Soalan Kumpulan Soalan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

2.

Malaysia terkenal dengan keindahan, kemakmuran dan kemodenannya sebagai satu


pusat industri pelancongan dunia. Beri pandangan anda

Assalamualaikum semua rakan-rakan saya, izinkan saya memulakan perbincangan kita ini
dengan satu nyanyian oleh penyanyi no 1 negara iaitu dato siti nur haliza yang bertajuk cuti-
cuti Malaysia.

Malaysia yang kupuja

Di desa juga di kota

Mari nikmati semua

Cuti-cuti Malaysia

Pohon pohon melambai

Terkenang desa nan permai

Keluarga sahabat handai

Mari beramai-ramai

(1)

Cuti-cuti Malaysia

Cuti rakan sekerja

Murid-murid ikut semua

Cuti dalam negara

Haaaaa saya pasti rakan-rakan saya pernah mendengar lagu yang saya nyanyikan tadi kan. Itulah
lagu yang sangat popular dinyanyikan pula oleh penyanyi yang sangat popular dalam
mempromosikan cuti-cuti Malaysia kepada rakyat Malaysia mahupun pelancongan asing. Mengikut
Persatuan Pelancongan Sedunia (World Tourism Malaysia) pelancongan merupakan aktiviti
pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat, iaitu keluar daripada persekitaran asal yang
menetap tidak lebih daripada satu tahun untuk tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai manfaat yang akan diperolehi oleh negara yang menjadi tempat pelancongan
antaranya ialah dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran mata wang asing ke dalam
negara. Pelancong yang datang ke Malaysia perlu menukar mata wang asing kepada Ringgit Malaysia
untuk berbelanja. Pertukaran mata wang asing boleh dilakukan di bank-bank tempatan dan pusat
pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan
pengimportan barang dari luar negara. Pengaliran masuk mata wang asing dalam negara
menguntungkan entiti perniagaan malah ia dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan
asas untuk rakyat tempatan dari luar negara. Menurut Laporan Ekonomi sector pelancongan
menyumbang sebanyak RM86.14 Billion kepada ekonomi Malaysia dengan ketibaan 26.1 juta
pelancong pada tahun 2019 iaitu sebelum seluruh dunia dilanda covid -19.ini menunjukan
pengaliran mata wang asing yang banyak dalam negara. Bagaimana pula pandangan rakan-rakan
saya yang lain?

Sektor perlancongan juga berjaya mara kehadapan melalui tarikan penganjuran sukan bertaraf
dunia. Kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 dilitar Sepang dan Sukan Komanwel 1998
mempopularkan lagi Malaysia di kalangan peminat sukan dunia. Malaysia dapat dipromosikan
dengan kos yang minima melalui siaran langsung ke seluruh dunia. Ia secara langsung menggalakkan
lagi kedatangan pelancong asing ke negara kita

Sektor pelancongan juga dapat mengembangkan industri kraf tangan malah menjadi periuk nasi
kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Barangan kraftangan yang bermutu dibuat oleh rakyat
tempatan ditawarkan dengan harga yang berpatutan kepada pelancong-pelancong asing dan juga
rakyat tempatan. Barangan kraf tangan yang dimaksudkan adalah kain batik, songket, wau, seramik,
kayu, perak, kaca dan kulit yang direka bentuk jadikan sebagai cenderahati kepada pelancong.
Kebanyakan pelancong suka untuk membeli-belah cenderahati yang ditawarkan untuk dibawa
sebagai kenangan atau untuk diberi sebagai buah tangan kepada ahli keluarga dan rakan.

Sektor pelancongan juga mempromosikan budaya amalan Malaysia yang unik kepada pelancong luar
negara. Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum etnik antaranya Melayu, Cina, India,
Kadazan, Murut, Bajau, Iban dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai adat dan budaya yang berbeza-
beza, mampu menarik minat pelancong untuk turut menyertai persembahan kesenian tradisional
dan permainan. Persembahan kesenian tradisional adalah wayang kulit, dikir barat, kuda kepang
manakala permainan pula adalah sepak raga, congkak, wau dan lain-lain. Kenangan manis yang
diamati oleh pelancong mendorong mereka untuk datang semula.

Sektor pelancongan merupakan sumber ekonomi yang penting untuk negara. Kita haruslah
menggunakan kelebihan yang ada dengan spenuhnya untuk menjadikan pusat pelancongan yang
terkenal di dunia.

You might also like