Deraf Hujahan Bertulis Defendan-Nafkah Anak (Autorecovered)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI MELAKA TENGAH

DI NEGERI MELAKA, MALAYSIA


SAMAN NO : 04001-014-0271 TAHUN 2021

ANTARA
SALWA BINTI HAMZAH …PLAINTIF
(NO. K/P : 780930-01-5074)
DENGAN
MUHAMMAD NORMAN BIN OMAR …DEFENDAN
(NO. K/P : 761212-01-7389 )

HUJJAH PENGGULUNGAN DEFENDAN


TUNTUTAN NAFKAH ANAK

Peguam Syarie bagi Defendan dengan hormatnya merujuk kepada :-

a. Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 01hb September 2021;

b. Pernyataan Pembelaan bertarikh 17hb Disember 2021;

c. Jawapan Kepada Pembelaan bertarikh 18hb Januari 2022;

d. Penyata Keterangan Bertulis Plaintif bertarikh 30hb Mei 2022

e. Keterengan Plaintif disokong oleh seorang saksi iaitu :-

i. Saksi Plaintif Pertama (SP-1) ialah Nur Fathin Asyilah Binti Musa

f. Keterangan Defendan yang disokong oleh seorang saksi iaitu :-

i. Saksi Defendan Pertama (SD-1) ialah Hairul Anuar Bin Zakariah

FAKTA KES
Tuan Hakim,
1. Plaintif dan Defendan telah bercerai pada 04hb Disember 2012 di Mahkamah Rendah Syariah

Melaka. Bahawa sepanjang tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan telah dikurniakan

dengan tiga (3) orang cahayamata iaitu:-

i. NURUL BALQIS BIN MUHAMMAD NORMAN berusia 21 tahun

ii. NURUL AUNIE BINTI MUHAMMAD NORMAN berusia 19 tahun

iii. NURUL NAJWA BINTI MUHAMMAD NORMAN berusia 15 tahun.

2. Bahawa Plaintif telah memfailkan tuntutan nafkah anak terhadap Defendan untuk ketiga-tiga

orang anak adalah seperti berikut :-

a. Nafkah Bulanan bagi setiap orang anak sebanyak RM 500.00 yang berjumlah untuk

ketiga-tiga orang anak RM 1500.00.

3. Namun merujuk kepada Pembelaan Defendan yang bertarikh pada 17 Disember 2021 telah

menyatakan cadangan (rujuk perenggan 11, 11.1,11.2,11.3, dan 11.4) seperti berikut :-

a. Nafkah tetap bulanan anak-anak tersebut sebanyak RM 150.00 sebulan kepada anak

Bernama Nurul Balqis Binti Muhammad Norman, manakala bagi dua lagi anak tersebut

diberi sebanyak RM 250.00 sebulan dan jumlah keseluruhan RM 400.00 sebulan untuk

ketiga (3) orang anak ;

b. Perbelanjaan Nafkah Tahunan Keperluan Awal Persekolahan bagi kesemua anak-

anak tersebut akan disediakan oleh Defendan di mana Defendan sendiri yang akan

membawa anak-anak tersebut memberli segala keperluan persekolahan;


c. Perbelanjaan Nafkah Tahunan Keperluan Hari Raya Aidilfitri bagi kesemua anak-anak

tersebut akan disediakan oleh Defendan di mana Defendan sendiri yang akan

membawa anak-anak tersebut membeli segala keperluan hari raya;

d. Perbelanjaan nafkah bulanan bagi anak Bernama Nurul Balqis Binti Muhammad

Norman akan dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB Bank (No.Akaun:7633437975)

milik anak tersebut. Manakala nafkah bulanan bagi dua lagi anak tersebut dimasukkan

ke dalam akaun Public Bank (No.Akaun:6849352330) milik Plaintif sebelum atau pada

30hb setiap bulan;

4. Kemudian pihak Plaintif telah bersetuju akan cadangan daripada pihak Defendan melalui

Jawapan Kepada Pembelaan beliau perenggan 14 bertarikh 18hb Januari 2022. Kemudian

pada 30hb Mei 2022, Mahkamah Yang Mulia ini telah merekodkan akan persetujuan berkaitan

dengan Nafkah Awal Tahun Persekolahan dan Persediaan Perayaan Hari Raya Aidilfitri dan

Aidiladha.

5. Namun pihak kami berpegang bahawa isu yang perlu difokuskan hanyalah berkaitan tuntutan

nafkah bulanan anak-anak tersebut.

6. Daripada tuntutan Plaintif tersebut, Defendan menegaskan bahawa terdapat satu isu yang

wajar menjadi perhatian oleh Mahkamah Yang Mulia ini iaitu :-

1. Sama ada Defendan seorang yang berkemampuan terhadap tuntutan Plaintif tersebut;
ISU PERTAMA : SAMA ADA DEFENDAN SEORANG YANG BERKEMAMPUAN TERHADAP
TUNTUTAN PLAINTIF

Tuan Hakim,

1. Defendan menghuahkan bahawa soal pertanggungjawab Defendan sebagai seorang bapa


untuk menafkahi anak-anak tersebut tidak dipertikaikan berdasarkan Hukum Syara’ dan
peruntukkan undang-undang sedia ada.

2. Dalam surah Al-Baqarah ayat 233 yang membawa maksud :-

3. Di dalam Kitab Kifayah al-Akhyar, Juzu’ 2 mukasurat 93 pula menyebut :-

4. Kepentingan dalam pemberian nafkah ini juga dapat dilihat di dalam sebuah hadis yang
terdapat dalam Kitab Sohih Al-Bukhari, Jilid 3 Juzu’ 7 dalam bab Nafaqat, cetakan Darul Hadith
Kaherah, Mesir pada mukasurat 85 yang menyebutkan:-
5. Seksyen 73 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menjelaskan
berkaitan kewajipan menanggung nafkah anak. Di dalam peruntukkan tersebut dinyatakan :-

(Rujuk Ikatan Otoriti ‘A’)

6. Berdasarkan nas-nas dan Hukum Syara’ dan peruntukkan undang-undang sedia ada, jelas
menunjukkan hak dan nafkah anak adalah wajib ditanggung oleh bapa. Di dalam kes ini,
Defendan sebagai bapa tidak menafikan langsung hak anak-anak tersebut. Namun, Defendan
menegaskan jumlah tuntutan nafkah anak yang dituntut oleh Plaintif sebanyak RM 1,500.00
sebulan untuk ketiga orang anak di Mahkamah Yang Mulia ini adalah tidak berasas dan diluar
kemampuan Defendan. Hal ini bertepatan dengan nas-nas Hukum Syara’ dan peruntukkan
undang-undang yang dinyatakan di atas bahawa soal “kemampuan” seseorang itu perlulah
diambilkira.

7. Plaintif didalam keteranganya menyatakan bahawa amaun nafkah anak yang dituntut
sebanyak RM 1,500.00 setiap bulan untuk tiga orang anak adalah munasabah dan dengan
yakin mengatakan bahawa Defendan boleh membayar amaun tersebut. Namun Plaintif
bersetuju bahawa perbelanjaan anak-anak tersebut berbeza dengan apa yang telah dituntut
pada asalnya. Maka pihak kami percaya bahawa tuntutan Plaintif ini adalah bukan suatu yang
munasabah dan ia lebih kepada perasaan ketidakpuasan hati Plaintif sendiri. Walhal, Plaintif
mengetahui bahawa Defendan langsung tidak pernah cuai dan/atau culas dalam
memperuntukkan nafkah anak-anak tersebut.
8. Pihak kami percaya bahawa dengan adanya pengakuan daripada pihak Plaintif yang
menyatakan bahawa Defendan ada memperuntukkan nafkah kepada anak-anak sebelum ini
walaupun amaun yang diberikan adalah mengikut kepada kemampuan semasa Defendan.
Namun pihak kami berpegang kepada pengakuan Plaintif tentang pemberian nafkah anak-
anak oleh Defendan ini berdasarkan kepada Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah (Negeri Melaka) 2002 :-

(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan
atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan
terhadap mana-mana orang lain berkenaan dengan sesuatu hak.

(2) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat—


(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil, baligh dan ‘adil.
(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan atau fakta
relevan ialah qarinah.

9. SP-1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa perbelanjaan bagi setiap seorang anak RM
500 adalah munasabah tetapi apabila di soal balas beliau bersetuju anak pertama yang
bernama NURUL BALQIS BINTI MUHAMMAD NORMANini telah menerima elaun RM 200 dan
tidak perlu untuk pihak Defendan membayar semula kepada anak tersebut. selain itu, beliau
juga bersetuju Defendan telah memperuntukkan anak pertama sebanyak RM 150 dan anak
kedua dan anak ketiga sebanyak RM 250.

10. Amat minat untuk pihak kami mengingatkan kepada Mahkamah Yang Mulia ini, bahawa
selepas penceraian berlaku antara Plaintif dan Defendan anak-anak tersebut tinggal Bersama
dengan Defendan selama 9 tahun dan segala kos perbelanjaan anak-anak tersebut ditanggung
oleh Defendan sendirian. Walaupun anak-anak tersebut sudah tidak tinggal Bersama dengan
Defendan, beliau langsung tidak pernah cuai dan/atau culas dalam memperuntukkan nafkah
anak-anak sehingga kini. Defendan memperuntukkan nafkah sebanyak RM 150.00 untuk anak
pertama dan RM 250.00 untuk anak kedua dan anak ketiga dengan cara memasukkan ke
dalam akaun bank milik anak pertama dan milik Plaintif. Tidak termasuk perbelanjaan awal
persekolahan, perbelanjaan hari raya dan sebagainya. Defendan menghujahkan bahawa
nafkah yang diberikan sebanyak RM 150 hingga RM 250 itulah “takat kemampuan” Defendan.
Merujuk kepada Ikatan Dokumen Defendan mukasurat 2 sehingga 23 ditandakan sebagai D2.

11. Ini dibuktikan melalui keterangan Defendan yang disokong oleh saksinya dengan jelas
menyatakan berkaitan pendapatan dan/atau kemampuan Defendan. Defendan dalam
keterangannya mengatakan bahawa pendapatan adalah sebanyak RM 2,100.00 tetapi
bermula pada 01 Januari 2023 Defendan sudah tidak menjadi warden asrama dah dipotong
elaun sebanyak RM 240 merujuk kepada Ikatan Dokumen Tambahan Defendan ditandakan
sebagai D-12. Maka jumlah bersih terkini Defendan adalah sebanyak RM 1,600.00 dan perkara
ini juga diakui oleh SD-1 yang merupakan rakan sekerja Defendan dan merangkap jawatan
sebagai Pegawai Latihan E44 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah.

KESIMPULAN

Yang Arif Hakim,

1. Berdasarkan hujahan Defendan yang disokong dengan nas-nas, peruntukan undang-undang


dan keterangan pihak-pihak, maka Defendan dengan ini memohon kepada Mahkamah Yang
Mulia ini agar menerima hujahan Defendan dengan mempertimbangkan tuntutan yang dibuat
oleh Plaintif.

2. Bahawa tuntutan Plaintif sebanyak RM 1,500.00 sebulan untuk tiga orang anak adalah di luar
kemampuan Defendan keseluruhannya. Dan sekiranya Mahkamah Yang Mulia ini
membenarkan tuntutan Plaintif tersebut, ia akan memprejudiskan Defendan dalam keadaan
Defendan sememangnya tidak mampu.

3. Bahawa Defendan telah memperuntukkan sebanyak RM 150.00 untuk anak yang bernama
Nurul Balqis sejak Julai 2021 hingga sekarang dengan cara bayaran dimasukkan ke dalam
akaun milik anak tersebut. begitu juga, anak bernama Nurul Aunie dan Nurul Najwa
dimasukkan ke akaun milik Plaintif sebanyak RM 250.00 bermula 26 November 2021. Pihak
kami percaya bahawa dengan adanya pembuktian dilampirkan oleh Defendan ini membuktikan
tentang usaha beliau dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak-anak
tersebut. Dan pihak kami juga percaya bahawa nafkah buat anak-anak tersebut adalah
mengikut kepada takat kemampuan Defendan yang Defendan boleh tunaikan.

4. Oleh yang demikian, Defendan dengan rasa rendah diri dan penuh tawaddu’nya memohon
agar Mahkamah Yang Mulia ini memberikan penghakiman yang sewajarnya terutama
mengambil kira isu “kemampuan’ Defendan. Defendan tidak menafikan tanggungjawabnya
sebagai seorang bapa kepada anak-anak. Namun, biarlah amaun tersebut mampu ditunaikan
oleh Defendan bukannya ia akan membebankan Defendan di kemudian hari.

5. Akhir sekali, Defendan yakin Mahkamah Yaang Mulia ini boleh menegakkan hak dan keadilan
yang sewajarnya bagi pihak Defendan. Berdasarkan hujahan Defendan tersebut yang
disokong oleh nas-nas, peruntukkan undang-undang dan keterangan pihak-pihak, Defendan
dengan rendah diri memohon supaya penghakiman yang adil dan sewajarnya diberikan
kepada Defendan.

Wallu’alam, Sekian terima kasih.

Bertarikh

………………………………….
Peguam Syarie Plaintif

PENGHUJAHAN BERTULIS ini telah difailkan oleh Peguam Syarie Plaintif, Tetuan Abu Dzarr & Nazri
yang beralamat di, No 29-1, Jln KF4, MITC Kota Fesyen, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

You might also like