SURAT SEKOLAH DELI 2021 Agama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mohd Fauzi bin Isa

3A-23-02, Residensi Setiawangsa


No 20, Jalan 1/56
Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur

Tel: 019-779 5439

Mac 2021

FD/PERS/2021-( 1 )

Sekolah Rendah Agama Usamah bin Zaid


8, Jalan 2/27a, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Ustaz Osman Jailani)

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

1. Berhubung dengan perkara tajuk, saya bapa kepada Fakheera Delisha binti
Mohd Fauzi ingin memaklumkan kepada Ustaz bahawa anak saya telah tidak hadir ke
sekolah pada 10 Mac hingga 11 Mac 2021. Kegagalan anak saya untuk hadir adalah
disebabkan kesihatannya terganggu (batuk dan selsema) selepas mula seminggu
bersekolah.

2. Untuk makluman Ustaz, kesihatan anak saya telah pulih sepenuhnya dan tiada
lagi gejala batuk dan selsema yang dialaminya. Memandangkan kesihatan anak saya
telah kembali sedia kala, dia akan mula bersekolah semula pada 12 Mac 2021. Saya
faham dalam keadaan norma baharu yang perlu dilalui, saya telah memastikan segala
langkah kesihatan bagi mencegah penularan COVID 19 diamalkan oleh kami
sekeluarga. Kesihatan anak saya berkemungkinan terganggu akibat terdedah dengan
keadaan cuaca yang panas.

3. Justeru, saya berharap Ustaz serta pihak pentadbiran sekolah memahami dan
memberi pertimbangan di atas ketidakhadiran anak saya ke sekolah untuk tempoh
tersebut. Sekian, untuk makluman serta tindakan Ustaz seterusnya. Terima kasih.

MOHD FAUZI BIN ISA


Bapa

You might also like