Essay Full (2500PP)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENGENALAN

Tokoh merupakan orang yang telah banyak menyumbang jasa dalam satu bidang

tertentu dan boleh dijadikan idola kepada generasi akan datang. Kejayaan yang dicapai dan

sumbangan yang dicurahkan dijadikan aspirasi dan motivasi kepada semua lapisan

masyarakat. Pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mencurahkan bakti membangunkan

negara terutamanya selepas negara mencapai kemerdekaan wajar dijadikan iktibar. Antara

bidang yang melahirkan ramai tokoh ternama adalah bidang pendidikan yang

kebanyakkannya terdiri daripada para guru. Guru banyak menyumbangkan tenaga dan

intelektualan dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita. Antara tokoh-tokoh yang

boleh dijadikan contoh ialah Tan Sri Aminuddin Baki, Tan Sri Dr. Ungku Omar, Profesor

Diraja Ungku Aziz Prof. Khoo Kay Kim, dan lain-lain. 1 Masyarakat setempat harus

mencontohi tokoh-tokoh berkenaan dalam menyumbang tenaga untuk memajukan

pendidikan kepada masyarakat. Dalam konteks ini, di Bahagian Mukah, Sarawak terdapat

seorang tokoh yang amat disegani oleh masyarakat pendidik yang wajar dijadikan contoh dan

teladan dalam dunia pendidikan. Beliau merupakan Puan Malihah binti Sirat. Beliau

memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan di Bahagian Mukah, Sarawak

sepanjang berkhidmat sebagai seorang pendidik. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan

kepada sumbangan tokoh guru tersebut dalam bidang pendidikan sebagai catatan bagi

generasi masa depan dalam tempoh masa dari tahun 2008 sehingga tahun 2018.
Latar belakang Puan Malihah binti Sirat

Nama diberi Malihah binti Sirat. Dilahirkan pada 8 Mei 1966 di Kampung Igan

Sibu, Sarawak pada ketika itu. Beliau merupakan anak kelima daripada 6 orang adik

beradik. Beliau berketurunan Melanau daripada kedua-dua ibu bapanya. Puan Malihah

binti Sirat telah berkahwin dengan Encik Wahab bin Sahari pada tahun 1996, bekerja

sendiri dengan mempunyai beberapa buah bot yang dijalankan oleh para nelayan untuk

menangkap ikan. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka mempunyai 4 orang

cahaya mata, 3 orang lelaki dan seorang perempuan.

Beliau memperolehi pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan

Kampung Igan ketika beliau berusia 7 sehingga 12 tahun pada sekitar tahun 1973 hingga

1978. Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa

Melayu digunakan sebagai Bahasa Penghantar bagi semua mata pelajaran selain sains

(Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik tambahan). 2 Para pelajar

perlu belajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah setiap

tingkatan darjah mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir tingkatan 3 (digelar

peringkat menengah rendah) para pelajar akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3

(PT3). Berdasarkan pencapaian PT3, mereka akan dikategorikan kepada aliran sains atau

aliran sastera. Pelajar aliran sains dibenarkan untuk keluar dari aliran sains lalu menyertai

aliran sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat

keputusan yang memberangsangkan amat digalakkan untuk menjalani pengkhususan

vokasional di sekolah teknik.


Pada akhir tingkatan 5 digelar peringkat menengah atas, para pelajar perlu

menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran

di peringat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United

Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap ‘O’ General Certificate of Education

(Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi (General Certificate of Secondary School

(GCSE) / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut

menduduki kerta GCE Tahap ‘O’ bagi Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah

berdasarkan markah penulisan karangan dalam Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan

kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan

Tahap ‘O’ British.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran beliau ke Sekolah Menengah

Kebangsaan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) ketika berumur 13 hingga 17

tahun pada tahun 1979 sehingga 1983 yang terletak di Taman Matang Jaya Kuching,

Sarawak. Setelah mendapat keputusan Malaysian Certificate Education (MCE) semasa

Tingkatan 5, beliau telah mendapat tawaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) untuk melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Beliau mengambil program Sistem Empat Semester (SES) atau Four Semester System

pada tahun 1986 dan 1987. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang, beliau berjaya

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda di

Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Islam pada tahun 1988.

Beliau telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1991

dan mula ditempatkan di sekolah pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick

Mukah, Sarawak pada tahun 1994 sehingga 2007. Beliau menjadi guru biasa
DG3@DG41 mengajar subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Geografi

dengan gaji permulaan sebanyak RM1100 sehingga tahun 2003. Kemudian beliau telah

dilantik menjadi Penolong Kanan Pentadbiran sekolah pada tahun 2004 sehingga 2007

atas kesungguhan dan sifat kepimpinan yang tinggi dalam diri beliau. Pada tahun 2008,

beliau dipindahkan ke SMK Dalat juga sebagai Penolong Kanan Pentadbiran sekolah

dengan Gred DG48 sehingga tahun 2015. Beliau ketika itu masih mengajar dalam subjek

Geografi menengah rendah. Setelah mengikuti kursus National Professional Qualification

for Education Leaders (NPQEL), beliau telah dinaikkan pangkat menjadi pengetua

sekolah di SMK Oya daripada tahun 2015 sehingga kini. Syarat menjadi seorang

pengetua bermula daripada Gred DG52. Kini beliau telah berjaya memegang Gred DG54.

Perkembangan Puan Malihah binti Sirat dalam Aspek Profesionalisma

Pada awal karier, beliau telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang

pertama pada tahun 1999. Anugerah tersebut adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang

anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem

Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangannya melebihi daripada

keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Puan Malihah binti Sirat merupakan penerima

anugerah pergerakan gaji melintang dengan kenaikan gaji sebanyak tiga kali. Penghargaan ini

juga bertujuan untuk menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada

lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan. Pada tahun 2005,

beliau telah mendapat anugerah yang sama sekali lagi dan begitu juga pada tahun 2013. Ini
menjadikan beliau sebagai seorang guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam

dan berulang kali terhadap keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

Sekitar tahun 2011 , beliau telah dilantik menjadi Jurulatih Utama di bawah Program

Max di peringkat Bahagian Mukah. Lanjutan daripada peristiwa tersebut, beliau telah dijemput

menjadi penceramah program tersebut di sebuah sekolah di Sabah iaitu Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama Kota Kinabalu selama 3 hari yang disertai oleh guru-guru di sekolah

tersebut.

Puan Malihah binti Sirat telah menyertai satu Program Kolokium Kembara yang

melibatkan semua Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah di Negeri Sarawak yang telah

berlangsung di Kuching pada tahun 2006.3 Antara tujuan program tersebut diadakan adalah

untuk memberi maklumat terkini kepada pemimpin sekolah tentang dasar, aktiviti dan program

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada tahun 2018, beliau sekali lagi telah menyertai

Program Kolokium di Negeri Sabah yang melibatkan semua Graduan National Professional

Qualification of Education Leaders (NPQEL) kali ke-2 yang berlangsung pada daripada 7

sehingga 9 November 2018 dan bertempat di Hotel Grand Borneo di Kota Kinabalu.4 Motif

program tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih luas kepada

pemimpin sekolah tentang profesionalisme pengurusan dan kepimpinan.

Puan Malihah binti Sirat juga telah menyertai International Conference on Education

(ICE2016) daripada 18 sehingga 19 October 2016 yang telah berlangsung di Miri, Sarawak. 5

Sejak tahun 1934, IBE telah menganjurkan International Conference on Education (ICE), yang

menyediakan forum dialog antara Menteri Pendidikan. Walaupun Menteri Pendidikan

memainkan peranan yang paling aktif semasa ICE, rakan lain seperti penyelidik, pengamal,
wakil organisasi antara kerajaan dan bukan kerajaan juga turut serta secara aktif dalam dialog

tersebut. Persidangan ini terbuka untuk semua pihak yang berkaitan topik yang akan

dibincangkan pada peringkat antarabangsa.

Beliau juga telah menyertai kursus Konvensyen Pendidikan Kenegaraan di Negeri

Sarawak pada 21 Februari 2016 bertempat di Borneo Convention Center Kuching, Sarawak.

Konvensyen yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu Datuk Seri Mahdzir

Khalid disertai seramai 2500 peserta dari seluruh negeri terdiri daripada pengetua, guru besar,

pegawai pendidikan dan wakil-wakil NGO berasaskan pendidikan telah menyertai kursus

tersebut. Pendidikan Kenegaraan merupakan satu perkara paling penting kerana ia adalah asas

bagi negara yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama untuk maju ke hadapan.

Pada 13 hingga 15 Mei 2015, Puan Malihah binti Sirat telah mengikuti Persidangan

Perkhidmatan Pendidikan di Hotel Pavillion Hotel ParkCity Everly Miri, Sarawak dan Dewan

Muhibah IPG Kampus Sarawak, Miri Sarawak. Persidangan ini telah disertai oleh ramai pihak

daripada pelbagai jawatan dalam bidang pendidikan. Pada pendapat beliau, guru-guru berperanan

penting untuk menyebarkan maklumat tepat mengenai aspirasi dan dasar-dasar negara. Hal ini

dikatakan demikian kerana guru merupakan salah satu ejen utama yang berada dekat dengan

masyarakat setempat, khususnya dengan kanak-kanak.

Di samping itu, Puan Malihah binti Sirat sebelum dilantik dan berpindah jawatan

daripada Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah kepada Pengetua Sekolah, beliau telah mengikuti

kursus NPQEL. Kursus (NPQEL) National Professional Qualification for Educational Leaders

atau lebih dikenali sebagai Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
adalah program bagi melatih pemimpin pelapis oleh Institusi Aminuddin Baki (IAB).

Menariknya, Program NPQEL, mod baru ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan

menggunakan kaedah bersemuka dan juga e-learning. Jadi ini membolehkan peserta mengikuti

kursus tanpa perlu memohon cuti belajar, atau pun melepaskan jawatan hakiki yang sedang

disandang. Program ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kepimpinan kepada bakal

pemimpin di sekolah. Setiap guru berpeluang untuk memohon mengikuti kursus ini dengan

syarat memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak IAB. Guru yang menjawat

jawatan Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Kokurikulum digalakkan memohon. Kursus

ini adalah untuk pemimpin sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Peserta akan dinilai

berdasarkan tugasan yang diberi dari semasa ke semasa.

Puan Malihah binti Sirat merupakan peserta program tersebut bagi ambilan KOHORT

2/2014. Program NPQEL tersebut merupakan anjuran bersama Institusi Aminuddin Baki dengan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada tahun tersebut, seramai 62 orang peserta

daripada pelbagai jawatan dalam barisan pentadbir sekolah dari seluruh Negeri Sarawak telah

mengikuti program tersebut dengan jayanya. Daripada jumlah tersebut, 30 orang daripada

sekolah sekolah dan selebihnya 32 orang guru daripada sekolah menengah. Program NPQEL

tersebut secara am nya meliputi 9 bidang keseluruhan. Antara 9 bidang yang dilaksanakan dalam

Program NPQEL tersebut ialah Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, Pengurusan Kurikulum,

Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Kewangan, Pengurusan

Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran & Kemudahan Fizikal. Pengurusan Perkembangan

Sumber Manusia, dan Pengurusan Perhubungan Luar.


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa

mulai 2014 kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan atau National

Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan oleh Institusi

Aminuddin Baki (IAB) Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi prasyarat pelantikan

pengetua atau guru besar di Malaysia. Ketetapan ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang

ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan

memiliki NPQEL selain syarat-syarat lain. Sama ada para guru menyedari atau tidak perkara ini,

mereka tidak boleh protes jika tidak boleh dilantik dan tidak boleh menikmati kenaikan pangkat

sebagai pengetua dan guru besar hanya kerana tidak memiiki sijil atau diploma NPQEL.

Sehubungan dengan itu, kerajaan mahu memastikan semua sekolah di Malaysia dipimpin

oleh pengetua dan guru besar yang berkompetensi tinggi sahaja. Kajian menunjukkan bahawa

sekolah yang didatangkan pengetua dan guru besar yang baik akan meningkatkan pencapaian

muridnya sebanyak 20 peratus. Kajian juga menunjukkan pengetua dan guru besar yang

mengikuti kursus atau latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan, latihan kepengetuaan,

pembangunan profesionalisma dan kursus-kursus lain yang berkaitan memberi impak yang tinggi

kepada kepimpinannya.
Sumbangan Puan Malihah binti Sirat sepanjang berkhidmat sebagai pengetua di SMK

Oya

Selama beliau berkhidmat sebagai guru dalam bidang pendidikan, banyak aktiviti dan

program yang telah beliau buat dan anjurkan selama di sekolah-sekolah di mana dia berkhidnat

dari tahun 2008 sehingga tahun 2018. Sistem pendidikan kerajaan Malaysia amat

menitikberatkan perihal pembangunan murid dalam bidang akademik dan kokurikulum . Pada

pendapat saya, tokoh yang saya kaji merupakan seorang warga pendidik yang amat komited dan

mengambil berat tentang pembangunan modal insan yang berkualiti untuk menjamin masa depan

negara di samping masa hadapan murid-murid itu sendiri.

Beliau telah membuat kelas penambahbaikan mata pelajaran kepada murid-murid yang

akan menduduki peperiksaan khususnya pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan

awam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) , pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar tingkatan 6 atau pra universiti yang akan menduduki

peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM). Kelas penambahbaikan mata pelajaran

merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk meningkatkan semua keputusan peperiksaan

sekolah di samping menambahkan masa bagi murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran

bersama guru-guru mata pelajaran masing-masing di dalam kelas. Kelas penambahbaikan mata

pelajaran tersebut diadakan pada sesi sebelah petang sekolah. Kejayaan daripada usaha tersebut,

SMK Oya telah menduduki tempat ke-16 daripada 21 sekolah yang mencapai keputusan

memberangsangkan dalam STPM pada tahun 2016 dengan Purata Nilai Gred (PNGK) melebihi

2.80 iaitu 2.86 PNGK . SMK Oya telah melahirkan seorang pelajar STPM yang bernama Edwing

Ong telah berjaya memperoleh CGPA (Cumulative Grade Point Average) 4.00 pada tahun 2016.

Pada tahun 2018 pula , adik kepada Edwing Ong, Connie Ong Hui May juga berjaya
memperolehi CGPA 4.00 dan dijemput menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang STPM 2018 di

Kuala Lumpur.

Selain itu, Puan Malihah binti Sirat juga telah berjaya melahirkan anak-anak yang bergiat

aktif dalam bidang forum remaja. Meskipun tidak terlibat secara langsung dalam memberikan

latihan kepada murid-murid yang mengambil bahagian, namun usaha dan nasihat serta galakan

kata-kata semangat telah memberikan kejayaan kepada kumpulan forum remaja SMK Oya.

Kumpulan tersebut terdiri daripada 5 orang wakil daripada tingkatan 4 dan 5 yang masing-

masing mempunyai kelebihan tersendiri Kumpulan forum remaja SMK Oya telah mendapat

Johan sekaligus merangkul Anugerah Forum Remaja Terbaik Peringkat Negeri Sarawak pada

tahun 2018. Usaha para guru yang membimbing dan komitmen yang terbaik daripada ahli-ahli

kumpulan telah membuahkan hasil yang telah membanggakan seluruh warga sekolah SMK Oya.

Pada tahun yang sama juga, kumpulan forum remaja SMK Oya telah dinobatkan terbaik

peringkat negeri Sarawak ketika bertanding di Kuching.

Sekolah Menengah Kebangsaan Oya (SMK Oya) juga sangat terkenal sebagai salah satu

sekolah terbaik dalam bidang kokurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid di

sekolah tersebut adalah sangat aktif dan mempunyai minat yang mendalam dalam aktiviti sukan

dan kokurikulum. Khususnya atlit-atlit sekolah yang telah acap kali mengharumkan nama baik

SMK Oya di pelbagai peringkat. Puan Malihah binti Sirat melihat kesungguhan para atlit sekolah

mempersiapkan diri secara fizikal dan juga secara mental sebelum bertanding sebagai peluang

untuk melibatkan lebih ramai lagi murid-murid dala bidang kokurikulum. Beliau akan meneliti

murid-murid yang mempunyai potensi dalam bidang sukan lalu memberikan mereka jalan untuk

merebut peluang mengikut serta sebagai atlit sekolah. Selama Puan Malihah binti Sirat telah

menjadi pengetua di SMK Oya, atlit-atlit sekolah semakin hari semakin menunjukkan minat dan
komitmen yang tinggi dalam membuat latihan demi latihan untuk mempersiapkan diri

sepenuhnya sebelum hari pertandingan berlangsung. Hasil daripada kesungguhan tersebut, SMK

Oya telah dinobatkan sebagai juara 4 tahun berturut-turut dari tahun 2016 sehingga tahun 2019

dalam Kejohanan Olahraga dan Balapan MSS Bahagian Mukah yang telah berlangsung di

Stadium yang berdekatan iaitu Stadium Dalat dan Stadium Mukah.

Di samping itu, Puan Malihah binti Sirat telah membuat satu program yang dinamakan

sebagai Elit 25 pada tahun 2016. Program tersebut hanya melibatkan pelajar cemerlang tingkatan

5 pada tahun semasa. Ketika mencari ilham untuk membuat program tersebut, beliau

beranggapan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai potensi untuk mendapat keputusan yang

cemerlang dalam pelajaran sewajarnya diberikan lebih banyak lagi perhatian dan dorongan untuk

menambah pengetahuan dan mengekalkan potensi mereka sehingga hari menjawab peperiksaan

sebenar. Antara usaha yang diterapkan dalam program tersebut ialah, golongan Elit 25 yang

dimasukkan dalam kumpulan pelajar cemerlang akan di bahagikan ke beberapa kumpulan dan

menjadi ketua untuk membantu dan membimbing pelajar-pelajar yang-lain.

Kesimpulan

Secara keseluruhan kajian ini membincangkan tentang latar belakang Puan Malihah binti

Sirat, perkembangan beliau dalam aspek profesionalisma dan sumbangan beliau sepanjang

berkhidmat sebagai pengetua di SMK Oya. Terdapat beberapa usaha dan impian beliau yang

masih belum tercapai dan masih dalam pertimbangan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Dalat

(PPD). Antaranya ialah membina sebuah dewan besar di kawasan sekolah. Hal ini kerana, SMK

Oya masih belum mempunyai dewan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan program sekolah.
Pada masa sekarang, majlis-majlis sekolah diadakan bertempat di ruang serba guna dan

mempunyai saiz yang kecil dan tidak mencukupi untuk menempatkan kesemua pelajar ketika

majlis berlangsung. Bagi beliau, pembinaan dewan besar tersebut sememangnya akan

memberikan manfaat yang besar kepada seluruh warga SMK Oya. Selain itu, permintaan untuk

menaik taraf padang sekolah dan membina litar balapan untuk kegunaan anak-anak atlit sekolah

berlatih sebelum kejohanan. SMK Oya mempunyai atlit-atlit sukan yang berpotensi dan harus

digilip dengan memberikan kemudahan yang mencukupi kepada mereka untuk terus

membangun.

Nota Hujung

1. Unknown. “Penghantar Pendidikan J2.1”. http://pkdeafipik.blogspot.com/2014/01/tokoh-

pendidik-di-malaysia.html. (diakses pada 05 Jun 2020)

2. Wikipedia. “Pendidikan di Malaysia’. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia

. (diakses pada 07 Jun 2020)

3. Blogspot. “Persidangan Graduan NPQH Kebangsaan”.

http://pgnpqh.blogspot.com/2008/12/kolokium-kembara-pengurusan.html . (07 Jun 2020)

4. Kementerian Pendidikan Malaysia. “Kolokium Graduan NPQEL kali ke-2 (zon borneo)”.

http://iab.moe.edu.my/index.php/ms/sumber/menu-berita-pemberitahuan/9-pengumuman-

2018/403-kolokium-graduan-npqel-kali-ke-2-zon-borneo (diakses pada 09 Jun 2020).

5. Antonia Chiam. “ICE to enhance teacher’s professionalism”.

https://www.theborneopost.com/2016/08/31/ice-to-enhance-teachers-professionalism/ : 31

Ogost 2016.
Bibliografi

1. Majalah sekolah SMK St. Patrick Mukah “Tibow” terbitan tahun 1997.

2. Majalah sekolah SMK Dalat “Jerunai” terbitan tahun 2008.

3. Majalah Sekolah SMK Oya “Tepad” terbitan tahun 2018.

4. https://www.schoolandcollegelistings.com/MY/Oya/191161427624488/SMK-Oya

5. https://smkd.webs.com/
6. https://www.utusanborneo.com.my/2019/04/27/pelajar-cemerlang-spm-stpm-terima-
anugerah-daripada-ppks

Lampiran

Profil Puan Malihah binti Sirat dalam Majalah Sekolah SMK St. Patrick tahun 1996
Puan Malihah binti Sirat bersama Connie Ong Hui May ketika menghadiri Majlis

Anugerah Cemerlang STPM 2018 di Kuala Lumpur

Kumpulan Forum Remaja SMK Oya mendapat Johan sekaligus dinobatkan kumpulan

forum remaja terbaik peringkat negeri Sarawak


Kumpulan Forum Remaja SMK Oya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Forum

Remaja Peringkat Kebangsaan

Puan Malihah binti Sirat bersama rakan-rakan pengetua yang lain ketika menghadiri
Persidangan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Ke-54
Puan Malihah binti Sirat bersama rakan-rakan pengetua ketika menghadiri Persidangan
Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Ke-53

Puan Malihah binti Sirat mengabdikan sebuah gambar bersama kumpulan atlit sekolah
setelah menerima piala

You might also like