Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

§¾º¢Â Ũ¸ Àñ¼¡÷ Á째¡ò¾¡ ¦ºÃ¡Š ¾Á¢úôÀû ளி

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bandar Mahkota Cheras


Lot 39070, Persiaran Mahkota Cheras 1, 43200 Cheras, Selangor D.E
Kod Sekolah: BBD 4065 email: bbd4065@moe.edu.my

Ruj. Kami : SJKTBMC 700-4/3/3(1)


Tarikh : 20 Jun 2023

Kepada :
Ibu bapa/ Penjaga

Tuan/ Puan
KEJOHANAN AKUATIK MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS) TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan SJKT Bandar Mahkota Cheras akan menghantar pelajar


mewakili sekolah dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) seperti
ketetapan berikut.

Hari / Tarikh : 12 – 14 Julai 2023 (Rabu – Jumaat)


Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan Selangor
Pakaian : Pakaian Renang

3. Anak bawah jagaan Tuan/Puan telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Sijil
peringkat negeri akan diberikan kepada pelajar yang terlibat dan laporan akan dimuatnaik
dalam pendaftaran PAJSK bagi tahun 2023. Kerjasama tuan/puan bagi menjayakan program
ini didahului dengan ucapan terima kasih.

4. Sekiranya pihak tuan bersetuju untuk menyertai program tersebut, sila kembalikan
surat kebenaran yang dilampirkan berserta dengan salinan Kad Mykid atau sijil kelahiran.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Guru Penyelaras, Cik.P.Shalini (011- 266 32943).
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“MALAYSIA MADANI”

Saya yang menjalankan amanah,

(PUAN K. TAMIL CHOLVY)


Guru Besar
SJKT Bandar Mahkota Cheras
§¾º¢Â Ũ¸ Àñ¼¡÷ Á째¡ò¾¡ ¦ºÃ¡Š ¾Á¢úôÀû ளி
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bandar Mahkota Cheras
Lot 39070, Persiaran Mahkota Cheras 1, 43200 Cheras, Selangor D.E
Kod Sekolah: BBD 4065 email: bbd4065@moe.edu.my

Ruj. Kami : SJKTBMC 700-4/3/3(1)


Tarikh : 20 Jun 2023

KEBENARAN MENYERTAI KEJOHANAN AKUATIK MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR


(MSSS) TAHUN 2023

Saya _______________________________________________*ibu bapa/penjaga kepada


_________________________________________________________________________
Tahun _______ TIDAK MEMBENARKAN / MEMBENARKAN anak / jagaan saya menyertai
KEJOHANAN AKUATIK MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS) TAHUN 2023

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kejohanan tersebut diadakan.
TARIKH : 12- 14 Julai 2023 (Rabu - Jumaat )
TEMPAT : Pusat Akuatik Darul Ehsan Selangor

3. Saya bersetuju untuk dimaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa
perubahan kepada kesihatan atau keadaan fizikal anak / jagaan saya sebelum tarikh kegiatan
berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak/jagaan saya faham, bahawa setiap peraturan
dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru penyelaras hendaklah dipatuhi bagi
memastikan keselamatannya.
4. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan apa-apa
pertolongan cemas ke atas anak saya jika didapati perlu. Saya tidak akan mengambil sebarang
tuntutan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini setelah langkah-langkah keselamatan diambil
oleh pihak sekolah.

Sekian , terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………
( )

Butiran Ibu/Bapa/Penjaga

Nama : ___________________________________________________
Alamat : ___________________________________________________
:____________________________________________________
No. Tel : (R)______________________ (P)________________________

You might also like