Skrip Anti Buli

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SKRIP TAKLIMAT PELANCARAN ANTI BULI

Bil. Peristiwa Skrip


1 Kata aluan Sirih berlipat sirih pinang
Pengacara Majlis Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada


Yang Berusaha Encik Mohd Rais b Abdullah, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir

Yang Dihormati ,
Pn Nor Haezlin bt Pawanteh, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn Noriani bt Mat Zin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Megat Ismail b Megat Zakaria , Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dikasihi,
guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan
keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Pelancaran Ops Buli Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir 2023 pada pagi ini.

2 Ucapan Penyelaras Hadirin sekalian,


Pihak majlis menjemput Puan Haslinda binti Hashim, Penyelaras Program Ops Buli 2023 untuk menyampaikan ucapan.
DIpersilakan.

UCAPAN

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang dirancang sepanjang program ini terlaksana dengan cemerlang.

3 Ucapan 1 Dini hari mengail ikan,


GB Dapat seekor ikan haruan,
Tuan guru besar kami persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha Encik Mohd Rais bin Abdullah, guru besar Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Pelancaran Ops Buli 2023.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN GB

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Mohd Rais bin Abdullah atas kesudian
menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis pada pagi ini.

4 Gimik Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha  Encik Mohd Rais bin Abdullah untuk melancarkan gimik Ops
Buli peringkat sekolah 2023.

Dipersilakan.
Terima kasih tuan guru besar atas kesudian melancarkan gimik sebentar tadi.

5 Ikrar Hadirin sekalian,


Pihak majlis menjemput ___________________________________________________ untuk mengetuai bacaan Ikrar
Hnetikan Buli.

Dipersilakan.

Bacaan Ikrar

Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan ikrar tadi.

6 Persembahan Hadirin sekalian,


Majlis akan diserikan dengan persembahan kior lagu Anti Buli daripada murid-murid tahun 5 Metana. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN

Tahniah dan terima kasih atas nyanyian yang penuh bersemangat tadi.
8 Penutup Hadirin sekalian, dengan ini berakhirlah Majlis Pelancaran Ops Buli peringkat sekolah 2023. Terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat.

Murid-murid semua,
Say NO TO BULLIES
Sekian wabilAllah…

Terima kasih
T A  M A T

You might also like