Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1

TENTATIF
MAJLIS ANUGERAH KUALITI DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT TINGKATAN 5
SMK SUNGAI UDANG TAHUN 2019
TARIKH : 24 OKTOBER 2019 (KHAMIS)

PERASMIAN OLEH :
DATUK DR. IHSAN OSMANKH
DPSM,DSM, MD (UKM)
KLINIK ASUZA

7.30 pagi : Ketibaan Ibu Bapa


Pendaftaran
Montaj 1 (Panorama Sekolah)

: Ketibaan VVIP
Perarakan masuk penerima anugerah
Nyanyian lagu negaraku

:Bacaan doa

: Montaj 2 (aktiviti sekolah,penglibatan & kejayaan sekolah)

:Ucapan pengetua

:Ucapan YDP PIBG

:Ucapan VVIP (Ucapan Perasmian)

:Penyampaian Anugerah
1. Anugerah Kokurikulum (pengetua)
2. Anugerah Hal Ehwal Murid (pengetua)
3. Anugerah Kurikulum (pengetua)
4. Anugerah Khas (pengetua)
5. Anugerah Pengetua (pengetua)

6. Anugerah Kualiti Guru AKP dan Pekerja (YDP PIBG)

:Persembahan murid

:Penyampaian sijil tamat Tingkatan 5 (VVIP)


Penyampaian cenderamata (pengetua kpd VVIP)

:Majlis ditangguhkan
Jamuan ringan
2

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS ANUGERAH KUALITI DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT TINGKATAN 5
SMK SUNGAI UDANG TAHUN 2019
TARIKH : 24 OKTOBER 2019 (KHAMIS)

EMCEE ACARA TEKS


8.00am Pendaftaran
Perarakan Mengumumkan perarakan masuk murid-murid penerima
masuk anugerah kualiti dan sijil tamat tingkatan 5 tahun 2019.   
penerima
anugerah (penerima anugerah mengambil tempat)

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Datuk Dr. Ihsan


bin Osman dengan diiringi oleh Tuan Pengetua, YDP PIBG,
Pentadbir sekolah, dan AJK PIBG.

Hadirin diminta berdiri.

Nyanyian (Setelah semua Ahli Senat masuk ke dalam dewan)


lagu
Negaraku Hadirin yang dihormati,
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku.
Diminta hadirin bersedia.

>>> Nyanyian lagu Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa Hadirin sekalian,

Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita memohon


keberkatan. Justeru, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Ustaz Hasril Amir Bin Hashim untuk
memimpin bacaan doa.Dipersilakan
>>>bacaan doa
Kata aluan Amin Ya rabbal alamin... terima kasih diucapkan kepada
3

pengacara Ustaz Hasril Amir bin Hashim atas pimpinan bacaan doa
majlis itu tadi. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam sejahtera, Salam Melaka berwibawa.Pintar, Hijau,
Bersih. SMKSU Sehati Memacu Kejayaan,Semarakkan
Usahamu.#berbudilahdiSMKSU

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang berbahagia, Datuk Dr. Ihsan bin Osman DPSM,DSM,


MD (UKM) KLINIK ASUZA

Yang Berusaha, En Azmi bin Kasim, Pengetua SMK Sungai


Udang

Yang dihormati, En Mohd Nizam bin Dawood, Yg Di Pertua


PIBG SMK SG Udang,

Yang dihormati,Pn Hjh Rosni binti Daud, Penolong kanan


pentadbiran,

Pn. Norfaiza binti Mustafa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Pn Shamsiah bt Mahmod, Penolong Kanan KoKurikulum,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru, Barisan
AJK PIBG, ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan serta murid-
murid sekalian.
Tayangan Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan kurniaan
montaj rahmatnya, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada hari
yang bersejarah buat SMK Sungai Udang bagi menjayakan
Majlis Anugerah Kualiti dan Penyampaian Sijil Tamat
Tingkatan Lima Tahun 2019.
Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung penghargaan
dan setinggi-tinggi terima kasih, terutama kepada Yang
4

berbahagia, Datuk Dr. Ihsan bin Osman DPSM,DSM, MD


(UKM) KLINIK ASUZA dan hadirin atas kesudian
meluangkan masa, bersama-sama kami pada kali ini.
Semoga dengan kehadiran kalian menjadi penyuntik
semangat murid-murid bagi mencapai keputusan yang
cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis yang dianjurkan hari ini merupakan satu agenda
tertinggi daripada pihak sekolah kepada murid-murid SMK
Sungai Udang yang signifikan dengan sumbangan dan
kecemerlangan mereka dalam bidang kokurikulum, sahsiah
dan akademik.Selain itu, majlis hari ini turut memberi
penghargaan kepada murid-murid yang berjaya menamatkan
pembelajaran sehingga tingkatan 5 di SMKSU.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis


dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan
sejarah mereka yang terlibat.Justeru sebagai tanda ingatan
dan kenangan,kami persembahkan tayangan montaj tentang
aktiviti sepanjang tahun 2019,pencapaian serta kejayaan
sekolah.Marilah sama-sama kita saksikan….

>>>Tayangan montaj
Demikian tadi berakhirnya tayangan montaj tentang aktiviti
sekolah,penglibatan dan kejayaan sekolah sepanjang tahun
2019.Semoga tayangan ringkas itu tadi dapat mendekatkan
hati serta menguatkan ukhuwah kita warga SMKSU.

Jemput VVIP
Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya
ke atas
menjemput Yang Berbahagia Datuk Dr. Ihsan Bin Osman,
pentas
Yang Berusaha En. Azmi Bin Kasim Tn. Pengetua dan yang
Dihormati En. Mohd Nizam Bin Daud untuk naik ke pentas

Ucapan Hadirin sekalian, bagi membuka tirai majlis pada pagi ini,


pengetua dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang
5

berusaha En. Azmi Bin Kasim, Pengetua Sekolah Menengah


Kebangsaan Sungai Udang, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

>>>> Ucapan pengetua

Ucapan YDP Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan Yang


PIBG berusaha En. Azmi bin Kasim,Tn. Pengetua
SMKSU sebentar tadi. 

Dara rupawan tersenyum manis,


Petik kenanga kuntum delapan,
Hadirnya tuan penyeri majlis
Molek kiranya susuli ucapan

majlis dengan ini menjemput Yang dihormati, En Mohd


Nizam Bin Dawood, Yg Di Pertua PIBG SMK Sungai Udang
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

>>> ucapan YDP PIBG

9.10am Ucapan VVIP Demikian tadi ucapan yang disampaikan oleh Yang
(Perasmian) dihormati, En Mohd Nizam Bin Dawood Pengerusi Persatuan
Ibu Bapa dan Guru. Terima kasih diucapkan.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan hormat diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Dengan penuh takzim dan sukacitanya pihak majlis


mempersilakan Yang berbahagia, Datuk Dr. Ihsan bin
Osman DPSM,DSM, MD (UKM) KLINIK ASUZA
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Kualiti dan Penyampaian Sijil Tamat
Tingkatan Lima Tahun 2019. Dipersilakan.

>>> Ucapan perasmian


6

9.40am Penyampaian Berilah kami haluan kemudi


Anugerah Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan 
KOKURIKULUM
Terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Ihsan Bin Osman
atas ucapan dan amanat itu tadi

Hadirin sekalian,
majlis diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah
kepada murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam
bidang kokurikulum, hal ehwal murid dan kurikulum.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan Yang Berusaha En. Azmi bin Kasim untuk
Menyampaikan anugerah. Dipersilakan. 

Dimulakan dengan penyampaian anugerah dalam bidang


KOKURIKULUM.

>>> BACA SENARAI ANUGERAH KOKURIKULUM

Penyampaian Hadirin warga dewan sekalian,


anugerah
Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah
Hal Ehwal Hal Ehwal Murid. Dipersilakan penerima:
Murid
>>>BACA SENARAI NAMA PENERIMA HEM

Penyampaian Seterusnya adalah penyampaian anugerah Kurikulum.


anugerah
Kurikulum >>> BACA SENARAI ANUGERAH KURIKULUM

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha En.


Azmi bin Kasim,pengetua SMK Sungai Udang atas
7

penyampaian anugerah itu tadi.


Penyampaian Hadirin sekalian,
anugerah Guru merupakan nadi dan penggerak dalam organisasi
Kualiti Guru sesebuah sekolah.Begitu juga kakitangan sokongan dan
AKP dan pekerja yang banyak membantu dalam hal-hal pengurusan
Pekerja sekolah.Pihak sekolah amat menghargai jasa dan
pengorbanan yang dicurahkan selama ini.Maka dengan ini,
majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Nizam Bin
Dawood,YDP PIBG untuk menyampaikan anugerah kualiti
Guru AKP dan pekerja. Dipersilakan.

>>>BACA SENARAI ANUGERAH KUALITI GURU AKP DAN


PEKERJA

10.30am Persembahan Demikian tadi penerima-penerima anugerah kualiti guru AKP


Murid 2 dan pekerja.Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang
dihormati En. Mohd Nizam bin Dawood,YDP PIBG SMKSU
kerana telah menyempurnakan upacara sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis seterusnya adalah persembahan


daripada murid-murid SMKSU. Dipersilakan.

>>> persembahan murid

10.40am Penyampaian Demikian tadi satu persembahan yang menghiburkan.


Sijil Tamat Terima kasih diucapkan kepada semua murid yang terlibat
Tingkatan 5 dalam persembahan itu tadi.

Hadirin sekalian, majlis seterusnya adalah penyampaian sijil


tamat tingkatan 5.Dengan ini majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Dr. Ihsan bin Osman
untuk menyampaikan sijil tamat tingkatan 5.Dipersilakan

>>>>BACA SENARAI NAMA TINGKATAN 5

Penyampaian Demikianlah tadi berakhirnya pemyampaian anugerah-


8

cenderahati anugerah dan sijil-sijil tamat Tingkatan lima.Terima kasih


kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Ihsan bin Osman atas
penyampaian sijil itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan,


Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia
Datuk Dr. Ihsan bin Osman merasmikan MAJLIS
ANUGERAH KUALITI DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT
TINGKATAN 5 SMK SUNGAI UDANG TAHUN 2019 majlis
berbesar hati untuk memberikan cenderamata kepada Yang
berbahagia Datuk Dr. Ihsan bin Osman.

Dengan ini,Dipersilakan En. Azmi Bin Kasim, Pengetua SMK


Sungai Udang untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang berbahagia Datuk Dr. Ihsan bin Osman. Dipersilakan.

>>>penyampaian cenderahati

Majlis Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


ditangguhkan Berusaha Tuan Pengetua atas penyampaian cenderamata
itu tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, berakhirlah sudah
Majlis Anugerah Kualiti Dan Penyampaian Sijil Tamat
Tingkatan 5 SMK Sungai Udang Bagi Tahun 2019. Kami
seluruh warga SMK Sungai Udang ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan,
guru-guru, pihak pengurusan PIBG, ibu bapa dan semua
yang terlibat bagi menjayakan dan memberi sumbangan
dalam majlis yang bersejarah ini. Kepada ibu bapa yang
akan pulang, kami doakan agar selamat kembali ke destinasi
masing-masing.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon


maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang
9

perjalanan majlis ini.

Seterusnya adalah upacara perarakan keluar tetamu


kehormat.Sekian. Wabillahitaufik walhidayah.
Wassalamualaikum W.B.T

You might also like