Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

NOVEL SEJAMBAK BAKTI

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tema


novel tersebut dengan contoh yang sesuai.
Model Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel
Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
Novel ini bertemakan kegigihan murid dan guru
koperasi sekolah untuk memajukan koperasi sekolah
mereka. Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga
pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah
dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk
memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah
Menengah Teknik Seri Kayangan.
Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru-
guru koperasi iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah.
Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat
tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-
sekolah anjuran ANGKASA.

Model 2
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan 5
persoalan penting yang terdapat dalam novel tersebut.
Model Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel
Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
Terdapat banyak persoalan yang
dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini. Antara
persoalannya ialah persoalan usaha yang baik biasanya
mendapat cabaran yang hebat. Contohnya, Razali yang
menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah
koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan
koperasi sekolah. Namun Razali telah mendapat
tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong
dan Selvam yang berasa cemburu akan kejayaannya.

Selain itu, terdapat juga persoalan sifat


pemaaf yang merupakan sikap terpuji. Contohnya,
Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup
memaafkan Munir walaupun Munir pernah
memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah. Malah
Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam
pelajarannya untuk menghadapi SPM.
Seterusnya ialah persoalan kasih ibu yang
tiada batasannya. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali
sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali
kerana bimbang Razali akan meninggalkannya. Mak
Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup
mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali
dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.
Tambahan pula, terdapat persoalan amalan
bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan
kejayaan. Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli
lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan
koperasi sekolah dan projek ternakan ayam. Akhirnya
sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam
pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
Akhir sekali ialah persoalan, Perbuatan yang
jahat akan mendapat balasan yang setimpal.
Contohnya, perbuatan Munir yang menceroboh masuk
ke dalam koperasi dan mencuri duit koperasi sebanyak
RM200.00 telah berjaya dikesan. Mengikut mesyuarat
guru disiplin sekolah, Munir akan menerima hukuman
iaitu dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid-murid
di tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama
seminggu.

Soalan Format PT3


Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan
1, jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel
tersebut. [10 markah]

Model Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1
ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I. Terdapat
banyak nilai murni yang diperoleh dalam novel ini.
Antaranya ialah nilai kegigihan. Contohnya, Razali dan
ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain
seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan
gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai
koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.
Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat
tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-
sekolah anjuran ANGKASA.

Selain itu, terdapat juga nilai


bertanggungjawab. Ini jelas dapat dilihat melalui
peristiwa Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain
melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh
tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah
mereka.
Nilai yang terakhir ialah nilai kasih sayang.
Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang
kepada Razali. Mak Sopiah sanggup merahsiakan
siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali
akan meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat
menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke
mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak
Zakaria dari rumah mereka.

Soalan Format PT3 – Aspek Pengajaran


Model Soalan
Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh
dalam sesebuah novel untuk dijadikan pedoman dalam
kehidupan. Berdasarkan novel yang telah anda kaji
dalam tingkatan 1, jelaskan pengajaran-pengajaran
yang terdapat dalam novel tersebut. [10 markah]
Model Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1
ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I. Terdapat
banyak pengajaran yang diperoleh dalam novel ini.
Pengajaran yang kita peroleh boleh dijadikan pedoman
dalam mengharungi kehidupan ini.
Antara pengajarannya ialah , Kita hendaklah
bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas
supaya mencapai kejayaan. Contohnya, Cikgu
Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah
bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek
ternakan ayam. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya
menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-
sekolah.

Pengajaran yang seterusnya ialah, Kita


janganlah sesekali menyimpan dendam terhadap orang
lain. Contohnya,
Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah
dilantik menjadi Setiausaha Koperasi dan disukai oleh
kawan-kawan terutama Ramlah.
Selain itu terdapat juga pengajaran bahawa
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Contohnya,
Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah
menengah Teknik Sri Kayangan yang lain
melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh
tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah
mereka.

Pengajaran terakhir ialah, Kita hendaklah


menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa
bahagia dan gembira. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali
sangat sayang kepada Razali. Mak Sopiah sanggup
merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana
bimbang Razali akan meninggalkannya. Mak Sopiah
juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup
mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali
dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.
Latar Tempat
Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan, Perlis
Sebuah sekolah yang terdapat empat buah
bangunan yang bercat kuning tersergam indah.
Pengetua sekolah ialah Cikgu Syamsudin.
Sekolah itu mementingkan disiplin dan semangat
kerjasama dalam kalangan pelajar. Sekolah itu
terdapat kedai koperasi, bangsal ternakan ayam
telur dan sebagainya. Kebanyakan pelajar
daripada keluarga petani. Salah satu peristiwa
yang penting yang berlaku di sekolah itu ialah
Munir dirotan oleh pengetua di hadapan
perhimpunan kerana melanggar pelbagai masalah
disiplin. Selain itu, Koperasi Sekolah itu telah
berjaya memenangi johan dalam Pertandingan
Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali
telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu.
Tambahan lagi, terdapat peristiwa tenang
pertemuan antara Razali dengan bapa
kandungnya, iaitu Pak Ramli.
Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayang
Kedai koperasi itu diuruskan oleh seorang
pembantu kedai, 12 orang pelajar dan empat
orang guru yang dilantik sebagai ahli lembaga
pengarah koperasi. Kedai koperasi itu menjual
pelbagai bahan keperluan pelajar, seperti alat-alat
tulis, baju sukan, buku dan sebagainya. Salah satu
peristiwa yang berlaku di kedai koperasi itu ialah
Munir telah mencerobahi kedai itu dan mencuri
wang sebanyak RM200 serta sengaja menjadikan
semua barangan jualan bertaburan di lantai.
Bukan itu sahaja, dua orang polis telah datang ke
kedai koperasi itu untuk membuat siasatan.
Mereka mendapati bahawa pintu kedai tidak
dikopak orang. Oleh itu, mereka mengesyaki
penceroboh itu ialah pemilik kunci kedai koperasi.
Akibatnya Razali telah dibawa ke balai polis untuk
mendapat siasatan lanjut. Selain itu, terdapat
peristiwa tentang semua ahli lembaga pengarah
bekerjasama untuk mengemaskan bilik kedai
koperasi itu sebagai persediaan untuk
menghadapi Pertandingan Koperasi Sekolah-
sekolah tetapi Munir tidak hadir dan bermain bola
di padang.

Rumah Razali
Ramah Razali terdapat di kawasan sawah. Razali
tinggal bersama dengan ibunya Mak Sopiah dan
ayah tirinya, Pak Zakaria . Salah satu peristiwa
yang berlaku di rumah itu ialah Pak Zakaria
hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu
setelah mendengar fitnah daripada Munir bahawa
Razali telah mencerobohi kedai koperasi dan
mencuri wang. Peristiwa lain yang menarik ialah
Munir datang ke rumah Razali dan meminta maaf
kepada Mak Sopiah dan Pak Zakaria atas
fitnahnya terhadap Razali sehingga nama
keluarga mereka terjejas. Selain itu terdapat
peristiwa ialah Razali meminta ibunya supaya
memberitahu nama bapanya dan kedudukan
bapanya ketika itu tetapi Mak Sopiah enggan
memberitahu keadaan bapanya kepada Razali
Pondok di tengah Sawah
Pondok itu tidak jauh dari rumah Razali. Tempat
itu sunyi dan lapang. Oleh itu saban hari, Razali
akan mengulang kaji pelajar di pondok itu. Selain
itu, dia juga mengajak Ramlah, Swee Lan dan
Saridevi untuk mengulang kaji di situ. Ketika
menghadapi fitnah dan dimarahi oleh bapa tirinya,
Razali akan berada di pondok itu untuk
menenangkan jiwanya. Di samping itu, Razali juga
membantu Munir dalam pelajaran di pondok itu
setelah Munir insaf akan kesalahan.
Maktab Kerjasama, Petaling Jaya
Razali dan wakil-wakil sekolah lain telah dipilih
untuk menyertai kursus seluruah koperasi sekolah
Malaysia di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya.
Razali telah mendapat banyak ilmu pengetahuan
tenang koperasi dalam kursus itu.

Latar Masa
Latar masa bagi novel ini ialah pada zaman
sekarang. Terdapat latar masa pagi, petang dan
malam.
Latar masa pagi
Peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah
ketika Razali dan beberapa orang kawan
membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut
kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi
orang. Semua barangan jual bertaburan di lantai.
RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga
dicuri orang. Mereka segera melaporkan peristiwa
itu kepada Cikgu Zulkifli. Peristiwa yang menarik
yang lain ialah Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan telah menenangi
johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-
sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili
sekolah untuk menerima piala itu. Selain itu,
peristiwa yang menarik ialah Razali dapat bertemu
dengan bapa kandungnya, Pak Ramli pada waktu
pagi juga.
Latar masa petang
Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah
Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam
di tengah jalan setelah pulang dari sekolah. Razali
tersungkur dan mukanya berdarah. Peristiwa lain
yang berlaku pada waktu petang ialah Pak Zakaria
hendak menghalau Razali keluar dari rumah
setelah mendengar fitnah daripada Munir dan
Leong.
Latar masa malam
Peristiwa menarik yang berlaku pada waktu
malam ialah satu lembaga hitam telah membuka
pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke dalam
kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah
kedai itu sehingga barang-barang di kedai itu
besepah dan tunggang-

You might also like