Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Pengenalan

Sumber air merupakan punca-punca air diperolehi dan diproses untuk digunakan
sebagai input bagi proses pengeluaran seperti pertanian, perindustrian, perbandaran dan bagi
kegunaan domestik. Di Malaysia, sumber air diperolehi daripada dua bentuk iaitu air
permukaan dan air tanah.

Air permukaan adalah air yang didapati di permukaan bumi di mana apabila hujan
turun ia akan mengalami beberapa proses hidrologi seperti proses intersepsi dan infiltrasi . air
hujan ini akan sampai ke permukaan bumi dan mengalir sebagai air larian permukaan yang
akhirnya akan sampai ke sistem saliran seperti sungai. Ini bermakna air permukaan adalah air
yang terdapat di permukaan bumi yang mengalir melalui cerun ataupun di kawasan rata
seperti tasik. Di negara kita, kebanyakan sumber air datangnya secara langsung daripada air
permukaan iaitu sungai. Ini kerana sungai adalah saluran utama di mana pemindahan air
daripada kawadan tadahan di bukit ke lautan. Sungai menyumbangkan lebih kurang 97%
sumber bekalan air mentah di Malaysia. Oleh yang demikian kawasan tadahan amat penting
bagi menjamin sumber air permukaan bagi negara.

Air bukan sahaja menjadi keperluan asas manusia tetapi air juga merupakan satu
keperluan yang mustahak bagi pengeluaran makanan,perkhidmatan dan tenaga. Sejak dahulu
lagi, permintaan bagi air tidak berkesudahan malah mengalami pertambahan permintaan yang
tinggi dari tahun ke tahum. Malaysia sebagai negara yang pesat membangun, pertumbuhan
penduduknya yang tinggi tidak terkecuali mengalami permintaan air yang tinggi.

Boleh dilihat sebagai sebuah negara yang sedang membangun, pembangunan


merupakan agenda utama bagi sesebuah negara. Di Malaysia, sejak negara mencapai
kemerdekaan kegiatan pembangunan telah dijalankan oleh penjajah sebelum merdeka lagi.
Selepas merdeka pada tahun 1957 ia telah diteruskan dan kemuncaknya pada tahun 1990
apabila negara cuba mengalihkan imejnya sebagai negara industri. Pembangunan di Malaysia
merujuk kepada pembangunan fizikal iaitu perubahan corak gunatanah yang melibatkan
pelbagai sektor. Meskipun negara rancak dengan taburan koridor pembangunan tetapi tidak
sebagaimana taburan sumber airnya. Oleh yang demikianlah pembangunan menjadi masalah
utama melestarikan sumber air.
Ciri-ciri

 Hujan

Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan
hujan di Malaysia. Semasa musim timur laut, kawasan yang terdedah seperti kawasan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kawasan Sarawak Barat dan kawasan pantai
timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Sebaliknya, kawasan
pendalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah secara relatifnya
bebas dari pengaruh ini. Adalah lebih baik taburan hujan di Malaysia diterangkan
mengikut musim.

Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga


jenis utama :

1. Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November,


Disember dan Januari merupakan bulan yang mempunyai hujan maksimum
manakala Jun dan Julai merupakan bulan kering di kebanyakan negeri.
2. Kawasan selain kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia, corak
hujan menunjukkan terdapatnya dua tempoh hujan maksimum dengan
dipisahkan oleh dua tempoh hujan minimum. Maksimum primer biasanya
berlaku pada bulan Oktober-November manakala maksimum skunder berlaku
pada bulan April-May. Di kawasan barat laut, minimum primer berlaku pada
bulan Januari-Februari manakala minimum skunder berlaku pada bulan Jun--
Julai. Di lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada bulan Jun-Julai
manakala minimum skunder berlaku pada bulan Februari.
3. Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih
dicorakkan oleh kejadian 'Sumatras' pagi pada bulan Mei dan Ogos di mana
corak maksima dan minima berganda tidak wujud. Oktober dan November
adalah bulan yang mempunyai hujan maksimum manakala Februari adalah
bulan yang mempunyai hujan minimum. Maksimum Mac-April-Mei dan
minimum Jun-Julai tidak wujud atau kurang jelas.
Manakala Perubahan hujan bermusim di Sabah dan Sarawak boleh dibahagikan kepada lima
jenis utama :

1. Kawasan pantai Sarawak dan timur laut Sabah mengalami regim corak hujan satu
maksimum dan satu minimum. Kedua-dua kawasan mengalami hujan maksimum
pada bulan yang sama iaitu Januari manakala hujan minimum pada bulan yang
berbeza. Di kawasan pantai Sarawak, hujan minimum berlaku pada bulan Jun atau
Julai manakala kawasan timur laut pantai Sabah hujan minimum berlaku pada bulan
April. Di bawah regim ini, kebanyakan hujan diterima pada bulan-bulan monsun
timur laut iaitu Disember hingga Mac. Sesungguhnya, lebih dari separuh dari hujan
tahunan diterima di kawasan barat Sarawak.
2. Kawasan pendalaman Sarawak pada amnya mengalami taburan hujan tahunan yang
agak sekata. Walau pun begitu, agak kurang sedikit hujan diterima semasa tempoh
Jun hingga Ogos sesuai dengan kejadian angin lazim barat daya. Perlu di nyatakan di
sini bahawa hujan tahunan tertinggi di Malaysia berlaku di cerun bukit kawasan
pendalaman Sarawak. Longgo kan menerima hujan tahunan purata melebihi 5000
mm.
3. Kawasan barat laut pantai Sabah mengalami regim corak hujan dua maksima dan dua
minima. Maksimum primer berlaku pada bulan Oktober dan maksimum skunder
berlaku pada bulan Jun. Minimum primer berlaku pada bulan Februari manakala
minimum skunder berlaku pada bulan Ogos. Walau pun perbezaan jumlah hujan yang
diterima pada dua bulan maksimum adalah kecil, namun perbezaan jumlah hujan yang
diterima pada minimum primer adalah jelas lebih rendah berbanding skunder
minimum. Di sesetengah tempat, perbezaan mencapai setinggi empat kali ganda.
4. Di kawasan tengah Sabah di mana keadaannya berbukit dan terlindung oleh banjaran
gunung, hujan yang diterima adalah lebih rendah secara relatif berbanding dengan
kawasan-kawasan lain serta taburannya agak sekata. Akan tetapi, dua maksima dan
dua minima boleh diperhatikan. Pada amnya, dua minima berlaku pada bulan Februari
dan Ogos manakala dua maksima berlaku pada bulan Mei dan Oktober.
5. Kawasan selatan Sabah mengalami taburan hujan sekata. Jumlah hujan tahunan yang
diterima boleh diperbandingkan dengan bahagian tengah Sabah. Februari hingga April
adalah tempoh agak kering berbanding bulan-bulan lain
 Sungai

Sungai memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seharian


manusia. Sungai dan persekitaranya amat penting kepada manusia sama ada daripada
segi sosio atau ekonomi. Di Malaysia, peranan sungai tidak ternilai kerana ia
merupakan sumber air yang terpenting. Keperluan kepada bekalan air daripada sungai
meningkat dari sehari ke sehari sejajar dengan pertambahan bilangan manusia. Air
sungai menjadi faktor penting untuk pembangunan tidak kira di mana sahaja sama ada
di Malaysia mahupun di negara lain. Sejarah menunjukkan bahawa sungau digunakan
oleh manusia terawal sebagai salah satu medium pengankutan. Penempatan terawal
didapati bermula berhampiran dengan sungai. Apabila manusia kian bertambah,
penggunaan tanah turut meningkat dan keperluan bekalan air juga bertambah.

Malaysia mempunyai lebih kurang 1800 batang sungai dan ianya terletak di
kepulauan borneo iaitu sungai Rajang, Sarawak dengan kawasan tadahan seluas
51,000 km² . Manakala di semanjung Malaysia pula sungai terpanjang ialah Sungai
Pahang yang mempunyai kawasan tadahan seluas 29,000km². menurut Keizrul
(2002) Sabah dan Sarawak mempunyai 50 sistem sungai manakala di Semanjung
Malaysia pula lebih kurang 100 sistem sungai yang mengairi kawasan tadahan .
menurut Mohd Hasmadi dan Kamaruzaman (1999) sebanyak 96% sumber air mentah
di sumbangkan oleh sungai manakala sumber air kawasan hutan hulu bukit pula
digunakan sebanyak 97% bagi kegunaan domestik.

 Empangan

Berdasarkan anggaran kasar aliran air permukaan di Malaysia ialah 566 juta
meter padu setiap tahun (JICA,1982). Tetapi sekiranya tidak disimpan dengan baik,
aliran ini akan berkurangan. Oleh yang demikian peranan kawasan tadahan mestilah
berjalan dengan teratur tanpa ada gangguan seperti mengubah gunatanah di kawasan
tadahan. Sekiranya ini berlaku maka ia akan berkurangan. Pada masa ketika berlaku
hujan lebat dan air berlebihan ia memerlukan satu empangan untuk menyimpan air
yang berlebihan ini. Oleh yang demikian, empangan telah bertambah sebanyak 54
buah yang kini sedang beroperasi dan dapat menampung sebanyak 12 juta meter padu
setahun. Meskipun demikian didapati hanya 12 % sahaja aliran air yang dapat
disimpan oleh empangan dibandingkan dengan kadar penggunaan air yang tinggi.
Oleh itu, empangan yang besar dan banyak juga tidak memadai tanpa sertai dengan
pengurusan kawasan tadahan yang bersepadu. Ini adalah kerana fungsi kawasan
tadahan sebagai ‘sponge’ tidak dapat dinafikan.

 Air bumi

Air tanah juga merupakan sumber air di Malaysia selepas permukaan. Air
tanah ialah air yang berada di bawah permukaan yang terdapat dalam liang-liang
batuan dan mengalir mengikut tarikan gravity (Strahler, 1987), manakala Ithnin
(1998) menjelaskan bahawa air tanah ialah sebahagian daripada hujan yang meresap
ke bawah permukaan bumi sama ada melalui proses infiltrasi ataupun perkolasi dan
kemudian tersimpan dalam tanih atau formasi batuan. Air tanah di Malaysia
menyumbang sebanyak 90% sumber air tawar. Oleh itu jabatan pengairan dan saliran
(JPS) telah berusaha menerokai sumber air tanah ini di beberapa buah negeri di
semenanjung Malaysia. Ekoran itu, beberapa “akuifer” telah ditemui yang sesuai bagi
menghasilkan air seperti di Kampung Puteh, Tanjung Mas dan Wakaf Baru Di
Kelantan, Kampung Kepung di Terengganu dan Arau di Perlis yang boleh
membekalkan air untuk tujuan awam.

Kepentingan sumber air

Air digunakan dalam pelbagai aktiviti harian, tiga kegunaan utama ialah: domestik,
industri dan pengairan dalam sektor pertanian. Air juga digunakan dalam akuakultur, eko-
pelancongan, aktiviti sosial, perlombongan, dan untuk pengeluaran hidroelektrik secara tidak
langsung. Masyarakat harus sedar mengenai kepentingan penjagaan sumber air dan mengelak
sebarang aktiviti yang mampu mengakibatkan pencemaran sumber itu. Sedar mengenai
kepentingan itu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dengan kerjasama Majlis Daerah Hulu
Selangor (MDHS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) melaksanakan Program
Kesedaran Pengurusan Sumber Air bersama penduduk setempat . Pengarah program, Haslina
Amer berkata, ia bertujuan memberi pendedahan kepada peniaga dan penduduk setempat
mengenai kepentingan menjaga sumber air.
 Kegunaan domestik

Setiap penduduk memerlukan dan menggunakan sumber air daripada pelbagai


sumber yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA), sungai, tasik, lombng ,
telaga atau perigi,air bawah tanah dan sebagainya dalam keperluan harian seperti
memasak, mencuci, pakaian, mandi dan sebagainya. Di bandar-bandar besar
kebanyakkannya disalurkan oleh JBA yang menyalurkan bekalan air melalui sistem
paip ke rumah-rumah dari loji rawatan air. Walaubagaimanapun sesetengah negeri
telah menswastakan pengurusan air di dalam menjamin kecekapan pengurusan air.
Antara negeri-negeri yang menswastakan bekalan air ialah seperti Selangor, kepada
PUAS Sdn Bhd, dan Kelantan kepada Air Kelantan sdn. Bhd.

 Pertanian
Aktiviti pertanian bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh negara
memerlukan bekalan air yang mencukupi agar memastikan aktiviti pertanian dapat
dijalankan dengan lebih lancar. Tumbuhan juga akan tumbuh dengan subur dan
bekalan pertanian tidak akan putus dengan adanya sumber air. Bagi negara yang
mengalami iklim khatulistiwa seperti Malaysia daoat dilihat menerima hujan lebat
iaitu sebanyak 2030 mm setahun. Apabila bekalan air yang diterima mencukupi
aktiviti pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun. Walaubagaimanapun apabila
musim kurang hujan atau kemarau, bekalan air akan diperolehi daripada empangan-
empangan yang dibina bagi tujuan menakung dan menyimpan air hujan. Empangan
biasanya dibina di kawasan tadahan hujan di hulu-hulu sungai utama. Terutama
penanaman padi sawah ialah Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah dan
Empangan Kemudu di Kelantan.

 Aktiviti perternakan ikan atau akuakultur

Selain menjadi sumber bekalan ikan air tawar semula jadi bagi nelayan air
tawar, empangan, tasik, kolam dan sungai juga berfungsi sebagai tempat peternakan
ikan dalam sangkar. Sumber ikan negara mampu dibekalkan melalui peternakan
pelbagai jenis ikan air tawar seperti ikan tilapia, patin, keli, jelawat dan sebagainya.
Tambahan pula melalui aktiviti ini ia mampu menyumbang kepada peluang pekerjaan
dan sumber pendapatan kepada masyarakat. Antara lokasi utama penternakan ikan
dalam sangkar ialah di Sungai Pahang, Sungai Perak dan Sungai Kelantan yang
terkenal dengan penternakan ikan patin dan tilapia. Tambahan lagi juga bekas-bekas
lombong yang tidak dijalankan di tali air atau parit-parit yang membekalkan air ke
kawasan sawah padi. Contohnya , tali air di kawasan KADA di Kelantan dan MADA
di kedah .

 Aktiviti perindustrian

Kemajuan industri negara mendorong kepesatan pembinaan kilang-kilang


industri di sesebuah negara. Sumber air merupakan bahan terpenting kerana ianya
digunakan sebagai bahan pencuci terutama dalam industri pemprosesan kertas dan
petrokimia. Selain itu juga sumber ini digunakan sebagai penyejuk enjin dan
generator kilang. Bekalan air yang banyak dan berkekalan diperlukan bagi
menjalankan operasi sesebuah kilang. Bekalan air ini juga bukan sahaja untuk
industry besar sahaja tetapi digunakan dengan meluas juga di dalam Industri Kecil
Sederhana (IKS) seperti industry batik dan industry keropok. Antara kawasan-
kawasan perindustrian seperti bayan lepas, seberang prai,kulim, johor bharu,shah
alam, dan lain-lain memerlikan bekalan air yang banyak di dalam operasi perkilangan.
 Aktiviti jana kuasa hidroelektrik (KHE)

Kekurangan sumber bahan mentah dan kos yang tinggi bagi sumber bahan
mentah untuk menjana tenaga elektri daripada arang batu,petroleum, dan gas asli
mendorong sumber air digunakan sebagai sumber alternative. Sumber KHE adalah
murah, bersih dan berterusan. Pembinaan empangan seperti empangan kenyir di
Terengganu, empangan pergau di Kelantan, empangan chenderoh di perak, dan
empangan bakun di Sarawak yang bertujuan untuk menjana tenaga elektrik untuk
kegunaan domestik dan industri. Kesan-kesan baik ataupun tujuan pembinaan
empangan ini adalah dapat membekalkan air kepada penduduk di kawasan terbinanya
empangan.Ini memudahkan penduduk di situ menjalankan kehidupan seharian
mereka.Di samping itu, pembinaan empangan ini dapat mengawal banjir. Banjir
selalunya berlaku di kawasan tanah yang rendah.
Tasik Kenyir merupakan contoh terbaik kerana tasik ini adalah empangan
buatan manusia yang di gunakan untuk menjana kuasa elektrik selain daripada
bertindak sebagai kawasan takungan air seluas 38,000 hektar dan kawasan daratan
seluas 171,199 hektar.Selain itu juga Empangan Hidroelektrik Kenyir atau Stesen
Janakuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di
Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat
laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali
Tasik Kenyir. Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin
dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh
Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga
tahunan adalah 1,600 GWh. Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan
pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan
pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah
Shah.

Pembinaan empangan ini merupakan pembangunan yang dilaksanakan oleh


kerajaan sebagai membawa perubahan sosial.Nilai-nilai baru mula tersebar kedalam
kehidupan kumpulan warga yang berdekatan dengan empangan di situ terutamanya
warga peribumi contohnya di Sarawak dan Sabah.Arus pemodenan yang melanda
turut mengubah fikiran dan gaya hidup mereka.Umumnya sebilangan besar warga
peribumi ini masih tertinggal jauh di belakang berbanding warga Malaysia yang lain.

 Aktivit pengankutan

Jalan air merupakan jalan pengankutan terpenting sejak zaman-berzaman.


Ianya digunakan untuk menghubungkan antara kawasan muara hingga ke hulu sungai.
Selain menjadi jalan perhubungan, jalan air juga digunakan untuk mengankut
barangan keperluan penduduk, membawa keluar barangan hasil pertanian,
pembalakan dan sebagainya. Sistem pengankutan air masih murah,mudah dan
dijadikan jalan utama bagi kawasan yang sukar dihubungi oleh jalan darat. Antara
sungai utama yang aktif di dalam sistem oengankutan air seperti Sungai Rajang di
Sarawak, Sungai Kinabatangan di Sabah, Sungai Pahang,Sungai Kelantan dan lain-
lain.
 Aktiviti pelancongan dan rekreasi.

Sumber air yang banyak dan menarik menjadi tarikan kepada aktiviti
pelancongan. Umpamanya sungai dijadikan pusat pelancongan melaui aktivti
memancing,sukan air seperti berkayak, jet ski, dan berakit. Contohnya aktiviti berakit
di Sungai Pahang. Sumber air seperti air terjun berjaya menjadi tarikan kepada
pelancong dari dalam dan luar negara . Contohnya Air Terjun Dunung Stong Di Jeli ,
Kelantan, Lata Kijang, Sekayu,Kota Tinggi, Jeram Linang , dan lain-lain. Empangan
juga dapat menjadi daya tarikan kepada pelancong. Contohnya Empangan Pedu,
Empangan Kenyir, Empangan Chanderoh. Dengan merujuk Tasik Kenyir sebagai
contoh, kita dapat melihat perkembangan pesat sektor pelancongan yang banyak
mendatangkan kesan yang positif dan sekaligus mendatangkan pulangan yang
lumayan atau dengan kata lain sebagai sumber pendapatan.Antara contoh kawasan air
terjun yang popular di Tasik Kenyir ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air
Terjun Tembat dan Air Terjun Pertam. Selain daripada mempunyai 340 buah pulau
kecil dan besar yang asalnya adalah kemuncak bukit yang di tenggelami air kawasan
Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi memancing utama di Malaysia. Pelbagai
spesis ikan air tawar yang mahal harganya terdapat di dalam tasik ini di antaranya
ikan toman, sebarau, kaloi, kelah, lampam dan kelisa dan faktor ini sekaligus
mendatangkan kesan yang positif dari sudut ekonomi dan perlancongan .

Gua Bewah dan Gua Taat yang terdapat di Tasik Kenyir ini merupakan dua
buah gua yang penuh dengan bahan –bahan sejarah.Melalui penemuan para pengkaji
sejarah dari Muzium Negeri Terengganu telah menemui pelbagai kesan peninggalan
seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra –sejarah termasuk senjata dan
peralatan memasak. Segala bentuk penemuan ini membuktikan bahawa kesan
daripada pembinaan empangan ini turut membantu dalam bidang arkeologi,
pengkajian fosil serta membantu dalam bidang sejarah sesebuah negeri atau sesuatu
kawasan. Tambahan pula tarikan pelancongan mampu mengembangkan industry
perhotelan, pembinaan chalet,resort ,homestay dan sebagainya. Contohnya kenyir lake
resort,banding resort,pedu lake resort and golf, dan sebagainya.
Pengurusan sumber air

Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “Water Manegment”, “…..Pengurusan


sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan
ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa
membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan
berterusan…”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah
diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa
kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep
pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.

Langkah-langkah pengurusan sumber air lestari : menjamin bekalan air yang


bersih dan berterusan.

 Pemuliharaan

Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) (2006-2010) yang telah diumukan


oleh mantan perdana menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi menekankan
pengurusan kualiti alam sekitar yang lestari dengan meminimumkan kesan-kesan
impak negative hasil daripada aktiviti pembangunan. Dengan itu, RMK-9 dijangka
dapat mempertingkatkan lagi kualiti alam sekitar di Malaysia selaras dengan
pembangunan negara. Penekanan khusus diberikan kepada usaha pemeliharaan dan
pemulihaaraan alam sekitar terutamanya sungai dengan menghasilkan langkah-
langkah pencegahan air selaras dengan prinsip kesembilan Islam Hadhari (rancangan
Malaysia kesembilan 2006). RMK-9 dikatakan akan dapat mengurangkan bilangan
sungai yang tercemar apabila 825 loji pemprosesan kumbahan dinaiktaraf dan jumlah
rangkaian rawatan kumbahan yang diselenggara meningkat daripada 9,240 km pada
tahun 2004 kepadab14,560 km pada tahun 2005.rawatan kumbahan berpusat pula
dapat mengurangkan pelepasan sisa buangan yang tidak dirawat ke dalam sungai.
Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan bersepadu (IRBM) dipergiatkan
untuk membaiki kualiti air sungai dan air bawah tanah.
Kejayaan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air tawar perlu dilihat
dari pelbagai sudut. Aplikasi pemuliharaan sungai-sungai tercemar memerlukan ilmu
pengetahuan yang lebih spesifik dan mantap serta perlu dinilai berdasarkan sejarah-
sejarah pemuliharaan terdahulu. Usaha-usaha yang dijalankan perlu mendapat
sokongan daripada semua pihak dan tidak tertakluk kepada kerajaan semata-mata.
Pengumpulan pangkalan data untuk projek-projek pemuliharaan perlu diselaraskan
dan digabungkan antara peringkat negeri, kebangsaan dan juga peringkaat
antarabangsa. Malaysia perlu mengambil iktibar daripada negara-negara luar dalam
hal ini. Hal ini kerana pemuliharaan sungai dan tanah lembap telag muncul sebagai
satu fenomena sejagat dan sesetengah negara menjadikan ia sebagai satu praktis yang
amat mengguntung (Nakamura, 2006). Walaupun di malausia masih baru dan mentah
dalam projek pemuliharaan tetapi dengan sokongan padu daripada pelbagai pihak,
kita mampu untuk menghasilkan negara didalam taman.

 Kempen

Kempen kebangsaan kitar semula yang diperkenalkan tidak lama dahulu telah
dipertingkatkan lagi untuk menggalakkan penggunaan semula sisa pepejal oleh orang
awam serta menggalakkan penggunaan bahan mesra alam biplastik. Selain itu.sisa
toksik pula diuruskan secara pengurusan sisa berjadual supaya rawatan dan
penyimpanan sisa toksik di premis penjana berkurangan. Bahan kimia dan bahan
berbahaya seperti pengunaan baja dalam sektor pertanian juga dititik beratkan
penggunaanya dan penyemakan semula Akta Racun Perosak 1974 dijalankan bagi
memperketatkan kawalan bahan racun perosak. Skim Akreditasi Lading Malaysia
(SALM) Dan Skim Organic Malaysia (SOM) dapat mengurangkan penggunaan bahan
kimua dan bahan berbahaya. Program pembersihan sungai, program penswastaan
sungai dan program satu sungai satu negeri telah diwujudkan di bawah bahagian
kejuteraan sungai JPS dan setakat ini pengurusannya ditambahbaikan supaya lebih
berkesan. Kesedaran terhadap alam sekitar perlu dipergiatkan lagi di peringkat
sekolah, komuniti dan kebangsaan. Sebanyak 18 NGO telah bergabung pada tahun
2002 membentuk pertubuhan NGO alam sekitar Malaysia (MENGI). MENGGO
bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dan interaksi sesama mereka demi
meningkatkan lagi martabat alam sekitar Malaysia (Malaysia environment NGO
2006).
Sebanyak mana pun program dijalankan dan diperkenalkan serta pengubalan
undang-undang baru mahupun penyemakan kembali akta yang sedia ada tidak akan
berjaya untuk melindungi sungai sekiranya tiada penguatkuasaan yang ketat daripada
pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, pihak berkuasa perlu bekerja keras dalam
memastikan segala perancangan yang dibuat untuk memelihara dan memulihara
sungai tercapai. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menunding jari menyalahkan
pihak berkuasa semata-mata apabila berlakunya pencemaran. Hal ini karana menjaga
alam sekitar terutamanya kebersihan sumber air merupakan tanggungjawab setiap
individu. Kesedaran memelihara dan memuliuhara sungai perlu ada dalam diri setiap
rakyat Malaysia. Masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai tahap kesedaran
sivik yang rendah terhadap kelestarian alam sekitar. Selagi kita mempunyai tahap
kesedaran sivik tahap tiga, selagi itulah kita akan gagal untuk melihat sumber air
seperti sungai sebagai satu entiti hidup yang perlu dijaga.

 Penyelidikan dan pembangunan


Membuat penelitian dan pengkajian tentang sumber-sumber air yang ada
meliputi. Taburan dan kapasitinya berbanding dengan permintaan pengguna, sifat-
sifat sumber air yang ada samada tetap atau bermusim disamping kajian EIA (Impak
Alam Sekitar) jika sesuatu sumber air itu ingin dimajukan khususnya secara
komersial. Contohnya kajian EIA telah dijalankan dalam projek Hidro Elektrik Bakun
di Serawak. Kajian elemen hidrologi daripada awal adalah amat penting untuk
memastikan kapasiti bekalan air akan berterusan dalam jangka masa yang panjang.
Jika tidak masalah terputus bekalan akan sentiasa dihadapi oleh pengguna. Sebagai
contoh kajian terhadap taburan hujan di sesuatu kawasan, input dan kadar alir
sungai,simpanan air bawah tanah,topografi dan lain-lain yang berkaitan.

 Perlaksanaan Undang-undang untuk mengawal penggunaan sumber air/mencegah


pencemaran air.

Meliputi undang-undang untuk mencegah industri atau pengguna yang


mencemarkan sumber-sumber air khususnya di sungai. Undang-undang mengekalkan
kawasan tadahan dan mewujudkan zon-zon penampan bagi menjamin storan air
bawah tanah sentiasa berterusan untuk sungai-sungai dan empangan. Industri-industri
yang dibina berhampiran dengan sumber air seperti sungai hendaklah mengawal
pembuangan sisa toksidnya. Sebagai contoh hampir 500 buah industri yang dibina
disepanjang sungai Gombak dan sungai Kelang didapati menjadikan sungai tersebut
sebagai saluran perlepasan enfluennya. Justeru tindakan yang tegas mestilah diambil
seperti mengenanakan denda yang berat, penjara, menarik balik lesen operasi dan
mengenakan caj perawatan air kepada kilang-kilang terbabit.

 Langkah merawat sumber-sumber air yang telah tercemar .

khususnya sumber air sungai dan tasik disamping melaksanakan program kitar
semula air yang telah digunakan. Langkah ini boleh dilaksanakan melalui usahasama
antara pihak kerajaan dengan pihak swasta. Sumber air yang telah tercemar mestilah
dirawat agar airnya bersih kembali misalnya Sungai Kelang pernah mengalami proses
rawatan. Kos rawatan yang tinggi mestilah dikongsi bersama oleh kerajaan mahupun
swasta. Menyediakan perangkap sampah di dalam sungai merupakan salah satu
langkah yang baik untuk mengurangkan kuantiti pencemaran bahan pepejal (Solid ).
Selain itu air yang telah digunakan oleh industri dan domestik boleh dikitar semula
untuk pelbagai tujuan lain agar ia tidak terus membazir.

 Memajukan sumber-sumber air alternatif.

Bekalan air yang ada tidak seharusnya mengharapkan sungai dan empangan
semata-mata. Sumber-sumber air yang berpotensi seperti air bawah tanah, air
takungan tasik,kolam samada semulajadi atau buatan manusia termasuk juga air
hujan boleh dimanfaatkan sebagai sumber backup (pengganti) jika berlaku sesuatu
krisis bekalan air. Di Malaysia sumber air bawah tanah merupakan sumber alternatif
yang paling berpotensi boleh dimajukan. Selain daripada kos dan teknologinya yang
murah air bawah tanah juga masih bersih dan selamat digunakan dengan rawatn yang
minimun. Justeru itu ia patut dimajukan dengan sebaik mungkin.
Krisis /isu sumber air

Kekurangan bekalan di beberapa tempat. Fenomena ini disebabkan oleh hujan yang
tidak sekata antara kawasan serta di dalam kawasan di negara ini. Taburan hujan adalah tidak
sekata dari musim ke musim dan dari tahun ke tahun. Akibat ketidakseragaman ini taburan
hujan, aliran permukaan air, terutama di sungai, berbeza dari segi kuantiti dan kelajuan.
Dalam membangunkan kawasan-kawasan di mana bekalan air yang besar diperlukan, air
permukaan semasa musim kemarau tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan bagi air.
Walau bagaimanapun, semasa musim tengkujuh, bekalan air melebihi permintaan manakala
sungai-sungai yang sedia ada mempunyai masalah menampung jumlah air permukaan. Ini
mengakibatkan banjir.

Satu lagi fenomena yang jelas yang mengancam sumber air negara kita adalah
penurunan kualiti air sungai. Air sungai tidak tercemar pada awal. Walau bagaimanapun,
kemerosotan air ini akan berlaku di kawasan yang mempunyai komposis penduduk yang
tinggi. Kemerosotan kualiti air berlaku seiring dengan pembangunan sesuatu kawasan.
Kawalan banjir dan fungsi pencegahan jatuh di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia. Jabatan ini telah merancang dan
melaksanakan beberapa projek tebatan banjir seperti empangan (bagi mengawal) kawalan
kejadian banjir, kawasan tadahan air, penambahbaikan saliran sungai, saluran lencongan dan
pam saliran.Projek-projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia dikendali dan
di selenggara oleh kerajaan negeri masing-masing.

 Pencemaran dan kemusnahan sumber alam

Pencemaran sumber air di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar


yang serius dari semasa ke semasa. Sehingga kini masih tiada lagi kaedah
penyelesaian yang efektif untuk menangani masalah ini. Apa yang menyedihkan
adalah masalah pencemaran bukan sahaja dialami oleh sumber air di kawasan
perindustrian sahaja tetapi kawasan luar bandar juga mengalami masalah yang sama.
Mengikut Kementerian Pertanian Asas Tani Malaysia (2006) kajian hidrologi terdapat
tiga klasifikasi pencemaran air yang berlaku iaitu :
1. Pencemaran fizikal (bahan yang tidak larut dalam air seperti sampah sarap
yang terdiri daripada logam, kertas, kaca dan kelodak)
2. Pencemaran biologi )seperti najis binatang yang mengandungi bakteria seperti
Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematode dan mikrob lain)
3. Pencemaran kimia (bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal dan boilogi
serta logam berat.)

Hasil pemantauan kualaiti air oleh Jabatan Alam Sekitar (Jas) di seluruh
negeri menunjukkan sebanyak 489 (53%) didapati bersih, 303 (33%) mempunyai
klasifikasi sedikit tercemar dan 139 (15%) diklasifikasi sebagai tercemar. Antara
sumber air yang teruk tercemar ialah Lembangan Sungai Klang dan Sungai Buloh Di
Selangor, Lembangan Sungai Merbok di Kedah, Lembangan Sungai Juru, Pinang dan
Jejawi di Pulau Pinang dan Lembangan Sungai Air Baloi, Sengget, Pontian Besar,
Kemas, Danga, Rambah, Pasir Gudang di Johor. Namun menurut JAS , terdapat
penambahbaikan kualiti air pada tahun 2002 apabila bilangan lembangan sungai yang
bersih semakin meningkat (1999-2002) manakala bilangan sungai yang sedikit
tercemar kian menurun dalam tahun 2001 berbanding tahun 2002. Punca atau sumber
pencemaran air di Malaysia ialah daripada loji rawatan dan sisa buangan, industri
kilang, industri berasaskan pertanian dan ladang ternakan khinzir.

Walaupun kerajaan Malaysia dengan bantuan NGO telah cuba


meminimumkan kesan aktiviti manusia tetapi tahap pencemaran masih di takuk lama.
Hal ini kerana walaupun orang awam sedar betapa pentingnya kebersihan sumber air
di dalam menjamin kesejahteraan hidup namun masih ada lagi tidak
bertanggungjawab. Penguatkuasaan perlindungan sumber air juga masih lagi lemah.
Undang-undang yang diperkenalkan hanya merangkumi penggunaan air secara
maksimum tanpa pengawasan yang ketat. Akibatnya, banyak sungai diekloitasi oleh
pihak yang lebih mementingkan keuntungan. Dewasan ini masih ada lagi kilang
industri yang dibina berdekatan dengan sungai-sungai dan tanpa pemantauan dari
pihak berkuasa, dan selalunya kilang industri ini lebih senang membuang hasil sisa
kilang mereka ke dalam sungai. Bandar-bandar yang dibina di kawasan berhampiran
sungai juga menyebabkan kebanyakkan penduduk menggunakan sungai sebagai tong
sampah. Selain itu, tapak-tapak pelupusan sampah yang terletak di kawasan
berhampiran sungai juga memainkan peranan dalam mencemarkan sungai kerana
dilaporkan lebih kurang 19,000 tan/hari sisa toksik dibuang di tapak pelupusan
tersebut dan sisa ini kemudian didapati mengalir masuk ke sungai-sungai yang
berdekatan. Di Selangor sahaja, sebanyak 23 daripada 27 sumber bekalan air
minuman penduduk dicemari oleh sisa buangan industri, najis binatang, logam berat
dan bahan kumbuhan. Cadangan mewujudkan river frontage juga dilihat sebagai
sesuati yang masih jauh untuk dicapai . Masih banyak lagi bandar di Malaysia yang
tidak mengamalkan konsep tersebut. Bandar-bandar baru yang dibina di kawasan
berhampiran sungai tidak mempunyai zon riparian dan dataran banjir. Apa yang dapat
dilihat adalah tebing-tebing sungai dikonkritkan oleh pihak pemaju perumahan dan
perancangan bandar.

Tambahan pula sejak akhir-akhir ini masalah yang dialami rakyat adalah
masalah bauksit. Kesan bauksit kepada air dapat dilhat apabila perlombongan bauksit
di Kuantan telah menyebabkan air laut bertukar warna merah. Kawasan perairan
pantai batu hitam dan sekitarnya bertukar menjadi merah selepas dua hari hujan lebat.
Hal ini terjadi apabila tanah merah yang mengandungi toksik ini dilonggokan di
tempat penyimpanan, bahan kimia beracun dalam tanah merah tersebut akan mengalir
keluar apabila hujan. Misalnya hujan lebat baru-baru ini dikatakan mengalir lumpur
merah dari tempat penyimpanan bauksit di pelabuhan Kuantan Pahang,menyebabkan
pencemaran air sungai balok dan pantai batu hitam . kesan daripada hal ini
menyebabkan air yang telah tercemar ini boleh membahayakan kesihatan penduduk
dan menyebabkan kerosakan kepada tanaman. Pencemaran sumber air ini juga
mengancam sumber air serta industry perikanan. Walaupun industri bauksit ini
dikatakan boleh memberikan pendapatan ratusan billion ringgit kepada negara , tetapi
apakah berbaloi dengan kemusnahan alam sekitar dan ekosistem akibat kerakusan
pelombong mengeluarkan hasil bumi negara?.
 Banjir

Boleh dikatakan setiap tahun negara kita mengalami banjir terutama di negeri-
negeri pantai timur yang menghala ke laut china selatan. Kejadian banjir ini adalah
merupakan satu fenomena di mana air yang melimpah dari tebing sungai atau saliran
buatan akibat faktor-faktir tertentu. Dengan erti kata lain sistem saliran sudah tidak
berupaya untuk menampung kadaralir dan isipadu yang besar akibat dari air larian
permukaan. Keadaan banjir di Malaysia adalah biasanya datang dari akibat hujan
yang berpanjangan dengan keamatan dan kekerapan yang tinggi. Bencana ini bukan
sahaja boleh menjejaskan aktiviti harian manusia tetapi ianya mampu merosakkan
harta benda, tumbuh-tumbuhan dan yang lebih buruk lagi sehingga mengorbankan
jiwa. Disamping itu sistem pengankutan juga turut terjejas. Selain itu juga di bandar-
bandar besar akan terjadinya banjir kilat. Banjir kilat ini terjadi biasanya di kawasan
bandar yang mempunyai kawasan permukaan berturap yang luas dimana aliran
permukaan adalah tinggi dan cekap. Banjir kilat ini boleh merosakkan harta benda
atau kemalangan jiwa di samping menjejaskan kegiatan ekonomi harian.

 Kekurangan air

Malaysia yang terletk berhampiran dengan garisan khatulistiwa


menjadikannya sebuah negara yang beriklim tropika lembap. Iklim ini dicirikan
dengan keadaan yang panas dan lembap sepanjang tahun dengan purata suhunya di
antara 22ºC dan 32ºC. selain itu, Malaysia menerima hujan sebanyak 2030 mm
sepanjang tahun dan kadang kala mencapai 5000 mm di kawasan yang amat lembap
dan lebih kurang 1500 mm di kawasan kering seperti di Ulu Tembeling. Hujan yang
banyak ini biasanya berlaku pada musim timur laut yang bertiup dalam bulan
November – febuari terutamanya di kawasan pantai timur semananjung Malaysia dan
pada monsoon barat daya dalam bulan mei-ogos yang berasal daripada pulau
sumatera ke kawasan pantai barat semenanjung Malaysia. Kedua-dua monsoon ini
juga menyebabkan berlakunya ribut petir yang mana menyebabkan banjir di beberapa
kawasan seperti di Selangor.
Berdasarkan keadaan tersebut sepatutnya Malaysia mewah dengan sumber
airnya. Wlaaubgaimanapun, keadaan sumber air dewasa kini menunjukkan keadaan
yang sebaliknya. Hal ini kerana permintaan terhadap air semakin meningkat tahun
demi tahun dengan pertambahan populasi yang tinggi serta pembangunan fizikal yang
pesat. Malah abad ke-21, Malaysia akan menuju sebuah negara maju tentunya
memerlukan bekalan air yang banyak serta mencukupi. Sungguhoun demikian perlu
disedari, bahawa walaupun negara menerima hujan yang banyak sepanjang tahun,
namun tidak semua kawasan mengalami keadaan ini. Tambahan lagi negeri perlis,
pulau pinang dan Melaka mempunyai sumber air yang sedikit. Kekurangan bekalan di
beberapa tempat. Fenomena ini disebabkan oleh hujan yang tidak sekata antara
kawasan serta di dalam kawasan di negara ini. Taburan hujan adalah tidak sekata dari
musim ke musim dan dari tahun ke tahun. Akibat ketidakseragaman ini taburan hujan,
aliran permukaan air, terutama di sungai, berbeza dari segi kuantiti dan kelajuan
Negeri kedah meskipun mempunyai sumber air yang banyak namun berlaku juga
masalah kekurangan air ekoran pembukaan kawasan padi yang luas serta memerlukan
air yang banyak. Begitu juga halnya di lembah klang berlaku masalah yang sama
kesan daripada pertambahan penduduk dan kegiatan perindustrian. Keadaan ini dapat
menjelaskan bahawa negara mengalami kekurangan air yang serius meskipun fakta
iklim menyatakan negara menerima hujan yang banyak. Dalam membangunkan
kawasan-kawasan di mana bekalan air yang besar diperlukan, air permukaan semasa
musim kemarau tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan bagi air. Walau
bagaimanapun, semasa musim tengkujuh, bekalan air melebihi permintaan manakala
sungai-sungai yang sedia ada mempunyai masalah menampung jumlah air
permukaan. Ini mengakibatkan banjir
Kesimpulan
Lampiran
Bibilografi

Rancangan Malaysia ke Sembilan . 2006. Rancangan Malaysia kesembilan 2006-2010.


Putrajaya: unit perancangan ekonomi. Jabatan perdana menteri.

Haliza Abdul Rahman, Rohasliney Hashim.Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di


Malaysia . (2014) .Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia,

Kementerian sains, teknologi dan inovasi,2016. Iklim di Malaysia.


http://www.met.gov.my/web/metmalaysia/education/climate/generalclimateofmalaysia?
p_p_id=56_INSTANCE_zMn7KdXJhAGe&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mod
e=view&p_p_col_id=column-
1&p_p_col_pos=1&p_p_col_count=2&_56_INSTANCE_zMn7KdXJhAGe_page=2

(diakses pada 18 march 2016)

Kementerian alam sekitar Malaysia. 2016. Sumber air .


http://www.nre.gov.my/ms-my/Air/Pages/default.aspx . (diakses pada 17 march 2016)

Rosnah haji salleh, shukri sulaiman dan che zainon shafie. .Geografi Fizikal. Arah
Pendidikan Sdn Bhd, 2007

Ab. Latif Ibrahim, Mazlan Hashim, Muhammad Zulkarnain Abdul Rahman, Chan Ngai
Weng. Atmosfera . Penerbit UTM Press, 2007

Jabatan pengairan dan saliran saliran, sabah. Pengurusan sumber air . 2016.
http://www.did.sabah.gov.my/index.php?q=pengurusansumberair (diakses pada 18 march
2016)

You might also like