Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGARATAN

Objek yang diperbuat daripada besi dan keluli boleh


berkarat. Objek yang boleh berkarat dinamakan objek berkarat.
Objek berkarat mempunyai bahan perang kemerahan di
permukaannya. Objek yang diperbuat daripada logam seperti
emas dan perak dan bahan bukan logam tidak boleh berkarat.
Objek ini disebut sebagai objek tidak berkarat.
Pengaratan hanya akan berlaku apabila terdapat air dan
udara. Objek yang diperbuat daripada besi dan keluli hanya
berkarat apabila terdedah kepada air dan udara bagi tempoh masa
yang tertentu. Pengaratan tidak akan berlaku jika salah satu
daripada faktor-faktor ini tidak wujud. Objek yang berkarat
mempunyai permukaan yang kusam dan kasar. Pengaratan
menambahkan jisim objek.
Antara contoh objek yang berkarat ialah paku besi, pagar
besi, tin, paku tekan, jarum, kereta, rim basikal dan kekisi.
Manakala objek tidak berkarat ialah gelang emas, cincin perak,
kerusi kayu, bekas plastik, kaca, kain, getah pemadam dan periuk
tanah.
Antara ciri-ciri objek yang berkarat ialah hodoh, kelihatan
tidak menarik dan buruk, menjadi rapuh dan terkakis dengan
perlahan, membahayakan hidupan (manusia yang cedera kerana
terpijak paku besi yang berkarat boleh mendapat penyakit kancing
gigi) dan tidak tahan lama.
Sebelum pengaratan berlaku, pelbagai cara mencegah
pengaratanboleh dilakukan seperti mengecat, menyapu minyak
atau gris, menyalut dengan bahan tidak berkarat dan menyadur.
Selain menjadikan objek berwarna-warni, mengecat sesuai
digunakan untuk mencegah pengaratan. Menyapu minyak atau
gris bermaksud menyapu lapisan minyak atau gris pada pisau,
gergaji dan kapak apabila tidak digunakan untuk mengelakkannya
daripada terdedah kepada air dan udara. Menyalut dengan bahan
bukan berkarat seperti plastik boleh mencegah pengaratan.
Menyadur pula adalah proses menyalut permukaan besi dengan
logam lain yang tahan karat seperti aluminium, perak, timah,
tembaga, emas dan kromium untuk mengelakkan pengaratan.
Pencegahan pengaratan sangat penting dilaksanakan
kerana dapat menjadikan objek dapat tahan lebih lama dan tidak
mudah rosak, objek kelihatan bersih dan cantik, kos dapat
dijimatkan disebabkan objek tidak perlu ditukar selalu dan objek
selamat digunakan.

You might also like