Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM

TAJUK: CABARAN DALAM MEMBENTUK KEPERIBADIAN INSAN PADA MASA KINI


FALSAFAH DAN ISU SEMASA (CTU 552)

KUMPULAN: BA28/BA29

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIKS

NUR ZERINE EFREENA BINTI AZHAR 2023379867

NUR ELLY SHARLINA BINTI MA’AMOR 2023388575

NATASHA NISA BINTI MOHD NOR SHUHAIMI 2023393505

FARZANA HANI BINTI MOHD HAZMI 2023379979

NURAINI SYUHADA BINTI SUHAIDI 2023149755

NURMIZA BINTI MOHD ZUKIFILE 2023388807

NURUL AZLIN BT AZMAN 2023190249

MUHAMMAD FARIS AZRIN BIN ABD RAMLI 2023190007

MUHAMMAD IRFAN HILMY BIN MOHD ROSLI 2023115095

ADRIS IMRAN BIN NOR ADLI 2023115211

DISEDIAKAN UNTUK: DR. FADZIANI BINTI YAAKUB


Assalamualaikum, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji
bagi Allah tuhan semesta alam yang telah memberikan nikmat dan kekuatan untuk
menyempurnakan tugasan ini. Selawat dan salam ke atas nabi terakhirNya dan utusan
Muhammad, teladan yang ideal bagi manusia.

Laporan ini merupakan ilustrasi yang baik tentang kajian kumpulan. Pengalaman itu berbaloi
kerana ia bukan sahaja mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman kami tentang perkara
yang tercatat didalam projek ini, tetapi juga mengajar kami cara untuk lebih memahami akibat
praktikal dengan mengintegrasikan pengetahuan.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami
untuk subjek Falsafah Dan Isu Semasa (CTU552), Dr. Fadziani Binti Yaakub, atas bantuan dan
arahan beliau dalam menyiapkan aktiviti tugasan ini. Kami menghargai usaha beliau dalam
menjelaskan tugas ini, dan juga rakan-rakan yang telah membanting tulang dalam menyelesaikan
tugasan yang diberikan ini. Akhir sekali, semoga Allah SWT membalasnya untuk mereka semua
yang terlibat dalam projek ini.

ISI KANDUNGAN
ABSTRAK 1
PENGENALAN 2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
1.0 Faktor dalam menghadapi cabaran 1
1.3 Agama 1
1.1 Globalisasi 3
1.2 Pendidikan 5
2.0 Kesan terhadap cabaran yang dihadapi 8
2.1 Agama 8
2.2 Globalisasi 10
2.3 Pendidikan 12
4.0 KAJIAN LITERATUR 13
5.0 RUMUSAN & CADANGAN 15
REFERENCES 17
ABSTRAK

Allah SWT berfirman dalam surauh Al-Zariyat: 56

“Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadah kepadaKu”.

Membentuk keperibadian Islam yang sejati sewajarnya mestilah melalui tiga komponen iaitu
hati, akal dan juga nafsu. Kajian ini meneroka isu semasa yang berkait dengan cabaran dalam
membentuk keperibadian insan pada masa kini dalam kalangan masyarakat islam dan mengkaji
bagaimana isu ini boleh mempengaruhi pembangunan seseorang umat Islam. Kaedah yang
digunakan dalam menyelesaikan kajian ini adalah melalui sumber-sumber daripada data
sekunder seperti artikel dan jurnal yang diperoleh daripada penyelidik-penyelidik yang sebelum
ini daripada yang telah menjalankan penyelidikan yang serupa dan berkait dengan tugasan kami.
Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa faktor-faktor yang terlibat dalam tajuk
tugasan ini adalah cabaran dalam aspek agama, globalisasi dan juga pendidikan.
PENGENALAN

Membentuk keperibadian insan dalam Islam merujuk kepada proses pembentukan


individu secara keseluruhan yang meliputi aspek moral, spiritual, dan sosial berdasarkan ajaran
Islam. Ia bermaksud memperbaiki dan memperkuatkan sifat-sifat baik dalam diri seseorang serta
memperbaiki dan mengurangkan sifat-sifat buruk. Dalam Islam, pembentukan keperibadian
insan adalah penting kerana ia membantu individu mencapai matlamat hidup yang lebih baik,
seperti mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ia juga membantu individu
memperbaiki hubungan dengan Allah, sesama manusia, dan alam sekitar.

Proses membentuk keperibadian insan dalam Islam melibatkan penghayatan nilai-nilai


dan prinsip-prinsip Islam serta usaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ia juga
melibatkan usaha untuk mengatasi kelemahan dalam diri dan memperbaiki hubungan dengan
orang lain, serta berusaha untuk menjadi lebih baik dari segi moral, spiritual, dan sosial.

Secara keseluruhan, membentuk keperibadian insan adalah proses seumur hidup yang
melibatkan pengalaman, pembelajaran, dan perkembangan diri yang berterusan. Ia membantu
individu memahami diri dan menjadi lebih baik dalam mencapai matlamat hidup dan berinteraksi
dengan orang lain. Dalam Islam, pembentukan keperibadian insan bukanlah satu proses yang
mudah dan memerlukan kesabaran, konsistensi, dan usaha yang berterusan. Namun, ia adalah
proses yang sangat penting untuk mencapai matlamat hidup yang lebih baik dan mencapai
kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta memperoleh rahmat dan keberkatan Allah.

Pada masa kini, membentuk keperibadian insan adalah amat mencabar kerana teknologi
yang berleluasa mempengaruhi anak-anak muda. Pada masa kini, terdapat beberapa isu semasa
yang menjadi cabaran dalam membentuk keperibadian insan. Proses membentuk keperibadian
insan bermula sejak kecil dengan bimbingan dan pengajaran daripada keluarga, masyarakat, dan
persekitaran yang melibatkan individu. Sekolah juga memainkan peranan penting dalam
membentuk keperibadian insan dengan memberikan pendidikan formal dan pengalaman sosial
yang membantu individu memahami nilai-nilai dan etika yang penting dalam kehidupan.
Teknologi yang berkembang dengan pesat, globalisasi, keseimbangan kerja hidup, pengaruh
media, dan isu sosial adalah antara isu semasa yang menjadi cabaran dalam membentu
keperibadian insan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama membentuk keperibadian insan dalam Islam adalah untuk mencapai
matlamat hidup yang lebih baik dan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta
memperoleh rahmat dan keberkatan Allah. Ia juga membantu individu untuk memperbaiki
hubungan dengan Allah, sesama manusia, dan alam sekitar.

Beberapa objektif lain dalam membentuk keperibadian insan dalam Islam adalah seperti
berikut. Pertama sekali , meningkatkan kesedaran dan keimanan dalam pembentukan
keperibadian insan dalam Islam bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keimanan
seseorang terhadap Allah S.W.T dan ajaran-ajaran Islam.

Kedua, membentuk sifat-sifat mulia dalam pembentukan keperibadian insan dalam Islam
bertujuan untuk memperbaiki sifat-sifat buruk dalam diri seseorang dan memperkuatkan sifat-
sifat mulia seperti sabar, tawadhu', ikhlas, amanah, dan sifat mulia yang lain-lain.

Ketiga, mempertingkatkan serta menjaga hubungan dengan orang lain untuk membentuk
keperibadian insan dalam Islam bertujuan untuk memperbaiki hubungan dengan orang lain dan
masyarakat melalui pembentukan sifat-sifat seperti kasih sayang, toleransi, kejujuran, dan lain-
lain.

Selain itu, usaha meningkatkan kesedaran sosial dalam pembentukan keperibadian insan
dalam Islam bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial seseorang terhadap isu-isu sosial
dan lingkungan, serta menggalakkan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang membantu
masyarakat.

Seterusnya , menjadi teladan yang baik dalam pembentukan keperibadian insan dalam
Islam bertujuan untuk menjadikan seseorang sebagai teladan yang baik dan memberikan
inspirasi kepada setiap lapisan masyarakat.
Secara keseluruhan, objektif pembentukan keperibadian insan dalam Islam adalah untuk
mencapai matlamat hidup yang lebih baik dan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta
memperoleh rahmat dan keberkatan Allah melalui penghayatan nilai-nilai dan prinsip-prinsip
Islam serta usaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian
1.0 Faktor dalam menghadapi cabaran

1.3 Agama

Umat Islam perlu berhadapan dengan perkara yang cuba menghalang mereka daripada
melakukan perkara yang betul. Beberapa perkara ini sukar dilihat, seperti fikiran atau perasaan
yang buruk, dan ada yang datang dari orang lain yang tidak menyukai orang Islam.

Daripada kalangan manusia, Allah menegaskan dalam firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah mereka. (Surah al-
Baqarah: 126).

Sesetengah orang tidak suka orang Islam dan akan menyakiti mereka. Ini telah menyebabkan
masalah dan perkara yang menyedihkan berlaku kepada umat Islam dalam sepanjang sejarah.
Orang jahat ingin menyakiti orang Islam dan kepercayaan mereka, seperti Al-Quran dan undang-
undang Islam. Mereka cuba memerangi mereka dengan senjata, tetapi mereka tidak dapat
menyingkirkan orang Islam. (Deraman, 2023) Tidak dapat disangkal lagi, seperti yang dapat kita
lihat di media sosial dan media massa bahawa masyarakat pada masa kini menghadapi pelbagai
cabaran membentuk keperibadian insan yang mulia terutamanya dari aspek agama.

Kurangnya didikan agama membuatkan masyarakat kini sukar dibentuk untuk


mempraktikkan agama Islam dalam kehidupan. Sebagai manusia biasa yang mempunyai
kelemahan yang wujud, kita memerlukan arahan dan nasihat untuk mengemudi kewujudan kita
sebagai penjaga planet ini. Bimbingan bijak seperti itu disampaikan oleh Nabi S.A.W yang
tersohor, yang dipetik oleh ulama yang dihormati seperti Imam al-Baihaqi dan at-Tabrani,
mengambil daripada hikmah Anas R.A dan al-Hassan bin Ali R.A.

“Menuntut ilmu agama adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”

Umat Islam menggunakan kitab Al-Quran dan mengikuti petunjuk Nabi Muhammad SAW untuk
menjalani kehidupan mereka. Begitu juga dengan agama lain mempunyai ajaran tersendiri untuk
membantu individu. Jika orang menggunakan agama mereka sebagai alat pertumbuhan, ia boleh
membantu dalam perkembangan mereka sebagai individu yang baik dan membantu mereka
membuat keputusan yang bijak, seperti lilin yang menerangi bilik gelap. (Didikan Agama Dapat
Membendung Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja, 2023)

Masyarakat yang tidak mempunyai sepenuhnya pengetahuan akan agama Islam akan mudah
terpedaya dengan adanya anasir luar atau tipu daya barat yang menghalang mereka untuk
menjadi modal insan kelas pertama. Apabila masyarakat kurang didikan agama, iman mereka
akan mudah goyah dan akan sentiasa ada keraguan di dalam diri mereka. Oleh itu, semua pihak
terlibat tidak boleh memandang enteng akan hal ini dan mula menitik beratkan ilmu agama
dalam diri agar masyarakat dapat mengharungi cabaran yang sedia ada atau yang bakal muncul
pada masa hadapan.

Tambahan lagi, masyarakat yang masih mendalami ilmu agama akan mencari pelbagai
sumber untuk mendalami agama islam dan mereka akan dipengaruhi oleh golongan Islam
Liberal sekiranya mereka tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya. Beberapa
Muslim percaya bahawa agama mereka harus ditafsirkan dengan cara yang sesuai dengan zaman
modern dan gagasan tentang apa yang adil dan benar. Mereka tidak setuju dengan interpretasi
kuno tentang aturan dan hukum agama, bahkan jika mereka berasal dari pemimpin agama yang
penting. Mereka berpikir bahwa jika suatu undang-undang tidak masuk akal di dunia sekarang
ini atau bertentangan dengan hak asasi manusia, itu harus diubah atau bahkan dihilangkan.
Mereka tidak menolak agama mereka sama sekali, tetapi menurut mereka itu harus diperbarui
untuk zaman moden. (Samsudin, 2018)

Di Malaysia, ada sekelompok Muslim yang percaya pada idea-idea liberal. Mereka ingin orang-
orang memahami bahawa semua agama itu sama, bukan hanya Islam. Ini akan membuat
beberapa orang berhenti mengikuti Islam. Kelompok itu juga meminta perubahan undang-
undang agar umat Islam akan meninggalkan agamanya tanpa masalah. Mereka memberikan
informasi palsu tentang Islam, yang dapat membingungkan orang yang masih mempelajarinya.

Seandainya seseorang itu tidak mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah, mereka mungkin mudah
terjerumus ke dalam cara berfikir ini. Islam Liberal telah menampakkan bahawa Islam adalah
agama yang kompleks. Mengikut fahaman ini, al-Quran mesti ditafsir semula tanpa dibatasi oleh
tafsiran ulama terdahulu. Tafsiran masa lalu sudah lapuk dan tidak lagi terpakai dalam
masyarakat hari ini. Pada pandangan mereka, menafsirkan al-Quran tidak memerlukan ilmu
Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsir Rasulullah, para Sahabat, atau ahli tafsir terdahulu.
Mereka percaya bahawa tafsiran harus sejajar dengan akal dan rasional. (Persoalan Berkaitan
Liberalisme – MAIS)

Selain itu, tanpa semangat jihad yang tinggi, masyarakat pada masa kini juga disungguhi
dengan adanya Gerakan Islamfobia. Umat Islam sering menghadapi diskriminasi dan kebencian
daripada individu tertentu yang mengarahkan kemarahan mereka kepada masyarakat Islam
dengan membuat komen yang menyakitkan hati malah menyerang masjid. Tingkah laku jenis ini
menyebabkan umat Islam mengalami pelbagai emosi negatif seperti sedih, takut, dan marah.
Selain tekanan emosi, umat Islam juga mungkin menghadapi cabaran dalam mencari pekerjaan
kerana diskriminasi ini, yang sama sekali tidak adil. Adalah penting untuk mempertahankan apa
yang betul dalam situasi ini, walaupun ia menakutkan, dan ingat bahawa kekuatan boleh diambil
daripada kepercayaan seseorang kepada Tuhan. (ISLAMOPHOBIA – KESAN TERHADAP
MASYARAKAT ISLAM – MAIS, 2023)

1.1 Globalisasi

Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, kita dapat melihat sejarah yang menjadi
pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara bahkan bukan itu sahaja, globalisasi yang kian
telah menjadi pengiring dan pembantu dalam membangunkan negara di dunia. Globalisasi ini
telah banyak diperkenalkan dari pelbagai aspek yang memberi impak dan kesan yang praktikal
bagi negara serta masyarakat konvensional. Banyak yang boleh kita ungkapkan dari erti kata
globalisasi ini dan ianya bergantung kepada cara setiap insan berfikir bagaimana mereka ingin
mendefinisikan pengertian globalisasi ini. Secara umum, seperti yang kita mengetahui globalisasi
ini merupakan rangkaian teknologi yang bebas dalam mengakses maklumat dan menjadi satu
saluran sebagai penghubung maklumat tanpa ada sebarang sepadan dan halangan sekali pon.
Perantara maklumat yang dapat disalurkan melalui pelbagai cara seperti internet, media sosial,
teknologi komunikasi dan sebagainya dapat membantu dalam evolusi pertumbuhan sesebuah
negara.
Selain itu, globalisasi ini juga boleh didefinisikan kepada cara pemikiran bagi setiap
individu. Hal ini dapat dilihat melalui kejayaan setiap negara yang mempunyai masyarakat yang
bertindak pantas bersamping kan dengan globalisasi. Tetapi tidak dapat dinafikan, sebalik
daripada kebaikan dan faedah yang dapat diberikan kepada negara serba sedikit ia telah menjadi
kemelut bagi sesetengah individu terutamanya dalam golongan remaja. Remaja adalah insan
yang semenjana membentuk kepribadian diri mereka dalam dunia yang penuh dengan teknologi
tetapi dengan adanya globalisasi ini, sesetengah individu tidak dapat untuk mendisiplinkan
dirinya daripada mengawal dan membentuk peribadinya kearah yang lebih baik. Keterbukaan
globalisasi yang telah mengubah cara pemikiran individu telah membawa kepada kerosakan
akhlak mereka. Kemajuan teknologi yang mendedahkan pelbagai rangkaian dan maklumat telah
memberi kesan negatif kepada insan didunia ini. Perkembangan globalisasi bukan sahaja melalui
cara pemikiran tetapi dari segi budaya, tradisi, penghantaran maklumat dan sebagainya telah
menjadi satu cabaran untuk mereka membentuk peribadi sendiri.

Cabaran globalisasi dari segi teknologi yang boleh dikatakan menjadi salah satu punca
halangan sesetengah insan untuk membentuk jati diri mereka dengan lebih baik. Globalisasi yang
boleh kita lihat yang memberi kemudaratan kepada individu terutamanya remaja ialah mereka
terjebak dalam melakukan perkara-perkara negatif sehingga boleh menghancurkan masa depan
anak anak muda di negara. Melalui perhubungan maklumat serta media sosial yang semakin
berleluasa menyebabkan remaja alaf ini mudah untuk mengakses segala perkara melalui alam
siber sebagai contoh menonton film pornografi, mengunjungi tempat tempat yang tidak
sepatutnya seperti kelab malam, tempat pelacuran sehingga kan mampu untuk membuat perkara
yang tidak senonoh yang merosakkan diri, agama, dan bangsa. Terlalu besar pengaruh barat yang
dapat memasuki minda anak anak muda ini sehingga tidak tahu antara baik dan buruk. Jika
ditelusuri, banyak yang kita dapat lihat berita berita mengenai remaja yang rosak akhlak akibat
daripada pengaruh media sosial. Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) mengemukakan
pada tahun 2018 sebanyak 80% kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 17 tahun
telah melayari filem pornografi (BH2019)1. Tidak dinafikan bahawa teknologi memberi manfaat
yang banyak kepada manusia tetapi bagi individu yang tiada bimbingan agama yang mencukupi
amat sukar untuk mereka mengawal daripada membentuk kepribadian yang bagus.

1 Berita Harian, 2019 80 peratus kanak-kanak 10-17 tahun tonton pornografi


Globalisasi ini cukup memberi kesan yang buruk kepada insan-insan yang mahu
membina keperibadian mereka. Seperti yang kita ketahui, media sosial atau teknologi ini bukan
sahaja memberi kemudaratan kepada remaja ketika di tempat awam tetapi di sekolah juga telah
membuat kan mereka sukar untuk membentuk kepribadian yang baik. Hal ini dapat dilihat di
ruang artikel dimana ia mengatakan “aksi negatif filem antara punca kes buli” (BH2016) 2. Apa
yang dimaksudkan ialah filem-filem barat mahupun lokal terdapat banyak adegan adegan yang
tidak sepatutnya ditayangkan di pawagam, hal ini kerana remaja atau insan yang sedang
membangun ini sikapnya mudah terpengaruh dengan perkara yang menggairahkan mereka.
Sebagai contoh, filem “Juvana” yang dijadikan sebagai contoh untuk mereka membuat perkara
tidak sepatutnya di sekolah seperti membuli. Kejadian ini telah soal siasat oleh Datuk Seri
Mahdzir Khalid sendiri dengan bertujuan untuk membuktikan dirinya kuat. Jadi, apa yang kita
dapat lihat pengaruh globalisasi ini telah pon membasuh pemikiran dan tingkah laku manusia
daripada mendorong mereka ke arah yang tidak baik. Oleh itu, globalisasi merupakan salah satu
cabaran untuk seorang insan membentuk jati diri mereka.

1.2 Pendidikan

Faktor kedua yang menjadi cabaran pembentukan akhlak dan insaniah seorang insan pada
masa kini ialah pendidikan. Didefinisikan daripada kamus dewan Bahasa dan Pustaka (edisi ke
empat), pendidikan ialah perihal mendidik atau ilmu3. Manakala dari perspektif agama Islam,
pendidikan adalah ilmu pendidikan yang berlandaskan agama Islam. Dari erti kata lain,
pendidikan ialah apabila seseorang (seperti seorang guru) bekerja keras untuk membantu orang
lain (seperti pelajar) belajar dan berkembang dengan cara yang terbaik. (Pd, 2020, 5).

Para pendidik sering terlupa akan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan semasa
mendidik generasi muda selain daripada mengajar ilmu pendidikan ialah kesepaduan nilai-nilai
murni yang perlu diterapkan kepada golongan ini dari usia muda. Penimbulan satu isu yang
menggemparkan satu Malaysia pada tahun 2017 dikatakan pelajar sekolah menengah yang baru
berusia 14 tahun memukul seorang guru perempuan sehingga cedera di jari dan hal ini telah pun
diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab (Harian Metro Bhd, 2017). Pengamalan
nilai-nilai murni yang utama iaitu hormat-menghormati terhadap orang lain kini dianggap

2 Berita Harian, 2016 Aksi negatif filem antara punca kes buli
3 Ilmu didik – Ilmu mendidik pengetahuan mendidik
sebagai suatu perkara yang remeh oleh generasi era 2020. Salah satu punca pelajar hilang rasa
hormat pada warga pendidik ini juga adalah dari sifat guru itu sendiri. Secara jujurnya cara untuk
mendidik seorang insan pada zaman kini tidak boleh menggunakan teknik dan cara yang sama
dengan didikan zaman dahulu. Mungkin bagi millenial, didikan pada zaman dahulu walaupun
sedikit kasar tetapi pada akhirnya mereka tetap menjadi manusia yang berguna, tetapi tidak
bermakna ianya boleh diterapkan kepada generasi zaman kini dan kemungkinan golongan ini
untuk menjadi manusia yang berakhlak juga rendah kerana sifat pendidik yang tidak
menghormati pelajar. Pengarah Jabatan Sejarah Fakulti Kemanusiaan Universiti Pedagogi Sultan
Idris (UPSI), Dr. Sahul Hamid Mohamed Maiddin berkata, walaupun pelajar mempunyai
kewajipan untuk menghormati guru, seorang guru tidak seharusnya memperhambakan
pelajarnya. Beliau berkata kedua-dua guru dan pelajar bekerjasama untuk mempelajari perkara
baharu. Mereka masing-masing mempunyai pekerjaan penting mereka sendiri untuk membantu
memastikan mereka boleh berkongsi apa yang mereka pelajari antara satu sama lain. (Unit
Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Rajang, 2016).

Bukan itu sahaja, ibu bapa yang sepatutnya memainkan peranan sebagai pendidik
pertama dalam keluarga juga selalu mengambil ringan terhadap tanggungjawab untuk mengajar
anak-anak bagaimana untuk membantu dan berjaya pada masa hadapan. Seperti yang kita tahu,
anak anak ini kain putih yang istimewa dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan ia kelihatan
cantik. Baik ajarannya, baik jugalah akhlaknya dan begitulah sebaliknya. Rata-rata pelajar yang
boleh dikatakan sering melakukan masalah di sekolah atau kelakuannya yang nakal berpunca
daripada kekurangan kasih sayang dan perhatian keluarga mereka. Salah satu drama yang boleh
kita mengambil contoh situasi untuk dikaitkan dengan isu yang sedang dibincangkan ialah Budak
Tebing yang memotretkan tentang ibu bapa yang sering mengabaikan anak anak mereka dan
sesetengah daripada mereka hanya mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka
sahaja. Tambahan lagi, berterusan memarahi anak tanpa sebab, jarang memberi kata-kata yang
positif dan tidak menghargai pencapaian anak-anak adalah antara punca anak-anak menjadi
seseorang yang agresif dan hilang hormat kepada ibu bapa. Apabila sifat hormat kepada ibu
bapanya sudah hilang, maka tidak pelik sekiranya mereka juga hilang sifat hormat terhadap
orang lain. Ada betulnya pepatah yang menyatakan ‘iman tidak dapat diwarisi’ tetapi sebagai
‘pelukis’ utama dalam mencorakkan kain putih ini, perlulah mendidik dan mencorakkan akhlak
dan budi pekertinya supaya dapat menjadi insan yang berguna.
2.0 Kesan terhadap cabaran yang dihadapi

2.1 Agama

Agama adalah amat penting dalam pembentukan insan yang dapat membimbing
kehidupan manusia ke arah yang lebih baik dan mulia. Manusia yang mengutamakan ilmu agama
dalam kehidupan akan dapat menikmati dan menjalani hidup yang lebih aman. Manusia yang
mempelajari agama juga akan menjadi manusia yang berakhlak mulia kerana agama adalah
menyeluruh iaitu ia dapat membantu insan melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan
daripada Allah SWT. Penghayatan agama dalam diri akan dapat mengatur jalan hidup supaya
untuk menjadi lebih tersusun dan teratur. Ia juga dapat mengelakkan daripada melakukan
kejahatan yang akan memberi kesan buruk kepada diri dan masyarakat sekeliling. Namun,
kebanyakkan manusia pada masa kini tidak mengamalkan agama yang sepatutnya dipelajari dan
dilaksanakan setiap hari.

Kesan yang boleh terjadi kepada insan yang mengabaikan agama adalah insan tersebut
akan menjadi seorang yang mempunyai akhlak yang buruk iaitu kejatuhan akhlak dalam diri
seseorang. Sombong adalah salah satu sifat yang akan lahir akibat pengabaian agama yang
mampu menjejaskan pandangan insan tersebut terhadap konsep halal dan haram dalam agama.
Manusia tersebut tidak lagi akan memikirkan halal atau haram pada sesuatu perkara itu lagi
kerana ianya telah menjadi perkara yang sering dilakukan oleh diri insan tersebut. Seseorang
insan dianggap sombong kerana insan itu terlalu angkuh untuk mempelajari ilmu agama yang
mempunyai ilmu menyeluruh yang boleh memberikan kebaikan kepada diri sendiri. Hal ini
kerana, manusia tersebut juga terlalu melebihkan dunia yang penuh dengan ajaran yang pelbagai
dan masyarakat sekeliling yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Sebagai contoh
keruntuhan akhlak dalam diri seorang insan adalah minum arak, buli dan lain-lain lagi. Akhlak
mempengaruhi kehidupan bagi setiap insan di dunia ini. Hal ini kerana akhlak seseorang adalah
perkara yang menentukan sama ada tingkah laku insan tersebut baik atau buruk. Sebagai umat
Islam, kehidupan kita di dunia perlulah berlandaskan panduan dan ajaran agama. Seorang insan
itu akan menjadi semakin lalai dan terpesong apabila mengabaikan ajaran agama. Perkara ini
selalu terjadi akibat manusia tidak mengikuti ajaran agama yang ada seperti solat, bersedekah,
berpuasa dan lain lain lagi. Dunia kini terdapat banyak cabaran yang boleh mengakibatkan
manusia untuk melanggar agama.

Pemilihan rakan yang salah juga merupakan kesan dari pengabaian agama dalam diri
seseorang manusia. Perkara ini boleh terjadi apabila individu tersebut mula berkenalan dengan
rakan tersebut di tempat-tempat yang tidak baik seperti di kelab malam. Apabila seseorang
individu berkawan dengan rakan yang juga tidak mempraktikkan agama sebagai perkara utama,
mereka akan sama lalai dengan segala hiburan di dunia seperti tidak menjaga hubungan antara
lelaki dan perempuan, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, hadir ke tempat tempat yang
membawa kecelakaan dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, seseorang individu tersebut akan hanya
memilih rakan yang mengingatkan insan tersebut terhadap dunia hiburan malah dengan
pemilihan rakan yang salah ini juga akan semakin menyesatkan seseorang individu tersebut.
Selain ibu bapa, rakan adalah orang yang paling akrab dan banyak meluangkan masa bersama.
Mereka akan bersama-sama melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membazir masa. Rakan
baik yang boleh membimbing seorang individu ke jalan yang benar adalah amat penting dalam
kehidupan. Hal ini kerana, dengan pemilihan rakan yang baik tersebut boleh sentiasa
mengingatkan antara satu sama lain untuk solat dan menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu,
tersalah memilih rakan juga adalah kesan daripada tidak menuntut ilmu agama.

Kesan daripada seseorang insan yang tidak mengamalkan ilmu agama juga boleh
mengakibatkan sesebuah masyarakat berpecah belah. Apabila kebanyakan individu dalam
masyarakat kurang penghayatan dalam mempelajari agama dan ia akan melahir sifat dan akhlak
yang buruk, bergaduh antara satu sama lain, tidak bertolak ansur, mempunyai hasad dengki
dalam diri masing masing dan sesebuah masyarakat dalam sesebuah negara itu akan berpecah
belah. Hal ini dikatakan demikian kerana, tiada lagi kehidupan masyarakat antara satu sama lain
kerana mereka hanya mementingkan kehidupan dan diri mereka sendiri. Sebagai contohnya
adalah jiran tetangga bergaduh antara satu sama lain akibat tidak mahu bertolak ansur dalam
kehidupan hidup berjiran. Kehidupan manusia di dunia hendaklah bersatu padu dalam
masyarakat dan kehidupan berlandaskan agama akan dapat memastikan sebuah negara dalam
keadaan yang aman dan harmoni. Setiap individu dalam masyarakat yang lalai tentang agama
akan semakin meruntuhkan lagi perpaduan hidup bermasyarakat dalam negara. Individu yang
tidak mempunyai penghayatan tentang agama adalah bertentangan dengan tujuan manusia
diciptakan di muka bumi ini. Semua insan hendaklah mempunyai akhlak yang baik yang mampu
membimbing manusia yang lain ke arah kebaikan supaya masyarakat tidak akan berada dalam
keadaan yang huru-hara.
2.2 Globalisasi

Pada masa kini, hampir seluruh dunia telah membincangkan tentang globalisasi yang
melanda masyarakat, perkara tersebut tidak kira umur, bangsa dan juga negara. Mahu ataupun
tidak semua orang akan mengalami perkara tersebut walaupun sudah sehabis baik untuk
mengelak daripadanya. Seluruh dunia sudah sebulat suara mengatakan bahawa globalisasi
tersebut akan memberi kesan kepada negara dan juga masyarakat. (Mohd, 2023) Berikut adalah
beberapa kesan globalisasi dalam membentuk keperibadian insan.

Antara cabaran yang sering diperkatakan pada masa kini dalam melahirkan modal insan
yang mempunyai keperibadian insan yang tinggi ialah cabaran dalam melahirkan modal insan
yang mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara. Pada era globalisasi ini kita akan
menghadapi cabaran dimana budaya masyarakat luar yang datang ke negara tidak dapat ditapis
dan disekat. Hal ini telah menyebabkan ramai kalangan remaja pada masa kini mudah
terpengaruh dengan budaya yang dibawa oleh negara luar. Kesannya, perkara tersebut akan
menyebabkan wujudnya kumpulan masyarakat baru yang tidak mempunyai nama atau indentiti
untuk menerangkan siapa mereka. (the new society) (Fazullah et al,2007). Perkara tersebut juga
telah menyebabkan tercetusnya pencampuran berbagai jenis budaya dalam diri remaja kerana
budaya asal dalam diri sesorang remaja itu telah terhakis dan sekali gus kecintaan kepada negara
akan mula hilang dan terpadam. Hal tersebut perlu diambil serius kerana jika dibiarkan
berlarutan, perkara tersebut akan memberi impak buruk kepada pembentukan budaya dalam
masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Hal ini dikatakan begini kerana,remaja remaja
yang wujud pada masa kini bukan sahaja untuk menjadi pekerja malah mereka merupakan
pelapis untuk memimpin negara pada masa kelak. Oleh itu, jika mereka tidak mempunyai
kesedaran dan jati diri terhadap negara mereka tidak layak untuk mentadbir negara pada masa
akan datang. Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, kita perlu menerapkan nilai nilai
kecintaan terhadap negara kepada remaja pada masa kini agar perkara tersebut dapat terus
dipupuk kembali dalam diri mereka.

Seterusnya, perkembangan teknologi yang semakin berkembang pada masa kini.


Perkembangan teknologi yang giat berkembang sedikit sebanyak memberikan impak positif dan
negatif kepada masyarakat. Antara kesan negatif yang semakin berleluasa pada masa kini ialah
kesahihan maklumat sebelum disebarkan kepada orang ramai. Perkara ini disebut berdasarkan
ayat Al-Quran Allah pada dalil Naqli yang bermaksud:

“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah

kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.[9]

Hal ini bermaksud, penting untuk kita mengkaji kesahihan sesuatu maklumat tersebut
kerana untuk mengelakkan daripada berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Jika kita
menyebarkan sesuatu perkara tanpa mengkaji kesahihannya, pihak yang tidak bertanggungjawab
akan sentiasa mencari idea dan jalan untuk menyebarkan fitnah yang terjerumus kepada dosa
besar. Perkara tersebut merupakan cabaran yang perlu ditangani pada masa kini. Oleh itu,
langkah yang sewajarnya dilakukan ialah merujuk kepada sumber asal bagi memastikan tahap
kesahihan sesuatu maklumat tersebut dan mengelakkan daripada berlakunya salah faham dan
kekeliruan. Selain itu, penyebaran fitnah merupakan perkara yang makin berleluasa pada masa
kini. Gejala yang sering berlaku berkaitan dengan teknologi pada masa kini ialah penyebaran
fitnah yang disampaikan oleh satu kepada pihak yang lain dengan tujuan untuk memalukan dan
menjatuhkan pihak lain atas kerana dendam ataupun tidak berpuas hati. Selalunya fitnah tersebut
disebarkan melalui Instagram, WhatsApps, TikTok dan lain lain aplikasi. Hal ini merupakan
salah satu cabaran dalam membentuk keperibadian insan pada masa kini. Seperti yang kita
semua tahu, fitnah merupakan salah satu jenayah yang sangat besar dan akan memberikan impak
kepada maruah sesorang serta ahli keluarganya. Perkara tersebut telah disebut dalam firman
Allah didalam Al-Quran yang bermaksud:

“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”[12]

Oleh itu, setiap masyarakat perlulah pandai menggunakan teknologi pada masa kini
dengan mengawal diri daripada menyebarkan berita palsu dan juga fitnah kepada orang
lain.Kesimpulannya, penting untuk kita semua mengetahui bahwa kesan globalisasi terhadap
keperibadian berbeza-beza dari individu ke individu. Oleh itu, beberapa orang akan merasa
terancam oleh perubahan ini kerana perkara tersebut merupakan hal yang baru buat mereka tetapi
pada masa yang sama masyarakat lain memandang perkara tersebut sebagai peluang untuk
tumbuh dan berkembang.
2.3 Pendidikan

Pendidikan adalah penting untuk pembangunan negara dan bangsa.Tanpa sistem


pendidikan yang sistematik dan berkembang seiring dengan zaman, bangsa atau negara boleh
dianggap gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan diri mereka. Pendidikan
memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.Untuk membangunkan generasi baharu,
pendidikan yang berkualiti tinggi dan cemerlang adalah penting.

Antara kesan jika insan itu kurang didikan dari guru dan ibu bapa adalah mereka akan
terjerumus ke masalah sosial.Pada masa ini, terlalu banyak isu sosial yang dibincangkan.
Contohnya termasuk ponteng sekolah, masalah merokok, dadah, dan minuman keras, serta kes
buang bayi yang melibatkan pelajar sekolah. Ini boleh menghalang perkembangan pendidikan
secara positif kerana sektor pendidikan menghadapi cabaran. Menanganinya memerlukan banyak
masa, wang dan tenaga. Dalam dunia pendidikan, ia membiak seperti kudis buta yang tidak
berhenti. Jika ia tidak ditangani dengan bijak oleh semua pihak, isu ini boleh menyebabkan
sistem pendidikan kita runtuh.Pelajar pelajar mudah menginterpretasi sesuatu yang dilakukan
oleh guru sama ada cara guru bertutur atau bertingkah laku.Oleh itu, guru harus bersikap
optimistik untuk memimpin pelajar mereka. Seorang guru boleh membantu, menasihati,
mendorong, menjadi pakar rujuk dan memantau disiplin pelajar mereka..

Selain itu,mudah dipengaruhi rakan sebaya untuk membuat kejahatan. Ibu bapa yang
tidak mendidik anak dengan menegur dan mengajar anak tentang baik buruk sesuatu perkara
akan cenderung seseorang itu untuk bertindak tanpa memikirkan akibatnya.Ibu bapa mempunyai
peranan penting dalam menentukan perkembangan dan pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa
adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam hal agama untuk menanamkan nilai agama
pada peringkat awal anak-anak mereka juga memainkan peranan penting dalam tumbesaran
sosial anak-anak, termasuk mengajar dan memimpin mereka dengan budi bahasa yang baik.Ibu
bapa mesti monitor anak-anak mereka dari segi pergaulan dan rakan sebaya, serta pentingnya
tingkah laku keibubapaan dalam keluarga. Mereka juga perlu mengambil kira perkembangan dan
pembentukan personaliti dan identiti remaja. Semua orang tahu bahawa ibu bapa adalah orang
yang paling berkesan dan penting dalam membina akhlak anak-anak untuk berperilaku baik dan
bertanggungjawab, serta mempertingkatkan kebolehan mereka.

4.0 KAJIAN LITERATUR

Terdapat beberapa contoh kajian literature yang membincangkan isu semasa yang
menjadi cabaran dalam membentuk keperibadian insan pada masa kini. Sebagai contoh melalui
teknologi, Kajian oleh Rosen et al. (2013) menunjukkan bahawa penggunaan teknologi yang
berlebihan boleh membawa kepada kekurangan dalam interaksi sosial dan kemampuan
pemecahan masalah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan teknologi yang
berlebihan boleh membawa kepada peningkatan risiko kesihatan mental seperti kecelaruan
kecemasan dan tekanan mental.

Selain itu, contoh yang kedua adalah mengenai pendidikan. Kajian oleh McLeod et al.
(2017) menunjukkan bahawa pendidikan yang tidak relevan dan kurangnya kemahiran kreativiti
dan inovasi boleh membawa kepada kekurangan dalam pembentukan keperibadian insan. Kajian
ini juga menunjukkan bahawa pendidikan yang berfokus pada pembangunan sosial dan moral
dapat membantu membentuk keperibadian yang seimbang.

Ketiga, mengenai globalisasi, kajian oleh Hofstede (2011) menunjukkan bahawa


perbezaan budaya antara negara boleh membawa kepada konflik dan kesulitan dalam memahami
nilai-nilai budaya yang berbeza. Kajian ini juga menunjukkan bahawa individu yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam berinteraksi dengan budaya yang berbeza mempunyai kemampuan
yang lebih baik dalam memahami kepelbagaian budaya dan membentuk keperibadian yang
seimbang.

Seterusnya, kepentingan mengenai kesihatan mental, kajian oleh O'Keeffe et al. (2011)
menunjukkan bahawa penggunaan teknologi yang berlebihan boleh membawa kepada tekanan
mental dan kecelaruan kecemasan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa individu yang
mempunyai kemahiran untuk menguruskan tekanan dan tekanan lebih berkemungkinan untuk
mempunyai keperibadian yang seimbang dan positif.
Kemuncaknya adalah mengenai pembangunan sosial, sebagai contoh kajian oleh UNDP
(2014) menunjukkan bahawa kemiskinan dan ketidakadilan sosial boleh membawa kepada
kekurangan nilai sosial yang positif dalam pembentukan keperibadian insan. Kajian ini juga
menunjukkan bahawa pembangunan sosial yang berpusat pada pengurangan kemiskinan dan
peningkatan keadilan sosial dapat membantu membentuk keperibadian insan yang seimbang dan
positif.

Kesimpulannya, kajian literature menunjukkan bahawa terdapat banyak isu semasa yang
menjadi cabaran dalam membentuk keperibadian insan pada masa kini. Oleh itu, penting bagi
individu untuk mempunyai kesedaran dan pengalaman yang luas dalam menghadapi pelbagai isu
semasa, termasuk memperoleh pendidikan yang relevan dan berkualiti, mempunyai akses kepada
maklumat yang tepat.
5.0 RUMUSAN & CADANGAN

Dilihat bahawa semakin ramai golongan muda melakukan perkara yang dianggap tidak
baik, seperti melakukan hubungan seks tanpa berkahwin dan tidak setia kepada pasangan.
Sesetengah orang bercakap dengan kanak-kanak atau remaja yang tinggal di tempat
perlindungan di Malaysia dan mendapati bahawa terdapat banyak sebab mengapa kanak-kanak
dan remaja boleh menghadapi masalah sebegini. Antara sebab ini termasuklah tidak belajar
agama, mempunyai keluarga yang tidak berapa stabil, tidak bersekolah, terlalu menggunakan
teknologi, dan terpengaruh dengan rakan. Semua orang perlu bekerjasama untuk menghentikan
perkara ini daripada berlaku lebih kerap dan membantu remaja membuat pilihan yang baik.
Diharapkan kajian ini akan membuka mata semua pihak tentang masalah ini, and mereka semua
perlu mengambil tanggungjawab masing-masing untuk mengurangkan faktor-faktor ini daripada
akar umbi.

Penerapan asas agama

Remaja harus diajar dan dipupuk asas agama sejak usia muda lagi supaya dapat
diterapkan dalam iman dan boleh membezakan perkara halal dan haram. Umat Islam hendaklah
mula belajar tentang Allah dan Rasul-Nya, cara berdoa, membaca dan memahami Al-Quran, dan
mengamalkannya sejak awal. Ini oleh kerana mendidik anak biarlah dari kecil lagi supaya akhlak
dan juga keperibadian yang suci diperoleh hingga akir hayat. Keberkesanan institusi keluarga
dikaitkan dengan penerapan dan amalan ajaran agama.

Bijak menggunakan teknologi

Orang dewasa harus mengawasi anak-anak apabila mereka menggunakan perkara seperti
telefon dan internet, terutamanya ibu bapa. Mereka perlu memastikan kanak-kanak tidak melihat
perkara buruk seperti gambar bogel atau perkara jahat di media sosial. Orang yang membuat apl
dan tapak web harus menjadikannya menyeronokkan dan berguna untuk kanak-kanak serta
memastikan mereka tidak mempunyai perkara yang tidak baik pada mereka. Kerajaan harus
berusaha untuk menghentikan laman web dan blog yang menunjukkan perkara buruk dan juga
menghalang kanak-kanak daripada mendapat perkara yang mungkin membuatkan mereka mahu
melakukan hubungan seks.

Memantau pergaulan anak

Ibu bapa perlu melihat bagaimana anak mereka bermain dengan rakan-rakan dan
memastikan rakan mereka adalah orang yang baik. Ini membantu memastikan kepercayaan
kanak-kanak selamat dan gembira. Untuk memantau kesan pengaruh rakan sebaya terhadap
aktiviti remaja, peranti dan barangan digital perlu diperiksa secara berkala. Bagi pihak
pengurusan sekolah pula, perlu memantau kesan rakan sebaya di sekolah kerana mereka
berfungsi sebagai peranan kedua selepas ibu bapa malah untuk mendidik mereka ke jalan yang
benar dengan memberi nasihat dan teguran yang berterusan. Di sekolah, adalah penting untuk
mempunyai guru yang membimbing dan menyokong pelajar, dan untuk membentuk kumpulan di
mana pelajar boleh berkumpul dan belajar daripada satu sama lain. Untuk membantu golongan
muda terus berminat dan terlibat dalam komuniti dan agama mereka, tempat seperti masjid dan
surau harus mempunyai program yang memfokuskan kepada belia.
REFERENCES
Deraman, F. (2023). Motivation. Motivation -. Retrieved May 28, 2023, from

http://www.ukm.my/kamal3/motivation/Cabaran%20umat%20Islam%20masa%20kini.htm

Didikan Agama Dapat Membendung Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja. (2023). Retrieved May

28, 2023, from https://www.ipendidikan.my/didikan-agama-membendung-gejala-sosial.html?

cv=1

80 peratus kanak-kanak 10-17 tahun tonton pornografi. (2019, March 23). Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/544573/80-peratus-kanak-kanak-10-17-tahun-

tonton-pornografi

Harian Metro Bhd. (2017, August 19). Bila rasa hormat kepada pendidik hilang. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/minda/3-pagi/2017/08/255552/bila-rasa-hormat-kepada-pendidik-

hilang

Hidup perlu berlandaskan panduan agama. (2020, May 28). Harian Metro. Retrieved May 26, 2023,

from https://www.hmetro.com.my/addin/2020/05/583526/hidup-perlu-berlandaskan-panduan-

agama

ISLAMOPHOBIA – KESAN TERHADAP MASYARAKAT ISLAM – MAIS. (2023, March 30). MAIS.

Retrieved May 28, 2023, from

https://www.mais.gov.my/2023/03/30/islamophobia_kesan_terhadap_masyarakat_islam/
Jusoh, Z. J. (2015, August 16). Agama: Empat masalah jika terlalu cintakan dunia. Berita Harian.

Retrieved May 26, 2023, from

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/08/75306/agama-empat-masalah-jika-

terlalu-cintakan-dunia

Pd, D. A. M. (2020). Ilmu Pendidikan dalam Perspektif Islam (1st ed.). Bildung.

https://www.scribd.com/document/484555523/Ilmu-Pendidikan-Dalam-Perspektif-Islam

Persoalan berkaitan liberalisme – MAIS. (n.d.). MAIS. Retrieved May 28, 2023, from

https://www.mais.gov.my/persoalan-berkaitan-liberalisme/

Samsudin, F. (2018, August 28). Memahami agenda Islam liberal. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/372378/memahami-agenda-islam-liberal

Sualman, P. M. D. I. (2016, November 1). Aksi negatif filem antara punca kes buli. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/11/208508/aksi-negatif-filem-antara-punca-kes-

buli

Unit Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Rajang. (2016, August 24). Guru Sebagai Pengasuh,

Pendidik. Wix.com. Retrieved May 23, 2023, from

https://prsdrajang.wixsite.com/prsdipgkr/single-post/2016/08/24/guru-sebagai-pengasuh-

pendidik

You might also like