Buku Kedah yang dianjurkan setiap tahun oleh Perbadanan
Perpustakaan Awam Kedah mengambil inspirasi dan semangat daripada
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Ini merupakan
sumbangan besar daripada PPAK untuk memajukan industri penerbitan
buku tempatan dan menggalakkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
bidang perbukuan seperti penulisan, penyuntingan, ilustrasi,
penterjemahan, dan pemasaran buku di negara ini. PPAK berhasrat untuk
mengorak langkah menjenamakan Pesta Buku Kedah ke peringkat
nasional melalui Negeri Tamu PBAKL 2018.

2.7 Justeru itu, penganjuran PBAKL adalah amat penting kepada


pembangunan industri buku di negara ini kerana ia mampu menjana
ekonomi negara dan meningkatkan minat membaca di kalangan
rakyat Malaysia. Daripada segi mutu dan bilangan judul bahan bacaan
yang dipamerkan, ia jelas menunjukkan peningkatan, terutamanya buku
professional dan buku akademik.

3.0 KONSEP PENGANJURAN PBAKL

3.1 Penganjuran PBAKL adalah berkonsepkan kreativiti kandungan (creativity


content) bersesuaian dengan wujudnya beberapa program serta aktiviti
baharu untuk disertai oleh para pengunjung PBAKL. Pihak penganjur
bersama dengan Dewan Industri Buku Malaysia akan merancang aktiviti
/pengisian yang bersesuaian sepanjang berlangsungnya PBAKL 2018.

3.2 Pada tahun 2018, pihak penganjur telah menawarkan dan memilih Negeri
Kedah untuk menjadi NEGERI TAMU dan Negara Indonesia sebagai
NEGARA TAMU. Pemilihan ini adalah berdasarkan dan tidak pernah
diadakan lagi pada tahun sebelumnya. Pemilihan Negeri Kedah dibuat
berdasarkan kekayaan khazanah sejarah, kebudayaan, bahan terbitan dan
tempat pelancongan di Negeri Kedah. Manakala pemilihan Indonesia dibuat
untuk menyusun strategi pengantarabangsaan karya Malaysia ke luar negara.

4 SULIT
SULIT

3.3 Konsep Negeri Tamu

3.3.1 Status Negeri Tamu atau Negara Tamu di PBAKL merupakan suatu
pengiktirafan dan penghormatan daripada seluruh warga PBAKL kepada
negeri atau negara yang menerimanya dan akan diangkat sebagai negeri
atau negara kehormat. Ia merupakan koloborasi Perbadanan Perpustakaan
Awam Kedah dengan Bahagian Perancangan Negeri Kedah (BPEN), Muzium
Negeri Kedah dan Jabatan Kebudayaan Negeri Kedah.

3.3.2 Negeri Tamu perlu menyediakan perkara seperti berikut:

3.3.2.1 bahan pameran seperti khazanah sejarah Kedah, bahan terbitan


dan bahan promosi pelancongan Kedah

3.3.2.2 jualan/ sekiranya ada

3.4 Dalam penganjuran PBAKL ini juga, pempamer tidak dibenarkan

3.4.1 Menjalankan aktiviti tanpa kebenaran penganjur

3.4.2 Mempamerkan bahan terbitan yang tidak mendapat kelulusan


daripada Kementerian Dalam Negeri

4.0 TARIKH PENGANJURAN


4.1 Program ini dikenali sebagai PBAKL yang akan diadakan pada ketetapan
seperti berikut:

Tarikh : 27 April hingga 6 Mei 2018


Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
Masa : Hari Isnin – Khamis (10.00 pagi – 7.00 malam )
Hari Jumaat – Ahad & Cuti Umum (10.00 pagi – 9.00
malam )

5 SULIT
SULIT

4.2 Perasmian bagi program ini akan diadakan pada 28 April 2018 jam 3.00
petang dan bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

4.3 PBAKL ini juga melibatkan beberapa Jabatan/ Agensi / Syarikat seperti :

a. Agensi Kerajaan: Di antaranya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian


Negara, Arkib Negara malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia,
Jabatan Muzium Negara, Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.

b. Penerbit tempatan: Di antaranya Kumpulan Media Karangkraf Sdn


Bhd, Sasbadi Sdn Bhd, Pelangi, Karya Seni, Institut Terjemahan dan
Buku Malaysia, Penerbit IPTA dan sebagainya

c. Penerbit luar negara : Di antaranya Jabatan Mufti Brunei, APD


Singapore PTE LTD, Taylor and Francis Asia Pacific, Wiley, Kuwait
Awqaf dan sebagainya.

5.0 OBJEKTIF PENYERTAAN NEGERI TAMU

5.1 Antara objektif Negeri Kedah sebagai Negeri Tamu PBAKL adalah seperti
yang berikut:

5.1.1 Mengetengahkan khazanah sejarah Kedah kepada masyarakat di


peringkat nasional.
5.1.2 Mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Kedah “Kenali
Kedah” (pakej pelancongan) kepada 2.5 pengunjung PBAKL.
5.1.3 Mengangkat individu atau penggiat seni kelahiran Kedah ke peringkat
nasional.
5.1.4 Mengangkat kembali kebudayaan Kedah kepada masyarakat melalui
persembahan di pentas utama.
5.1.5 Mempromosikan bahan terbitan Kedah, sama ada bahan bercetak
mahupun bahan elektronik kepada masyarakat.
5.1.6 Mempromosikan Pesta Buku Kedah untuk menarik ramai pempamer
dan pengunjung datang ke Kedah.

6 SULIT
SULIT

5.1.7 Pengenalan Kedah sebagai Hub penerbitan & penyelidikan di


Utara(2020).

6.0 JUSTIFIKASI PENYERTAAN

6.1 Penyertaan Negeri Kedah dalam PBAKL adalah merupakan satu peluang
yang terbaik untuk memperkenalkan sosio budaya negeri jelapang padi ini
kepada masyarakat umum. Penyertaan ini adalah amat perlu kerana:

6.1.1 Negeri Tamu yang pertama diadakan dan ditawarkan kepada Negeri
Kedah. Sebelum ini hanya status Negara Tamu yang ditawarkan
kepada Arab Saudi pada tahun 2015 dan tahun 2016.

6.1.2 Platform Promosi & Publisiti yang berkesan seperti berikut :


i. Media sosial
ii. Bill board
iii. LRT
iv. Media elektronik
v. Media cetak
vi. Gegantung
vii. Poster
viii. Penanda buku
ix. Buletin PBAKL

Selain daripada itu, aktiviti yang menyumbang kepada promosi


termasuklah :
i. Pertandingan tag line PBAKL
ii. Pertandingan poster PBAKL
iii. Konvoi / jelajah
iv. Temu bual di media
v. Artikel, siaran media dan berita PBAKL

6.1.3 Tawaran pakej harga yang menguntungkan kerajaan negeri kerana :

7 SULIT
SULIT

i. Menjana ekonomi negeri Kedah melalui promosi pelancongan yang


di sebarkan kepada 2.5 juta pengunjung PBAKL
ii. 50% pengunjung pavilion Kedah akan melancong ke negeri Kedah
iii. Dapat menarik lebih ramai pengunjung dan pempamer Pesta Buku
Kedah.
iv. Disediakan pavilion khas berkonsepkan Kedah yang akan dibina
oleh penganjur PBAKL dengan keluasan 150 sqm.
v. 10 jam penggunaan pentas utama (1 jam sehari) sepanjang PBAKL
untuk tujuan promosi bahan, kebudayaan, pelancongan dan
sebagainya
vi. Slot khas Kedah sebagai Negeri Tamu semasa Majlis Perasmian
PBAKL 2018.
vii. Ketua delegasi akan bersama VIP semasa Majlis Perasmian
PBAKL
viii. Persembahan khas kebudayaan Kedah semasa Majlis Perasmian
dan Majlis Makan Malam PBAKL
ix. Promosi dan publisiti Kedah akan seiring dengan promosi dan
publisiti PBAKL (media plan) di media, jelajah dan mini karnival

6.1.4 Imej Kerajaan Negeri Kedah akan diberikan kepada penganjur untuk
tujuan pembinaan pavilion

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Implikasi kewangan sekiranya Negeri Kedah berminat untuk menyertai


PBAKL sebagai Negeri Tamu PBAKL 2018 adalah seperti berikut:

BIL PERKARA KOS (NORMAL)

1 Sewa tapak (150 sqm) RM104,400.00


2 Pembinaan Pavilion Kedah RM50,000.00
3 Promosi dan Publisiti RM70,000.00

8 SULIT
SULIT

BIL PERKARA KOS (NORMAL)

4 Penggunaan Pentas Utama RM6,000.00


5 Penginapan (10 hari) RM3,000.00
6 Makan Malam PBAKL RM1,000.00

JUMLAH RM234,400.00

7.2 Anggaran kos sebenar adalah sebanyak RM234,400.00. Walau


bagaimanapun pihak penganjur PBAKL 2018 mengenakan bayaran sebanyak
RM150,000.00 sepanjang 10 hari menyertai PBAKL 2018 dengan status
Negeri Tamu PBAKL 2018.

7.3 Kos yang ditawarkan berjumlah RM 150,000.00 adalah amat menguntungkan


dan ekonomik bagi tempoh 10 hari yang mana, Kerajaan Negeri Kedah dapat:
i. persembahan dipentas utama
ii. mendapat tempat pameran yang strategik
iii. Promosi Negeri Kedah

7.4 Kos tersebut dicadangkan ditangung bersama seperti berikut


KERAJAAN NEGERI KEDAH : RM25,000.00
PPAK : RM25,000.00
PENAJAAN : RM100,00.00

7.5 PPAK akan bertindak sebagai penyelaras bagi penyertaan PBAKL dan
pembayaran RM 150,000.00 perlu dibayar kepada MAJLIS BUKU
KEBANGSAAN MALAYSIA setelah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat
Negeri Kedah Darul Aman untuk memberi peruntukan dan meluluskan
cadangan Kedah sebagai Negeri Tamu Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur 2018. Segala proses perolehan kerajaan dan pelaporan penyertaan
PBAKL akan diuruskan oleh PPAK.

9 SULIT
SULIT

8.0 PERAKUAN

Sehubungan dengan itu adalah dipohon Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat


pertimbangan dan memperakukan perkara-perkara berikut :-

a) Bersetuju dengan cadangan penyertaan Kerajaan Negeri Kedah dalam


acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 27 April hingga 6
Mei 2018.

b) Bersetuju PPAK untuk menyelaras dan menguruskan penyertaan


Kerajaan Negeri Kedah dalam acara tersebut dan menguruskan segala
perolehan kerajaan dan pelaporan penyertaan.

c) Bersetuju dengan pembiayaan kos RM150,000.00

9.0 PENUTUP

Dengan ini dipohon pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri


Kedah Darul Aman untuk memberi peruntukan dan meluluskan cadangan
Kedah sebagai Negeri Tamu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018
yang dikemukakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

10 SULIT

You might also like