Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

AKU JANJI PENGAWAS 2023/2024

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAMAK

Bahawasanya kami Pengawas Sekolah dengan ini berikrar dan berjanji  sesungguh hati akan :-

1. Mematuhi semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah


sebagaimana dalam buku panduan disiplin.

2. Mempamerkan penampilan diri terbaik sepanjang masa sama ada dari aspek fizikal dan cara
      berpakaian seragam pengawas.

3. Melaksanakan semua tugas yang diberikan kepada saya atau badan pengawas dengan hati
terbuka, penuh tanggungjawab, amanah, sedaya-upaya dan menepati masa yang ditentukan.

4. Memberi kerjasama kepada rakan-rakan pengawas dan bekerja sepasukan demi menyelamat
dan menjaga nama baik organisasi.

5. Menjaga nama baik diri sebagai seorang pengawas atau badan pengawas di sekolah atau di
mana-mana sahaja.

6. Menyampaikan maklumat kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar kepada guru sekalipun
yang paling akrab. 

7. Menyatakan yang benar sahaja dalam memberi maklumat/bukti bila menjadi saksi kes.

8. Menghadirkan diri dalam setiap perjumpaan/mesyuarat/program anjuran badan pengawas tanpa


alasan.

9. Menghindarkan diri daripada pelajar/kumpulan pelajar dalam sebarang aktiviti yang melanggar
disiplin sekolah.

10. Menjalankan apa sahaja tugas dan arahan mana-mana guru yang munasabah tanpa alasan.

11. Membantu semua guru yang memerlukan bantuan atau menawarkan khidmat bantu kepada  
guru.

Sekiranya kami Pengawas Sekolah melanggar mana-mana satu aku janji di atas secara sengaja dan
sedar,  kami bersedia dan  rela hati untuk melepaskan jawatan sebagai seorang pengawas.
                                                                                                                                                                                  
Yang Benar, Disaksikan oleh,

---------------------------------  ZURINA BINTI ADNAN


(MOHAMMAD SYAFIZI IZZAT BIN MOHD SHAPIQ) GURU BESAR,
KETUA PENGAWAS SEKOLAH, SK SUNGAI SAMAK.
SK SUNGAI SAMAK.

-----------------------------------
(NUR AINA SYAZANA BINTI KHISAM)
PENOLONG PENGAWAS SEKOLAH,
SK SUNGAI SAMAK.

AKU JANJI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2023/2024


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAMAK

Bahawasanya kami Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2023/2024 dengan sesungguhnya berjanji
bahawa akan mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan
akan mematuhi peraturan Pusat Sumber SK Sungai Samak :

1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)


2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain.
3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ke
tempat asal.
4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas-tugas mengemas.
5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan
sebagainya.
6. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada
pembekal.
7. Membantu menguruskan fail tegak / buku skrap.
8. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian.
9. Membantu mempromosikan PSS.
10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna.
11. Membantu pelanggan dalam penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
12. Membantu membaik pulih bahan-bahan rosak.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pusat Sumber Sekolah.

Kami sesungguhnya faham jika didapati melanggar peraturan-peraturan PSS SK Sungai Samak serta
aku janji ini, kami boleh dikenakan tindakan sehingga kepada pemecatan sebagai Pengawas PSS
sekolah ini.

Yang Benar, Disaksikan oleh,

---------------------------------  ZURINA BINTI ADNAN


(NUR QEESYA QAISARA BINTI HERWANDI) GURU BESAR,
KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER, SK SUNGAI SAMAK.
SK SUNGAI SAMAK.

-----------------------------------
(NURUL HALIMATUSSOLEHAH BINTI ZEN KHALIM)
PENOLONG PENGAWAS PUSAT SUMBER,
SK SUNGAI SAMAK.

You might also like