Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN JUNIOR

ANIMATION CHALLENGE

1.0 PENDAHULUAN

JUNIOR ANIMATION CHALLENGE adalah pertandingan yang


dianjurkan oleh Bahagian Sukan Kokurikulum dan
Keseniaan(BSKK),Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana


perkembangan dan kefahaman murid-murid terhadap ilmu
pengaturcaraan serta corak pemikiran kritis dan KBAT mereka.
Kemahiran lain yang boleh dikembangkan adalah penyelesaian
masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan,
komunikasi dan kemahiran digital. Ia juga selari dengan hasrat
kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke arah era
kemahiran digital dan IR 4.0. Coding atau pengekodan juga
merupakan asas kepada ilmu kejuruteraan dan robotik. Kelak,
muridmurid inilah yang akan mencorakkan kemajuan negara masa
hadapan.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

2.1 Tiga (3) penyertaan terbaik di peringkat negeri layak untuk


bertanding pada peringkat kebangsaan.
2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori::
2.2.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6)
2.2.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 3)

2.3 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru
pembimbing daripada sekolah yang sama. (Ibu bapa tidak
dibenarkan)
2.4 Bahan pertandingan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur negatif
serta menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan kaum manamana
pihak.
2.6 Peserta tidak boleh memaparkan sebarang identiti berkaitan
dengan sekolah.
2.7 Peserta perlu menghantar Borang Persetujuan dan Pelepasan di
dalam pautan yang diberikan.(Reset access : anyone with the link
can view)

2.8 Tarikh tutup penghantaran bahan ialah pada 23 JULAI 2023 (AHAD),
jam 11.59 malam.. Sebarang penukaran dan penambahbaikan
hasil kerja yang telah dihantar selepas tarikh tutup penyertaan,
akan dibatalkan.

3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

3.1 Peserta perlu membina satu video animasi dalam aplikasi Scratch
menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bertemakan
salah satu daripada enam (6) Sustainable Development Goals
(SDG) seperti berikut:

SDG 3 – Gold Health And Well-Being


SDG 4 – Quality Education
SDG 6 – Clean Water And Sanitation
SDG 7 – Affordable And Clean Energy
SDG 14 – Life Below Water
SDG 15 – Life on Land

3.2 Video animasi perlu berdurasi tidak kurang daripada dua (2)
minit dan tidak lebih daripada lima (5) minit
menggunakan aplikasi Scratch versi 3.0 sahaja.
Penyertaan akan ditolak sekiranya tidak menggunakan
aplikasi Scratch versi 3.0.

3.3 Video animasi yang dibina perlu mempunyai storyline, audio


dan kredit. Karya mestilah baharu. Peserta digalakkan
mengaplikasi pengaturcaraan menggunakan loop, if-else,
variable, complicity dan mengamalkan amalan terbaik
pengaturcaraan.

3.4 Peserta perlu menghantar storyboard yang ringkas dalam format


PDF.
3.4.1 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris dalam storyboard.
3.4.2 Peserta boleh memuat turun template storyboard yang
disediakan:
https://docs.google.com/presentation/d/1zwHTv-
DpVDCKLXKKNo0fXFyo8vp-ynfNnMjguvaYuIE/edit?usp=sharing

\Format storyboard yang perlu dihantar ialah format PDF.


Storyboard dalam bentuk handwriting juga diterima tetapi perlu
ditukar kepada format PDF.

3.4.3 Peserta perlu memastikan semua bahan yang dimuat naik boleh
diakses.(Reset access : anyone with the link can view)
3.5 Pautan penghantaran akan dimasukkan di dalam Google Sites STEM
Karnival.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua


peserta perlu;

4.1.1 menghantar pautan (link) source code dan pautan (link)


storyboard sahaja dalam Google form yang
disediakan oleh pengelola peringkat negeri.

5.0 PROSES PENILAIAN

5.1 Hasil kerja (source code & storyboard) yang dimuat naik di dalam
pautan yang diberi mestilah boleh dibuka untuk dinilai. (Reset access :
anyone with the link can view). Hasil kerja yang tidak dapat dibuka, akan
dibatalkan penyertaannya.

5.2 Proses penilaian peringkat kebangsaan akan dilaksanakan oleh tiga (3)
orang hakim bagi setiap kategori.

6.0 KRITERIA PENILAIAN

6.1 Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria yang berikut:

KOMPONEN KRITERIA MARKAH


REKABENTUK & Pemilihan karakter, storyline,
KREATIVITI kepelbagaian peringkat, pemilihan 30
audio dan suara latar, reka letak
props
Menghasilkan storyboard 25
STORYBOARD
berpandukan storyline.
Keupayaan peserta mengaplikasi baris
coding, penggunaan loop, if else, 25
PENGATURCARAAN
variable, complicity dan amalan terbaik
pengaturcaraan
TEMA Projek menepati tema. 10
DAYA TARIKAN Hasil video animasi menarik dan unik 10
JUMLAH 100

7.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI


Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan


Naib Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Kelima : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
8.0 SUMBER RUJUKAN
Maklumat lanjut berkaitan animasi video daripada perisian Scratch boleh
diperoleh di pautan yang berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=TJO-oI8dBTs

https://www.youtube.com/watch?v=CtYpQ2q2nq0
KOMPONEN MARKAH
BORANG PENILAIAN JUNIOR ANIMATION CHALLENGE
KRITERIA MARKAH
Bil PENUH
Pemilihan karakter 5

Pemilihan Latar Belakang 5

Storyline 5
REKABENTUK &
1. KREATIVITI Kepelbagaian peringkat 5

Pemilihan audio dan suara latar 5

Reka letak props 5

Menghasilkan storyboard yang


Kreatif (menekankan keaslian dan 7
keunikan karya)
Komunikatif (Storyboard yang
dipersepsikan sebagai sebuah cerita 6
tanpa dialog)
2. STORYBOARD Efisien dan Efektif (Storyboard
disusun bukan untuk menunjukkan
gambar yang cantik, tetapi disusun 6
untuk mudah difahami dan efektif
dalam menyampaikan idea cerita)
Estetis (menyajikan gambar dengan
rasa dan keindahan) 6
Keupayaan peserta mengaplikasi
block coding, penggunaan loop, if-else, 15
variable
3. PENGATURCARAAN
Kompleksiti 5

Amalan terbaik pengaturcaraan 5

4. TEMA Projek menepati dengan tema yang 10


diberi
Hasil video animasi menarik perhatian
5. DAYA TARIKAN 10
dan unik
JUMLAH MARKAH 100
BORANG BSKK 05
BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN
Saya (nama ibu/bapa/penjaga) ..................................................................................................... kepada
(nama anak) ................................................................................................................................
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak .................................................................. dari
sekolah ............................................................................................ Negeri ...........................................
untuk menyertai aktiviti Pertandingan : ...................................................................................................
Sempena Penganjuran Karnival Kemahiran Digital Negeri Johor 2023.

2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak penganjur.
Walaupun demikian, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-peraturan dan arahan
sepanjang program dijalankan.

3. Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk merakam imej dan/atau
suara dan menggunakan karya seni dan/atau karya bertulis anak/jagaan saya, pada rakaman video, pada
filem, pada gambar, dalam media digital dan dalam apa jua bentuk medium elektronik atau cetak dan
untuk mengedit atau merekod mengikut budi bicara mereka.

Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ......................................................


(Rumah) : ............................................... (Pejabat ) : ..............................................
Sekian, terima kasih.
Yang benar;

.................................................................
(Nama : ) Tarikh: ......................
(No. KP : .................................................. )

Pengesahan Pengetua / Guru Besar

.........................................................................
( Nama : )
Cop jawatan :

Cop Rasmi Sekolah


Tarikh :

You might also like