29-Article Text-72-1-10-20200225

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

Vol. 2, No.

3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

JANGKAAN DAN HARAPAN PELAJAR KEMURUNGAN TERHADAP


KEPERLUAN KAUNSELING ISLAM
[CONSIDERATION AND ASSESSMENT OF LESSON STUDENTS ABOUT
ISLAMIC COUSELLING ISSUE]

MAHNESSA A. KADIR
mahnessa_kadir@polinilai.edu.my

Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

ABSTRACT

Depression is a mental health problem that can happen to anyone including students. These depressive
symptoms can cause students to lose their focus on learning, disciplined violations, skip classes, copy
exams, poor learning outcomes and drop out of school. Therefore, this study aims to study
demographic profiles and depression levels as well as analyze the expectations and expectations of
the needs of the Islamic counseling approach. The design of the study was a survey study using
structured questionnaires and interviews. This study involved 160 students as respondents using
objective sampling. Data collection was done through questionnaires. The quantitative data obtained
from the questionnaire were analyzed using descriptive statistical techniques where the frequency,
percent, mean and standard deviation were analyzed using descriptive analysis approach. The results
of this study show that more female students suffer from depression between the ages of 18-20. Their
levels of depression were found to be low. The results of this study also show that the counseling
services practiced by the Psychology Management Unit in the Polytechnic are good and at a high
level. Overall, students at the Polytechnic Values place high hopes on the Islamic counseling
approach to address depression.

Key Words: Depression, Psychology Management, counseling approach

ABSTRAK

Kemurungan merupakan masalah kesihatan mental yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
termasuk pelajar. Fenomena kemurungan ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran, berlaku pelanggaran disiplin, ponteng kelas, meniru dalam
peperiksaan, keputusan pembelajaran kurang cemerlang dan berhenti pengajian. Oleh itu, kajian ini
bertujuan mengkaji profil demografi dan tahap kemurungan serta menganalisis jangkaan dan harapan
terhadap keperluan pendekatan kaunseling Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan
menggunakan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Kajian ini melibatkan 160 pelajar sebagai
responden dengan menggunakan pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui soal
selidik. Data kuantitatif yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik
deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dianalisis menggunakan pendekatan
analisis deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai mengalami
kemurungan dalam lingkungan usia antara18-20 tahun. Tahap kemurungan mereka didapati berada
pada tahap rendah. Hasil kajian ini juga menunjukkan perkhidmatan kaunseling yang diamalkan oleh

53
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

Unit Pengurusan Psikologi di Politeknik adalah baik dan berada pada tahap tinggi. Secara
keseluruhan, pelajar di Politeknik Nilai meletak harapan yang tinggi terhadap pendekatan kaunseling
Islam bagi menangani kemurungan.

Kata kunci: Kemurungan, Pengurusan Psikologi, pendekatan kaunseling

PENGENALAN

Tanggapan terhadap masalah kemurungan masih dipandang ringan oleh masyarakat kerana isu ini
kerapkali dikaitkan dengan permasalahan emosi seperti kesedihan yang dianggap tidak bijak
menguruskan kestabilan emosi, lemah jiwa dan mudah berputus-asa. Ini bertentangan sama sekali
dengan hakikat sebenarnya kemurungan. Justeru, penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang
mendapat perhatian ialah sindrom kemurungan. Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) meletakkan
kemurungan (Major Depressive Disorder) di tangga keempat dalam senarai penyakit yang
menyebabkan bebanan kepada dunia. Dalam tempoh 50 tahun lagi, ia dijangka mengambil tempat
lebih utama berbanding penyakit-penyakit fizikal yang lain.
Namun begitu, gangguan tingkah laku bunuh diri atau psikiatrik seperti kemurungan,
skizofrenia, gangguan personaliti dan kecelaruan minda juga boleh mendorong kepada perlakuan
bunuh diri. Cara yang paling sering digunakan untuk membunuh diri adalah dengan menggantung
diri dan terjun daripada bangunan tinggi. Menurut kajian Hermin Mallo, Daniel Ronda (2010) dalam
kajiannya terhadap pelajar remaja yang berusia 15 hingga 17 tahun; segalanya berpunca daripada
masalah tekanan seperti kemurungan, masalah perceraian ibu bapa dan masalah kekeliruan konsep
diri atau jati diri.
Remaja dalam usia ini kerapkali dikaitkan dengan masalah emosi seperti perasaan bersalah,
tidak dapat mengawal kemarahan, merasakan diri tidak dihargai dan dipinggirkan sama dalam
kelompok rakan sebaya mahu pun dalam keluarga. Segelintir remaja lebih rela mengambil jalan
pintas membunuh diri daripada terpaksa mengharungi permasalahan global seperti peperangan,
keganasan, ancaman penyakit, jenayah, sengketa politik dan fahaman agama serta bahana kebuluran.
Secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada pemikiran remaja dan dengan tidak dapat
mengawal perasaan, kesedihan dan kebencian (Dr Khaidzir Ismail,Utusan Malaysia, 2011).
Justeru fenomena ini haruslah ditangani dengan pendekatan kaunseling yang relevan.
Sehubungan itu pendekatan kaunseling lslam diterima pakai bagi menangani kes kemurungan ini.
Pendekatan kaunseling lslam. Ini melibatkan kaunselor terlatih, klien bermasalah, kaedah
/pendekatan yang digunakan, etika sebagai kaunselor dan persekitaran klien. Oleh sebab itu ciri-ciri
seorang kaunselor yang berkelayakan perlu ada seperti dari segi kelayakan akademik dan ikhtisas,
kemahiran komunikasi interpersonal, berpengetahuan dan berpengalaman serta memiliki sifat-sifat
peribadi tertentu. Ini bagi memastikan proses kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik,
bersistematik dan beretika serta secara profesional.
Dalam kajian ini penyelidik lebih memberikan penekanan bagaimana usaha menghadapi
masalah pelajar kemurungan menggunakan pendekatan kaunseling Islam. Di samping menganalisis
jangkaan dan harapan pelajar kemurungan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling Islam.

54
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah:

i. Mengkaji profil demografi dan tahap kemurungan pelajar.


ii. Menganalisis perkhidmatan kaunseling di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
iii. Menganalisis jangkaan dan harapan pendekatan kaunseling Islam bagi menangani masalah
pelajar yang mengalami kemurungan.

METODE KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah analisis data dan teknik deskriptif yang digunakan ialah min, median,
mod dan taburan kekerapan dengan dibantu jadual. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan
dengan menggunakan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Kajian ini melibatkan 160
responden berdasarkan pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik.
Data kuantitatif yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik
deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dianalisis menggunakan pendekatan
analisis deskriptif.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini melibatkan pensampelan seramai 160 responden yang terdiri daripada pelajar yang
mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan dianggap mengalami kemurungan berdasarkan
perlanggaran disiplin yang dilakukan. Data jumlah pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan diambil
daripada Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) dengan kebenaran Pegawai Hal Ehwal
Pelajar (HEP) Responden yang dipilih adalah pelajar Muslim sahaja. Kerana kajian ini bersangkutan
perkara yang berkaitan agama Islam. Merujuk kepada dokumen pelajar yang dirujuk atau datang
sendiri ke Unit Pengurusan Psikologi terdiri daripada pelajar yang menghadapi masalah peribadi,
kewangan, disiplin dan paling ketara ialah masalah pembelajaran. Kajian ini hanya menganalisis latar
belakang responden iaitu jantina, umur, pekerjaan bapa, pekerjaan ibu, tahap pendidikan bapa,
jabatan, semester semasa dan tempat tinggal semasa.

I. Demografi responden

a. Jantina

Hasil kajian ini mendapati responden perempuan seramai 89 orang (55.6%) mengalami
kemurungan dan telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Berbanding pelajar lelaki
adalah seramai 71 (44.4 %) orang. Perbezaan ini kerana pelajar perempuan dapat
dihubungkan dengan masalah pembelajaran iaitu menghadapi perubahan persekitaran,
menghadapi masalah peribadi, dan pencapaian peperiksaan yang kurang memuaskan.

55
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

b. Umur

Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan pelajar berusia 18-21 tahun yang mengalami
kemurungan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Mana kala responden usia 22-26 tahun
kurang mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerana mereka lebih suka menyelesaikan
masalah dengan cara sendiri atau mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan berbanding
perkhidmatan kaunseling.

c. Pekerjaan Bapa dan Ibu

Jenis pekerjaan ibu bapa merupakan faktor yang boleh mempengaruhi kelangsungan hidup
berkeluarga kerana ia menggambarkan pola kegiatan ekonomi suatu masyarakat. Menurut
Zainab (2001) pekerjaan menunjukkan status sosial ekonomi anggota masyarakat; contohnya
seseorang individu yang mempunyai status sosial ekonomi yang rendah menggambarkan
kebiasaannya mempunyai pekerjaan yang rendah juga. Analisis ke atas pekerjaan bapa
responden, didapati sebahagian besar daripada bapa responden mempunyai pekerjaan sama
ada dalam sektor kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Seramai 57 orang (35.6 %) bapa
responden bekerja dalam sektor swasta manakala seramai 39 orang (24.4%) bekerja awam
dan 37 orang (23.1%) memilih bekerja sendiri sebagai punca pendapatan keluarga. Hanya
27 orang (16.9%) yang tidak bekerja atau telah bersara. Pada keseluruhannya menunjukkan
pekerjaan bapa dalam sektor swasta atau kerajaan digambarkan boleh menjamin pendapatan
keluarga responden.
Kajian ini mendapati terdapat 76 orang (47.5%) ibu responden tidak bekerja atau menjadi suri
rumah sepenuh masa. Namun demikian, lebih daripada jumlah tersebut, seramai 26 orang
(16.2%) yang bekerja dengan kerajaan dan 27 orang (16.9%) bekerja di sektor swasta. Oleh
itu, bekerja dengan sektor awam atau swasta tidak menarik minat seramai 31 orang (19.4%)
ibu responden yang memilih bekerja sendiri untuk menambah pendapatan keluarga. Pada
masa ini segelintir kaum ibu lebih suka bekerja sendiri atau bekerja sambilan seperti berniaga
online, menjadi tukang jahit sambilan dan membuka perniagaan kecil-kecilan. Pekerjaan
seperti ini dapat memberi ruang masa yang lebih banyak untuk menumpukan perhatian kepada
keluarga. Dapatan kajian menunjukkan jumlah ibu yang tidak bekerja lebih besar daripada ibu
bekerja.
Sebilangan besar daripada ibu bapa responden tidak bekerja (hilang pekerjaan atau bersara)
iaitu 103 orang (64.4%) berbanding 68 orang (42.5%) memilih bekerja sendiri. Berbanding
84 orang (52.5%) bekerja dengan sektor kerajaan. Analisis ini juga menunjukkan sebilangan
besar daripada responden kemurungan terdiri daripada golongan keluarga yang kurang
pendapatan dan berkemungkinan berhadapan dengan masalah kewangan. Faktor masalah
kewangan boleh mendorong kepada berlakunya kemurungan dalam ahli keluarga.

d. Tahap Pendidikan Bapa

56
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

Kajian ini menganalisis tahap pendidikan bapa terhadap responden yang mengalami
kemurungan. Tahap pendidikan yang tinggi dapat memberikan kematangan pemikiran dan
memberi pengetahuan kepada ahli keluarga. Kajian ini mendapati daripada jumlah 160 orang
bapa responden, seramai 70 orang (43.8 %) yang mendapat pendidikan di peringkat
universiti/maktab/kolej. Oleh itu dapatan ini menunjukkan tahap pendidikan bapa sangat
mempengaruhi kemurungan responden. Namun demikian pendidikan bapa di peringat
sekolah menengah ke bawah iaitu 90 orang (56.3%) yang mendapatkan perkhidmatan
kaunseling di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Status pendidikan bapa sangat
mempengaruhi perkembangan emosi dan kemurungan responden.

e. Tempat Tinggal

Dapatan kajian menunjukkan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan pelajar


kemurungan tinggal bersama keluarga itu 13 orang (8.1%), manakala 79 orang (49.4%)
memilih tinggal di rumah sewa. Bagi pelajar yang memiliki kriteria yang ditetapkan pihak
asrama seperti keputusan akademik yang baik dan giat dalam aktiviti yang disediakan
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan seramai 68 orang (42.5%) terpilih tinggal di asrama.
Kesimpulannya pelajar yang tinggal di rumah sewa cenderung mengalami kemurungan
kerana berhadapan dengan masalah pengangkutan ke Politeknik di samping masalah
kewangan untuk membayar sewa rumah.

II. Perkhidmatan kaunseling di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

Hasil dapatan menunjukkan keseluruhan responden sangat berpuas hati dengan perkhidmatan
yang disediakan oleh Unit Pengurusan Psikologi. Seramai 34 responden (21.1%) sangat
bersetuju perkhidmatan kaunseling disediakan untuk pelajar dan kakitangan serta bukan untuk
pelajar bermasalah sahaja.
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) menyediakan perkhidmatan kaunseling individu serta
kelompok berdasarkan kepada kes yang dilaporkan oleh klien. Oleh itu kajian mendapati nilai
yang hampir sama. Seramai 67 responden (14.4%) sangat bersetuju dengan perkhidmatan
kaunseling individu dan kelompok serta keselesaan bilik kaunseling. Kedua-dua item ini
menunjukkan nilaian yang rendah. Kebanyakan responden memaklumi perkara ini dan tahu
peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi). Pada
keseluruhannya, responden yang mengalami kemurungan berpuas hati dengan perhidmatan
kaunseling yang di Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi).

Jadual 1: Taburan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling

Perkhidmatan Kauseling STP TS TP S SS


No K P K P K P K P K P
1. UPPsi sediakan 5 3.1 12 7.5 34 21.2 80 50.0 29 18.1
perkhidmatan
membantu pelajar
2. UPPSI sediakan 3 1.9 11 6.9 47 29.4 76 47.5 23 14.3

57
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

kaunseling individu
dan kelompok
3. Bilik UPPsi selesa 3 1.9 8 5.0 52 32.5 74 46.2 23 14.1
4. UPPsi sediakan 1 0.6 12 7.5 47 29.4 75 46.9 25 15.6
pelbagai inventori
soal selidik
5. UPPsi bukan untuk 6 3.8 11 6.9 42 26.2 67 41.9 34 21.1
pelajar bermasalah
sahaja
6. UPPsi disediakan 4 1.9 18 11.2 46 28.8 66 41.2 34 21.1
untuk pelajar dan
kakitangan
7. UPPsi banyak beri 3 1.9 11 6.9 46 28.8 73 45.6 27 16.9
pendedahan kerjaya
dan maklumat
berkaitan disiplin
8. UPPsi sediakan 3 1.9 11 6.9 48 30.0 71 44.4 27 16.9
maklumat
pembangunan
sahsiah diri
9. UPPsi mudah 3 1.9 13 8.1 43 26.9 75 46.9 26 16.2
dikunjungi
10 UPPsi sering adakan 4 2.5 13 8.1 51 31.9 64 40.0 28 17.5
program

STS=Sangat Tidak Setuju, TS=Tidak Setuju, TP=Tidak Pasti, S=Setuju, SS= Sangat Setuju
K=Kekerapan P=Peratus

Hasil dapatan kajian mendapati 80 responden iaitu 50.0 peratus bersetuju Unit Pengurusan
Psikologi yang disediakan berfungsi membantu klien. Di samping itu 76 responden iaitu 47.0 peratus
bersetuju Unit Pengurusan Psikologi menyediakan kaunseling kelompok dan kaunseling individu.
Dan hanya 3 responden (1.9 %) tidak bersetuju dalam perkara ini. Ini adalah kerana bukan
keseluruhan responden yang mendapatkan perkhidmatan secara rela tetapi dirujuk oleh pihak jabatan.
Kunjungan ke Unit Pengurusan Psikologi mendapati didapati lokasinya sangat strategik dan
sesuai dijalankan sesi kaunseling. Oleh itu kajian mendapati 75 responden iaitu 46.9 peratus bersetuju
unit kaunseling mudah dikunjungi seperti lokasi dan jadualnya. Temu janji sesi kaunseling diatur
dengan sempurna bagi memudahkan responden mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

a) Persediaan

Pada dasarnya, daripada maklumat yang diberikan Pegawai Psikologi Politeknik Nilai, Negeri
Sembilan terdapat enam tahap yang dilalui dalam sesuatu proses kaunseling yang dijalankan.
Kemahiran pegawai psikologi dalam kajian ini diukur menerusi tujuh komponen yang terdiri
daripada 36 item iaitu kemahiran membina hubungan, kemahiran mendengar, kemahiran
meneroka, kemahiran memberi maklumat, kemahiran menyoal, kemahiran membalas
(responding), meneroka dan kemahiran merumus. Manakala soal selidik bagi perkhidmatan

58
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

kaunseling yang dikaji daripada dua aspek berkaitan perkhidmatan fizikal dan kemudahan
kaunseling yang disediakan oleh Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
Hasil kajian mendapati Pegawai Psikologi bertanya khabar dan meminta responden
memperkenalkan diri sebanyak 74 (46.6 %) bersetuju dan 15 (9.4 %) sangat setuju. Manakala
hubungan yang mudah difahami dan komunikasi yang baik boleh mencapai maksud dan
memudahkan kes diselesaikan. Oleh itu Pegawai Psikologi perlulah menggunakan bahasa
yang mudah difahami, jelas dan terang supaya klien lebih berasa selesa untuk meneruskan
sesi kaunseling. Oleh yang demikian dalam kajian ini mendapati 86 responden (53.8 %)
bersetuju dan 26 (16.2 %) sangat setuju bahawa bahasa yang digunakan Pegawai Psikologi
mudah difahami.
Kajian mendapati 81 responden (70 %) bersetuju pegawai psikologi memaklumkan Kod Etika
Kaunseling di awal sesi kaunseling. Walaupun terdapat 14 responden (8.8 %) responden tidak
setuju. ini disebabkan responden kurang menumpukan perhatian terhadap sesi khasnya bagi
kes dirujuk dari jabatan dan unit disiplin. Namun demikian, jumlah dapatan ini adalah lemah
dan tidak menggambarkan tanggungjawab Pegawai Psikologi untuk memberitahu Kod Etika
Kaunseling telah diabaikan.

b) Kemahiran Mendengar dan Mengenal Pasti Masalah

Hasil daripada kajian ini mendapati 74 atau (45.6 %) responden bersetuju Pegawai Psikologi
mendengar dengan tekun sepanjang sesi. Jelas di sini membuktikan Pegawai Psikologi telah
menumpukan perhatian sepenuhnya dengan tekun sepanjang proses kaunseling tersebut.
Hanya terdapat 8 (5.0 %) sahaja yang sangat tidak bersetuju dengan kemahiran mendengar
Pegawai Psikologi semasa sesi berlangsung. Keputusan ini tidak membuktikan amalan
kemahiran mendengar tidak dilakukan dengan baik kerana hanya sebilangan kecil sahaja
daripada keseluruhan responden.
Tumpuan Pegawai Psikologi dalam sesi kaunseling dapati dibuktikan dengan memberi
prarasa seperti menanggapi jawapan responden dengan ungkapan “ok’’, ‘betul kah”, “ya”,
dan sebagainya. Dapatan kajian menunjukkan 65 (40.6 %) responden bersetuju Pegawai
Psikologi ada menggunakan perkataan tersebut sebagai rangsangan mendapatkan maklum
balas daripada responden iaitu dalam “Pegawai Psikologi guna kata rangsangan seperti bagus,
oh, ok dan lain untuk teroka masalah saya”.
Menzahirkan nilai empati untuk memahami seseorang melalui dalaman orang itu yang
dijadikan asas untuk memahami klien dan sebagai cara berkomunikasi dengannya (Kurpius
dalam Mohamed Sharif & Sulaiman 2003). Di samping itu juga Pegawai Psikologi
melahirkan rasa simpati terhadap responden iattu seramai 77 responden (48.1 %) bersetuju
Pegawai Psikologi menggunakan “Pegawai Psikologi melahirkan rasa empati”. Namun
demikian, hanya 5 responden (3.2 %) yang sangat tidak bersetuju Pegawai Psikologi
melahirkan simpatinya kepada responden.

c. Merumuskan Kesimpulan

Kajian ini membuktikan bahawa 69 (43.1 %) responden mendapati Pegawai Psikologi


merumus isu yang dibincangkan pada setiap sesi akhir kaunseling yang dijalankan. Namun

59
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

demikian, 51 (31.9 %) responden menyatakan tidak pasti sama ada Pegawai Psikologi
merumuskan atau tidak isu yang dibincangkan. Perkara ini berlaku disebabkan responden
tersebut tidak mengetahui bahawa Pegawai Psikologi telah membuat rumusan sementara
semasa sesi berjalan atau di akhir sesi.
Penyelidik lebih memfokuskan kepada kemahiran pegawai psikologi memimpin responden
supaya tidak terkeluar daripada isu yang dibincangkan. Oleh itu kajian ini mendapati teknik
memimpin yang dapat membantu. Namun demikian bukan bermakna responden tidak boleh
membincangkan perkara lain tetapi kemahiran pegawai psikologi dengan pendekatan ini
boleh membawa semua responden kepada isu yang sebenar. Seramai 77 responden (48.1 %)
bersetuju pegawai psikologi berjaya memimpin dengan memberikan pilihan dalam
menghadapi masalah.
Keseluruhannya responden bersetuju dengan kemahiran memimpin Pegawai Psikologi dalam
sesi yang dijalankan. Terdapat skor yang sama nilainya iaitu 76 responden (47.5%) bersetuju
dengan kemahiran pegawai psikologi dalam membantu responden untuk menyelesaikan
masalah sendiri iaitu pada item “Pegawai Psikologi buka minda kenal pasti masalah saya”,
“Pegawai Psikologi minta penjelasan lanjut isu yang dibincangkan”, “Pegawai Psikologi
bimbing pilih jalan penyelesaian masalah dihadapi”. Walaupun demikian, hanya terdapat
responden tidak setuju Pegawai Psikologi memimpin mereka untuk mendapatkan resolusi
terhadap isu dibincangkan. Namun demikian hanya sebilangan kecil sahaja yang beranggapan
demikian itu item “Pegawai Psikologi buka minda kenal pasti masalah saya” hanya 5
responden (3.1 %), “Pegawai Psikologi minta penjelasan lanjut isu yang dibincangkan iaitu 9
responden (5.6 %), dan “Pegawai Psikologi bimbing pilih jalan penyelesaian masalah
dihadapi terdapat 9 responden (5.6 %) yang sangat tidak setuju dengan item tersebut. Oleh
itu dapat disimpulkan bahawa walaupun terdapat sejumlah kecil sahaja yang tidak setuju
dengan sifat memimpin Pegawai Psikologi ianya tidak menjejaskan keseluruhan proses sesi
tersebut.

d) Amalan pendekatan Islam dalam sesi kaunseling

Hasil kajian mendapati 95 responden (59.4 %) bersetuju Pegawai Psikologi memulakan sesi
dengan bacaan Basmallah dan doa berbanding hanya 10 responden (6.2 %) menyatakan dan
sangat tidak setuju dan 15 responden (9.4 %) tidak setuju. Bagi penyelidik perkara ini
kemungkinan responden tidak dapat memberikan perhatian terhadap sesi. Item “Pegawai
Psikologi beri celik minda kepada saya untuk menambah ibadah selain solat, kajian mendapati
72 responden (45.0 %) sangat bersetuju dan 23 responden (14.4 %), manakala hanya 6
responden yang sangat tidak bersetuju dan 14 (8.8 %) tidak setuju dengan pendekatan Pegawai
Psikologi memberi celik minda untuk menambah ibadah selain solat.
Bagi pendekatan Islam sesekali “Pegawai Psikologi meminta saya istighfar”, kajian
mendapati 22 responden (13.8 %) sangat setuju dan 67 responden (41.9 %), manakala 11
responden (6.9 %) sangat tidak setuju dan 10 responden (6.2 %) tidak setuju. Ini
berkemungkinan isu yang dibincangkan semasa sesi tidak melibatkan emosi yang parah.
Selesai perbincangan “Pegawai Psikologi menamatkan sesi dengan membaca tasbih kafarah
dan surah al-‘Asr, dapatan kajian menunjukkan 23 responden (14.4 %) sangat bersetuju dan
63 responden (39.4 %) setuju. Manakala terdapat 10 responden (6.2 %) sangat tidak bersetuju

60
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

di samping hanya 7 responden (4.4 %) yang tidak bersetuju. Seramai 77 responden iaitu ( 48.1
%) bersetuju dan 18 bersetuju iaitu (11.2%) dengan peringatan pegawai psikologi bahawa
segala keputusan yang diambil hendaklah menyerahkannya kepada Allah SWT.
Pegawai Psikologi mengukuhkan lagi konsep menyerahkan diri kepada Allah SWT. Dengan
mengaitkan segala musibah, cubaan, ujian dalam hidup adalah ketentuan daripada-Nya. Hal
ini boleh mewujudkan suasana lebih mesra dan selesa responden dengan sesi kaunseling dan
mula memikirkan segala kegembiraan atau kesedihan adalah ketentuan dari Allah SWT. Oleh
yang demikian Pegawai Psikologi dapat meneroka lebih lanjut perkara yang melatari peribadi
dan permasalahan yang dihadapi responden. Setelah wujud rasa percaya diri dengan sesi yang
sedang dijalankan, Pegawai Psikologi akan meneroka diri responden dan masalah yang
dihadapinya berdasarkan beberapa soalan bagi tujuan mengetahui tahap kejiwaan dan kualiti
responden. Oleh yang demikian Pegawai Psikologi dapat mengetahui tahap kejiwaan
responden sama ada dalam kategori ammarah, lawwamah atau mutmainnah yang bertujuan
membantu responden mengikut situasi kejiwaan dirinya agar mudah diberi rawatan atau
bantuan.
Suatu sesi kaunseling tidaklah lengkap jika penerokaan tanpa dapat mengenal pasti
punca masalah yang dihadapi responden. Oleh itu Pegawai Psikologi mengenal pasti masalah
responden yang menggambarkan ciri kejiwaan yang sedang dihadapi seperti ketakutan,
kecewa, dendam, iri hati dan sebagainya; yang mana menyebabkan responden melakukan
pelanggaran disiplin. Apatah lagi sifar-sifat tersebut merupakan faktor yang melatari masalah
kemurungan responden. Menurut pandangan Barat masalah kejiwaan berpunca daripada
persekitaran dan dari sudut Islam pula masalah kejiwaan berpunca daripada masalah hati
seseorang individu itu. Justeru Pegawai Psikologi telah memberikan kefahaman kepada
responden tentang tujuan hidupnya sebagai hamba Allah SWT.
Di samping Pegawai Psikologi berusaha untuk mengenal pasti, meneroka masalah
yang dihadapi responden berdasarkan pendekatan kaunseling Islam menurut al-Ghazali,
Pegawai Psikologi juga memberikan motivasi. Dalam usaha ini Pegawai Psikologi minta
responden melihat apa yang sedang dialaminya tidaklah seteruk orang lain. Ini sebagai
motivasi kepada responden untuk melihat diri mereka bukanlah orang yang malang malahan
terdapat insan lain lebih malang daripadanya. Oleh itu Pegawai Psikologi mengingatkan
responden haruslah mengamalkan sikap bersabar dan tenang dalam menghadapi segala
masalah dan bersyukur apa yang Allah SWT telah kurniakan kepadanya.
Seterusnya, Pegawai Psikologi meminta responden menjawab soal selidik bagi mengenal
pasti kefahaman tentang kesilapan yang dilakukannya sebagai seorang Muslim. Misalnya
bertanyakan tentang kepuasan sesi kaunseling dan Pegawai Psikologi menilai pula
berdasarkan kontak mata, gerak bibir dan pergerakan tubuh badan. Dalam membuat pilihan
kepada penyelesaian masalah yang dihadapi Pegawai Psikologi meminta responden
memilihnya berdasarkan ketetapan Allah SWT dan berlandaskan syariat Islam. Islam
mengajarkan hamba-Nya terus memberikan pergantungan hidupnya kepada Allah SWT
semata-mata dan bukan sebagaimana yang diamalkan oleh Barat yang memberikan kebebasan
memilih jalan penyelesaian.
Kesimpulannya Pegawai Psikologi Politeknik Nilai, Negeri Sembilan juga menggunakan
pendekatan kaunseling Islam secara tidak langsung. Penyelidik berpendapat Pegawai
Psikologi Politeknik Nilai Negeri Sembilan masih belum mendalami kaedah kaunseling Islam

61
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

walaupun dalam sesi kendaliannya terdapat unsur pendekatan Islam. Hasil dapatan kajian
keseluruhannya menunjukkan Pegawai Psikologi telah mengamalkan kaunseling dengan
pendekatan Islam.

Pendekatan kaunseling STS TS TP S SS


K P K P K P K P K P
1. Pegawai Psikologi 13 8.1 11 6.9 35 21.9 81 50.6 20 12.5
memperkenalkan diri
2. Pegawai Psikologi tanya 12 7.5 16 10.0 43 26.9 74 46.2 15 9.4
khabar dan minta saya
memperkenalkan
Diri
3. Pegawai Psikologi 10 6.2 15 9.4 40 25.0 75 46.9 20 12.5
memulakan sesi dengan
bacaan Bismallah dan
doa.

4. Pegawai Psikologi 11 6.9 8 5.0 29 18.1 86 53.8 26 16.2


menggunakan bahasa
yang mudah difahami
5. Pegawai Psikologi 14 8.8 19 11.9 46 28.8 59 36.9 22 13.8
beritahu Akta
kerahsiaan
Kaunseling
6. Selesa dengan 17 10.6 18 11.3 44 27.5 65 40.6 15 9.4
pertentangan
mata (eye contact)
Pegawai Psikologi
7. Pegawai Psikologi 6 3.8 19 11.9 38 23.8 75 46.9 22 13.8
menjelaskan
tujuan sesi kaunseling
diadakan
8. Pegawai Psikologi 8 5.0 12 7.5 41 25.6 74 46.2 25 15.6
bertanya masalah saya
9. Pegawai Psikologi 8 5.0 12 7.5 41 25.6 76 47.5 22 13.8
dapat mengenal pasti
masalah saya
10. Pegawai Psikologi 8 5.0 13 8.1 42 26.2 73 45.6 24 15.0
tekun mendengar
11. Pegawai Psikologi beri 6 3.8 14 8.8 45 28.1 72 45.0 23 14.4
celik minda kepada saya
untuk menambah
ibadah selain solat
12. Pegawai Psikologi buka 5 3.1 10 6.2 44 27.5 76 47.5 25 15.6
minda kenal pasti
masalah saya

62
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

13. Sesekali Pegawai 10 6.2 11 6.9 48 30.0 71 44.4 20 12.5


Psikologi bertanya
tentang perasaan saya
14. Pegawai Psikologi 9 5.6 13 8.1 48 30.0 76 47.5 14 8.8
minta penjelasan lanjut
isu yang dibincangkan
15. Pegawai Psikologi 5 3.2 12 7.5 48 30.0 77 48.1 18 11.2
melahirkan rasa empati
16. Pegawai Psikologi guna 8 5.0 19 11.9 51 31.9 65 40.6 17 10.6
kata rangsangan
seperti bagus, oh, ok
untuk teroka masalah
saya
17. Pegawai Psikologi 6 3.8 10 6. 2 56 35.0 71 44.4 17 10.6
minta saya kenal pasti
masalah
18. Pegawai Psikologi 5 3.1 12 7.5 53 33.1 76 47.5 14 8.8
minta saya terangkan
lebih lanjut. Tentang isu
yang sedang
dibincangkan
19. Sesekali Pegawai 11 6.9 10 6.2 50 31.2 67 41.9 22 13.8
Psikologi meminta saya
istighfar
20. Pegawai Psikologi 8 5.0 9 5.6 56 35.0 68 42.5 19 11.9
bersimpati dengan saya

21. Pegawai 9 5.6 7 5.6 52 32.5 74 46.2 18 11.2


Psikologi minta
memikirkan punca
masalah
22. Pegawai Psikologi 9 5.6 9 5.6 48 30.0 69 43.1 25 15.6
bantu fikirkan jalan
penyelesian
Pegawai Psikologi 7 4.4. 9 5.6 53 33.1 74 46.2 17 10.6
23. minta fikir jalan
alternatif masalah saya
24. Pegawai Psikologi 5 5.6 10 6.2 47 29.4 76 47.5 18 11.2
bimbing pilih jalan
penyelesaian masalah
yang dihadapi
25. Pegawai Psikologi 5 3.1 9 5.6 53 33.1 71 44.4 22 13.8
minta fikir pilihan yang
saya ambil
26. Pegawai Psikologi 7 4.4 10 6.2 50 31.2 69 43.1 24 15.0
minta saya solat hajat
atau istykharah

63
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

sebelum buat keputusan


27. Akhir sesi Pegawai 7 4.4 12 7.5 51 31.9 69 43.1 21 13.1
Psikologi merumus isu
yang dibincangkan
28. Saya diminta datang ke 10 6.2 7 4.4 61 38.1 68 42.5 14 8.8
sesi seterusnya
29. Pegawai Psikologi 10 6.2 7 4.4 61 38.1 68 42.5 14 (8.8
menamatkan sesi
dengan membaca tasbih
kifarah dan surah al-
‘Asr
30. Pegawai Psikologi beri 7 4.4 12 7.5 46 28.8 77 48.1 18 11.2
pilihan bagaimana
menghadapi masalah
dan menyerahkannya
kepada Allah SWT.
31. Pegawai Psikologi beri 8 5.0 10 6.2 52 32.5 66 41.2 24 15.0
pujian dan penghargaan
jika saya berubah
32. Pegawai Psikologi puji 8 5.0 10 6.2 49 32.5 66 41.2 24 15.0
dan hargai jika saya
berubah
33. Pegawai Psikologi 9 5.6 7 4.4 49 30.6 72 45.0 23 14.4
menjelaskan bidang
pengajian, kerjaya dan
lain-lain berkaitan masa
depan
34. Pegawai Psikologi 7 4.4 10 6.2 49 30.6 73 45.6 21 13.1
minta cerita perasaan
ketika menghadapi
masalah
35. Pegawai Psikologi beri 7 4.4 5 3.1 59 26.9 69 4.1 20 12.5
pendedahan masa depan
36. Pegawai Psikologi tanya 5 3.1 7 4.4 46 28.8 69 50.0 22 13.8
tentang harapan masa
hadapan

SST= Sangat Tidak Setuju, TS=Tidak Setuju, TP=Tidak Pasti, S=Sangat Setuju, SS=Sangat Setuju
K=Kekerapan, P=Purata

III. Jangkaan dan Harapan terhadap Keperluan Pelaksanaan Kaunseling Islam

Berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan responden mengalami perubahan emosi dan
tingkah laku yang positif dan memberangsangkan. Oleh yang demikian hasil dapatkan juga
membuktikan bahawa responden sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan
oleh Unit Pengurusan Psikologi. Namun demikian pendekatan kaunseling yang kerap
digunakan oleh para kaunselor di Malaysia khususnya adalah berdasarkan teori Barat.

64
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

Sesungguhnya tidak dinafikan pendekatan ini juga digunakan oleh kaunselor Politeknik Nilai
Negeri Sembilan. Namun demikian kesahihan setiap kaunselor mengamalkan sesuatu teori
kaunseling sepenuhnya belum dapat dipastikan. Ini memerlukan kajian lanjut.
Melalui hasil kajian menunjukkan responden meletakkan harapan yang tinggi untuk merubah
emosi dan tingkah laku daripada negatif kepada positif. Responden didapati menunjukkan
sikap lebih mengharapkan kaunselor itu seorang Muslim. Responden lebih selesa dan percaya
kaunselor Muslim yang mempunyai pengetahuan agama dapat membantu mereka
menghadapi masalah dan sekali gus dapat membawa mereka kepada perubahan perilaku
positif.
Seramai 67 responden (41.9 %) bersetuju dan 36 responden (22.5 %) sangat bersetuju
kaunselor terdiri dari orang yang seagama dengannya. Hasil temu bual dengan kaunselor
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan Puan Norhamizah binti Jusoh @ Md. Nor (2015)
menjelaskan kebanyakan pelajar yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah pelajar
Muslim Ini bersesuaian dengan jumlah pelajar majoritinya Muslim. Namun demikian
keselesaan responden perlu dititik- beratkan bagi membolehkan isu yang dihadapi dapat
disampaikan dengan telus.
Masalah kerohanian seseorang hanya dapat diselesaikan dengan menyerapkan unsur-
unsur agama dalam jiwa mereka seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, qiamullail dan
lain-lain. Dengan latar belakang faktor kemurungan responden mempunyai perkaitan dengan
emosi yang tidak tenang dan stabil ini membantu ke arah kejayaan. Oleh sebab itu responden
berasa jauh daripada Allah SWT daripada hidupnya. Menurut Mahnessa (2016) dalam
kajiannya tentang perkaitan amalan solat dan kemurungan pelajar menjelaskan bahawa
sememangnya wujud perkaitan yang erat yang mana kajian mendapati seseorang yang tidak
mengamalkan solat dengan baik dan sempurna menyebabkan jiwa mereka tidak tenang dan
sentiasa bersalah dan berdosa serta jiwa menjadi jauh daripada Allah SWT.
Kaunselor Muslim perlu menguasai asas pengetahuan agama penting untuk membantu
klien menyelesaikan masalah berkaitan kerohanian seperti kebimbangan, keresahan,
kegelisahan dan kemurungan. Adapun sebab yang mendorong kepada masalah kejiwaan
adalah ketandusan agama dalam diri mereka. Seseorang yang jauh dari Allah SWT akan
mengakibatkan mereka sentiasa berasa berdosa, bersalah, tidak puas hati, mudah kecewa,
mudah menyerah kalah dan sebagainya. Di samping itu juga kaunselor yang menjaga
agamanya akan menjaga kerahsiaan kliennya. Hasil kajian mendapati seramai 75 responden
(46.9 %) bersetuju kaunselor menjadi contoh kepada mereka.
Bagi soal selidik melihat harapan responden terhadap keperluan pendekatan
kaunseling Islam dalam menangani masalah kemurungan mereka adalah tinggi. Pada
keseluruhannya, peratusan tertinggi responden yang mengharapkan kaunseling Islam dapat
menyedarkan mereka dan menyedari bahawa mereka hanya hamba Allah SWT yang kerdil
dan serba kekurangan. Kajian ini mendapati seramai 62 responden (38.8 %) sangat bersetuju
dengan kaunseling Islam dapat menginsafkan mereka hanyalah hamba Allah SWT semata-
mata. Oleh itu responden dapat menerima apa yang berlaku dalam diri dan kehidupan adalah
ketentuan daripada-Nya. Perubahan tingkah laku positif membuktikan bahawa sememangnya
kaunseling Islam itu amat penting kepada responden.
Selain daripada itu responden juga mengharapkan kaunseling Islam dapat
menyedarkan mereka sebagai seorang mukmin sejati dan sentiasa patuh kepada suruhan Allah

65
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

SWT. Sesungguhnya Allah SWT adalah tempat mengadu dan memohon keampunan. Oleh itu
seramai 57 responden (35.6 %) sangat bersetuju kembali kepada Allah SWT melalui
kaunseling Islam. Begitu juga responden mengharapkan amalan kaunseling Islam oleh
kaunselor dapat membantu menguatkan keimanan mereka iaitu seramai 53 responden (33.1
%) sangat bersetuju dan 68 daripadanya (42.5 %) bersetuju kaunseling seharusnya dapat
membantu menguatkan dan mengukuhkan keimanan.
Pada keseluruhannya jangkaan dan harapan kepada perlaksanaan kaunseling Islam di
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan adalah tinggi. Ini disebabkan responden mengharapkan
berlakunya perubahan emosi dan tingkah laku serta mendapatkan ketenangan dalam
kehidupan mereka. Oleh itu pihak kaunseling di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan perlulah
menitikberatkan keperluan pendekatan kaunseling Islam dengan lebih serius dan
bersistematik bertujuan agar permasalahan jiwa klien dapat dikenal pasti dan dapat diberikan
bantuan kerohanian dengan segera. Justeru semua pihak berharap agar tidak akan berlaku
perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar yang mengalami simptom kemurungan.

Jadual 1.7 Taburan jangkaan dan harapan perlaksanaan kaunseling Islam

Jangkaan dan harapan STS TS TP S SS


perlaksanaan kaunseling K P K P K P K P K P
Islam
1. Kaunselor sepatutnya 9 5.6 15 9.4 33 20.6 67 41.9 36 22.5
seagama dengan saya
2. Kaunselor sebagai 1 0.6 11 6.9 43 21.2 75 46.9 39 24.4
contoh kepada saya
3. Kaunselor dapat 5 3.1 11 6.9 44 27.5 55 34.4 45 28.1
menjaga kerahsiaan
4. Saya lebih suka jika 4 2.5 10 6.2 37 23.1 68 42.5 41 25.6
kaunselor sama jantina
dengan saya
5. Kaunselor sepatutnya 2 1.2 11 6.9 32 20.0 69 40.1 46 28.8
boleh bantu hal
berkaitan agama
6. Kaunseling Islam jiwa 1 1.2 8 6.9 32 20.0 62 40.1 46 28.8
saya boleh tenteram
7. Kaunseling bantu 1 0.6 8 5.0 32 20.2 66 41.2 53 33.1
mendekatkan diri
kepada Allah.
8. Kaunselor sepatutunya 1 0.6 8 5.0 32 20.0 62 38.8 56 35.0
tahu hukum hakam
agama
9. Kaunseling Islam yang 2 1.2 9 5.6 29 18.1 63 39.4 57 35.6
boleh menyedarkan
diri saya sebagai
seorang Islam sejati
10 Penjelasan mengenai 2 1.2 5 3.1 35 21.9 67 41.9 51 31.9

66
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

hukum hakam agama


boleh menyedarkan
saya terhadap
kesalahan yang pernah
saya lakukan.
11. Melalui kaunseling 2 1.2 6 3.8 32 20.0 69 43.1 51 31.9
Islam sepatutnya boleh
memberi keinsafan
kepada diri saya.
12. Melalui kaunseling 2 1.2 3 1.9 32 20.0 73 45.6 50 31.2
Islam sepatutnya
menyedarkan saya
terhadap takdir yang
menimpa saya
13. Melalui kaunseling 2 1.2 4 2.4 33 20.6 68 42.5 53 33.1
Islam sepatutnya boleh
membantu
menguatkan iman saya
14. Kaunseling lslam dapat 1 0.6 5 3.1 31 19.4 61 38.1 62 38.8
menyedarkan bahawa
saya hanyalah hamba
Allah SWT

STS=Sangat Tidak Setuju, TP=Tidak Setuju, TP=Tidak Pasti, S=Setuju, SS=Sangat Setuju
K=Kekerapan, P=Purata

Secara keseluruhannya, pendekatan kaunseling Islam dapat membuka minda dan memberi
jalan untuk mendapatkan ketenangan dan kembali ke pada Allah SWT. Oleh yang demikian,
penyelidik mendapati amalan pendekatan kaunseling Islam telah digunakan oleh kaunselor walaupun
tidak sepenuhnya dapat membimbing serta menyelesaikan masalah kemurungan yang dialami oleh
responden.

CADANGAN KAJIAN

Menurut dapatan hasil kajian dan daripada implikasi yang diperoleh daripadanya maka cadangan-
cadangan untuk meningkatkan lagi tahap keperluan pendekatan kaunseling Islam bagi menjayakan
sesi kaunseling di Politeknik Nilai Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

a. Masalah kekurangan pegawai psikologi/kaunselor mengendalikan sesi kaunseling atau


mengadakan pelbagai program, aktiviti atau bengkel perlu diatasi segera. Oleh yang demikian
sewajarnya pihak pengurusan memandang serius tentang perkara ini. Kaunselor perlulah
diberikan peluang menghadiri kursus-kursus, program atau seminar yang dianjurkan oleh
pihak PERKAMA khususnya berkaitan pendekatan kaunseling Islam.
b. Bagi mengatasi masalah pelajar kemurungan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan adalah
dicadangkan menghidupkan aktiviti agama dengan konsisten dan melibatkan semua
pensyarah dan pihak pengurusan. Dengan memberikan pelatihan menguruskan masalah

67
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

kesihatan metal dan kemurungan kepada para pensyarah supaya perkara ini dapat ditangani
dengan segera.
c. Dalam kajian ini seharusnya pelajar yang mengalami kemurungan dapat mengatur kehidupan
mereka dengan mengikut syariat supaya masalah yang lain dapat diselesaikan. Jika tuntutan
kerohanian dipenuhi maka aspek yang lain akan menjadi mudah. Oleh yang demikian Jabatan
Pendidikan Politeknik, KPM perlu meninjau semula kepentingan kurikulum Pendidikan Islam
perlu dimasukkan semula sebagai mata pelajaran wajib politeknik Malaysia. Ini bertujuan
supaya kerohanian pelajar dapat dipantau dan diberikan bimbingan sewajarnya.
d. Jangkaan dan harapan terhadap keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam membantu
pelajar kemurungan menunjukkan keputusan yang positif. Oleh itu pendekatan kaunseling
Islam perlulah diguna pakai oleh kaunselor bagi menangani masalah kemurungan atau isu-isu
yang lain. Oleh yang demikian kaunseling Islam dapat membantu pelajar kemurungan
berubah menjadi seorang yang lebih tenang dan dapat menerima hakikat takdir serta dapat
mendekatkan diri dengan Allah SWT dan perubahan-perubahan lain ke arah kebaikan.

KESIMPULAN

Kajian ini secara keseluruhannya meninjau jangkaan dan harapan terhadap keperluan pendekatan
kaunseling Islam dalam menangani pelajar kemurungan. Hasil kajian menunjukkan tahap
kemurungan pelajar yang dikaji berada pada tahap ringan dengan pencapaian pelajar semester dua
lebih ramai mengalami kemurungan Faktor-faktor yang menyebabkan kemurungan pelajar adalah
pada perkara yang berkaitan masalah melibatkan fizikal dan emosi yang tidak kritikal. Oleh itu
partisipasi dan kerjasama serta meningkatkan jaringan kolaborasi dengan semua pihak antara
pengurusan Politeknik Nilai Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Politeknik, pihak polis (PDRM)
dan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia perlu dipergiatkan dan diteruskan. Selain itu, keperluan
pendekatan kaunseling Islam perlu disebar luaskan dalam semua kes yang melibatkan pelajar Muslim
dan kakitangan Muslim.
Cadangan-cadangan ini bukan sahaja menumpukan penekanan dari aspek sesi kaunseling
malah kepada aspek perkhidmatan kerjaya seperti perbengkelan, program lawatan sambil belajar,
gotong-royong, seminar, khemah ibadah dan sebagainya yang mana ada pertaliannya dengan nilai-
nilai Islam.

RUJUKAN

Adawiyah Ismail. (2007). Kaunseling Islam: Kearah Pembentukan Keluarga Dinamik. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd.
Amaludin bin Ab. Rahman. (2005). Keperluan Perlaksanaan Kaunseling Islam Dalam Menangani
Maslah Sosial Di Kalangan Remaja : Satu kajian kes Di Pusat Pemulihan Akhlak Di Malaysia.
Tesis PhD. Universiti Kebangsaaan Malaysia.
Aziz Salleh. (1993). Kauseling Islam Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn.
Bhd.
Beck Depression Inventory II. http://www.real-depression-help.com/beck-depression-inventory.
html [12 Ogos 2015]
Girgenti, A. A., Mills, M. J., & Brooks, P. R. (2009). Sleep patterns and symptoms of depression in
college students. College Student Journal. 43(9): S464.

68
Vol. 2, No.3 (2019) E-ISSN: 2637-0271

Ivey, Allen E. & Ivey, Mary Bradford. (2003). Intentional Interviewing and Counselling. Edisi ke-5
United States: Thomson-Brooks/Cole
Kamal Abdul Manaf. (1995). Kaunseling Islam “Perbandingan Antara Amalan dan Teori Kaunseling
Barat”. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.
Lembaga Kaunselor Malaysia. (1998). Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional
Mahnessa A. Kadir. (2016). Peranan Solat dalam Menangani Kemurungan Pelajar. Jurnal Pendidikan
Islam 19 (Jun-Dis 2016): 52-58
Othman Noor. (1998). Kemurungan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Kertas projek. Universiti
Utara Malaysia.
Rajiee Hadi. (1981). Kepentingan moral dalam pendidikan. Berita Minggu 15 Julai.
Salasiah Hanin Hamjah. (2011). Kaedah Mengatasi Kebimbang dalam Kaunseling: Analisis dari
Perspektif al-Ghazal. Jurnal Hadhari, Vol 3. No. 1. H:41-55.
Salhah Abdullah. (2012). Harga diri kecelaruan kognitif, kemurungan, nilai mangsa rogol dan strategi
daya tindak remaja mangsa rogol. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yatimah Sarmani. (2005). Pendekatan Kaunseling Islam: Satu Analisis Kualitatif Model
Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali. Tesis Doktor Falsafah tidak
diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Zainab Ismail. (2001). Proses kaunseling Islam di kalangan pasangan yang bermasalah: satu kajian
kes di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tesis Doktor Falsafah,
Universiti Sains Malaysia

69

You might also like