Iftar Perdana Dan Sanjungan Budi Lambaian Kasih SK Belimbing 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Iftar Perdana dan Sanjungan Budi Lambaian Kasih SK Belimbing 2023

Aluan pengacara Biji selasih boleh dimakan


majlis Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Daun Layu di tengah gurun


Nampak jalur pohon cemara
Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Yang Berusaha dan yang diraikan,


Mantan Tuan Guru Besar
Encik Zol Kefely bin Hussin

Yang dihormati, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


Encik Zamri bin Zaini,

Guru Penolong Kanan Hal EHwal Murid,


Puan Rahilah binti Ontong

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,


Encik Abdullah bin Yunus,

Yang Dihormati, YDP PIBG SK Belimbing,


AJK-AJK PIBG,

Yang Dihormati, Pengerusi JKKK Kampung Belimbing,


Tuan Haji Abdul Razak bin Ali,

Dif-dif jemputan

Guru-guru, ibu bapa serta rakan-rakan sekalian…..

Marilah kita bersama-sama membuka majlis dengan bacaan ummul kitab, al


Fatihah.

Al fatihah

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah


dan kurniaNya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Iftar Perdana Sekolah
Kebangsaan Belimbing dan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena
pertukaran Guru Besar Encik Zol Kefely ke sekolah baharu.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran, para tetamu, tuan-tuan, puan-puan


serta hadirin sekalian ke majlis ini.

Meneruskan majlis kita, saya menjemput dan mempersilakan rakan saya,


Mohd Rizqi Zaffar bin Zulkipli untuk bacaan doa. Dipersilakan..

****************************************

Aamin-aamiin ya rabbal alamin.. Terima kasih diucapkan kepada Mohd Rizqi


atas bacaan doa sebentar tadi..

Ucapan aluan Meneruskan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih kita pada petang ini,
dan wakil guru majlis menjemput dan mempersilakan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
(Cikgu Zamri) Encik Zamri bin Zaini, selaku wakil warga SK Belimbing untuk memberikan
ucapan. Dipersilakan..

*********************************************
Terima kasih diucapkan kepada Encik Zamri atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan wakil Hadirin sekalian,


PIBG (YDP) Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan YDP PIBG SK
Belimbing, Encik Mohd Akmal Bin Zulkippli untuk memberikan ucapan selaku
wakil PIBG. Dipersilakan…

*********************************************
Terima kasih diucapkan kepada Encik Akmal atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan wakil Seterusnya, saya menjemput dan mempersilakan sahabat saya iaitu Atira
murid (SOfina) Sofina binti Abdullah untuk memberikan ucapan selaku wakil murid-murid SK
Belimbing, dipersilakan..

*********************************************
Terima kasih diucapkan kepada Atira Sofina atas ucapan sebentar tadi.

Tayangan video Hadirin sekalian, bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
kita bersama-sama menyaksikan tayangan video yang telah disediakan unit
ICT sekolah sempena pertukaran GB Zol Kefely ke sekolah baharu.
Mari kita saksikan.

*********************************************
Terima kasih diucapkan kepada unit ICT atas tayangan video sebentar tadi.

Ucapan yang
diraikan (GB Zol) Meneruskan acara kita pada petang ini, majlis dengan penuh takzimnya
menjemput dan mempersilakan yang berusaha, dan yang diraikan, mantan
Guru Besar SK Belimbing, Encik Zol Kefely bin Hussin untuk memberikan
sepatah dua kata. Dipersilakan…

*********************************************
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, Encik Zol Kefely atas ucapan
sebentar tadi.

Tuan guru besar diminta untuk kekal di pentas bagi sesi penyampaian
hadiah.

 Memulakan acara, dipersilakan, Encik Abdullah bin Yunus untuk


menyampaikan hadiah mewakili Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah.
Dipersilakan.

Terima kasih, diucapkan kepada Encik Abdullah

 Seterusnya, dipersilakan Encik Mohd Akmal bin Zulkippli untuk


menyampaikan hadiah mewakili PIBG SK Belimbing. Dipersilakan.

Terima kasih, diucapkan kepada Encik Akmal

 Seterusnya, dipersilakan semua murid tahap 1 untuk naik ke pentas


bagi menyampaikan hadiah kepada Tuan Guru Besar.

Terima kasih, diucapkan kepada semua murid tahap 1

 Akhir sekali, dipersilakan murid tahap 2 untuk naik ke pentas bagi


menyampaikan hadiah kepada tuan guru besar.

Terima kasih, diucapkan kepada semua murid tahap 2

Sesi Bergambar Sekali lagi diminta tuan guru besar untuk kekal di pentas bagi sesi
bergambar.

Dijemput semua murid, semua guru dan semua hadirin untuk naik ke
pentas bagi sesi bergambar kali terakhir bersama GB Zol di SK Belimbing.

Penutup Alhamdulillah, berakhirlah sudah Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih


sempena pertukaran Tuan Guru Besar, Encik Zol Kefely bin Hussin

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan hadir
pada petang ini.

Majlis di akhiri dengan serangkap rangkap pantun :


Bunga seroja di atas cemara
Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Hadirin dipersilakan untuk bersedia untuk berbuka puasa.

You might also like