Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

LDK 1

SYARAT WAJIB SOLAT

1. __________________________________________________

2.__________________________________________________

3.__________________________________________________

4.__________________________________________________

SYARAT SAH SOLAT

1.__________________________________________________

2.__________________________________________________

3.__________________________________________________

4.__________________________________________________

5.__________________________________________________

RUKUN SOLAT

1.___________________________________________________

2.___________________________________________________

3.___________________________________________________

4.___________________________________________________

5.___________________________________________________

6.___________________________________________________

7.___________________________________________________

8.___________________________________________________

9.___________________________________________________

10.__________________________________________________

11.__________________________________________________
12.__________________________________________________

13.__________________________________________________

LDK 2

KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM


NOTA :

___________________________________________________________________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
______________________MASBUQ DAN MUAFIQ
LDK 3

AZAN DAN IQAMAH

PENGERTIAN AZAN
Lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan
masuknya waktu solat fardu
PENGERTIAN IQOMAH
Lafaz yang disyariatkan oleh Islam yang diucapkan bagi menyeru
umat Islam
mendirikan solat
BACAAN DALAM SOLAT

 TAHIYAT AKHIR

 DOA QUNUT
LDK 4

SOLAT JENAZAH

PENGERTIAN SOLAT JENAZAH


Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup ke atas orang
Islam yang
telah meninggal dunia.

NIAT SOLAT JENAZAH

Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki ini empat takbir


fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Ta’ala

Sahaja aku solat ke atas mayat perempuan ini empat takbir


fardu kifayah
mengikut imam kerana Allah Ta’ala

Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini


empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana
Allah Ta’ala

Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak


perempuan ini empat takbir fardu kifayah mengikut
imam kerana Allah Ta’ala

CARA MELAKSANAKAN SOLAT JENAZAH


1. Berdiri bagi yang mampu
2. Berniat dalam hati ketika melafazkan takbiratulihram
3. Membaca al-Fatihah
4. Takbir yang kedua
5. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

6. Takbir yang ketiga


7. Berdoa untuk jenazah
8. Takbir yang keempat
9. Berdoa unutk jenazah

10. Memberi salam

LDK 5

AWAL REMAJA
*BALIGH

Definisi Baligh
Dalam istilah bahasa Melayu, Kamus Dewan mentakrifkan akil baligh sebagai
cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai
umur antara 9-12 tahun bagi perempuan dan 12-15 tahun bagi lelaki.[1]
Maksud baligh adalah apabila seseorang lelaki atau perempuan itu telah sampai
tempoh umur layak ditujukan kepadanya perintah melaksanakan syariat seperti
solat, puasa, haji dan lain-lain.
Para ahli feqah bersepakat menetapkan bahawa keluar air mani dalam keadaan
tidur, bermimpi, sedar ataupun usaha mengeluarkannya dengan sengaja seperti
beronani atau sebagainya, adalah demikian tanda seseorang itu menjadi baligh.

Al-Qalyubi berkata: “Keluar air mani daripada lelaki atau perempuan dalam


keadaan sedar ataupun tidur ketika sampai waktunya.”[2]
Ulama menyifatkan air mani yang keluar dikira sebagai baligh ialah air mani yang
mampu menghasilkan anak. Ibnu Qudamah berkata: “Maka Adapun keluar mani:
Apabila seseorang keluar mani, iaitu air putih yang memancut yang terjadi
daripadanya anak ketika berjima’, atau di dalam tidur, atau ketika sedar, maka
dia dikira baligh.”[3]
Selain itu juga, ulama menentukan minima masa atau umur keluarnya mani
seseorang itu secara matang yang dikira sebagai baligh  ialah 9 tahun. Imam al-
Nawawi berkata: “Keluar air mani ketika sampai waktunya iaitu sempurna
umurnya Sembilan tahun.”[4]
Baligh Dari Sudut Perspektif Sains
Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, akil baligh adalah
satu peringkat dalam hidup seseorang di mana tubuh badannya berubah dari
seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah
ciri-ciri seks ‘primer’ dan ‘sekunder’. Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan
yang dipanggil hormon.

Untuk lelaki :
 Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan
buah zakar (testis)
 Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai
dan janggut serta suara yang lebih garau
 Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil
baligh
Untuk perempuan :
 Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari

 Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara


serta punggung membesar
 Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda
akil baligh
(Lihat portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah tajuk Akil
Baligh. http://www.myhealth.gov.my/akil-baligh/)

 
Umur Baligh Menurut Empat Mazhab
Allah SWT telah menjadikan baligh itu sebagai salah satu tanda sempurnanya
akal. Para ulama berselisih pendapat dalam menentukan umur baligh seseorang:

Ulama bermazhab al-Syafie, Ahmad, Abu Yusuf daripada ulama bermazhab


Hanafi, dengan pandangan keduanya itu juga difatwakan di dalam mazhab
dan al-Awza’ie menyatakan bahawa umur baligh adalah sempurna 15 tahun
qamariyyah bagi lelaki dan wanita (sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
ulama bermazhab al-Syafie) berdasarkan khabar (riwayat) daripada Ibn Umar.
‫ت َعلَ ْي ِه‬
ُ ْ‫ُرض‬ ُ ‫ فَلَ ْم ي ُِج ْزنِي َولَ ْم يَ َرنِي بَلَ ْغ‬،ً‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَوْ َم ُأ ُح ٍد َوَأنَا ابْنُ َأرْ بَ َع َع ْش َرةَ َسنَة‬
ِ ‫ َوع‬،‫ت‬ َ ‫ت َعلَى النَّبِ ِّي‬
ُ ْ‫ُرض‬
ِ ‫ع‬
ُ‫ َو َرآنِي بَلَ ْغت‬،‫ فََأ َجا َزنِي‬،ً‫س َع ْش َرةَ َسنَة‬ ‫َأ‬
َ ‫َق َو نَا ابْنُ َخ ْم‬ ْ ْ
ِ ‫يَوْ َم ال َخند‬

Maksudnya: “Aku menyerahkan diriku kepada Nabi SAW pada peperangan Uhud
ketika aku berusia 14 tahun dan Nabi SAW tidak mengizinkanku kerana Baginda
SAW tidak menganggapku telah baligh. Aku juga menyerahkan diriku kepada
Nabi SAW pada peperangan Khandak ketika aku berusia 15 tahun dan Nabi SAW
mengizinkanku kerana Baginda SAW menganggapku telah baligh.[5]
Berkata Imam al-Syafie bahawa Nabi SAW telah menolak 17 orang daripada
kalangan sahabat yang mana usia mereka pada ketika itu adalah 14 tahun kerana
Baginda SAW menganggap mereka belum lagi baligh. Kemudian Baginda SAW
didatangi anak-anak yang berusia 15 tahun lalu Baginda SAW membenarkan
mereka. Antaranya Zaid bin Thabit, Rafi’ bin Khadij dan Ibn Umar.

ْ ‫ َوُأ ِخ َذ‬،‫ب َما لَهُ َو َما َعلَ ْي ِه‬


ُ‫ت ِم ْنه‬ َ ‫ ِإ َذا ا ْستَ ْك َمل ْال َموْ لُو ُد َخ ْم‬:‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَال‬
َ ِ‫س َع ْش َرةَ َسنَةً ُكت‬ َّ ِ‫س َأ َّن النَّب‬
َ ‫ي‬ ٍ َ‫ي ع َْن َأن‬
َ ‫َور ُِو‬
‫ْال ُحدُو ُد‬

Maksudnya: “Apabila sempurnanya umur anak itu 15 tahun maka akan ditulis apa
yang dilakukannya dan apa yang dikenakan ke atasnya serta akan dikenakan
hudud.”[6]
Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami dalam kitabnya Safinah al-
Naja menyatakan bahawa tanda-tanda baligh ada tiga[7] iaitu:
[8]
 Genap 15 tahun qamariah bagi lelaki dan perempuan.
 Bermimpi basah bagi lelaki dan perempuan selepas berumur 9
tahun qamariah.[9]
Datang haidh bagi perempuan selepas berumur 9 tahun qamariah.[10]

Ulama al-Malikiyyah mengatakan umur baligh adalah sempurnanya 18
tahun, dikatakan juga dengan persetubuhan atau dengan bermimpi (keluar mani)
berdasarkan sabda Nabi SAW:
‫صبِ ِّي َحتَّى يَحْ تَلِ َم‬ ٍ َ‫ُرفِ َع ْالقَلَ ُم ع َْن ثَال‬
َّ ‫ ع َِن ال‬:‫ث‬

Maksudnya: “Diangkat pena pada 3 perkara: Antaranya daripada budak sehingga


dia bermimpi.”[11]
Ataupun apabila datangnya haid (bagi wanita) berdasarkan sabda Nabi SAW:

ٍ ‫ض ِإالَّ ِب ِخ َم‬
‫ار‬ َ ُ ‫الَ َي ْقبَل هَّللا‬
ٍ ‫صالَةَ َحاِئ‬

Maksudnya: “Allah SWT tidak akan menerima solat orang yang telah
berhaid  melainkan dengan menutup kepala.”[12]
Atau dengan mengandung dan juga dengan tumbuhnya bulu ari-ari di bawah
perutnya.

Al-Hattab ada mendatangkan 5 pandangan di dalam mazhab, antaranya riwayat


yang mengatakan 18 tahun, 17 tahun dan sebahagian pensyarah kitab al-Risalah
menambah kepada 16 tahun, 19 tahun dan diriwayatkan oleh Ibn Wahab 15 tahun
menurut riwayat Ibn Umar.

Adapun Abu Hanifah menyatakan bahawa umur baligh seseorang budak lelaki


itu mengikut pada umur adalah 18 tahun dan budak perempuan pula adalah
17 tahun. Disebabkan itu Allah SWT berfirman:
ُ‫تَ ْق َربُوا َما َل ْاليَتِ ِيم ِإاَّل ِبالَّتِي ِه َي َأحْ َسنُ َحتَّ ٰى يَ ْبلُ َغ َأ ُش َّده‬ ‫َواَل‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan


dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia
baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).”[13]
Telah berkata Ibn Abbas RA, umur 18 tahun (dalam menentukan had baligh)
adalah amat sedikit ahli ilmu yang cenderung kepadanya. Akan tetapi, ia diterima
sebagai langkah berhati-hati. Ini adalah umur yang paling tua bagi had baligh
budak lelaki dan budak perempuan pula lebih cepat balighnya berbanding budak
lelaki maka kami kurangkan setahun (iaitu 17 tahun).[14]
 

Penutup
Kesimpulannya,  secara umumnya mazhab al-Syafie dan Ahmad melihat had
umur baligh seseorang itu adalah pada usia 15 tahun qamariyyah
berdasarkan dalil-dalil di atas. Adapun, mazhab al-Maliki dan al-Hanafi
melihat had umur baligh seseorang itu adalah pada usia 18 tahun.

MANDI WAJIB
Apa Itu Mandi Wajib?
Ringkasnya, mandi junub (juga dikenali sebagai mandi hadas besar) adalah perbuatan
membasahi seluruh anggota badan yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk
membersihkan dirinya daripada hadas besar menggunakan air mutlak. Cara mandi junub
atau tata cara mandi wajib yang sah perlu dipelajari agar mandian berniat mandi dapat
dilakukan dengan sempurna dan ibadah dapat diterima oleh Allah SWT.

Cara mandi wajib :

Syarat Wajib Mandi Junub Berikut adalah perkara yang mewajibkan seseorang untuk
mandi junub sebelum ingin melakukan ibadah:

1.Bersetubuh (berjimak) samada keluar air mani ataupun tidak


2.Keluar air mani (secara sengaja ataupun tidak)
3.Datang haid bagi perempuan
4.Wiladah (bersalin)
5.Nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin)
6.Mati selain daripada mati syahid

Maklumat Penting
1.Jika terdapat najis pada anggota badan maka wajiblah dibasuh najis itu terlebih dahulu
2.Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali
3.Kaedah mandi junub dengan mandi sunat adalah sama. Beza hanyalah pada niatnya sahaja
4.Sesudah menyelesaikan mandi hadas besar maka tidak lagi diwajibkan mengambil wuduk
apabila hendak mengerjakan solat dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara
membatalkan wuduk semasa mandi
5.Sekiranya mandi di sungai yang mengalir atau kolam yang airnya lebih dari dua kolah /
qullah (lebih kurang 270 liter), maka dibenarkan menyelam ke dalam air. Buat selaman
(sebanyak 3 kali)  sambil berniat dan meratakan air ke serata tubuh dengan menggosok
tangan ke seluruh badan serta celah yang boleh disampaikan air kepadanya.

Rukun Mandi Wajib


1. Niat Mandi Wajib Atau Mandi Junub

Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala

2. Meratakan Air Ke Seluruh Anggota Badan Cara atau kaedah mandi adalah
seluruh anggota badan hendaklah dibasuh secara menyeluruh termasuklah
bahagian-bahagian tersebut:

1.Rambut (jika terikat hendaklah diuraikan)


2.Semua bulu di seluruh angota badan
3.Bahagian luar kulit telinga
4.Kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir semasa
membuang air besar
5.Kemaluan perempuan yang zahir pada masa ia duduk membuang air kecil

Perkara Wajib dan Sunat


Perkara Wajib
1.Berniat untuk mandi wajib
2.Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit atau
rambut.
3.Air hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya

Perkara Sunat
1.Mengambil wudhuk
2.Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air
3.Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang
ada pada badan
4.Membasuh bahagian kanan dahulu kemudian kiri (Berdasarkan hadis
Aisyah R.A yang maksudnya, baginda menyiram kepala hendaklah dimulai di
bahagian kanan, kemudian bahagian kiri) 5.Menyelati rambut kepala dengan
air kemudian membasuh kepala tiga kali (dalam riwayat lain, Baginda
membasuh kemaluannya dan kotoran yang mengenainya, kemudian Baginda
berwuduk sepertimana biasa dilakukan untuk solat, kemudian Baginda
memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengan pangkal-pangkal
rambutnya
6.Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-
dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak 7.Menggosok tubuh dan
berturut-turut dalam membasuh anggota seperti basuh kedua-kedua
kakinya
8.Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk

Langkah-langkah Mandi Wajib (Cara Rasulullah SAW)


1.Berniat ketika air sampai ke tubuh
2.Membaca Bismillah
3.Membasuh tangan sebanyak tiga kali
4.Membasuh kemaluan dengan tangan kiri
5.Mengambil Wudhuk
 Wuduk boleh dilakukan seperti biasa ataupun boleh menangguhkan
mencuci kaki selepas selesai mandi
6.Membasuh kepala
 Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala
lalu siram dengan air sebanyak 3 kali
 Bagi wanita, ikatan rambut hendaklah dilepaskan ketika mandi untuk
meratakan air berdasarkan hadith sahih al-Bukhari: yang maksudnya
Aisyah R.A, di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji.
Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian: “Tinggalkanlah
umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah
rambutmu”
6.Memulakan dengan bahagian kanan tubuh badan
 Sewaktu menyiram kepala, perlulah dimulakan dengan bahagian
kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah
kepala
7.Meratakan air ke seluruh anggota badan
 Para wanita yang mandi kerana haid, sunat menggunakan sedikit
kasturi atau wangian untuk membasuh dan membersihkan kesan-
kesan darah haid serta bauan yang kurang menyenangkan. Ia
dapat dilakukan dengan meletakkan wangi-wangian itu ke atas
atas kapas dan dicalit ke dalam faraj (kemaluan)

Soalan Lazim
Berikut adalah beberapa soalan lazim yang sering ditanyakan berkaitan cara mandi wajib:
Soalan: Adakah sah mandi dalam keadaan telanjang?
Jawapan:  Hukum mandi telanjang adalah makruh. Maka sah mandi dalam keadaan tanpa
seurat benang namun hendaklah tidak di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain
Soalan: Adakah sah mandi sekiranya terdapat luka yang belum kering? Jawapan: Mandi
sewaktu ada anggota badan yang tidak boleh terkena air disebabkan mudarat hendaklah
dibalut terlebih dahulu anggota tersebut supaya tidak terkena air. Sewaktu mandi,
ratakan air ke seluruh badan kecucali bahagian berbalut (tidak boleh kena air). Selesai
mandi hendaklah bertayamum bagi menyempurnakan mandi tersebut
Soalan: Apakah hukum mandi selepas subuh ketika bulan puasa?
Jawapan:  Sah puasa dan tidak batal puasa kerana dalam keadaan junub mahupun mandi
wajib selepas subuh. Berdasarkan hadith daripada Saidatina Aisyah RA : Sesungguhnya
Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada  malamnya), lalu
Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa. — Hadis Muttafaqun ‘alaih
Soalan: Adakah sah mandi sekiranya mewarnakan rambut?
Jawapan:  Sekiranya bahan yang digunakan sebagai pewarna rambut sama seperti inai iaitu
boleh ditembusi air dan nipis maka sah mandi. Sekiranya tidak, boleh dipotong bahagian
rambut yang diwarnakan atau dilunturkan sehingga hilang zat yang menghalan air sampai,
lalu dilaksanakan semula mandi
Soalan: Apakah perlu berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi? Jawapan: Mengambil
wuduk semasa mandi adalah sunat. Jika tersentuh kemaluan semasa mandi, wuduk terbatal
tetapi mandi tersebut adalah sah Soalan: Perlukah mandi jika bermimpi tetapi tidak
keluar air mani? Jawapan: Bagi seseorang yang bermimpi melakukan perbuatan seperti
berjima’ dan seumpamanya, namun tidak keluar air mani maka dia tidak perlu untuk mandi

LDK 6

BERSUCI DAN TAYAMMUM


PENGERTIAN WUDUK
Wuduk ialah perbuatan meratakan air pada anggota tertentu tertentu
berserta dengan niat

You might also like