Kertas Kerja Celik Jawi

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEK. MEN.

AGAMA MAAHAD NURUL FADZLIAH


KAMPUNG KELIMAT
31120 SUNGAI SIPUT (U) PERAK

KERTAS KERJA

PROGRAM KURSUS CELIK JAWI

TARIKH :
23 JUN 2014

TEMPAT:

DEWAN SMA MAAHAD NURUL FADZLIAH

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


PROGRAM KURSUS CELIK JAWI

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Program Kursus Celik Jawi ialah satu program membasmi buta jawi dan
mempertingkatkan jawi di kalangan pelajar.

1.2 Kursus ini adalah kursus yang sudah pun dijalankan di banyak sekolah di
seluruh Malaysia dan menunjukkan hasil yang memberangsangkan

1.3 Kursus ini membolehkan pelajar menguasai jawi dalam masa hanya 4 jam
sahaja.

1.4 Kursus ini juga adalah sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi format
baru peperiksaan PMR dan SPM

2.0 RASIONAL

2.1 Program ini memberi fokus kepada penguasaan membaca dan menulis jawi
yang dijalankan dalam suasana yang menggembirakan dan meningkatkan
kemampuan otak dalam daya ingatan

2.2 Program ini sesuai dan berpotensi meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran jawi secara keseluruhan.

2.3 Sasaran program ini ialah pelajar tingkatan 1-5.

2.4 Oleh kerana ianya dapat dihasilkan dalam masa yang singkat maka program
ini juga dapat menjimatkan kos dan masa yang dilalui dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Teknik penguasaan minda yang diperolehi dalam kursus ini akan dapat
mempertingkatkan daya ingatan dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran
yang lain.

3.0 OBJEKTIF

Objektif program ini ialah:

3.1 Melahirkan pelajar yang dapat menguasai membaca dan menulis jawi dalam
masa yang singkat.

3.2 Membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Pendidikan


Islam

3.3 Membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan


PMR dan SPM
3.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai daya belajar “do-it your self” yang
tinggi.

4.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Pengerusi : Tn. Hj. Musa bin Pandak Mat Arip

Timb. Pengerusi 1 : En. Saifuddin Bin Asri

Timb. Pengerusi 2 : En. Rusmizi bin Yusof

Timb. Pengerusi 3 : Pn. Mazney Binti Ibrahim

Setiausaha : Pn. Nazirah binti Azizan

Ajk: i. En. Mohd mizwan bin Mohamad


ii. En. Ahmad Wardi bin Samsudin
iii. Pn. Faridah Binti Sulaiman
iv. Pn. Wan Badriyah Binti Wan Mohamad

5.0 SASARAN

5.1 Semua pelajar SMA Maahad Nurul Fadzliah 2014


5.2 Guru-guru Pendidikan Islam 2014

6.0 JANGKA MASA

4 jam (8.30 hingga 12.30 tengahari)

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Peruntukan Kecemerlangan Kementerian

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BILANGAN X RM JUMLAH


1 Saguhati penceramah 1 x RM 200.00 RM200.00
2 Buku dan ‘lastkad’ 188 x RM 4.00 RM752.00
3 Bahan potostat - RM 150.00
4 Pen Permanent Marker - RM58.00
5 Kertas Mahjong 8 X RM 15.00 RM120.00
6 Jumlah RM 1280.00
9.0 BUTIRAN PROGRAM

 9.1 TARIKH : 23 Jun 2014


 9.2 MASA : Jam 8.30 hingga 12.30 tengahari
 9.3 TEMPAT : Dewan SMA Maahad Nurul Fadzliah

Tentatif Program

Masa Perkara Catatan


08.00 - 08.30 Pendaftaran Pelajar
08.30- 10.00 Asas Jawi
10.00- 10.30 Rehat
10.30- 12.30 Kaedah Penulisan Jawi

PENUTUP:

Adalah diharapkan Program Kursus Celik Jawi ini akan dapat berjalan dengan jayanya
dan dapat mengatasi masalah jawi di kalangan pelajar-pelajar dan seterusnya dapat
mempertingkatkan pencapaian mereka di dalam semua peperiksaan yang bakal diadakan
termasuk peperiksaan TOV, OTI , Percubaan dan seterusnya Peperiksaan PMR dan
SPM. Diharapkan juga kursus ini akan dapat melahirkan pelajar yang lebih bermotivasi,
berdaya saing, prihatin dan dedikasi terhadap tugas mereka sebagai seorang pelajar demi
mencapai kecemerlangan dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………….. …………………………

(NAZIRAH BINTI AZIZAN )


Ketua Panitia pendidikan Islam
SMA Maahad Nurul Fadzliah
31120 Sungai Siput (u)
Perak.

You might also like