SYARIKAT SAYUR SEGAR SDN BHD

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

SYARIKAT SAYUR SEGAR Sdn Bhd

LAPORAN KERTAS CADANGAN PERNIAGAAN

TARIKH DISEDIAKAN: 4 NOV 2022

DISEDIAKAN OLEH:
SYARIKAT SAYUR SEGAR Sdn Bhd,
Fakulti Pertanian Lestari 90000, Sandakan, Sabah

PENSYARAH: Dr. Salumiah Binti Mijin

NO. NAMA NO. PELAJAR

1. MARCOS ANAK NGELINGKONG BR20160080

2. AKMAL FAIZ BIN MOHAMMAD FAUZI BR20110073

3. NURUL AZWAH BINTI SALLEH BR20110049

4. NUR ANISAH BINTI RIDZUAN BR20160082

5. NOOR AMYRAH ALINA BINTI MOHD AMERUL ‘ASRI BR20110034


1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah rahmat darinya dapatlah kami

menyiapkan Laporan Kertas Kerja Projek Cadangan bagi pengendalian sayuran Timun, Bayam

merah, Choy sum, dan Daun bawang yang berkeupayaan untuk berkembang maju serta berbaloi

dalam pengusahaannya. Syarikat Sayur Segar Sdn Bhd ini baru sahaja ditubuhkan pada bulan

Oktober 2022. Visi syarikat ini adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang menghasilkan sayur-

sayuran yang bermutu tinggi dengan amalan pertanian lestari. Misi syarikat pula lebih

memfokuskan dalam pengeluaran dan pemasaran hasil tanaman yang berkualiti menerusi

penanaman yang mesra alam dengan membangunkan ruangan yang ada di sekitar fakulti.

Objektif syarikat kami adalah untuk mempromosikan sayuran kepada penduduk di kawasan

persekitaran Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan, selain menjadi pengeluar sumber makanan

kepada lokaliti dengan mewujudkan rangkaian perniagaan agribisnis dengan mempraktikkan

penanaman secara sistem batas. Semua ahli jawatankuasa tertinggi di dalam syarikat ini telah

sebulat suara untuk saling berganding bahu dalam membentuk syarikat ini disamping meningkatkan

keyakinan diri serta merebut peluang dan kemahiran insaniah menerusi penilaian kursus ini.

Dengan berkat penat dan lelah daripada semua yang terlibat, maka terbentuklah Rancangan

perniagaan ini. Sokongan dan khidmat nasihat daripada pihak Peladang adalah sangat penting dan

diperlukan sepanjang perniagaan ini berlangsung. Secara keseluruhannya, Rancangan perniagaan

ini adalah diutarakan bagi membentang Perancangan perniagaan yang mempunyai aspek dari segi

Pengurusan, Pemasaran, Perkhidmatan/Jualan serta Kewangan.

1
2.0 PENGENALAN

2.1 PRODUK

Berikut merupakan produk tanaman yang dipilih oleh syarikat kami. Kami memilih timun,

bayam merah dan sawi bunga sebagai tanaman utama manakala produk sampingan kami

ialah anak pokok daun bawang.

a) TIMUN (CUCUMBER)

Gambar 2.1 (a) ‘Cucumber’ (Cucumis sativus)

‘Cucumber’ atau nama saintifiknya Cucumis sativus merupakan sejenis tumbuhan yang

berasal daripada keluarga Cucurbitacear yang kini sangat popular ditanam di Malaysia. Buah

timun digemari kerana rasanya yang sangat menyegarkan dan boleh dimakan secara

mentah atau dimasak bersama masakan. Selain membiak daripada biji benih, buah timun

adalah merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Buah

timun juga merupakan salah satu sayuran yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan

tubuh badan.

2
b) BAYAM MERAH (RED AMARANTH)

Gambar 2.1 (b) ‘Red Amaranth’ (Amaranthus gangeticus)

‘Red amaranth’ atau nama saintifiknya Amaranthus gangeticus merupakan tumbuhan yang

berasal dari keluarga Amaranthacea. Bayam merah merupakan salah satu tanaman bernilai

ekonomis tinggi di Malaysia selepas tanaman sawi. Sayur bayam merupakan sayuran utama

dan digemari oleh semua peringkat umur kerana khasiat, kelazatan, dan harga sayur yang

murah serta tempoh penanaman yang singkat. Meski bayam merah memiliki rasa yang

sama seperti bayam hijau, kandungan zat warnanya menjadikan manfaat bayam merah

sebagai antioksidan lebih unggul.

b) SAWI BUNGA (CHOY SUM)

Gambar 2.1 (b) Choy Sum/ Sawi Bunga (Brassica rapa Cruciferae)

Brassica rapa Cruciferae atau lebih dikenali sebagai Choy Sum adalah tumbuhan dari

keluarga Brassicaceae. Di atas faktor permintaan pasarannya yang tinggi dan penjagaan

3
penanaman yang mudah menyebabkan Choy Sum digemari oleh petani untuk menjana

pendapatan. Perbezaan Choy Sum dengan sawi yang lain adalah tumbuhan ini akan

menumbuhkan bunga berwarna kuning apabila telah matang. Selain itu, Choy Sum rendah

dengan kalori serta merupakan sumber kepada pelbagai vitamin dan mineral penting yang

lain.

c) DAUN BAWANG (SPRING ONION)

Gambar 2.1 (c) ‘Spring onion’ (Allium fistulosum)

‘Spring onion’ adalah sejenis sayuran dari kelompok bawang yang memiliki nama latin Allium

fistulosum. ‘Spring onion’ ataupun daun bawang merupakan tunas hijau yang tumbuh

sebelum umbi bawang mulai terbentuk dimana pada dasarnya adalah bawang yang masih

hijau. Daun bawang sangat digemari dan digunakan secara meluas dalam masakan kerana

memiliki aroma dan rasa yang sangat unik, meski tidak sekuat aroma dan rasa bawang

merah atau putih.

4
2.2 Logo Syarikat

Tanaman yang diusahakan diletakkan dalam logo syarikat kami iaitu timun, sawi bunga,

bayam merah dan daun bawang. Kami memilih logo yang ringkas agar senang dingati oleh

pelanggan.

2.3 Maklumat Syarikat

Nama Syarikat SYARIKAT SAYUR SEGAR Sdn Bhd

Alamat Fakulti Pertanian Lestari, Kampus Sandakan,

Universiti Malaysia Sabah, 90000, Sandakan,

Sabah.

Email Sayusegar@gmail.com

Maklumat untuk Dihubungi +601129456302 (Cik Anisah)

Aktiviti Perniagaan Pengendalian tanaman sayuran Timun, Bayam

merah, Choy sum, dan anak pokok daun

bawang

Tarikh Ditubuhkan 21 Oktober 2022

Modal Permulaan RM50

5
2.4 VISI, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT

2.4.1 VISI

Visi syarikat ini adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang menghasilkan sayur-sayuran yang

bermutu tinggi dengan amalan pertanian lestari.

2.4.2 MISI

Mengeluar dan memasaran hasil tanaman yang berkualiti menerusi penanaman yang mesra alam

dengan membangunkan ruangan yang ada di sekitar fakulti.

2.4.3 OBJEKTIF

1. Untuk menimba ilmu dan pengetahuan dalam menguruskan sesuatu perniagaan dengan

cara yang betul.

2. Membekalkan sayuran segar dan anak pokok kepada warga Fakulti Pertanian Lestari dan

penduduk di sekitar daerah Sandakan.

3. Mengusahakan tanaman berteraskan amalan pertanian lestari dan memperoleh kentungan

dengan cara pemasaran yang strategik.

4. Meningkatkan kemahiran soft skill dan kepimpinan dalam kalangan ahli.

5. Memenuhi keperluan penilaian untuk kursus Rt30301 Amalan keusahawanan tani.

2.5 Premis Perniagaan

Kawasan penanaman untuk Syarikat Sayur Segar Sdn Bhd adalah di plot ladang bersebelahan

dengan Kolej Kediaman Lestari, Kampus Sandakan, Universiti Malaysia Sabah. Kami juga

menggunakan rumah lindungan hujan autopot untuk penanaman anak pokok dan tanaman bagi

kursus olerikultur.

6
3.0 PERINCIAN ORGANISASI

3.1 Struktur Organisasi

3.2 Peranan dan Tanggungjawab

Jawatan Peranan dan Tanggungjawab

Ketua ● Membantu menyelaraskan syarikat mahupun dari dalaman atau luaran

Pegawai dengan visi yang strategik.

Eksekutif ● Bertanggungjawab dalam merancang, melaksanakan dan mengintegrasikan

hala tuju syarikat

● Menilai dan memastikan syarikat dapat mencapai matlamatnya


Bendahari ● Bertanggungjawab keatas segala bentuk kewangan

● Membuka, menyiapkan dan menyimpan buku-buku menunjukkan keluar

masuk kewangan.

● Memastikan wang syarikat masih berada dalam anggaran yang ditetapkan

Pengurus ● Bertanggungjawab untuk pengurusan keseluruhan jabatan pemasaran

pemasaran seperti keperluan pelanggan

● Memastikan komunikasi pemasaran yang berkesan, termasuk laman web

syarikat, komunikasi cetak dan iklan

● Melaksanakan strategi pemasaran dan pelaksanaan rancangan untuk produk

sedia ada

Pengurus ● Menyediakan pengurusan umum untuk keseluruhan operasi ladang dan

ladang melaporkan terus kepada pemilik syarikat

● Melakukan kerja penyelenggaraan dan pembaikan ringan, menguruskan

belanjawan ladang, dan membeli bekalan dan peralatan yang diperlukan.

● memastikan bahawa infrastruktur ladang (termasuk pagar, jalan, pagar, dan

peralatan) disimpan dengan baik.

Penolong ● Membantu dalam menyediakan dan melaksanakan spesifikasi kerja bagi

pengurus sebarang sebut harga/tawaran kecil bagi projek-projek yang akan

ladang dikendalikan oleh pusat pembangunan usahawan.

● Membantu dalam menyediakan jadual-jadual harian kerja dan pengawasan

buruh serta menyediakan laporan bulanan tentang pencapaian kerja yang

diawasi untuk dihadapkan kepada pegawai penyelaras projek.

2
4.0 RANCANGAN PENGURUSAN LADANG

4.1 Rancangan Pengeluaran dan Operasi

Berikut merupakan rajah carta alir rancangan pengeluaran dan operasi Syarikat Sayur Segar.

Rajah 4.1 Carta alir rancangan pengeluaran dan operasi Syarikat Sayur Segar Sdn

Bhd

● Penyediaan tapak batas bagi tanaman sawi bunga, bayam merah dan timun.

● Batas dibina untuk melindungi tanaman daripada tenggelam akibat air hujan dan juga

sebagai pembahagi kepada tanaman yang lain.

3
● Bahan input disediakan oleh pelajar seperti biji benih, tapak semaian biji benih dan

alatan tanaman lain.

● Separuh daripada peralatan yang digunakan adalah daripada pijaman pihak peladang

UMS.

● Penyediaan media semaian dilaksanakan di nurseri UMS.

● Benih disemai ke dalam tapak semaian biji benih sebelum dipindahkan ke tapak projek.

● Pemindahan anak pokok akan dilaksanakan apabila pokok berada dalam keadaan

matang.

● Kawalan rumpai, meracun dan proses pembajaan akan dilaksanakan secara

berperingkat.

● Proses penuaian dilaksanakan seterusnya proses penjualan tanaman dilaksanakan.

4.2 Maklumat Agronomi

GAMBAR

NAMA TEMPATAN Bayam Merah

NAMA SAINTIFIK Amaranthus tricolor

4
KELUARGA Amaranthaceae

JARAK PENANAMAN 10 cm antara pokok

pH TANAH 5.5 -6.5

CARA MENUAI Memetik secara keseluruhan pokok

TEMPOH MENUAI 28-30 hari

SUHU 23-35 C

GAMBAR

NAMA TEMPATAN Bayam Merah

NAMA SAINTIFIK Amaranthus tricolor

KELUARGA Amaranthaceae

5
JARAK PENANAMAN 10 cm antara pokok

pH TANAH 5.5 -6.5

CARA MENUAI Memetik secara keseluruhan pokok

TEMPOH MENUAI 28-30 hari

SUHU 23-35 C

GAMBAR

NAMA TEMPATAN Timun

NAMA SAINTIFIK Cucumis sativus

KELUARGA Cucurbitaceae

JARAK PENANAMAN 50-60 cm antara pokok

6
pH TANAH 4.5-6.5

CARA MENUAI Petik buah (15-20 cm)

TEMPOH MENUAI 7-8 minggu

SUHU 18-35 C

GAMBAR

NAMA TEMPATAN Daun Bawang

NAMA SAINTIFIK Allium fistulosum

KELUARGA Amaryllidaceae

JARAK PENANAMAN 10 cm antara pokok

7
pH TANAH 6-7

CARA MENUAI Dipotong pada bahagian daun

TEMPOH MENUAI 8 minggu

SUHU 23-35 C

4.3 Carta Gantt

Berikut merupakan carta gantt bagi syarikat Sayur Segar.

Rajah 4.3 Carta gantt syarikat Sayur Segar Sdn Bhd

8
5.0 PELAN PENGELUARAN DAN OPERASI

5.1 Penyediaan Tapak

Sebagai proses permulaan, kawasan yang dikenalpasti sebagai tapak projek digembur dengan

menggunakan traktor. Pelajar kemudian menyediakan batas untuk tanaman yang akan

diusahakan. Sebanyak enam batas telah disediakan, dua batas dilakukan secara menegak

manakala empat lagi batas dilakukan secara melintang. Tanah kemudiannya digembur dengan

menggunakan cangkul untuk mendapat keadaan tanah yang sesuai untuk tanaman. Selepas itu,

tanah tersebut kemudiannya dinaikkan untuk menjadi bentuk batas. Anggaran panjang untuk

batas tanaman timun adalah seluas 19 kaki dengan lebar seluas 3 kaki. Manakala panjang bagi

batas untuk tanaman sayur bayam merah dan sawi bunga ialah seluas 9 kaki dengan lebar

seluas 3 kaki. Aktiviti pembersihan rumpai dilaksanakan untuk mengelak daripada berlakunya

persaingan antara tanaman.

9
Berikut merupakan pelan batas plot tanaman syarikat kami.

Empat batas secara menegak adalah untuk menanam tanaman bayam merah dan sawi bunga.

Manakala dua batas secara melintang adalah untuk menanam tanaman timun. Pelan asal

adalah pada bahagian sebelah kiri manakala pelan kanan diubahsuai setelah mendapati batas

timun yang terlalu panjang boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kerosakan pada

tanaman timun.

5.2 Penanaman dan Pemindahan Biji Benih

Kami menyemai biji benih bayam merah dan sawi bunga di dalam bekas semaian anak benih

sebelum di pindahkan ke tapak projek. Kami menggunakan jenis bekas semaian yang

mempunyai 72 lubang dengan penjang 53cm dan lebar 27cm. Dua bekas semaian diperlukan

untuk biji benih jenis sawi bunga manakala dua bekas juga digunakan untuk biji benih jenis

10
bayam merah. Anak pokok hendaklah berada dalam keadaan yang matang dan sesuai untuk

ditanam ke tapak projek. Media semaian yang digunakan adalah tanah hitam. Bagi penanaman

bawang, umbisi bawang akan ditanam secara separa di dalam polibeg.

5.3 Penyelenggaraan Tanaman

Pelajar akan sentiasa memantau dan membuat penyelenggaran pada tapak projek seperti

merumput, membaja, meracun dan menyiram. Pelaksanakan aktiviti penyelenggaraan akan

dilaksanakan mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan. Proses ini dilaksanakan bagi

memastikan tumbesaran anak pokok berada dalam keadaan baik dan sihat. Aktivit penyiraman

akan dilaksanakan pada setiap hari waktu pagi dan petang.

5.4 Penuaian

Proses penuaian akan dilaksanakan apabila anak pokok sudah berada dalam keadaan matang.

Tempoh menuai bagi hasil sawi bunga dan bayam merah adalah pada 28-30 hari. Pokok bayam

merah dan sawi bunga dituai secara terus. Proses tuaian haruslah dilaksanakan secara berhati-

hati agar tidak mencederakan tanaman tersebut. Manakala timun pula, tempoh menuai yang

diperlukan adalah pada 7-8 minggu. Bagi daun bawang, tempoh yang diambil untuk dituai

adalah pada minggu ke-8.

11
5.5 Pemasaran

Berikut merupakan cadangan poster yang bakal disiarkan kepada umum apabila tanaman siap

dituai. Promosi dijalankan secara atas talian melalui rangkaian whatsapp.

6.0 PELAN PEMASARAN

6.1 Strategi Pemasaran

Strategi pemasaran merujuk kepada pelan keseluruhan sesuatu perniagaan bagi

mencapai permintaan sasaran pengguna dengan harapan untuk menukar kumpulan ini

menjadi bakal pelanggan bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Matlamat

utama strategi pemasaran adalah untuk mencapai dan menyampaikan secara umum

12
akan kelebihan yang ada pada perusahaan tersebut berbanding dengan syarikat saingan

yang lain. Bagi mencapai matlamat tersebut, syarikat kami perlu memahami kehendak

dan keperluan pengguna dan menyediakan pelan pemasaran yang dapat memenuhi

kriteria tersebut.

Selain itu, strategi pemasaran juga merupakan elemen penting dalam

memastikan kejayaan sesuatu perusahaan perniagaan. Oleh hal yang demikian, Syarikat

Sayur Segar Sdn Bhd memberi tumpuan secukupnya dalam merangka strategi

pemasaran yang sesuai dengan perniagaan syarikat kami. Langkah pertama untuk

menentukan strategi pemasaran ialah mengenal pasti corak pemasaran yang sesuai bagi

memasarkan produk. Oleh itu, kami melakukan kajian pasaran (Market survey) untuk

mengenal pasti kesesuaian jenis strategi pemasaran dengan keadaan pasaran di lokasi

perusahaan yang dipilih agar dapat membantu menjayakan matlamat akhir syarikat

kami. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan yang lain melalui sesi sumbang saran

(brainstroming) dan daripada dapatan hasil kajian pasaran tersebut, syarikat kami

menggambil keputusan untuk menggunakan kaedah campuran pemasaran (Marketing

mix) untuk merangka strategi pemasaran.

Campuran pemasaran merujuk kepada gabungan strategi pemasaran

berdasarkan 5 elemen utama yang dikenali sebagi 5Ps iaitu Product (Produk), Price

(Harga), Promotion (Promosi), Place (Tempat) dan People (Sasaran Pelanggan). Kami

memilih campuran pemasaran kerana kaedah ini boleh dianggap sebagai menyeluruh

khususnya dalam merangka bentuk pemasaran bagi memastikan produk yang ingin

dipasarkan dapat diterima dengan baik oleh sasaran pelanggan. Setiap 5 elemen utama

campuran pemasaran akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bahagian seterusnya.

13
Selain itu, analisis SWOT (Analysis SWOT) juga dilakukan untuk mengenal pasti

Kekuatan (Strengths), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Opportunities) dan Ancaman

(Threats) yang bakal dihadapi oleh syarikat kami. Analisis SWOT penting untuk

menghasilkan sebuah pelan pemasaran yang mampu memanfaatkan kelebihan sebuah

syarikat serta merancang kaedah alternatif bagi menangani kelemahan dan ancaman

yang wujud disamping mengambil peluang yang ada untuk memasarkan produk.

6.2 Campuran Pemasaran (Marketing Mix)

6.2.1 Produk

Produk utama untuk syarikat kami ialah sayuran segar iaitu timun, bayam merah, dan

sawi bunga. Selain itu, kami bukan sahaja menjual sayuran segar malah kami

merancang untuk mengusahakan tanaman anak pokok daun bawang kerana mendapat

permintaan yang tinggi terutama sekali dalam kalangan staff Fakulti Pertanian Lestari.

Gambar 8.2.1 (b) Gambar 6.2.1 (b)


Timun Bayam merah

Gambar 6.2.1 (c)


Sawi bunga

14
6.2.2 Harga

Penentuan harga bagi setiap tanaman yang diusahakan oleh syarikat kami dilakukan

dengan membandingkan harga pasaran bagi setiap tanaman serta mengambil kira

semua faktor yang mempengaruhi proses pengeluaran perusahaan kami. Berikut

merupakan harga tanaman yang ditetapkan oleh syarikat kami.

1. Timun (RM2 per kg/buah)

2. Bayam Merah (RM3 per 300 g/pack)

3. Sawi Bunga (RM3 per 300 g/pack)

4. Daun Bawang (anak pokok) (RM 4 per anak pokok)

6.2.3 Promosi

Platform utama untuk mempromosikan produk syarikat kami adalah melalui media sosial

seperti aplikasi Whatsapp, Facebook dan Instagram live. Hal ini kerana, aktiviti promosi

dapat dilakukan secara meluas bukan sahaja kepada warga Fakulti Pertanian Lestari

(FPL) tetapi juga penduduk di sekitar daerah Sandakan. Walau bagaimanapun, kami

memilih kaedah penjualan secara langsung (kaedah jualan langsung) kerana pelanggan

lebih berminat untuk melihat produk secara nyata berbanding menerusi alam maya.

Selain itu, kami juga akan memanfaatkan tamu yang dianjurkan oleh pihak universiti

dengan memasarkan produk secara langsung kepada para pengunjung.

15
6.2.4 Tempat

Kami menetapkan tempat untuk memasarkan produk sayuran segar dan anak pokok di

sekitar Fakulti Pertanian Lestari (FPL) termasuklah Kolej Kediaman Lestari serta kawasan

perumahan staff dan pensyarah FPL. Kami juga memilih kawasan sekitar Sandakan yang

terdekat untuk memasarkan produk yang diusahakan. Bagi pelanggan yang berada di

FPL, kami akan menghantar produk secara terus dengan bayaran cas. Bagi pelanggan

luar pula, kami memberi pilihan sama ada perkhidmatan secara self-pick up di pintu

masuk FPL ataupun melalui perkhidmatan penghantaran menggunakan rider.

6.2.5 Sasaran Pelanggan

Sasaran pelanggan syarikat kami ialah semua warga Fakulti Pertanian Lestari (FPL)

termasuklah pensyarah, pelajar, staff, pihak kafeteria dan penduduk di sekitar daerah

Sandakan.

6.3 Analisis SWOT

Berikut merupakan jadual analisis SWOT syarikat kami.

KEKUATAN (STRENGHTS) KELEMAHAN (WEAKNESSES)

● Sayuran yang diusahakan segar ● Kawasan penanaman tidak selamat.

dari ladang, berkualiti tinggi dan Contohnya, serangga dan haiwan

selamat dimakan oleh pengguna. berbisa, tanah yang berlubang dan

● Mengamalkan kaedah pertanian berbatu.

16
lestari yang lebih baik berbanding ● Kerosakan beberapa fasiliti di

kaedah penanaman secara autopot.

konvensional. ● Ahli syarikat tiada pengalaman

● Mempunyai pengalaman berniaga. menanam sayuran dengan tujuan

Beberapa ahli dalam syarikat ini untuk menjual kepada pembeli.

pernah berniaga sebelum ini.

Disamping itu, semua ahli syarikat

pernah mengambil kursus Asas

Pembudayaan Keusahawanan

semasa di Tahun 2.

PELUANG (OPPORTUNITIES) ANCAMAN (TREATHS)

● Wujud permintaan sedia ada ● Serangan penyakit dan perosak.

terhadap sayuran segar dan anak ● Kualiti tanah yang kurang baik dari

pokok terutama sekali dalam segi tekstur dan kandungan nutrient.

kalangan warga FPL. ● Persaingan dengan syarikat lain yang

● Boleh menawarkan perkhidmatan terlibat dengan penilaian kursus ini.

konsultasi kepada sesiapa yang

berminat untuk menanam

tanaman yang dipilih.

● Sisa sayuran boleh diproses dan

dijadikan sebagai baja kompos.

17
7.0 PELAN PENGURUSAN KEWANGAN

PERKARA BUTIRAN BULAN BULAN BULAN JUMLAH


10 11 12

PENGHASILAN TUNAI

a. Modal RM10/partner x 5 RM50.00 RM50.00


permulaan partner

b. Pengeluaran

Timun 15 Kg/bulan

Sawi bunga 15 Kg/bulan

Bayam merah 15 Kg/bulan

Daun bawang (anak 25 anak pokok


pokok)

c. Jualan

Timun 1 Kg = RM2.00 25 Kg x 25 Kg x RM100.00


RM2.00 = RM2.00 =
RM50.00 RM50.00

Sawi bunga 1 paket 300g = 15 Kg = 15 Kg = RM300.00


RM3.00 50 paket 50 paket
x x
RM150.00 RM150.00

Bayam merah 1 paket 300g = 15 Kg = 15 Kg = RM300.00


RM3.00 50 paket 50 paket
x x

18
RM150.00 RM150.00

Daun bawang 1 anak pokok = 25 anak RM100.00


RM4.00 pokok x
RM4.00 =
RM100.00

Jumlah aliran RM800.00


masuk

HASIL TUNAI

a. Kos input

Peralatan 1. Seed tray RM20.00 RM20.00


2. Tali rafia
3. polybag

Benih 1. Timun RM30.00 RM30.00


2. Sawi bunga
3. Bayam
merah
4. Daun
bawang (biji
bawang)

b. Kos operasi

Pekerja RM5/jam RM5.00 RM5.00 x RM5.00 x RM150.00


x 2 jam 2 jam x 5 2 jam x 5

19
x5 orang = orang =
orang = RM50.00 RM50.00
RM50.00

c. Kos Pemasaran

Label dan Beg Plastik RM RM20.00

pembungkusan 4.00 x 4 unit =

RM16.00

Label = RM4.00

JUMLAH ALIRAN RM220.00

KELUAR

ALIRAN TUNAI Jumlah aliran

BERSIH masuk - jumlah

(KEUNTUNGAN aliran keluar

/ = RM800 - RM220

KEHILANGAN) = RM580.00 (3

bulan)

Untung dalam

20
masa 3 bulan =

RM580/5 orang =

seorang RM116

seorang

8.0 JUSTIFIKASI DAN KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, SYARIKAT SAYUR SEGAR Sdn Bhd memilih untuk mengusahakan

timun,bayam merah dan sawi bunga yang akan digunakan untuk mendapatkan hasil daripada

tanaman tersebut dalam subjek AKT ini. Kami menggunakan kaedah operasi penanaman

seperti di ladang dan juga menggunakan polybag supaya senang untuk menyemai biji benih.

Sepanjang menguruskan syarikat, secara tidak langsung kami dapat merancang dan

mempelajari ilmu penanaman menggunakan sistem yang baru. Ia sekaligus dapat

meningkatkan kemahiran pertanian dan pengeluaran produk dengan lebih baik. Syarikat Sayur

Segar telah berjaya mengusahakan tanaman seperti sawi merah,timun dan sawi bunga dengan

jayanya tanpa sebarang gangguan perosak yang menyerang tanaman tersebut. Sepanjang

menguruskan syarikat, kami dapat mempelajari dengan lebih teliti ilmu penanaman yang

berkesan dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut menggunakan sistem yang baru. Akhir

sekali, kami bersyukur atas hasil pulangan yang memberangsangkan yang mana telah

mencapai matlamat syarikat kami sekaligus segala kerjasama dan bimbingan daripada yang

lebih berpengalaman ini mampu mencapai matlamat seperti yang dirancang dan mendapat

pulangan yang lumayan.

21
LAMPIRAN

Berikut merupakan lampiran berkaitan dengan aktiviti syarikat kami setakat hari ini (pada tarikh

penghantaran kertas cadangan).

MESYUARAT PERTAMA SYARIKAT

PEMBELIAN BAHAN-BAHAN SEPERTI BENIH DAN SEBAGAINYA

22
RESIT PEMBELIAN BENIH DAN PERALATAN LAIN

AKTIVITI SEMASA MEMBUAT BATAS DI LADANG

23
AKTIVITI MEMBERSIHKAN AUTOPOT UNTUK PENANAMAN ANAK POKOK DAUN

BAWANG DAN TANAMAN BAGI KURSUS OLERIKULTUR

PENYEMAIAN BIJI BENIH

24
25

You might also like