Teks Analisis

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

KURSUS: CIVIL ENGINEERING

KOD KURSUS: UR6526001

NAMA SUBJEK: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

KODE SUBJEK: SMB 41002

TAJUK:
KAJIAN PERANCANGAN KOSA KATA (PINJAMAN) DALAM LAGU
“AKU MAAFKAN KAMU”
JAMAL ABDILAH & MALIQUE

PENSYARAH: PUAN NUR SYAZWANI BINTI

BIL. NAMA NOMBOR MATRIK


1. MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF BIN 221201951
ROSLI
2. FAREEZ HAEQAL BIN HASMIZAN 221201921
3. HAMIDIN ASYRAF BIN HARIS 221203396
4. MUHAMMAD AZRI BIN MOHD AZMIN 221203409
5. MUHAMMAD AKMAL BIN ASRI 221203404

KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. ANALISIS TEKS
3. KESIMPULAN
4. RUJUKAN

PENGENALAN

Kosa Kata Pinjaman adalah meminjam perkataan daripada bahasa asing seperti bahasa Sanskrit,
Parsi, Arab, Hindi, Tamil dan lain-lain. Peminjaman yang berlaku ini berkait rapat dengan aspek
fenomena pertembungan masyarakat. Pertembungan antara masyarakat yang menggunakan
bahasa yang berbeza telah menyebabkan berlakunya peminjaman perkataan daripada bahasa-
bahasa tersebut. Kedatangan masyarakat Parsi ke Kepulauan Melayu telah menyebabkan ratusan
perkataan Parsi masuk ke dalam bahasa Melayu. Misalnya, Wilkinson (1901, 1902) telah
menyenaraikan sebanyak 140 perkataan Parsi dalam bahasa Melayu. Za’ ba (1965) pula
menyenaraikan sebanyak 77 patah perkataan Parsi di dalam buku Ilmu Mengarang Melayu.
Selain itu, Bukhari (1990: 46) menyatakan kira-kira 200 perkataan Parsi dalam bahasa Melayu.
Menurut Campbell (2004: 63), peminjaman merujuk kepada item leksikal (perkataan)
yang ‘dipinjam’ daripada bahasa yang lain, perkataan yang pada awalnya bukan sebahagian
daripada perbendaharaan kata bahasa penerima, tetapi digunakan dan dijadikan sebahagian
daripada kamus bahasa peminjam. Heah (1989: 8) menyatakan bahawa peminjaman perkataan
merujuk kepada proses pengambilan dan penggunaan unsur daripada bahasa yang lain. Dalam
hal ini, wujud polemik berkaitan istilah peminjaman yang diguna pakai dalam kajian ini. Bagi
Anida & Nor Hashimah (2015: 10), istilah penyerapan lebih tepat digunakan dalam fenomena ini
kerana konsep meminjam itu perlulah dipulangkan semula, sedangkan kosa kata asing yang
masuk ke dalam bahasa Melayu terserap terus dan digunakan dalam bahasa Melayu.
Kajian ini lebih cenderung menggunakan istilah peminjaman seperti takrifan yang dibuat
oleh Campbell (2004) dan Heah (1989) serta beberapa pengkaji etimologi lain seperti Collins
(2003), Nathesan (2015) dan Durkin (2009). Hal ini kerana setiap perkataan asing yang masuk ke
dalam bahasa Melayu boleh juga dianggap sebagai peminjaman kekal walaupun ada perkataan
yang setelah itu mengalami perubahan atau evolusi pada bentuk dan makna. Perubahan yang
berlaku pada sesebuah kata tidak kira sama ada terlalu besar atau kecil masih dianggap sebagai


bentuk kata yang dipinjam kerana memiliki kemiripan dengan perkataan dalam bahasa asal.
Walau bagaimanapun, penggunaan istilah kata serapan juga tidak menjadi kesalahan dalam
membincangkan perihal aspek kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Sebenarnya, peminjaman
perkataan berkait rapat dengan bidang etimologi. Menurut Durkin (2009: 1) dan Algeo (2009:
286), etimologi merupakan suatu bidang yang menyiasat sejarah perkataan. Walaupun banyak
perkataan dalam bahasa Melayu telah dijejak asal usulnya, namun penelitian dari sudut etimologi
bagi sesebuah perkataan perlu dilakukan. Hal ini demikian kerana, kajian ke arah etimologi kata
pinjaman bahasa Melayu menyumbang kepada penghasilan kamus etimologi Melayu yang
mengkhusus kepada kata pinjaman daripada bahasa Parsi. Oleh itu, kajian ini akan berfokus
kepada aspek peminjaman perkataan Parsi dalam bahasa Melayu yang dibincangkan dari sudut
etimologi.

Isi 1

Isi 2

Definisi Semantik

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik merupakan kajian bahasa berkenaan
dengan aspek makna dalam kata dan ayat. Aspek yang diberi penekanan oleh bidang semantik
ialah bentuk linguistik dan hubungannya dengan rujukan. Semantik juga merujuk kepada aspek
makna bahasa. Sejak dahulu lagi, ahli-ahli falsafah memperkatakan tentang makna dalam bahasa.
Kini, penutur bahasa dapat memahami ujaran dan menghasilkan pelbagai bentuk kata yang
bermakna kepada penutur yang lain. Untuk memahami sesuatu bahasa, pengetahuan berkenaan
dengan makna kata dan morfem yang membentuknya serta cara makna kata bergabung menjadi
frasa adalah penting. Setelah memahami aspek makna kata dan morfem serta hubungannya
dengan frasa, penginterpretasian makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan adalah
perlu untuk memastikan seseorang individu dapat memahami makna ujaran dengan lebih tepat.

Semantik merupakan sebahagian daripada bidang linguistik sama seperti morfologi dan
sintaksis. Kajian berkenaan dengan bidang semantik memerlukan data konkrit sama seperti
bidang morfologi dan sintaksis. Secara tradisional, semantik melibatkan analisis denotatif dan
konotatif yang mempunyai perkaitan dengan ayat. Analisis denotatif menganalisis ayat
berdasarkan makna leksikal iaitu makna tersurat ayat tersebut. Berbeza dengan analisis konotatif
yang menganalisis makna ayat secara tersurat. Sebagai salah satu komponen unit makna,
semantik boleh diperluaskan bagi memperlihat makna pada tahap yang lebih tinggi iaitu wacana.

Berdasarkan teks lagu Aku Maafkan Kamu oleh Jamal Abdillah dan Malique, terdapat
beberapa contoh kosa kata yang menggunakan elemen semantik. Seabagai contoh, perenggan
kedua ayat pertama dari teks lagu, “atur sepuluh daktil batal yang batil”. Kosa kata yang
digunakan adalah ‘batil’. Ianya ianya merupakan kosa kata pinjaman semantik yang
menggunakan kaedah pertama iaitu peluasan makna. Ianya membawa kepada beberapa maksud
antaranya bekas ( daripada tempurung, perak, tembaga dan lain lain) (kamus dewan bahasa edisi
keempat). Seterusnya, batil juga membawa maksud kepada perahu bertiang dua (kamus dewan
bahasa edisi keempat). Selain itu, batil jugaa membawa maksud batal, sia sia, tidak benar atau



batil atau lawan kepada hak; kebatilan perihal tidak benar, lawan kebenaran (kamus dewan
bahasa edisi keempat). Selain itu, berdasarkan teks dari perenggan ketiga baris ketiga belas,
“halusinasi susuli ketandusan ihsan” mempunya elemen semantik iaitu ‘ihsan’ yang mana
mempunyai dua maksud iaitu kebaikan: kebajikan, kebaikan hati, budi baik atau keizinan,
kebenaran atau kelulusan (kamus pelajar edisi kedua, kamus dewan bahasa edisi keempat)

Seterusnya, berdasarkan teks tersebut, terdapat juga kosa kata yang menggunakan elemen
semantik kaedah yang kedua, iaitu penyempitan makna. Berdasarkan teks, perenggan kelima
baris kedua, “acapkali terpendam, acapkali tersergam”. Berdasarkan teks tersebut, frasa yang
menggunakan kaedah penyempitan makna adalah ‘acapkali’ yang membawa kepada maksud
yang sama iaitu beberapa kali, berulang ulang, kerap kali, dia masih melakukannya walaupun
ditegur (kamus dewan bahasa edisi keempat, kamus dewan pelajar edisi kedua).

Menurut Campbell (2004: 63), peminjaman merujuk kepada item leksikal (perkataan)
yang ‘dipinjam’ daripada bahasa yang lain, perkataan yang pada awalnya bukan sebahagian
daripada perbendaharaan kata bahasa penerima, tetapi digunakan dan dijadikan sebahagian
daripada kamus bahasa peminjam. Bagi Anida & Nor Hashimah (2015: 10), istilah penyerapan
lebih tepat digunakan dalam fenomena ini kerana konsep meminjam itu perlulah dipulangkan
semula, sedangkan kosa kata asing yang masuk ke dalam bahasa Melayu terserap terus dan
digunakan dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana setiap perkataan asing yang masuk ke dalam
bahasa Melayu boleh juga dianggap sebagai peminjaman kekal walaupun ada perkataan yang
setelah itu mengalami perubahan atau evolusi pada bentuk dan makna. kajian ke arah etimologi
kata pinjaman bahasa Melayu menyumbang kepada penghasilan kamus etimologi Melayu yang
mengkhusus kepada kata pinjaman daripada bahasa Parsi. Oleh itu , tiga kosa kata pinjaman
yang mempunyai fungsi yang berlainan iaitu fonologi, bahasa yang menyelidiki bunyi bahasa
hanya menurut segi fungsionalnya sahaja. Fonologi juga caband ilmu bahasa yang mengkaji
bunyi bahasa sesuatu bahsa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahsa disusun
dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Sehubungan itu


dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahsa. Morfologi
pula susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan yang menjadi unit bahasa yang
bermakna) dan unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.Bagi proses pembentukan kata menerangkan cara
sesuatu kata itu terbentuk sehingga menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.. Secara
kesimpulan, semantik merupakan kajian linguistik yang menganalisis makna pada peringkat
morfem, kata ,frasa, ayat dan wacana serta hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna
yang didefinisikan sebagai maksud , idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran
penutur kepada fikiran pendengar. Semantil atau makna merupakan situasi yang mana penutur
menujar kata dan mendapat respon yang dijangkakan daripada pendengar. Makna ujaran atau
ayat bukan ditentukan oleh makna leksikal sahaja , tetapi juga turut ditentukan oleh faktoe
suprasegmental yang lain. Oleh yang demikian, semantik ialah bahagian daripada struktur
bahasa yang berkaitan dengan makna ayat dari segi logiknya khusunya pada peringkat tatabahasa
dan nahu bentuk logik.

You might also like