Mohd Azman Muhammad Akmal Aiman - Adobe Scan 25 Sep 2022

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

I

Baca petikan ai o~wan mi aengan te~iti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rwnusan yang pan1angnya antara 8 0 ~gga 100 patah perkataan. Anda digalakkan Bahaya
supaya menggunakan ayat a nda sendirz tanpa mengubah maksud asal petikan. Merokol

Merokok menjejaskan ~esihat_an. Walaupun hakikat ini diketahui oleh banyak orang, tetapi
bilangan perokok semakin_ ~emngkat dari tahun ke tahun. Merokok akan menjejaskan penampilan
diri. Berdasarkan satu ka1 1an yang diterbitkan dalarn jurnal Plastin and Reconstructive Surgery
pada tahun 2013 mendapati bahawa wajah seseorang akan berubah sekiranya merokok selama
lima tahun.
Merokok akan menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih tua. Hal ini demikian kerana,
merokok akan mengembangkan garis-garis halus di sekitar mulut perokok. Nikotin dalam rokok
akan melemahkan kulit dan mengakibatkan kedutan pramatang pada bahagian dahi, mata, leher,
dan dada. Llngkaran gelap di bawah mata akan kelihatan pada muka perokok. Kajian menunjukkan
bahawa perokok tidak dapat tidur nyenyak berbanding orang yang tidak merokok. Apabila tidak
mendapat waktu tidur yang mencukupi, penampilan diri perokok akan terjejas.
Perokok berisiko tinggi untuk mendapat psoriasis. Sekiranya seseorang perokok merokok
setiap hari, peluang untuk mendapat psoriasis akan meningkat sebanyak 20 peratus. Sekiranya
tabiat ini berlanjutan lebih daripada 11 tahun, maka risiko mendapat psoriasis akan meningkat
kepada 60 peratus. Selain itu, kulit perokok akan menjadi kusam dan kering. Hal ini demikian
kerana, merokok akan menyusutkan nutrien termasuk vitamin C yang berfungsi untuk membaiki
dan melindungi kulit yang rosak. Pada masa yang sama, nikotin akan menghalang aliran darah,
dan asap rokok yang dipenuhi karbon monoksida akan mengalihkan oksigen ke dalam kulit
perokok.
Tambahan pula, perokok akan mengalami masalah keguguran rambut. Perokok cenderung
mempunyai rambut yang nipis dan lemah. Keadaan ini disebabkan bahan kimia yang terkandung
dalam asap rokok akan merosakkan deoxyribonucleic acid (DNA) folikel rambut. Rokok juga
akan menghasilkan radikal bebas yang akan membuatkan rambut menjadi kelabu. Gigi perokok
akan menjadi kuning. Nikotin dalam rokok menyebabkan noda kuning pada gigi, bahkan boleh
menjadikannya berwama coklat. Lebih buruk lagi, tembakau yang terdapat dalam rokok boleh
menyebabkan penyakit gusi dengan melemahkan tisu lembut dan tulang gigi perokok.
Kesan bahaya yang paling teruk ialah peningkatan risi.ko kanser kulit terutama karsinoma sel
skuamosa yang cenderung untuk membentuk sekitar mulut pe~okok. Oleh itu, tid~ p~rnah
terlambat untuk seseorang itu menghentikan tab1at merokok. Apabila perokok berhenti danpada
merokok, kulit mereka akan kelihatan lebih sihat dan akan menghalang noda daripada membentuk
pada gigi dan kuku.

Dipetik dan diubah suai daripada "Kesan Merokok, Bagaimana Ia Menjejaskan Penampilan
Anda'', oleh Farah Aziz, https:llhellodoktor.com

You might also like