Teks Ucapan Majlis Lambaian Kasih DR Shahril

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SALUTASI

MAJLIS LAMBAIAN KASIH


DR HJ SHAHRIL BIN SABUDIN
SMK DESA CEMPAKA
TAHUN 2023

YANG BERBAHAGIA,
DR HJ SHAHRIL BIN SABUDIN
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
SMK DATO’ MOHD SAID

YANG DIHORMATI,
PN ROZLINA BINTI AWANG,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

YANG DIHORMATI,
ENCIK MOKHTAR BIN MOHD ZIN,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

YANG DIHORMATI,
PN AZINA BINTI ZAKARIA,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

YANG DIHORMATI,
PN NOR AFIZA BINTI MOHD NOR,
PENOLONG KANAN SESI PETANG

YANG DIHORMATI,
PN AMINA BINTI VP HAMZAH,
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

GURU – GURU KANAN MATA PELAJARAN, KAUNSELOR-KAUNSELOR,


GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN.
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillahhirabbil alamin,
Wassolatuwassala mu’ala asrafil anbiya iwal mursalin, Wa’ala
alihi wasohbihi ajmain.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama dalam Majlis Lambaian Kasih bagi meraikan Dr Hj
Shahril bin Sabudin yang telah berpindah ke SMK Dato Mohd Said, Nilai kerana
dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di sana. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
Yang Diraikan, Dr Shahril bin Sabudin kerana sudi melapangkan masa bersama-sama
dengan kita pada hari ini dalam majlis yang diadakan khusus untuk meraikan beliau.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru, kakitangan serta murid-murid
sekalian yang telah bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan GPK
Kokurikulum kita. Beliau telah banyak menabur bakti di sekolah kita selama ...............
Namun sayangnya, kita terpaksa akur bahawa beliau tidak lagi bertugas di sekolah kita.
Walaupun berat hati ingin melepaskan beliau, kita tetap doakan semoga beliau terus
cemerlang di sekolah baharu.

Saya percaya bahawa warga sekolah berasa kehilangan seorang pendidik yang
berdedikasi dan prihatin, lebih-lebih lagi murid-murid yang pernah menerima bimbingan
beliau, rakan-rakan sejawatan kerana beliau seorang yang mudah mesra dan tidak lokek
berkongsi kepakaran, pengalaman dan nasihat.

Sesungguhnya, warga SMKDC amat menghargai segala jasa dan bakti yang dicurahkan
oleh Dr Shahril. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan Dr Shahril yang tidak
pernah mengenal erti penat lelah telah membawa SMK Desa Cempaka ke satu tahap yang
lebih baik dan membanggakan dalam bidang kokurikulum pada hari ini. Saya berharap
semua usaha ini akan diteruskan oleh GPK Kokurikulum yang baharu.

Kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan, pengorbanan dan kejayaan yang telah
disumbangkan oleh Dr Shahril sepanjang berkhidmat di sini. Setiap kebaikan yang
ditinggalkan pasti akan menjadi ikutan dan pendorong semangat kepada kita.

Saya mewakili pentadbir dan guru-guru ingin mengambil kesempatan memohon


kemaafan andai tersilap kata. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur kata yang
menyinggung perasaan . Segala jasa baik Dr sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan
kami kenang.

Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun,

Malam hari berlagu unggas,


Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun berpisah tempat bertugas,
Budimu tuan dalam ingatan.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok mesti rindu-rinduan.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like