Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Zaitunalawiah Binti Idris

Pegawai Penjara Gred KX 20


Pusat Pemulihan Akhlak
Jabatan Penjara Malaysia
31000 Batu Gajah
Perak Darul Ridzuan.
___________________________________________________________________________

Tarikh : 5/12/2016

Komisioner Jeneral Penjara


Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira
43000 Kajang
Selangor.

Melalui :

Pengarah
Pusat Pemulihan Akhlak
Jabatan Penjara Malaysia
31000 Batu Gajah
Perak Darul Ridzuan.

MEMOHON BERSARA DI ATAS PILIHAN SENDIRI.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas telah berkhidmat dalam
Jabatan Penjara Malaysia selama 29 tahun bermula dari tarikh lantikan dalam perkhidmatan
iaitu pada 02.01.1988.

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon untuk bersara pilihan mulai dari tarikh
05.07.2016 atas sebab-sebab berikut:

3.1 Faktor kesihatan dan usia menyebabkan saya tidak lagi dapat memberikan
komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas yang diamanahkan kepada saya.

3.2 Saya ingin menghabiskan masa emas saya bersama suami dan keluarga .

4. Kerjasama dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan dalam


permohonan ini amatlah saya harapkan dan hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...............................................................
( ZAITUNALAWIAH BINTI IDRIS )

You might also like