Draf Soalan Soal Selidik Kajian Impak IMT-GT FINAL

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Nama Pembanci: ........................................

SOAL SELIDIK KAJIAN IMPAK SOSIAL SEGI TIGA PERTUMBUHAN INDONESIA - MALAYSIA -
THAILAND (IMT-GT) KEPADA GOLONGAN PENIAGA RENTAS SEMPADAN DI PUSAT
BANDAR PADANG BESAR, PERLIS DAN PUSAT PERNIAGAAN DAN KOMERSIAL
BUKIT KAYU HITAM, KEDAH

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang menjalankan Kajian Impak Soal Selidik Kajian
Impak Sosial Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia - Malaysia - Thailand (IMT-GT) Kepada
Golongan Peniaga Rentas Sempadan Di Pusat Bandar Padang Besar, Perlis dan Pusat
Perniagaan Daerah Bukit Kayu Hitam, Kedah. Kerjasama tuan/puan dimohon untuk menjawab
soal selidik ini sebagai input kepada kajian yang sedang dilaksanakan.

BAHAGIAN A (Latar Belakang Responden)

1. Lokasi Perniagaan:

Pusat Bandar Padang Besar, Perlis


Pusat Perniagaan Daerah Bukit Kayu Hitam, Kedah

2. Peranan anda dalam perniagaan:

Pemilik perniagaan/Rakan kongsi Pemilik


Pekerja

3. Jenis Perniagaan:

Pakaian / Aksesori Wanita / Jam


Makanan dan Minuman
Barangan Dapur (Pinggan Mangkuk) dan Kelengkapan Rumah
Bahan Mentah (Barangan Runcit)
Perabot
Alat Permainan, Cenderahati
Telekomunikasi
Perkhidmatan
Sila nyatakan : ____________________________
(cth : alat ganti kereta, kedai gunting rambut, insurans, agen pelancongan dan
lain-lain)

1
4. Negara asal:

Malaysia
Thailand
Indonesia
Lain-Lain:
..........................(sila nyatakan)

5. Kewarganegaraan:

Warganegara Malaysia
Penduduk Tetap
Bukan Warganegara

6. Agama:

Islam
Buddha
Hindu
Kristian
Lain-Lain:
..........................(sila nyatakan)

7. Umur:

15 hingga 40 tahun
41 hingga 59 tahun
Lebih daripada 60 tahun

8. Tahap Pendidikan Tertinggi:

Tiada pendidikan rasmi


Tamat sekolah rendah
Tamat sekolah menengah
Sijil / Diploma
Sarjana Muda
Sarjana/Ph.D

2
9. Kekerapan merentas sempadan dalam sebulan:

Tidak merentas sempadan


Setiap hari
Setiap minggu
Setiap bulan

10. Bilangan tahun perniagaan ini telah diusahakan ?

1 hingga 5 tahun
6 hingga 10 tahun
11 hingga 15 tahun
16 hingga 20 tahun
Lebih daripada 21 tahun

3
BAHAGIAN B (Soal Selidik Impak, Masalah dan Cabaran)

1A (Impak Sosioekonomi)

Skala Jawapan
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bil. Soalan Skala Jawapan

11. Pusat Bandar Padang Besar/Pusat Perniagaan Daerah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


(CBD) Bukit Kayu Hitam telah banyak membangun
sejak 5 tahun yang lepas.

12. Berniaga di kawasan Pusat Bandar Padang 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Besar/Pusat Perniagaan Daerah (CBD) Bukit Kayu
Hitam memberikan kelebihan kerana mudah
mendapat sumber bahan perniagaan daripada negara
Thailand.

13. Kenaikan matawang Thailand Bath tidak memberikan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


kesan ketara kepada peningkatan kos bahan jualan
perniagaan saya.

14. Saya berpeluang meningkatkan jaringan kerjasama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


hasil interaksi dengan pembekal dan peniaga dari
negara Thailand.

15. Pelanggan saya kebanyakannya adalah pengunjung 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


dan pelancong dari dalam/luar negara.

16. Perniagaan saya sekarang lebih baik berbanding dari 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


tempoh sebelum pandemik Covid-19 (tempoh
sebelum 2019).

4
1B (Masalah dan Cabaran Sosioekonomi)

Skala Jawapan
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bil. Soalan Skala Jawapan

17. Saya mudah mendapatkan tenaga kerja dari 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


komuniti sempadan.

18. Kehadiran pembekal dan peniaga dari Thailand 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


memberi lebih peluang perniagaan dan pekerjaan
kepada komuniti sempadan.

19. Saya berpuas hati dengan kemudahan awam di 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Pusat Bandar Padang Besar/CBD Bukit Kayu Hitam
yang membantu kepada perniagaan ini.

5
2A (Impak Sosiobudaya)

Skala Jawapan
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bil. Soalan Skala Jawapan

20. Saya boleh berkomunikasi dalam bahasa lain (selain 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Bahasa Ibunda) dan ianya memberikan kelebihan
sewaktu menjalankan perniagaan.

21. Saya suka melayari media massa (termasuk 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


televisyen, radio, video dan internet) dari Negara
Thailand.

22. Saya mempunyai ramai kenalan dari negara jiran. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

23. Saya mempunyai saudara mara dekat (sepupu)/ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


kawan rapat yang berkahwin campur antara negara.

24. Saya gemar melancong ke negara Thailand 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


berbanding negara-negara luar yang lain.

25. Saya selesa bekerja di sini kerana terdapat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


persamaan dari segi budaya, adat dan cara hidup
antara kawasan sempadan ini.

6
3A (Impak Sosioteknologi)

Skala Jawapan
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bil. Soalan Skala Jawapan

26. Saya banyak menggunakan internet bagi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


melaksanakan urusan promosi dan pemasaran
perniagaan saya.
27. Saya banyak menggunakan telefon dan internet 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
untuk berhubung dengan pembekal di Thailand
untuk mendapatkan stok bahan jualan.
28. Saya memberikan pilihan kepada pembeli untuk 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
membayar secara atas talian (online banking, QR
Code, Kad Kredit/Debit) selain bayaran secara tunai.

3B (Masalah dan Cabaran Sosioteknologi)

Bil. Soalan Skala Jawapan

29. Saya lebih selesa berniaga secara bersemuka 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


(fizikal) berbanding secara dalam talian/maya.

30. Saya berpuas hati dengan capaian internet di Pusat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Bandar Padang Besar/CBD Bukit Kayu Hitam.

31. Saya percaya transaksi dan urusan yang di buat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


secara dalam talian adalah selamat.

32. Saingan daripada peniaga atas talian (online) tidak 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


menjejaskan perniagaan ini.

7
4A (Impak Sosiopolitik)

Skala Jawapan
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bil. Soalan Skala Jawapan

33. Kedua-dua kerajaan Malaysia dan Thailand 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


bekerjasama dengan baik dalam urusan perniagaan
sempadan.

34. Saya berasa selamat dan aman untuk berniaga di 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


pusat bandar Padang Besar/CBD Bukit Kayu Hitam.

35. Kerajaan banyak menyediakan inisiatif dan bantuan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


bagi meningkatkan pendapatan/perniagaan selepas
tempoh pandemik Covid-19 (selepas 2021).

4B (Masalah dan Cabaran Sosiopolitik)

Bil. Soalan Skala Jawapan

36. Urusan untuk mendapat lesen perniagaan di Pusat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Bandar Padang Besar/CBD Bukit Kayu Hitam adalah
mudah.

37. Urusan mendapat/menyewa premis perniagaan di 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


pusat bandar Padang Besar/CBD Bukit Kayu Hitam
adalah mudah.

38. Persatuan Perniagaan di sini sangat membantu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


dalam melancarkan perniagaan saya.

8
39. Adakah anda mengetahui tentang kewujudan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia -
Malaysia - Thailand (IMT-GT)?

Ya
Tidak

40. Jika ya, sila nyatakan dari mana anda mendapat maklumat mengenai IMT-GT:

Perbualan dan interaksi sosial


Media sosial (laman sesawang, facebook, twitter, instragram)
Media cetak (surat khabar, majalah, risalah dan bahan bacaan umum)
Media penyiaran (televisyen, radio)
Papan tanda / iklan

41. Apakah masalah dan cabaran yang paling besar dalam menjalankan perniagaan di Pusat
Bandar Padang Besar/CBD Bukit Kayu Hitam?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

42. Apakah pandangan anda untuk memajukan lagi kawasan perniagaan di Pusat Bandar
Padang Besar/CBD Bukit Kayu Hitam?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Terima kasih atas sumbangan masa tuan/puan dalam menjayakan kaji selidik ini.

You might also like