Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Cabaran Pendidikan masa kini

Tugasan forum gbm

Muhammad Saifuddin Bin Embok Taha (Moderator) – Perdana Menteri Malaysia

Muhammad Izzat Bin Zambri (Panel 1) – Pensyarah jabatan pengajian Melayu IPGKIK

Muhammad Shahrul Nizam bin Zulkefli (Panel 2) – Pegawai PPD Segamat

Akmal Hayat bin Abdul Razak (Panel terkacak) – Guru Cemerlang SK Indera Mahkota, Kuantan

Saif Bismillahhirahmannirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatiwassalam,


ala asyrafil anbiya’ wal mursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam
satu Malaysia saya ucapkan kepada Yang Dihormati Puan Nor Alizah Binti
Alias dan seluruh warga J2.9 yang dihormati dan dikasihi sekalian. Tidak
dilupakan juga kepada ahli-ahli panel undangan kita yang bijaksana, saksama
dan sudi menjadi panel jemputan kita pada malam yang indah. Sidang hadirin
sekalian, untuk maklumat tambahan, topik forum kita kali ini ialah berkenaan
Pembelajaran Digital.

Baiklah, bak kata orang dahulu,


Tak kenal maka tak cinta,
Bila dah kenal mesra-mesrakan

Eloklah saya memulakan perbincangan pada hari ini dengan sesi taaruf
bersama-sama ahli-ahli panel jemputan kita kepada anda semua. Saya
Muhammad Saifuddin bin Embok Taha, berasal dari Benut, Johor. Bersama-
sama saya ialah 3 orang ahli panel yang dijemput khas dan terdiri daripada
pensyarah IPG, Pegawai Pendidikan Daerah dan juga Guru cemerlang dari
sekolah rendah.
Ahli panel kita yang pertama ialah Dr. Muhammad Izzat Bin Zambri. Beliau
merupakan seorang pensyarah dari IPG Kampus Ilmu Khas. Beliau juga
merupakan Ketua Jabatan Pengajian Melayu di IPG tersebut. Apa khabar Dr?
Izzat Khabar baik saya sihat sejahtera, bagaimana pula dengan tuan moderator,
Wah segak sungguh tuan moderator pada hari ini.
Saif Alhamdulillah saya juga sihat Walafiat Seterusnya, ahli panel kita yang kedua
Bak kata orang walaupun hitam dipandang manis dan belum berpunya tetapi
ramai peminatnya Dr. Muhammad Shahrul Nizam bin Zulkefli. Saya
difahamkan bahawa beliau merupakan salah seorang ahli Pegawai Pendidikan
Daerah Segamat, Johor. Beliau juga dikatakan mendapat gelaran Dr pada usia
yang begitu muda. Benar, Dr?
Shahrul Benar apa yang diperkatakan oleh tuan moderator, Saya menerima
penginjazahan Dr Falsafah seawal umur 28 Tahun. Bukan mudah Menyiapkan
Kajian Teasis pada Peringkat Phd namun dengan berkat kesungguhan dan
keazaman yang tinggi Alhamdulillah Saya berjaya mendapatkan gelaran Dr.
saif Wah sungguh mengispirasikan . Baiklah, panel Yang terakhir, tidak asing lagi
kewujudannya dalam kalangan kita, Orang kata wajahnya umpama “Kpop Idol”
Jung Kook. Nama beliau ialah Akmal Hayat bin Abdul Razak yang merupakan
Guru Cemerlang Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. Apa khabar cikgu?
Hayat Saya sihat dan diharapkan tuan moderator juga berada dalam keadaan yang
baik. Saya tidak sabar untuk melontarkan pendapat saya berkenaan topik
forum kita iaitu Pembelajaran Digital.
Saif Tanpa membuang masa lagi, marilah bersama-sama kita mulakan acara forum
kita pada hari ini dengan soalan pertama saya kepada ahli panel pertama kita,
Dr Muhammad Izzat. Soalan saya berbunyi bolehkah Dr jelaskan berkenaan
definisi pembelajaran digital.
Izzat Terima kasih saudara moderator kerana memilih saya terlebih dahulu. Hadirin
sekalian, benarlah kata peribahasa alim bagai katak tepi air tidak berguna
sekiranya ilmu tidak dikongsi bersama. Pembelajaran digital ialah…. Itu sahaja
daripada saya saudara.
Saif Terima kasih saudara Saifuddin. Wah, sungguh hebat sekali pandangan
saudara walaupun baru pembuka kata.
Soalan kedua yang ingin saya ajukan kepada saudara panel kedua kita.
Sejauh manakah, pemahaman saudara berkaitan tajuk pada hari ini?
Shahrul Terima kasih saudara moderator kerana telah mengajukan soalan tersebut
kepada saya. Seperti yang kita tahu, bidang pendidikan telah wujud di dunia
sejak beribu tahun dahulu dan mengalami pelbagai cabaran dalam setiap
tahun dan zaman. Cabaran sistem pendidikan masa kini lebih cenderung
kepada sistem sosial dan kepentingan profesionalisme dalam kalangan guru
untuk membentuk satu sistem pendidikan yang efisien.
Saif Terima kasih saudara panel kedua kita, saudara Aiman.

Seterusnya, kita beralih arah semula kepada tajuk perbincangan utama kita
pada hari ini. Di hujung sana, dari tadi sudah bermain mata dengan penonton
kita semua, pasti sudah mempunyai idea. Soalan saya kepada saudara
Naqiuddin, apakah cabaran sistem pendidikan masa kini yang saudara dapat
jelaskan? Dipersilakan.
Hayat Terima kasih saudara moderator atas soalan tersebut. Baiklah hadirin sekalian,
sistem pendidikan ini mempunyai banyak cabarannya. Antara cabaran yang
saya lihat dan nampak pada masa kini ialah kebanyakan pelajar terlibat di
dalam gejala sosial. Isu gejala sosial menjadi buah mulut warga Negara kita
sekarang iaitu Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu-isu sosial
remaja yang rata-rata terdiri daripada mereka yang menghuni institusi
pendidikan terutamanya sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar
hari, antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan
pelajar sekolah, isu ponteng sekolah sudah tentu, merokok, dadah, minuman
keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor
pendidikan dan juga merupakan cabaran yang besar , yang seterusnya boleh
menghalang perkembangan pendidikan secara positif. Banyak masa, wang
dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari ke hari ia membiak bak
kudis  buta yang tiada berkesudahan pada dunia  pendidikan. Andai ia tidak
ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan
keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini. Sekian itu sahaja daripada,
saya serahkan Kembali kepada saudara moderator.
Saif Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Saya ucapkan terima kasih kepada saudara Naqiuddin kerana dapat


menjawab soalan sebentar tadi. Seterusnya, kita teruskan sesi diskusi kita
pada pagi yang berbahagia ini dengan mempersilakan saudara Daniel Aiman
untuk menjelaskan pendangannya berkaitan Cabaran Sistem Pendidikan Masa
Kini. Dipersilakan.
Izzat Terima kasih saudara moderator. Hadirin sekalian, kesan Pendidikan digital
dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Dari aspek positif, saya dapati bahawa
pembelajaran digital memudahkan pengulangkajian pembelajaran. Berbanding
dengan membelek buku, murid-murid dapat mengakses maklumat berkenaan
subjek yang ingin diulangkaji dengan hanya mencarinya di internet dengan
begitu pantas. Maklumlah pada zaman yang begitu moden seperti hari ini,
segala maklumat terdapat pada hujung jari sahaja. Proses ulangkaji juga
sangat mudah kerana murid boleh mengulangi seberapa banyak mungkin
kandungan bahan rujukan yang dibacanya. Maklumat-maklumat yang
diperoleh boleh disimpan dalam bentuk fail mahupun dokumen. Dengan itu,
murid-murid tidak perlu membelek-belek buku dan mengambil masa yang
begitu lama untuk mendapatkan maklumat.

Dalam pada itu, proses pembelajaran digital adalah lebih singkat berbanding
pembelajaran fizikal. Murid-murid boleh menghabiskan bahan pembelajaran
mengikut kesesuaian waktu dan tahap pemahaman masing-masing. Sebagai
contoh, dalam masa satu jam pembelajaran, sesetengah murid sudah
berupaya untuk memahami topik pembelajaran tersebut. Jadi, mereka dapat
mengulangkaji topik selanjutnya mahupun mengulangkaji subjek yang lain
pada waktu lapang. Manakala setengah lagi pelajar merupakan golongan yang
masih tidak berupaya menguasai suatu topik dalam masa sejam. Mereka boleh
mengambil masa untuk mengulangkaji topik tersebut sehingga betul-betul
faham. Sekiranya masih belum faham juga, murid tersebut bolehlah
menggunakan kaedah pembelajaran selain daripada membaca iaitu,
mengulangkaji daripada sumber audio, visual mahupun kinestetik melalui
internet. Sebagai contoh, melihat infografik dan video melalui youtube. Dengan
kaedah yang berbagai dan tanpa had ini, murid-murid tersebut pasti dapat
memahami topik yang diulangkaji.

Jika dilihat dari aspek negatif pula, kebanyakan guru berpendapat bahawa
pembelajaran digital menyebabkan mereka tidak dapat berinteraksi secara
terus, atau dalam bahasa inggeris, 'face to face' dengan pelajar. Isu ini kian
berlaku dalam kalangan pelajar dimana mereka menyertai platform
pembelajaran seperti Google Meet, Panggilan Video Whatsapp, Zoom dan
sebagainya, namun pelajar tersebut tidak menampilkan dirinya dengan
membuka kamera. Sekiranya terdapat masalah rangkaian internet atau
peranti, guru-guru akan berasa lebih lega selagimana pelajar tersebut berazam
untuk menyertai kelas digital dan membuka mikrofon untuk memberi maklum
balas. Walaubagaimanapun, pendidik akan merasa resah dan risau sekiranya
pelajar tersebut merayau ke tempat lain sedangkan kelas masih berlangsung.
Ini kerana para pelajar yang tidak menyertai kelas akan ketinggalan dalam
topik pembelajaran terutamanya bagi subjek yang sukar.

Lebih merisaukan lagi sekiranya berlaku penyalahgunaan teknologi maklumat


dan komunikasi. Seperti yang kita tahu, murid-murid yang menyertai kelas
digital pasti akan terdedah dengan penggunaan internet secara bebas. Jadi,
tidak mustahil mereka akan menyalahgunakan internet dan melakukan perkara
yang tidak sewajarnya. Sebagai contoh, bermain permainan video secara
berlebihan, menonton strim video sewaktu sesi pembelajaran, dan lain-lain
lagi. Permainan video dan video ini akan menyebabkan murid-murid terleka
dan tidak peka akan masa sehingga larut malam. Mereka tidak akan memiliki
tidur dan rehat yang mencukupi pada sebelah malam. Oleh sebab itu, mereka
akan tertidur sewaktu sesi pembelajaran pada waktu pagi.
Sekian daripada saya, terima kasih.
Saif Sungguh tak kuduga, bukan wajah sahaja seperti anak bangsawan bahkan
pemikiran seperti seorang cendekiawan. Terima kasih kepada saudara Aiman
kerana telah menjawab soalan saya sebentar tadi.

Sidang hadirin, apa kata kita uji pula panel pertama kita. Soalannya, apakah
kaitan cabaran sistem pendidikan pada masa kini dengan kemajuan teknologi
terutamanya ketika negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19 kini?
Shahrul Terima kasih saudara moderator. Hadirin sekalian, bak kata pepatah sekali air
bah, sekali pasir berubah. Begitu juga dengan sistem Pendidikan kita yang
mengalami cabaran yang sentiasa berubah-ubah seiring dengan kemajuan
teknologi kini. Hal demikian dapatlah diterangkan bahawa seiring dengan
kemajuan teknologi seperti media sosial, peranti eletronik dan seumpamanya
sewajarnya mampu menjadi medium Pendidikan pada masa kini untuk terus
berkembang maju. Tambahan pula, pada hari ini kita berdepan dengan senario
penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan kebanjiran penggunaan media
eletronik dalam institusi Pendidikan negara kita. Antara cabaran yang dapat
kita lihat adalah apabila terdapat segelintir pelajar yang kurang berkemampuan
untuk memiliki peranti eletronik dan sebagainya untuk mengikuti pembelajaran
secara atas talian. Sidang hadirin sekalian, percaya atau tidak, inilah realitinya,
ketika kita tertawa melihat youtube, masih ada yang membaca cebisan akhbar
yang dikutip ditepi jalan. Hal ini juga dilihat memberi impak negatif dan cabaran
kepada Pendidikan kini apabila kemampuan pelajar untuk mengikuti
perkembangan dan kemajuan Pendidikan semakin terbatas seiring dengan
kemajuan teknologi.
Saif Tumbuh subur daun saderi,
Cendawan liar tumbuh melata,
Penuh ilmu tidak terperi,
Saudara PSGI petah berkata.

Saudara Aiman, setiap cabaran pasti ada penyelesaiannya. Bolehkah saudara


kongsikan serba sedikit alternatif yang dapat dilakukan bagi mengatasi
cabaran sistem pendidikan masa kini?
Aiman Terima kasih saya ucapkan kepada saudara moderator. Berdasarkan
pendapat saya mengenai cabaran mewujudkan integrasi nasional yang
menjadi cabaran sistem pendidikan masa kini sebentar tadi, peranan guru
dalam menangani isu tersebut merupakan antara langkah alternatif yang
terbaik bagi mewujudkan satu konsep integrasi nasional dalam kalangan
pelajar. Seperti yang kita tahu, guru dianggap sebagai pembina negara bangsa
kerana hanya mereka yang dapat membangunkan modal insan dan
pembentukan jati diri murid yang kukuh. Menurut panduan KPM, peranan guru
sebagai Pembina negara bangsa boleh dilaksanakan menerusi kaedah
memperkasakan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar bagi
menyatukan setiap pelajar berlainan kaum berasaskan satu penggunaan
bahasa yang sama. Yang kedua, memantapkan perpaduan dan integrasi
nasional dalam kalangan pelajar dengan menerapkan mata pelajaran subjek
sivik dan melakukan aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Yang terakhir pula
adlaah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.
Saif Saudara Saifuddin, apakah pula pandangan saudara?
Saifuddin Terima kasih saudara Izzat, setiap permasalahan pasti ada jalan
penyelesaiannya. Begitu juga dengan cabaran sistem Pendidikan kini. Hadirin
sekalian, kita telah melihat pelbagai altenatif telah dijalankan oleh pihak
kerajaan bagi menyokong pelan pembangunan Pendidikan negara bagi
melahirkan generasi yang berkualiti. Antara langkah penyelesaian yang dapat
dilaksanakan ialah pihak kerajaan sewajarnya mengeluarkan peruntukkan bagi
memberi sumbangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk
memiliki atau mempunyai kemudahan menggunakan peranti eletronik.
Contohnya, pihak kerajaan memberikan sumbangan berbentuk telefon pintar
seperti “yes” kepada pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan. Selain itu,
pihak kerajaan juga turut boleh memperbanyakkan lagi pembukaan pusat
internet 1 Malaysia yang memudahkan pelajar-pelajar untuk menggunakan
peranti eletronik.
Izzat Seterusnya, saya menjemput saudara Naqiuddin untuk memberikan
pandangannya berkaitan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu dalam
sistem pendidikan masa kini.
Naqiuddin Terima kasih saudara moderator. Berkait dengan isu yang saya katakan
sebentar tadi iaitu gejala sosial. Terdapat langkah bagi mengatasi isu ini
dengan berkesan. Berkait dengan perkara ini, semua pihak memainkan
peranan penting dalam mengatasi isu ini. Hal ini boleh dilihat apabila guru
bertindak sebagai pembimbing di sekolah bagi membimbing pelajar-pelajar ini
ke arah kebaikan supaya terhindar daripada gejala sosial. Ibu bapa juga
terlibat dalam hal ini iaitu bertindak mengajar dan mendidik anak-anak mereka
dengan nilai-nilai murni supaya mereka lebih peka dan sedar akan yang mana
buruk dan yang mana baik. Selain itu, pihak sekolah berusaha membentuk
murid menjadi insan yang lebih berkualiti dengan meingkatkan penglibatan
kaunseling dalam hal ini supaya semua permasalahan pelajar dapat
diselesaikan dengan berkesan sebelum hal ini menjadi lebih teruk. Maka,
jelaslah bahawa kata saya iaitu semua pihak perlu memainkan peranan
penting untuk menangani isu ini. Itu sahaja daripada saya, saya serahkan
kembali kepada saudara moderator.
Izzat Setelah berakhirnya ucapan daripada saudara panel ketiga kita sebentar tadi,
tamatlah sudah sesi diskusi kita pada hari ini.
Sebelum itu, saya ingin mempersilakan saudara-saudara panel kita pada hari
ini untuk memberikan sedikit kesimpulan.
Kesimpulan Saifuddin: Pada pandangan saya, dayung sudah di tangan, sampan sudah di
para panel air, tidak perlulah beralasan untuk menimba ilmu pengetahuan. Jelas
menunjukkan setiap perkara mempunyai 2 sisi yang berbeza yang perlu
diketahui khususnya bagi sistem Pendidikan masa kini. Itu sahaja daripada
saya.

Aiman: Penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2020, Puan Nor Hainei
Abu bakar telah berpesan bahawa cikgu perlu bersabar mendidik anak-anak
murid sebagai ibu bapa kedua mereka di sekolah. Dengan ini, jelaslah bahawa
peranan guru amat penting bagi mengatasi isu cabaran dalam sistem
pendidikan masa kini,

You might also like