Forum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

FATHULLAH : Sudah pasti saudara.

Saya berasa sungguh bersemangat pada pagi


ini.

FATHULLAH : Baiklah, terima kasih saudara moderator.


Celik Kewangan atau Celik Agama, kedua-duanya mempunyai dalil daripada Al-
Quran dan hadis. Kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri berdasarkan
saranan yang dianjurkan Allah SWT dan kekasihNya, Muhammad SAW.
Berkaitan dalil berkenaan kepentingan celik agama ini, berkata Abu Hurairah RA
bahawa, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila berkumpul suatu
kumpulan di rumah Allah, membaca kitab Allah dan mempelajarinya sesama
mereka, akan turun kepada mereka sakinah, yakni ketenangan. Diliputi ke atas
mereka rahmat, dinaungi oleh malaikat, serta Allah akan menyebut mereka
yang menuntut ilmu agama ini kepada malaikat-Nya".
Jadi, jelaslah bahawa ilmu agama merupakan tuntutan terhadap setiap insan.
Kerana ilmu agama merupakan neraca kehidupan yang dapat membantu kita
dalam menentukan sesuatu perkara itu baik atau bukan.
Baiklah, kita beranjak pula kepada dalil berkenaan kepentingan celik kewangan.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Mereka yang diredai Allah ialah mereka
yang apabila membelanjakan hartanya, mereka tidak melampaui batas dan
mereka tidak kedekut. Sebaliknya, perbelanjaan mereka sederhana di antara
kedua-dua cara itu". (Surah Al-Furqan: ayat 67).
Jadi, daripada ayat ini, Allah SWT telah pun mengajari kita cara menguruskan
kewangan kita. Apakah caranya?
Pertama, tidak boros.
Kedua, tidak bakhil.
Jadi, apa yang boleh kita buat?
Mengambil sifat pertengahan, iaitu berhemah. Yakni tidak cenderung kepada
kekikiran dan tidak pula kepada pemborosan, juga pembaziran.
Sekian sahaja daripada saya, saya kembalikan majlis kepada saudara moderator
FATHULLAH : Baiklah, terima kasih saudara moderator. Sebagai umat Islam, kita
perlulah sentiasa mendisiplinkan diri untuk menjadi orang yang bijak dalam hal
ehwal kewangan dan agama, agar umat Islam tidak terus ditindas disebabkan
oleh kurangnya ilmu-ilmu tersebut. Jadi, perkara yang perlu kita disiplinkan dari
segi kewangan adalah mempraktikkan teori 50/30/20. Apakah itu?
50% daripada gaji bulanan kita digunakan untuk bayaran atau barangan
keperluan. 30% pula digunakan untuk barangan kehendak. Manakala, 20% lagi
digunakan untuk pelaburan atau simpanan.
Maka, cara untuk kekal berdisiplin dengan teori tersebut adalah berpegang
dengan firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan kalaulah kebenaran itu
tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya binasalah langit dan bumi
dengan segala apa yang ada".
Ayat ini menegaskan bahawa, rosaklah diri dikala kita mengikuti kehendak
peribadi. Jadi, untuk kekal berdisiplin dalam ilmu kewangan 50/30/20 tadi, kita
juga perlu untuk berusaha melawan hawa nafsu yang sentiasa menginginkan
perkara tidak perlu.
Demikian sahaja daripada saya, saya kembalikan kepada saudara moderator.

FATHULLAH: Baiklah, saudara moderator. Sebagai seorang pelajar, kita boleh


sahaja menggunakan teori tersebut. Namun, kita perlu membuang 50% tadi
yang digunakan untuk membayar barangan keperluan. Kerana, kita tidak perlu
membayar apa-apa barangan keperluan disebabkan kita ditanggungi oleh
kedua ibu bapa kita. Maka, kita hanya perlu menggunakan 60% daripada duit
perbelanjaan kita untuk membeli barangan kehendak. Manakala, 40% lagi
dijadikan sebagai wang simpanan kita.
FATHULLAH: Mohon mencelah saudara Adam.

FATHULLAH: Sebentar tadi saudara ada menyebut tentang kesan mempelajari


kemahiran kewangan sejak muda. Saya sebenarnya amat setuju dengan
pernyataan tersebut, khususnya pada masa kini, ibu bapa bersikap acuh tidak
acuh terhadap kewangan anak-anak. Oleh itu, kita perlu mengamalkan
peribahasa 'melontar buluh biarlah daripada rebungnya' supaya masa depan
mereka tidak terjerat dengan hutang, khususnya dalam sektor pendidikan.
Sekian sahaja celahan daripada saya. Kembali kepada Saudara Adam bagi
menyambung ucapan beliau.

You might also like