Soalan Ujian 1 BM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN RAHAH

UJIAN SELARAS 1 TAHUN 2021

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4
9 MAC 2021

MASA : 1 JAM (8.00-9.00 pagi)


BAHAGIAN A

(30 MARKAH)

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara untuk mengekalkan keceriaan


sekolah.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara yang boleh dilakukan oleh murid untuk
mengekalkankeceriaan sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

CARA-CARA MENGEKALKAN KECERIAAN SEKOLAH

Menyiram pokok bunga Membersihkan kelas

Membuang sanpah ke dalam tong sampah


Jawapan

Keceriaan dan kebersihan di kawasan sekolah ialah salah satu daripada aspek penting yang
mempengaruhi minat murid untuk sentiasa hadir ke sekolah. Terdapat pelbagai cara yang boleh
dilakukan oleh murid untuk mengekalkan keceriaan sekolah .

Antaranya, pihak sekolah boleh membantu membuat jadual mingguan untuk para pelajar
bergilir-gilir meyiram pokok bunga yang di tanam di kawasan sekolah. Kumpulan pelajar yang
ditugaskan untuk menyiram pokok haruslah diberi izin untuk keluar rehat lima minit lebih awal dari
pelajar yang lain bagi memudahkan mereka untuk menjalankan tugas dengan tenang dan tidak
tergesa – gesa. Pihak sekolah juga boleh menyediakan satu kawasan untuk pelajar bercucuk tanam.
Hal ini kerana, kebanyakan pelajar sendiri beranggapan bahawa tumbuh-tumbuhan hijau dapat
melegakan kekusutan fikiran dan meredakan kemarahan.

Seterusnya, membersihkan kelas. Para pelajar boleh bergotong-royong membersihkan kelas


sama ada sebelum pulang ke asrama ataupun pada setiap hujung minggu. Kelas yang bersih dan
ceria dapat menaikkan semangat untuk belajar. Pelajar juga akan sentiasa fokus dan tenang dengan
wujudnya persekitaran yang bersih dan ceria bak kata pepatah, ‘Kebersihan sebahagian daripada
iman’.

Akhir sekali, membuang sampah ke dalam tong sampah. Sebagai seorang pelajar sekolah
yang bertanggungjawab, kita haruslah membuang sampah di dalam tong sampah yang telah
disediakan. Kita boleh mencontohi negara-negara yang terkenal dengan cara penjagaan kebersihan
persekitarannya seperti Jepun dan Korea. Kita seharusnya mengambil berat tentang kebersihan
kawasan sekolah untuk mengelakkan segala ancaman penyakit yang bahaya. Contohnya, penyakit
kencing tikus dan gatal badan.

Tuntasnya, janganlah kita lalai dalam penjagaan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah
kerana kawasan sekolah yang ceria dan bersih mencerminkan personaliti diri kita bak kata
peribahasa, ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’

You might also like