Rumah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Langkah-langkah Membuat Refleksi

Refleksi adalah proses aktif mengingat kembali, menganalisis dan mencari penyelesaian
kepada masalah. Menurut Schon (1983), ini dibuat melalui refleksi dengan cara-cara yang
berikut:
Refleksi Semasa Pengajaran - Merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa yang
dilakukan oleh guru-guru ketika mereka mengajar. Guru-guru melaksanakan pelan tindakan
pengajaran berasaskan teori-teori yang pernah dipelajari.
Refleksi Selepas Pengajaran - Refleksi dilakukan selepas sesuatu pengajaran dilaksanakan
dan ia membolehkan guru-guru memahami apa yang telah dilakukan dan reaksi murid-murid
terhadapnya. Ini menjana beberapa persoalan dan idea-idea mengenai aktiviti-aktiviti yang
dijalankan ketika guru-guru mengajar.
Refleksi Tindakan Susulan - Refleksi ini diamalkan selepas pengajaran apabila guru-guru
menilai dan membuat kesimpulan mengenai implikasi untuk tindakan selanjutnya seperti
membentuk satu pelan tindakan baru untuk pengajaran. Ciri-ciri tersebut wujud apabila
guru-guru menjadikan refleksi sebagai suatu aspek amalan praktikal pengajaran.
Ia memanfaatkan guru-guru dalam pelbagai cara.

Kaedah-kaedah Refleksi

Terdapat beberapa model untuk menjalankan refleksi. Contohnya, model tiga langkah, iaitu
RANCANG, BUAT dan NILAI seperti yang dicadangkan oleh Greenway (1988) boleh
digunakan untuk menjalankan refleksi dalam sistem sekolah.
Dalam satu lagi model oleh Johnson (1998), proses refleksi boleh dijalankan dalam enam
tahap seperti berikut:
1. Tahap Pemahaman - Guru-guru memahami konsep pedagogi atau teori yang akan
digunakan dalam bilik darjah. Contohnya, guru perlu memahami teknik-teknik dan
kaedah-kaedah kumpulan koperatif sebagai satu strategi pengajaran.
2. Tahap Transformasi - Dalam tahap transformasi, guru akan melaksanakan pengajaran
dengan sesuatu konsep atau prinsip di dalam kelas. Contohnya, guru menyediakan
rancangan pelajaran harian dengan menjelaskan langkah-langkah kaedah koperatif secara
terperinci.
3. Tahap Pelaksanaan - Dalam tahap ini, guru akan melaksanakan pengajaran dengan
melaksanakan segala langkah-langkah dan prosedur yang disarankan dalam kaedah
koperatif. Guru akan membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang
kecil untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
4. Tahap Penilaian - Guru menilai pelaksanaan kaedah koperatif langkah demi langkah
dengan mengingati kembali pelajaran yang disampaikan. Beliau juga akan membuat
catatan dalam buku jurnal mengenai prosedur-prosedur yang diambilnya dalam bilik
darjah semasa melaksanakan kaedah koperatif dan menilai pencapaian setiap langkah
pelaksanaan dalam kaedah pengajaran ini.

1
5. Tahap Refleksi - Guru mempersoalkan diri tentang pengajaran yang dilaksanakan dan
merujuk kepada catatan-catatan di dalam buku jurnal serta mengimbas kembali mengenai
respons dan emosi para murid semasa beliau melaksanakan pengajarannya dengan
menggunakan kaedah koperatif.
6. Tahap Pemahaman Baru - Dalam tahap ini, guru mendapat pengertian baru daripada
pengalaman pengajaran dengan menggunakan kaedah koperatif. Beliau akan
memperbaiki rancangan pelajaran harian yang menerapkan kaedah koperatif untuk
mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah ini.

Penulisan refleksi yang tepat mestilah jelas boleh diukur dan menjurus pada objektif PdP.
Contoh Refleksi yang baik:
(contoh mata pelajaran Bahasa Melayu)

Tajuk:
Petikan Rencana Faedah Kitar Semula

Objektif:
Pada akhir pelajaran diharap pelajar dapat
i) membaca kuat petikan rencana dengan intonasi yang betul
ii) menyenaraikan sekurang-kurangnya lima isi penting tentang faedah kitar semula

Contoh Refleksi 1

- Semua pelajar dapat menyenaraikan di dalam buku latihan lima isi penting tentang faedah
kitar semula (atau)
- 30/30 orang pelajar dapat menyenaraikan lima isi penting yang terdapat dalam petikan
rencana.

Contoh Refleksi 2
- 25/30 orang pelajar dapat menulis ringkasan lengkap. Lima orang pelajar perlu bimbingan
dalam menyusun isi dalam petikan (melalui refleksi ini, lima orang pelajar yang telah
dikenal pasti itu akan diberikan lebih perhatian dalam latihan mengenal pasti isi dalam
petikan untuk PdP yang akan datang)

You might also like