Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM BERKAITAN PENERIMAAN


KEMASUKAN MURID TANPA DOKUMEN ANAK
KEPADA SALAH SEORANG IBU ATAU BAPANYA
ADALAH WARGANEGARA MALAYSIA

Soalan : Adakah murid tanpa dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya
adalah warganegara Malaysia boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan (bagi pasangan yang berkahwin secara sah megikut undang-undang
Malaysia) ?
Jawapan : Murid ini boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

Soalan : Bagaimanakah proses permohonan murid tanpa dokumen anak kepada


salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia untuk bersekolah ?

Jawapan : Proses permohonan kemasukan kanak-kanak warganegara tanpa dokumen ke


sekolah kerajaan/bantuan kerajaan hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa/penjaga kanak-kanak
sendiri melalui sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah di negeri pemohon.

 Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang telah disediakan oleh


Kementerian Pendidikan Malaysia dan disertakan bersama-sama salinan kad pengenalan
ibu atau bapa/penjaga.
 Permohonan yang telah lengkap, hendaklah dihantar kepada Pegawai Pendidikan
Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah di negeri pemohon.
 Pejabat Pendidikan Daerah akan mengeluarkan surat penempatan ke sekolah dengan
serta merta kepada pemohon dan sesalinan kepada Sekolah dan Jabatan Pendidikan
Negeri.

Soalan : Apakah borang yang diperlukan bagi murid tanpa dokumen anak kepada
salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia bersekolah di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Borang yang diperlukan ialah Borang MWTD/SPI.1/2009 (Borang permohonan)


dan Borang MWTD/PKK ( Borang pengesahan Ketua Kampung bahawa ibu atau bapanya
adalah warganegara Malaysia).

Soalan : Di manakah borang MWTD ini boleh diperolehi ?

Jawapan : Borang MWTD ini boleh diperolehi dari sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) yang berhampiran.
Soalan : Apakah dokumen-dokumen lain yang diperlukan bersama borang
permohonan bagi murid tanpa dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya
adalah warganegara Malaysia bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan ?

Jawapan : Dokume-dokumen yang diperlukan bagi murid tanpa dokumen anak yang salah
seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia ialah;
 Kad pengenalan ibu atau bapa yang warganegara Malaysia; dan
 Mengemukakan surat pengesahan atau surat perakuan ( Borang MWTD/PKK ) daripada
sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Daerah,
Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Kaum atau Ketua Rumah Panjang tempat tinggal murid
tersebut.

Soalan : Bagaimana pula sekiranya kanak-kanak tanpa dokumen tersebut tidak


mempunyai ibu bapa untuk mendaftar masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan ?

Jawapan : Bagi kanak-kanak tanpa dokumen yang tidak mempunyai ibu bapa tetapi tinggal
dan dijaga oleh penjaga yang sah (nenek/datuk) – mereka tetap boleh bersekolah dengan
mengisi borang permohonan dan mengemukakan sesalinan kad pengenalan penjaga.

Soalan : Adakah kanak-kanak yang dijaga oleh Pusat Kebajikan atau Rumah
Kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh diterima
mendaftar masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Kanak-kanak yang dijaga oleh Pusat Kebajikan atau Rumah Kebajikan yang
berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh diterima bersekolah dengan syarat yang
mengemukakan borang permohonan bersama Surat Kuasa Penjagaan kanak-kanak ini
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat Perintah Mahkamah bagi hak penjagaan
dan sesalinan kad pengenalan pengurus/pengetua pusat sebagai penjaga yang sah.

Soalan : Bolehkah kanak-kanak tanpa dokumen iaitu anak kepada ibu bapa yang
bukan warganegara bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Tidak boleh, kerana kebenaran ini hanya kepada kanak-kanak tanpa dokumen
anak kepada salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia.

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan lengkap ?

Jawapan : Permohonan yang lengkap mempunyai perkara-perkara berikut:-

 Borang MWTD/SPI.1/2009 – borang permohonan.


 Borang MWTD/PKK – Borang pengesahan /perakuan dari Ketua Kampung Kampung
bahawa anak-anak tersebut adalah anak kepada Warganegara Malaysia.
 Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Ibu atau bapa/penjaga.
Soalan : Berapa lamakah tempoh yang diberikan kepada ibu bapa, eluarga atau
penjaga murid ini untuk menguruskan dokumen pengenalan diri murid tanpa dokumen
ini dengan Jabatan Pendaftaran Negara?

Jawapan : Ibu bapa, keluarga atau penjaga murid ini diberikan tempoh selama 2 tahun untuk
menguruskan dokumen pengenalan diri atau membuat permohonan status kewarganegaraan
murid ini dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

Soalan : Adakah ibu bapa, keluarga atau penjaga murid ini perlu mengemukakan
permohonan status kewarganegaraan murid ini kepada Jabatan Pendidkan Negeri untuk
pengekalan murid ini bersekolah ?

Jawapan : Ya perlu. Ibu bapa, keluarga atau penjaga murid ini perlu mengemukakan
permohonan status terkini kewarganegaraan murid ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri
setiap awal tahun (sewaktu memperbaharui bayaran fi ) untuk pengekalan murid ini bersekolah
sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara.

Soalan : Adakah murid ini boleh ditamatkan persekolahannya jika ibu bapa, kelaurga
atau penjaga gagal mengemukakan permohonan status terkini kewarganegaraan murid
ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri ?

Jawapan : Murid ini boleh dicadangkan untuk ditamatkan persekolahannya jika ibu bapa ,
keluarga atau penjaga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau status terkini
permohonan kewarganegaraan murid ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh 2
tahun tersebut.

Soalan : Adakah murid bukan warganegara boleh bersekolah di sekolah kerajaan


atau sekolah bantuan kerajaan berdasarkan peruntukan perundangan?

Jawapan : Berdasarkan peruntukan perundangan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sedia
ada, mensyaratkan bahawa setiap murid yang hendak masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan hendaklah berstatus warganegara. Walau bagaimanapun, terdapat
pengecualian kepada syarat tersebut di mana murid bukan warganegara boleh diterima masuk
ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan sekiranya memenuhi kategori-kategori yang
ditetapkan dalam akta tersebut.

Soalan : Apakah kategori murid bukan warganegara yang boleh bersekolah kerajaan
atau sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Kategori-kategori murid bukan warganegara itu ialah ;


 anak kakitangan Kedutaan Asing;
 anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam
perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan
permit kerja yang sah;
 anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia;
 atau murid yang dipilih oleh Kerajaan murid itu untuk melanjutkan pelajarannya di
Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negara murid itu.
Soalan : Apakah dokumen yang diperlukan sebelum murid bukan warganegara ini
diterima msuk ke sekolah ?

Jawapan : Dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan Jadual Pertama P.U.A
(275) sebelum murid ini diterima masuk ke sekolah ialah;
 sijil lahir murid atau kad pengenalan murid,
 pasport murid dan
 pasport ibu bapa
 pas penggajian ibu bapa,
 pas tanggungan,
 surat majikan di negara ini yang telah ditentu sahkan,
 mengemukakan pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan.

Soalan : Jika ibu bapa bukan warganegara kepada murid bukan warganegara ini tidak
bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan atau badan berkanun, adakah anak
mereka boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuaan kerajaan ?

Jawapan : Anak mereka boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan, jika ibu bapa bukan warganegara kepada murid bukan warganegara ini dapat
mengemukakan permit kerja yang sah, iaitu;
 pas penggajian (employment pass) kategori I dengan gaji RM10,000 sebulan dan ke atas
dengan kontrak minima dua tahun, atau
 pas penggajian (employment pass) kategori ll dengan gaji RM9,999.00 hingga RM5,000
sebulan dengan kontrak kurang dari 2 tahun.
Kategori-kategori ini adalah yang membenarkan mereka membawa tanggungan
(dependents) sepanjang tempoh bekerja di negara ini.

Soalan : Apakah kategori lain murid bukan warganegara yang diterima masuk
bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Dua (2) kategori lain murid bukan warganegara yang boleh diterima masuk
bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan iaitu;
 Murid bukan warganegara yang telah diambil oleh warganegara Malaysia sebagai anak
angkat,
 Murid bukan warganegara hasil perkahwinan tidak mengikut undang-undang Malaysia di
mana sekiranya bapa adalah warganegara dan ibunya bukan warganegara (nama bapa
tidak tercatat di dalam sijil lahir anak).

Soalan : Apakah dokumen yang diperlukan oleh murid bukan warganegara yang telah
dijadikan anak angkat yang sah oleh warganegara Malaysia untuk bersekolah di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi murid bukan warganegara yang telah
diambil oleh warganegara Malaysia sebagai anak angkat yang sah adalah seperti berikut:
 Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), atau
 Perintah mahkamah tentang hak penjagaan murid; atau
 Surat Akuan Penjagaan Murid daripada Jabatan Kebajikan Masyarakatan dan
 Mengemukakan pasport dan pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen atau
salinan permohonan taraf kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara.
Soalan : Apakah dokumen yang diperlukan oleh murid bukan warganegara hasil
perkahwinan tidak mengikut undang-undang Malaysia ( perkahwinan ibu bapa tidak
didaftarkan di Malaysia ) di mana sekiranya bapa adalah warganegara dan ibunya bukan
warganegara ini untuk bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi murid bukan warganegara hasil


perkahwinan tidak mengikut undang-undang Malaysia di mana sekiranya bapa adalah
warganegara dan ibunya bukan warganegara, adalah sijil lahir murid dan dokumen seperti :
 Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ); atau
 Perintah mahkamah untuk hak penjagaan yang sah; atau
 Surat Pengesahan atau surat perakuan daripada sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Kaum
atau Ketua Rumah Panjang tempat murid tersebut tinggal, dan
 Mengemukakan pasport dan pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen atau
salinan permohonan taraf kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

Soalan : Apakah borang yang diperlu diisi sebelum murid ini diterima masuk ke
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Ibu bapa atau penjaga yang sah perlu mengemukakan borang permohonan Jadual
Pertama P.U.A ( 275 ).

Soalan : Di manakah borang ini boleh diperolehi?

Jawapan : Borang ini boleh diperolehi di Pejabatan Pendidikan Daerah ( PPD ) atau Jabatan
Pendidikan Negeri ( JPN ) yang berhampiran.

Soalan : Adakah kanak-kanak pelarian Rohingya atau kanak-kanak pelarian Filipina (


IMM13 ) yang memegang kad UNHCR diterima bersekolah di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Kanak-kanak pelarian Rohingya atau murid pelarian Filipina ( IMM13 ) ini boleh
belajar di Pusat Bimbingan Alternatif ( PBA ) atau Pusat Pembelajaran Komuniti ( CLC ) yang
ditubuhkan oleh UNHCR atau institusi pendidikan
swasta.

Soalan : Adakah murid bukan warganegara yang ibu atau bapanya bekerja di sektor
pembinaan, sektor pekilangan, sektor pembersihan atau bekerja sebagai pembantu
rumah boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?

Jawapan : Tidak boleh, kerana ibu atau bapa murid ini tidak dibenarkan membawa
tanggungan
( dependants ) sepanjang bekerja di negara ini.

Soalan : Adakah murid bukan warganegara yang ibu bapanya sedang melanjutkan
pengajian di peringkat pasca siswazah boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan ?
Jawapan : Tidak boleh, walau bagaimanapun murid bukan warganegara yang ibubapanya
sedang melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah di institusi pendidikan tinggi ( IPT )
boleh mengikuti pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa atau institusi
pendidikan swasta.
Soalan : Bilakah permohonan bersekolah bagi murid bukan warganegara ini dibuka ?
Jawapan : Permohonan bersekolah bagi murid bukan warganegara ini mula dibuka;
 bagi kemasukan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1, mulai 1 Oktober hingga 30 November
tahun semasa , dan
 bagi lain-lain kategori murid bukan warganegara adalah sepanjang tahun.

Soalan : Di manakah ibu bapa perlu mengemukakan borang permohonan


persekolahan
murid ini?
Jawapan : Ibu bapa perlu mengemukakan borang permohonan Jadual Pertama P.U.A ( 275 )
persekolahan murid ini di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) yang berhampiran.

Soalan : Adakah murid bukan warganegara ini dikenakan bayaran fi pengajian


sebulum diterima masuk ke sekolah ?
Jawapan : Ya, murid bukan warganegara ini dikenakan bayaran fi yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM120.00 untuk sekolah rendah dan RM240.00 untuk
sekolah menengah setahun.

Soalan : Di manakah bayaran fi ini boleh dibuat ?


Jawapan : Bayaran fi ini boleh dibuat di Unit Kewangan, Jabatan Pendidikan Negerin
berkenaan sebelum diterima masuk ke sekolah .

KENAPA ANAK SAYA TIDAK BOLEH


BERSEKOLAH DI SEKOLAH BANTUAN
KERAJAAN SEDANGKAN DIA ADA SIJIL LAHIR
MALAYSIA?

Jawapan :
Anak tuan dibenarkan bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan tetapi dengan
bersyarat dan dikehendaki membayar fee sebanyak RM120.00 (sekolah rendah) dan RM240.00( sekolah
menengah ) dan perlu menyelesaikan urusan dokumentasi anak selama tempoh 2 tahun .
Ini kerana pada sijil lahir, tercatat status Bukan Warganegara, justeru itu ibu bapa perlu membuktikan surat
pernikahan yang sah kepada Pejabat Pendaftaran.
APAKAH SYARAT-SYARAT YANG
DIPERLUKAN BAGI WARGA ASING UNTUK
MENDAPATKAN KEBENARAN UNTUK ANAK-
ANAK MEREKA MEMASUKI SEKOLAH
KERAJAAN / SEKOLAH BANTUAN
KERAJAAN?

Jawapan:
Mengikut P.U.(A) 275/98: Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah,
Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah ) 1998* mengikut Peraturan 5
: Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah, hendaklah murid tersebut :
1. Anak kakitangan kedutaan asing
2. Anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam perkhidmatan atau
agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah
3. Anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia; atau
4. Kanak-kanak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan pelajarannya di
Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara kerajaan
Malaysia dan Kerajaan Negara Kanak-kanak itu
Sekiranya memenuhi syarat kelayakan tersebut dokumen-dokumen berikut diperlukan iaitu:
1. a) Tiga salinan surat kelahiran anak
2. b) Tiga salinan passport anak
3. c) Tiga salinan passport ibu bapa/permit (Visa )masuk/sijil warganegara ibu bapa
4. d) Tiga salinan Dependant Pass ibu dan anak
5. e) Tiga salinan surat pengesahan daripada majikan
6. f) Dua salinan butir-butir persekolahan sebelumnya/surat kelulusan daripada Jabatan
Pendidikan Negeri Johor
. BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN SOKONGAN
DARI MANA-MANA PIHAK BAGI TUJUAN
PERTUKARAN?

Jawapan
Seseorang guru atau penjawat awam adalah dilarang sama sekali mendapatkan sokongan dari pihak luar
untuk kepentingan dirinya selaras dengan:
1. a) Perintah-perintah Am, Peraturan 4(2)(h),
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993,
1. b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004;
2. c) Surat Aku Janji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
3. d) Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan,
Individu Berpengaruh Atau Mana-mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendana Menteri, Malaysia bertarikh 8 Mac 2010

ADAKAH SAYA BOLEH MEMBATALKAN


KELULUSAN PERTUKARAN SEANDAINYA SAYA
TIDAK JADI BERTUKAR?

Jawapan
Keputusan pertukaran adalah muktamad. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu
segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan
tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran; dan
Sekiranya seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melaporkan diri boleh diambil tindakan
berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa- cara yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM . INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11
Febuari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat
bertugas.
ADAKAH PERMOHONAN PERTUKARAN SAYA
TIDAK AKAN DILULUSKAN SECARA
AUTOMATIK SEKIRANYA PENGETUA / GURU
BESAR TIDAK MENYOKONG PERMOHONAN
TERSEBUT?

Jawapan:
 Permohonan pertukaran yang tidak disokong oleh pengetua/gurubesar masih boleh
dipertimbangkan. Permohonan tersebut boleh diluluskan oleh jawatankuasa pertukaran
sekiranya kepentingan perkhidmatan di negeri dimohon lebih tinggi dari negeri khidmat semasa.
 Sekiranya, permohonan pertukaran tidak diluluskan atau tidak Berjaya boleh mengemukakan rayuan
semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran
diumumkan.
 Permohonan rayuan semakan semula perlu dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan JPN yang
dimohon seperti dalam permohonan asal di Modul e-GTukar untuk pertimbangan kelulusan JPN
berkenaan.
 Pemohon dibenarkan menghantar rayuan ke JPN khidmat semasa atau JPN dimohon.

You might also like