Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

1

MODUL PENGURUSAN PRESTASI – MYPERFORMANCE


SOALAN LAZIM: UMUM

BIL. SOALAN JAWAPAN

1. Adakah pegawai perlu mengisi SKT dan SKU? Merujuk Surat Edaran JPA.BK(S) 174/3/2-1 Jld.8 (18)
bertarikh 3 November 2021 : Pengurusan Prestasi Kumpulan
Pengurusan Dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana
Secara Dual System Bagi Tahun Penilaian 2022 dan 2023,
borang SKT dihentikan penggunaannya dan digantikan
dengan SKU. Hasil pencapaian SKU serta submodul lain di
bawah Modul Pengurusan Prestasi – MyPerformance
HRMIS boleh dirujuk oleh Pegawai Penilai (PP) semasa
penyediaan LNPT.

2. Saya sebagai Pegawai Penilai, apakah dokumen rujukan sebagai penilai Pegawai boleh merujuk kepada dokumen berikut sebagai
di dalam Modul Pengurusan Prestasi - MyPerformance? panduan:
i) Surat Edaran JPA.BK(S) 174/3/2-1 Jld.8 (18) bertarikh 3
November 2021 : Pengurusan Prestasi Kumpulan
Pengurusan Dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana
Secara Dual System Bagi Tahun Penilaian 2022 dan
2023, Lampiran A2 : Panduan kepada Pegawai Penilai
ii) Panduan Pengguna HRMIS - MyPerformance Pemilik
Kompetensi - Para 2.2 : Peranan Sebagai Pegawai
Penilai

3. Adakah Pegawai Penilai Kedua (PPK) tidak terlibat di dalam penilaian Di MyPerformance, satu peringkat penilaian sahaja oleh
MyPerformance ini? Pegawai Penilai Pertama (PPP) ditetapkan untuk semua sub
modul. PPK atau Pegawai Penilai Semula (PPS) hanya
terlibat untuk untuk membuat penilaian semula bagi sub
modul Sasaran Kerja Utama (SKU), Kompetensi Tingkah
Laku dan Kompetensi Fungsian yang tidak dipersetujui oleh
Pegawai Yang Dinilai (PYD).

Tarikh Kemaskini : 22 Disember 2021


2
MODUL PENGURUSAN PRESTASI – MYPERFORMANCE
SOALAN LAZIM: UMUM
BIL. SOALAN JAWAPAN

4. Adakah pegawai Contract For Services (CFS) boleh menjadi penilai? Tidak Boleh. Syarat-syarat penentuan pegawai penilai
dinyatakan seperti di Lampiran A2: Panduan kepada
Pegawai Penilai.

5. Apakah maksud markah yang dipaparkan di Dashboard PYD? Ringkasan skala serta skor penilaian dalam Modul
Pengurusan Prestasi – MyPerformance adalah seperti
berikut:

Bil. Submodul Skala Skor Penilaian


Penilaian

1. Sasaran Kerja Janaan Purata skor pencapaian


Utama (SKU) Automatik dalam peratus (nilai
0 – 100% minimum=0%; nilai
maksimum=100%)
2. Penglibatan & Janaan Skor (nilai minimum=1;
Sumbangan Automatik nilai maksimum=10)
1 – 10
3. Kompetensi Descriptive Purata skor (nilai
Tingkah Laku Rating minimum=1; nilai
Scale maksimum=5)
1-5
4. Kompetensi Descriptive Bilangan kompetensi
Fungsian Rating yang memenuhi tahap
Scale kompetensi jawatan
1-5
5. Nilai Sepunya Frequency Skor (nilai minimum=1;
Rating nilai maksimum=10)
Scale 1-5

Tarikh Kemaskini : 22 Disember 2021


3
MODUL PENGURUSAN PRESTASI – MYPERFORMANCE
SOALAN LAZIM: UMUM
BIL. SOALAN JAWAPAN

6. Apakah markah akhir untuk MyPerformance yang merangkumi semua Tiada markah akhir bagi MyPerformance yang merangkumi
submodul? semua submodul. Setiap sub modul mempunyai markah
akhir standalone mengikut skor penilaian yang ditetapkan.

7. Berapa kali penilaian perlu dibuat untuk setiap sub modul? Penilaian oleh setiap sub modul kecuali Nilai Sepunya boleh
dilaksanakan berulang kali sehingga pengesahan
pencapaian akhir dibuat dalam tempoh sukuan ketiga.

8. Kenapa pautan status setiap submodul pada Dashboard PYD tidak Status tersebut menunjukkan Jadual Penilaian Prestasi bagi
diaktifkan dan status memaparkan Tempoh Penilaian Belum Ditetapkan? tahun penilaian tersebut belum ditetapkan oleh Urusetia
PPSM. Pautan pada setiap submodul akan diaktifkan
selepas Urusetia menetapkan jadual penilaian berkaitan.

9. Maklumat Pegawai Penilai dan Pegawai Penilai Semula menunjukkan Status tersebut menunjukkan tiada penetapan PPP dan PPS
Tiada Maklumat. dibuat kepada PYD tersebut. Sila hubungi Pentadbir
Prestasi Agensi/ Urusetia PPSM di agensi.

Tarikh Kemaskini : 22 Disember 2021


4
MODUL PENGURUSAN PRESTASI – MYPERFORMANCE
SOALAN LAZIM: UMUM
BIL. SOALAN JAWAPAN

10. Maklumat Pegawai Penilai Semula (PPS) tidak dipaparkan. Maklumat PPS tidak dipaparkan kerana sandangan pegawai
tersebut tidak aktif/luput. Sila hubungi Pentadbir Profil
Perkhidmatan di agensi.

11. Selepas penilai membuat penilaian, bagaimana untuk ke halaman Pegawai perlu klik pada left menu > Modul/ SubModul >
Dashboard utama MyPerformance semula? Pengurusan Prestasi > MyPerformance

Tarikh Kemaskini : 22 Disember 2021


5
MODUL PENGURUSAN PRESTASI – MYPERFORMANCE
SOALAN LAZIM: UMUM
BIL. SOALAN JAWAPAN

12. Di Dashboard Penilai, terdapat perbezaan warna status pada setiap Maksud warna item berkaitan adalah seperti berikut:
submodul. Apakah maksud berkenaan?
i. Merah : menunjukkan status Memerlukan Pengesahan/
Tindakan Penilaian oleh Pegawai Penilai Pertama
(PPP) kecuali bagi Nilai Sepunya.
ii. Kelabu – menunjukkan status Tidak memerlukan
tindakan/ tindakan telah diambil

13. Siapakah yang diberikan peranan sebagai Pentadbir Prestasi di agensi? Pentadbir Prestasi ditentukan oleh Bahagian Sumber
Manusia di agensi masing-masing.

Tarikh Kemaskini : 22 Disember 2021

You might also like