Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA CERAMAH ANTIDADAH 2017

PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN : UNIT KESIHATAN DENGAN


KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING, SMK BELAWAI

1
1.0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong
Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah
amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman
gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di
peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.
Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat
memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-
murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi
pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan
kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi kesedaran kepada semua murid bahawa dadah boleh memudaratkan nyawa dan
kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.
2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya
hidup sihat dan mengamalkannya;

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut:
3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup
sihat;
3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat sekolah
lagi;

2
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada
dadah;
3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4.0 TARIKH
Bulan April 2017.
5.0 TEMPAT
SMK Belawai
6.0 KUMPULAN SASAR
Semua murid SMK Belawai

7.0 ANJURAN BERSAMA


Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Belawai,Unit Kebersihatan SMK Belawai dan Agensi Anti
Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak.

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


JAWATANKUASA KERJA
PENAUNG : EN. JALANI BIN HASIM
PENASIHAT : PN. MAZNAH BINTI NAJAR
EN. ABDUL GHANI BIN SIBLI
PENGERUSI : EN. ANTHONY RIZWAN CHAN BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA : EN. MUHD NABILFIKRI FATHULLAH
PENYELARAS PROGRAM : PN. LISA WONG SIEW YIENG
AJK : PN. NOOR FARHANA MOHD SAADI
EN. MOHD TERMIZI TARZAN
EN. VINECY CHANG BEE CHAI
CIK EMILIA ANAK GELAU

JAWATANKUASA PELAKSANA
BROSUR : EMILIA ANAK GELAU
PENGACARA MAJLIS : EN TERMIZI BIN TARZAN
FOTOGRAFI : EN VINECY CHANG BEE CHAI
P.A SISTEM : EN. MUHD NABILFIKRI FATHULLAH
PERSIAPAN TEMPAT : CIK EMILIA ANAK GELAU

3
DOKUMENTASI : PN. NOOR FARHANA MOHD SAADI
HADIAH / CENDERAHATI : PN. LISA WONG SIEW YIENG

4
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN / AKTIVITI YANG DIRANCANG
1. Taklimat Program
2. Ceramah Anti Dadah
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Percetakan
Kertas A4 (1 Rim) RM9.00

Cetakan Bahan Mewarna Tahap 1 RM10. 00

JUMLAH RM19.00

10.2 Cenderahati
1. Cenderahati RM60.00

JUMLAH RM60.00

10.3 Jumlah Perbelanjaan


Bil. PERBELANJAAN JUMLAH

1. Percetakan RM 19.00

2. Cenderahati RM 60.00

JUMLAH BESAR RM 79.00

10.5 Sumber Kewangan

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. Unit Induk 3K RM 80.00

JUMLAH RM 80.00

10.0 PENUTUP

5
Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus
berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk
mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua
pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

‘MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH’

Disediakan oleh, Tarikh:

……………………………..........…
(LISA WONG SIEW YIENG)
PENYELARAS PROGRAM

Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........
(ANTHONY RIZWAN CHAN BIN ABDULLAH)
PENOLONG KANAN HEM

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...
(JALANI BIN HASHIM)
PENGETUA
SMK BELAWAI

You might also like