Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tugasan 2a

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan
etnik. Etnik ialah sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama
termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Kaum pula ialah golongan
orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar (Noresah Baharom et al,
2015). Antara etnik yang wujud di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Iban, Bajau dan
Kadazan. Kepelbagai dan perbezaan etnik ini yang membuatkan Malaysia sebuah negara
yang unik dan dikenali serata dunia dengan keharmonian yang dikecapi oleh negara
Malaysia. Walaupun Malaysia masih dalam usaha untuk mencapai negara bangsa yang
diidamkan oleh semua rakyat Malaysia, ada pelbagai perkara perlu diambil kira terlebih
dahulu seperti perpaduan dalam politik. Kesefahaman, permuafakatan dan kerjasama politik
menjadi unsur utama yang proses pembinaan Negara bangsa. Namun sejak kebelakangan
ini terdapat isu-isu politik yang telah meragut perpaduan di antara kaum di Negara kita dan
telah memberi cabaran yang besar bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan diantara
kaum di Negara kita. .

2.0 cabaran

Antara cabaran yang dihadapi dalam hubungan etnik di Malaysia dari segi politik ialah jika
isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi
diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapatkan sokongan rakyat. Ada sesetengah
pemimpin cuba meraih sokongan daripada rakyat dengan menjanjikan perkara-perkara yang
menggugat keharmonian perpaduan di Malaysia (Abdul Aziz Bari, 2015). Sebagai contoh,
isu Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 yang menimbulkan kekeliruan antara kaum India di
Malaysia dan kaum-kaum lain. Dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman
tersebut, nyawa seorang anggota bomba yang tidak bersalah telah terkorban. Perkara ini
telah mendatangkan kemarahan masyarakat Malaysia terutamanya kaum melayu yang
sememangnya menginginkan keadilan yang berpihak kepada anggota bomba yang
terkorban. Namun begitu perkara ini sampai ke hari ini belum dapat diselesaikan.

cabaran seterusnya ialah, ada pihak yang cuba mengapi-apikan dengan mengaitkan isu
perkauman dengan lantikan dalam kerajaan. Sebagai contoh, isu lantikan Ketua Hakim
Negara, Peguam Negara dan jawatan-jawatan lain dalam kerajaan. Ada pihak yang tidak
puas hati kerana jawatan ini dimonopoli oleh sesebuah kaum dan mereka akan terasa
tertindas dengan pelantikan bagi sesuatu jawatan yang monopoli oleh sesebuah kaum .
Cara untuk mengatasi masalah ini ialah pemimpin perlu menguasai dengan sepenuhnya
perkara-perkara dan hal-hal yang berkaitan dengan negara seperti Perlembagaan
Persekutuan (Nazri Muslim, 2014). Apabila pemimpin menguasai semua ilmu yang berkait
rapat dengan politik, segala permasalahan dan keraguan yang timbul akan dapat
diselesaikan dengan sekelip mata. Sebagai contoh, jika ada kaum yang membantah atau
mempersoalkan ketuanan Melayu, pemimpin yang berilmu tentang politik akan menegaskan
tentang kontrak sosial yang menjadi asas pembinaan negara Malaysia. Pemimpin yang
cakna tentang perkara ini merupakan pemimpin yang baik manakala pemimpin yang tidak
ambil peduli tentang perkara ini pula merupakan anasir yang akan memecah-belahkan
negara ini.

Selain itu, cabaran yang paling hebat dalam konteks perhubungan etnik di Negara kita ialah
rakyat yang bukan berbangsa melayu ingin mencabar hak-hak dan keistimewaan orang
melayu. Contohnya seperti isu ICERD dimana masyarakat yang bukan berbangsa melayu di
Negara kita ingin menuntut hak kesamarataan antara kaum. Ia tercetus apabila Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator P Waytha Moorthy mengumumkan kerajaan akan
mengesahkan ICERD pada suku pertama tahun depan, namun kemudian disusuli pula
kenyataan kerajaan tidak akan terburu-buru berbuat demikan. Namun terdapat Kumpulan
yang membantah khuatir pengesahan Malaysia ke atas konvensyen berkenaan membawa
implikasi negatif kepada keadaan demografi rakyat negara ini terutama Bumiputera dan
Melayu kerana berpendapat, penduduk asal tidak lagi akan dilindungi keistimewaan seperti
diperuntukkan dalam kontrak sosial. Perkara ini sememangnya menjadi isu hangat dan
sangat mendapat tentangan yang hebat daripada bangsa melayu. Ini kerana, didalam
perlembagaan sudah termaktub bahawa orang melayu dan bumiputera diberikan hak-hak
dan keistimewaan. Mereka yang lantang menyuarakan bantahan terdiri daripada pelbagai
pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kepentingan Melayu dan
Bumiputera, selain tokoh perundangan dan kehakiman seperti bekas Ketua Hakim Negara,
Tun Abdul Hamid Mohamad. Oleh itu, kerajaan Malaysia atau ahli politik perlulah berhati-
hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berbaurkan perkauman ini. Hal ini
demikian kerana jika kerajaan sendiri tidak berhati-hati, maka keseluruh rakyat Malaysia
akan panik dengan berita yang tular dengan sangat pantas di zaman teknologi ini (Puteri,
2018). Segala kenyataan yang hendak dikeluarkan oleh mana-mana menteri perlulah ditapis
terlebih dahulu dan sebuah jawatankuasa khas boleh ditubuhkan di Jabatan Perdana
Menteri perlulah memberi peringatan mesra kepada menteri-menteri ini agar berhati-hati
dalam memberi apa-apa kenyataan supaya rakyat Malaysia tidak salah faham dan akan
terus curiga dengan kaum lain. Kecurigaan ini boleh diatasi apabila menteri-menteri lebih
berhemah dan bijak dalam berbicara soal rakyat dan negara Malaysia
3.0 kesimpulan

Kesimpulannya, hubungan etnik merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam
kehidupan masa kini. Hal ini demikian kerana, pada zaman ini kita bukan lagi hidup di
zaman batu dalam keadaan bersendirian tetapi kita perlu hidup dalam suatu komuniti kerana
kita perlu saling bergantung antara satu sama untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu,
demi kehidupan yang selesa untuk generasi akan datang, kita pada hari ini perlu
memastikan tamadun yang kita bina boleh kekal perpaduannya agar aspek-aspek seperti
ekonomi, politik dan sosial boleh dalam keadaan yang baik dan generasi akan datang
mampu menikmati segala yang kita nikmati pada hari ini.
4.0 Rujukan

Noresah Baharom. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan

Pustaka

Abdul Aziz Bari. (2015). Perlembagaan Malaysia : Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur :

Mahkota Enterprise

Nazri Muslim. (2014). Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara


Kedudukan

Islam dari Sudut Perlembagaan. International Journal of the Malay World and

Civilisation (Iman) 2(2), 2014: 121 – 127

Puteri. (2018, April 18). Manifesto Barisan Nasional, Gagasan Sejahtera dan Pakatan

Harapan – Sudut Kewangan. Majalah Labur, m.s. 18-19

Syahidi Bakar. (2018, November 18). Bantah ICERD. Berita Harian, m.s. 3

You might also like