Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

2.1 PELUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG, SINGAPURA DAN MELAKA


LATAR BELAKANG SEBELUM PELUASAN KUASA BRITISH

· Pulau Pinang: wilayah Kesultanan Kedah, Batu Uban(pelabuhan paling awal) dibuka oleh
orang Melayu Sumatera dan diahugerahkan bagi membalas jasanya membantu menentang
Siam.
· Singapura: wilayah Kesultanan Johor Riau, ladang gambir diusahakan oleh orang Melayu
dan Cina di Singapura
· Melaka: 1511, ditawan oleh Portugis, 1642-1824, menjadi tanah jajahan Belanda sebagai pusat
pengumpulan hasil bijih timah, Belanda mementingkan Betawi di Pulau Jawa sebagai pusat
perdagangan utama
PELUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG

Kedudukan Strategik Memenuhi Keperluan British


· Pusat pengumpulan barang: mengumpul bahan tukaran dengan China
· Pelabuhan persinggahan: memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik, laluan perdagangan
India dan China
· Pangkalan tentera: mempertahankan petempatan di India daripada Perancis dan saingan Belanda,
Bombay di pantai barat India sukar mengwal petempatan Madras di pantai timur India
Kronologi pendudukan British di Pulau Pinang
· Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tetapi di tentang
oleh Kerabat Diraja Kedah bersama Bugis di Selangor. Baginda memohon bantuan SHTI yang
kemudian menghantar Edward Monckton untuk rundingan tetapi gagal kerana SHTI tidak
menjamin Kedah daripada ancaman musuh.
· Siam menuntut penghantaran bunga emas yang terhenti semasa Perang Siam-Burma semasa
pemerintahan Sultan Abdullah. Baginda meminta bantuan SHTI , menawarkan Pulau Pinang
sebagai pengkalan dan mendapatkan bantuan ketenteraan. Baginda meminta Francis Light,
pedagang persendirian untuk menyampaikannya kepada Gabenor Jeneral British di India.
· Francis Light berjanji SHTI akan memenuhi syarat, Sulatan Abdullah menawarkannya membuka
petempatan di Pulau Pinang(1786) sementara menunggu jawapan SHTI. Pulau Pinang dinamakan
Prince of Wales Island. Petempatan dinamakan Georgetown, nama Raja England.
Pengukuhan Kuasa British melalui Perjanjian

· 1786,Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah. Sultan Abdullah meminta bantuan daripada
SHTI tetapi tiada perjanjian. Baginda menyedari ditipu dan menghimpun tentera di seberang perai
untuk mengambil balik Pulau Pinang. Baginda ditewaskan dan dipaksa menandatangani perjanjian
(1791) mengiktiraf kedudukan British.
· George Leith, Gabenor Pulau Pinang mendesak Sultan Dhiauddinmenandatangani
perjanjian( 1800) membolehkan British menduduki Seberang Perai sebagai benteng pertahanan dan
kawasan pertanian.

PELUASAN KUASA BRITISH DI SINGAPURA

Kepentingan Singapura kepada British


· Bangkahulu berada di luar Alam Melayu,kebanyakan kapal berlabuh di Betawi, Riau dan Lingga
bawah pengaruh Belanda
· British memerlukan pelabuhan. Singapura strategic di selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat
mengwal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda serta sebagai pusat pengumpulan
hasil ekonomi Alam Melayu.
Pertapakan British di Singapura

· Sultan Mahmud Shah III mempunyai duo orang putera. 1812, baginda mangkat, Tengku Abdul
Rahman hadir semasa pemakaman di Lingga tetapi Tengku Hussein berada di Pahang.
· Tengku Hussein ditabalkan sebagai Sultan Johor dan mendapat iktiraf daripada orang Belanda dan
Bugis. Tengku Hussein diketepikan dan berundur menetap di Riau.
· Stamford Raffles memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke
Singapura. Dua Sultan: Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga dan Sultan Hussein
bersemayam di Singapura
Perjanjian Mengukuhkan kuasa British di Singapura

· Perjanjian 6 Februari 1819: Stamford Raffles dan Sultan Hussein, Temenggung Abdul Rahman.
Petempatan British diiktiraf, bendera Union Jack dinaikkan, Willian Farquhar sebagai Residen
pertama
· Perjanjian 2 Ogos 1824: Residen Singapura, John Crawfurd menandatangani perjanjian dengan
Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Singapura diserahkan selama-lamanya, Sultan
dan Temenggung hilang kedaulatan, diberi bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup
Peluasan kuasa British di Melaka

· Menamatkan Perikaian British dan Belanda berkaitan Singapura: British memajukannya


dalam tempoh singkat,yakinnya sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera penting. Belanda
mendakwanya bawah lingkungan Belanda, menuntut British berundur, bimbang kemajuannya
menjejaskan perdagangan Betawi.
· Dasar persahabatan British dan Belanda di Eropah: Belanda dekat dengan Britain. Melalui
perang Napolean, Belanda ditewas Perancis dan berundur ke England menandatangani Surat Kew.
Belanda perlu berbaik-baik dengan British yang menjagajajahannya . British mengambil
pengalaman perancis menjadikan Belanda sebagai pangkalan menyerang Britain.
· Penyelesaian untuk perdamaian: mengelakkan perperangan abad-17,18. Belanda terbeban
dengan masalah kewangan selepas Perang Napoleon

2.2 PERJANJIAN LONDON 1824 DAN KESANNYA TERHADAP ALAM MELAYU

· Syarat: British berundur dari Sumatera, menyerahkan Bangkahulu, tidak membuka petempatan di
Kepulauan lain. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura, menyerahkan Melaka dan
Naning tidak bertempat di Tanah Melayu
· Pembahagian Alam Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat: Selat Melaka dan Selat
Singapura menjadi sempadan, meminggirkan kedaulatan Alam Melayu, Tanah Melayu( British),
Hindia Timur Belanda
· Perpecahan Empayar Johor Riau: Singapura menjadi tanah jajahan British, Sultan Hussein
meninggalkan Kampung Gelam, Singapura berpindah ke Bandar Hilir Melaka. 1911, institusi
Kepulauan Riau Lingga di bawah Sultan Abdul Rahman dihapuskan oleh Belanda. Diperintah oleh
Residen Riau. Bendahara Tun Ali cuuba membebaskan Pahang daripada Kesultanan Johor Riau
berikutan pergolakan. 1853, Pahang berdaulat dengan muafakat pembesar.
· Selat Melaka di bawah penguasaan British: tiga perlabuhan strategik

You might also like