Kertas Kerja Lawatan Ke Kuala Lumpur

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) SULTAN ALAM SHAH

JALAN BUKIT 11/2


46200 PETALING JAYA, SELANGOR

KERTAS KERJA

BELAJAR SAMBIL MELAWAT KE


PLANETARIUM, BALAI SENI NEGARA & PERPUSTAKAAN NEGARA

27 OGOS 2022

ANJURAN:
PANITIA BAHASA MELAYU
SK (2 ) SULTAN ALAM SHAH
1.0 PENGENALAN
Panitia Bahasa Melayu SK (2) Sultan Alam Shah akan mengadakan satu
lawatan sambil belajar ke Planetarium, Muzium Negara dan Perpustakaan
Negara. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada perancangan tahunan
aktiviti panitia. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberi
pengalaman sebenar untuk murid menimba ilmu sebanyak yang mungkin melalui
penerokaan secara kendiri selain menyiapkan diri murid dengan kemahiran
berdikari. Lawatan ini juga merupakan pembelajaran tidak langsung di luar bilik
darjah. Pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat akan dijalankan.

2.0 OBJEKTIF
 Memperkenalkan murid dengan tempat-tempat berilmiah yang boleh dilawati.
 Memberi pendedahan kepada murid tentang apa yang telah dilihat dan
meluaskan pengetahuan yang berkaitan.
 Menyemai semangat ingin tahu dan meneroka dalam kalangan murid.
 Memberi pengalaman sebenar kepada murid.

3.0 MATLAMAT
Lawatan sambil belajar yang akan dijalankan ini adalah bertujuan :
 Memperkenalkan murid dengan pengalaman berdikari dalam situasi sebenar.
 Meluaskan pengetahuan am murid disamping menambah ilmu pengetahuan.
 Memberi peluang kepada murid untuk menerokai perkara-perkara baharu.
 Murid dapat melaksanakan aktiviti yang menarik dan sihat.
 Memperkenalkan murid dengan kosa kata baharu disetiap tempat yang
dikunjungi.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Aktiviti yang dijalankan selama dua hari ini disasarkan kepada murid-murid tahap
2 SK (2) Sultan Alam Shah.

5.0 PELAKSANAAN
Butiran lawatan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 Ogos 2022 (Sabtu)
Tempat lawatan : Planetarium, Muzium Negara dan Perpustakaan Negara
Bilangan Murid : 80 orang
Bilangan Guru : 8 orang
6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Rohana binti Ali @ Hj Mohd Ali (Guru Besar)


Pengerusi : En. Mohd Tajuddin bin Hussain (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Yee Sook Haan (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Muhammad Fuad bin Abdul Aziz (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Zaiharah binti Ngojar (PK Pendidikan Khas)
Penyelaras : Cik Nur Umairaa binti Omar (Ketua Panitia)
Setiausaha : Pn. Nur Aisyah bt Nordin
Bendahari : Cik Siti Hasibah binti Che Sarif

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Rohana binti Ali @ Hj Mohd Ali (Guru Besar)


Pengerusi : En. Mohd Tajuddin bin Hussain (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Yee Sook Haan (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Muhammad Fuad bin Abdul Aziz (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Zaiharah binti Ngojar (PK Pendidikan Khas)
Penyelaras : Cik Nur Umairaa binti Omar (Ketua Panitia)
Setiausaha : Pn. Nur Aisyah binti Nordin
Bendahari : Cik Siti Hasibah binti Che Sarif
AJK Pengangkutan : Cik Nur Umairaa binti Omar
AJK Makanan : Pn. Mardiha binti Mohamed Nor
: Cik Siti Hasibah binti Che Sarif
AJK Tempat & : Pn. Siti Nurlela binti Mohd Termizi
Aktiviti : Pn. Nur Zaratul Ula binti Razuan
AJK Dokumentasi : En. Zharif Azfar binti Khozali
AJK Keselamatan : Semua guru
8.0 TENTATIF LAWATAN
8.30 pagi : Taklimat ringkas dan bertolak dari sekolah
9.00 pagi : Lawatan ke Planetarium
10.30 pagi : Lawatan ke Balai Seni Negara
1.00 petang : Rehat, makan tengah hari dan solat
2.30 petang : Lawatan ke Perpustakaan Negara
4.30 petang : Bertolak pulang ke sekolah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Anggaran Perbelanjaan Jumlah


1. Pengangkutan RM 13.00 x 80 orang RM 1040.00
2. Tiket RM 5.00 x 80 orang RM 400.00
3. Makanan (tengah hari & RM 10.00 x 80 orang RM 800.00
minum petang)
4. T-shirt lawatan RM 12.00 x 80 orang RM 960.00
5. Hadiah RM 10.00 x 80 orang RM 800.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 4 000.00
9.1 Sumber Kewangan
Kutipan duit lawatan sebanyak RM 50.00/seorang

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar lawatan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Penganjur berharap, lawatan ini dapat memberi
manfaat kepada murid-murid dalam proses pembelajaran mereka sekaligus
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa
akan datang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NUR AISYAH BINTI NORDIN) (NUR UMAIRAA BINTI OMAR)


Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh,

(ROHANA BINTI ALI @ HJ MOHD ALI)


Guru Besar
SK (2) Sultan Alam Shah

You might also like