Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

PPM-21/3(001)/2021 No.

Siri : PENGAKAP RAJA 001/2021

PASUKAN LATIHAN NEGARA


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2021

UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA TAHUN 2020


UNTUK CALON KELAHIRAN TAHUN 2001, 2002 DAN 2003

TUJUAN

1. Pekeliling Pasukan Latihan Negara ini bertujuan melaksanakan keputusan Mesyuarat


Jawatankuasa Khas dan Teknikal Pasukan Latihan Negara Bil. 1/2021 yang bersidang pada
15 Januari 2021 berkaitan dengan Ujian Penarafan Pengakap Raja yang sepatutnya
dijalankan pada tahun 2020 untuk calon kelahiran tahun 2001, 2002, dan 2003.

2. Pekeliling ini bertujuan untuk menyelaraskan tatacara pengujian dalam Penarafan


Pengakap Raja di setiap PPM Negeri bagi tempoh Pasca COVID-19. Setiap Calon
Pengakap Raja yang mengambil ujian ini mendapat pelajaran dan pengalaman yang sama
dan tidak ada percanggahan antara satu sama lain. Lulus dengan cara yang adil dan
saksama serta sesuai mengikut peringkat perkembangan peserta serta semua peringkat
ujian yang dijalankan tidak berlaku diskriminasi.

LATAR BELAKANG

3. Lencana Pengakap Raja berserta Sijil Pengakap Raja adalah Anugerah Tertinggi
kepada Pengakap Remaja yang telah lulus cemerlang dalam Ujian Penarafan Pengakap
Raja yang dilaksanakan oleh Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri. Perakuan
Pengakap Raja ini diputuskan oleh Lembaga Penarafan Pengakap Raja Kebangsaan
setelah mendapat perakuan lulus semua ujian mengikut prosedur operasi standard (S.O.P)
oleh Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri.

4. Seseorang Pengakap Raja mestilah menguasai kemahiran ilmu Kepengakapan yang


luas, menonjolkan potensi diri sejati, dan mempunyai budi pekerti yang terpuji. Pengakap
Raja perlu memahami, menyedari, mendalami, dan mengamalkan kemahiran ilmu
Kepengakapan demi kepentingan dan kecemerlangan Diri, Agama, Bangsa, Raja, dan
Negara.

5. Penganugerahan Lencana dan Sijil Pengakap Raja amat istimewa dan tinggi nilainya.
Sijil Pengakap Raja ini diperakui dan ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Atas
nilai yang tinggi ini, penerima Sijil Pengakap Raja seharusnya sedia berkhidmat secara
berterusan, mengamalkan budi pekerti luhur dan menjadi suri teladan kepada Pergerakan
Pengakap, Agama, Bangsa, Raja, dan Negara.

TAKRIFAN

6. Bagi Pekeliling Pasukan Latihan Negara ini:

‘Lembaga Penaraf Pengakap Raja’ bermaksud satu jawatankuasa yang mengelola


Ujian Penarafan Pengakap Raja di peringkat kebangsaan atau di peringkat negeri
(rujuk perkara 15 hingga 18 Panduan Pelaksanaan (S.O.P) Penarafan Pengakap
Raja).

‘Pasukan Penaraf Pengakap Raja Negeri’ bermaksud satu jawatankuasa yang


mengelola Ujian Penarafan Pengakap Raja di peringkat kebangsaan atau di peringkat
negeri (rujuk perkara 30.3 Panduan Pelaksanaan (S.O.P.) Penarafan Pengakap Raja).

‘Penaraf Pengakap Raja’ bermaksud Pemimpin Pengakap yang telah menghadiri


Kursus Penarafan Penaraf Pengakap Raja (rujuk perkara 19 dan 20 Panduan
Pelaksanaan (S.O.P.) Penarafan Pengakap Raja).

‘Petugas dan Urus setia Ujian’ bermaksud Pemimpin Pengakap yang tidak
menjalankan tugas penilai atau penguji (rujuk perkara 22 Panduan Pelaksanaan
(S.O.P.) Penarafan Pengakap Raja).

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 2


‘Tauliah Bahagian Latihan’ bermaksud surat kebenaran atau watikah pelantikan
yang dikeluarkan oleh Pasukan Latihan Negara yang mengesahkan Penaraf
Pengakap Raja adalah aktif dan berdaftar dengan Pasukan Latihan Negara.

‘Permit Ujian’ bermaksud surat kebenaran untuk menganjurkan Ujian Penarafan


Pengakap Raja yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya Latihan Negara.

‘Panduan Pelaksanaan Penarafan Pengakap Raja’ bermaksud buku Panduan


Pelaksanaan (S.O.P.) Penarafan Pengakap Raja Edisi 2018 yang telah diluluskan oleh
Mesyuarat Pasukan Latihan Negara, Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara
dan Mesyuarat Majlis Eksekutif Pengakap Negara bernombor rujukan: PPM-
21/3(52)/2018, Bertarikh : 21 JULAI 2018.

KELAYAKAN CALON MENYERTAI UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA

7. Syarat kelayakan menghadiri Ujian Penarafan Pengakap Raja adalah tertakluk kepada
Perkara 8 Panduan Pelaksanaan (S.O.P.) Penarafan Pengakap Raja.

8. Pekeliling Pasukan Latihan Negara nombor rujukan: PPM-2/3(57)/2020 bertarikh 11


Julai 2020 berkenaan Kelonggaran Had Umur untuk Calon Pengakap Raja Menyertai dan
Lulus Ujian Sikap Pengakap Raja Bagi Calon Tahun Kelahiran 2003 Dan 2004 adalah
dibaca bersama (rujuk lampiran pekeliling ini).

PELAKSANAAN UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA

9. Pelantikan Jawatankuasa Pelaksana Ujian Penarafan Pengakap Raja Negeri adalah


berpandukan kepada Panduan Pelaksanaan (S.O.P.) Penarafan Pengakap Raja Edisi 2018
seperti berikut:

(a) Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri perlu menetapkan tarikh ujian, kaedah ujian dan
melantik Pasukan Penaraf Pengakap Raja Negeri;

(b) Pasukan Penaraf Pengakap Raja Negeri yang diketuai oleh Ketua Penaraf
(Pesuruhjaya Latihan Negeri atau Pengerusi Program Negeri yang mempunyai
Tauliah Jurulatih Antarabangsa dan Tauliah Penaraf Pengakap Raja) akan

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 3


melantik Penaraf Pengakap Raja Negeri yang mempunyai Tauliah Penaraf
Pengakap Raja untuk menjalankan pengujian seperti yang dijadualkan;

(c) Penaraf Pengakap Raja (Pemimpin Pengakap yang telah menghadiri Kursus
Penarafan Penaraf Pengakap Raja dan mempunyai Tauliah Penaraf Pengakap
Raja) akan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berintegriti; dan

(d) Petugas atau Urus setia Ujian (terdiri daripada semua pemimpin yang
mempunyai Manikayu 4 butir atau Manikayu 3 butir atau Manikayu 2 butir atau
belum mempunyai Manikayu) akan berkhidmat melakukan kerja-kerja
keurussetiaan, persediaan tempat, peralatan, kemudahan, ICT, logistik, dan
kerja-kerja sampingan.

10. Hanya Ujian Penarafan Pengakap Raja anjuran dan kelolaan Lembaga Penarafan
Pengakap Raja Negeri sahaja yang diperakui oleh Pasukan Latihan Negara.

11. Permohonan pelaksanaan Ujian Penarafan Pengakap Raja adalah seperti berikut:

(a) PPM Negeri yang telah mempunyai Permit Ujian Penarafan Pengakap Raja bagi
tahun 2020 tetapi belum melaksanakan Ujian Penarafan pada tahun tersebut,
maka Setiausaha Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri perlu
mengemukakan surat rasmi memaklumkan tarikh baharu Ujian Penarafan
kepada Bahagian Latihan PPM, 14 hari sebelum tarikh tersebut.

(b) PPM Negeri yang masih belum memohon Permit Ujian Penarafan Pengakap
Raja untuk tahun 2020 perlu mematuhi Perkara 29 dan Perkara 30 Panduan
Pelaksanaan (S.O.P.) Penarafan Pengakap Raja.

12. Kaedah Pelaksanaan Ujian Penarafan Pengakap Raja adalah seperti berikut:

(a) Ujian secara bersemuka tidak melebihi 5 orang calon untuk 1 pusat ujian
sekiranya negeri tersebut tidak terlibat dengan PKP atau PKPD.

(b) Ujian boleh dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet,
Zoom, Skype, atau Microsoft Teams.

(c) Ujian juga boleh dijalankan secara penghasilan rakaman video yang jelas dan
menampakkan fizikal, iaitu muka dan badan calon yang boleh dimuatnaik ke
saluran YouTube atau lain-lain aplikasi (rujuk lampiran pekeliling ini).

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 4


13. Penempatan Penaraf Pengakap Raja bagi menjalankan Ujian Penarafan Pengakap
Raja adalah seperti berikut:

(a) Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri boleh menetapkan sama ada:

(i) Penaraf terlibat akan menguji calon Pengakap Raja rentas daerahnya
sebagai contoh Penaraf Daerah A akan menguji Calon Pengakap Raja
daripada daerah H.

(ii) Penaraf terlibat akan menguji calon daripada daerahnya sendiri tetapi tidak
melibatkan calon daripada kumpulannya.

(iii) Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri juga berhak untuk


menetapkan lebih daripada seorang penaraf bergandingan dengan
penaraf yang lain semasa menjalankan pengujian sama ada daripada
daerah yang sama atau daripada daerah yang berlainan.

(b) Penempatan Ujian secara bersemuka perlu dijalankan di suatu tempat yang
lapang dan terbuka. Rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Kursus dan Latihan
Secara Bersemuka Pasca COVID-19 bernombor rujukan PPM.600-
1/1/5_NormaBaharuLatihan(2020)-1 keluaran Pasukan Latihan Negara.

14. Dokumen, Borang Markah, Laporan dan Keputusan Ujian adalah seperti berikut:

(a) Dokumen menyertai Ujian Penarafan Pengakap Raja adalah berpandukan


kepada Perkara 9 Panduan Pelaksanaan (S.O.P.) Penarafan Pengakap Raja.

(b) Dokumen Permohonan Kebenaran Penganjuran Ujian Penarafan adalah


berpandukan kepada Perkara 29 Panduan Pelaksanaan (S.O.P.) Penarafan
Pengakap Raja.

(c) Borang markah setiap ujian akan diedarkan kepada semua Pesuruhjaya Latihan
Negeri untuk diguna pakai bagi ujian ini sahaja.

(d) Laporan dan keputusan ujian adalah berpandukan kepada Perkara 30.5 hingga
Perkara 30.8 Panduan Pelaksanaan (S.O.P.) Penarafan Pengakap Raja.

15. Tempoh pelaksanaan ujian adalah 30 hari daripada tarikh permit yang ditandatangani
oleh Pesuruhjaya Latihan Negara.

16. Ujian yang dijalankan tanpa kebenaran daripada Pesuruhjaya Latihan Negara adalah
tidak sah dan Lencana serta Sijil Pengakap Raja tidak akan dikeluarkan oleh Bahagian
Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 5


TATACARA PENGUJIAN BERDASARKAN KEPADA ENAM (6) MODUL UJIAN
PENARAFAN PENGAKAP RAJA

17. Borang markah dan rubrik pemarkahan adalah dengan menggunakan borang-borang
yang dibekalkan oleh Pasukan Latihan Negara melalui Pesuruhjaya Latihan Negeri. PPM
Negeri tidak boleh mengubah atau mengurangkan mana-mana bahagian pengujian yang
disenaraikan sama ada dalam bahagian domain atau sub domain dalam Perkara 18
pekeliling ini.

18. Tatacara pengujian adalah seperti berikut:

SESI KAEDAH
DOMAIN SUB DOMAIN
PENGUJIAN PENGUJIAN

Dikumpulkan
17 buah buku log secara berpusat
(Lencana Kemajuan dan Lencana dan diagihkan
PEMERIKSAAN
i. Kepandaian Unit Pengakap Muda kepada Penaraf
BUKU LOG
dan Lencana Tertinggi Pengakap untuk penilaian
Remaja) dalam tempoh
seminggu.
(a) Melapor diri;
(b) Kekemasan dan sikap;
(c) Persetiaan, Undang-undang
dan Kaedah Pengakap;
(d) Nyanyian Lagu Negaraku,
TEMUDUGA Lagu Negeri, Lagu Pengakap, Temuduga secara
BAHAGIAN A dan Lagu Patriotik; bersemuka atau
ii.
- KENEGARAAN (e) Organisasi Persekutuan secara dalam
(INDIVIDU) Pengakap Malaysia; talian
(f) Sejarah Pengakap Malaysia
dan Pengakap dunia;
(g) Skim Lencana Pengakap;
(h) Hal Ehwal Semasa; dan
(i) Kenegaraan
(a) Kerjasama dan persefahaman
Temuduga secara
ahli patrol;
bersemuka atau
(b) Penglibatan dan penyertaan secara dalam
TEMUDUGA
calon dalam perbahasan; talian
BAHAGIAN B
iii. (c) Kemahiran berkomunikasi;
- ISU SEMASA
(maksimum calon
(BERKUMPULAN) (d) Hujahan dan penzahiran fakta; satu kumpulan
(e) Keyakinan diri berhujah; dan adalah 5 orang
sahaja)
(f) Pengurusan masa

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 6


SESI KAEDAH
DOMAIN SUB DOMAIN
PENGUJIAN PENGUJIAN
Secara bersemuka
(a) Pengurusan patrol; atau tugasan
(b) Kaedah melapor (Individu) rakaman video
UJIAN ISTIADAT
iv. MENGIBARKAN (c) Perjalanan Istiadat (Individu);
(maksimum calon
BENDERA (d) Pencapaian Patrol; dan satu kumpulan
(e) Penalti. adalah 5 orang
sahaja)

(a) Mencari bearing;


UJIAN (b) Penganggaran ketinggian; Ujian secara dalam
ORIENTEERING (c) Penganggaran lebar sungai; talian portal
v.
DAN Pasukan Latihan
PENGANGGARAN dan Negara
(d) Penganggaran arus sungai

(a) Pembinaan Projek Perintis


secara berpatrol; Secara bersemuka
(b) Contoh projek perintis adalah atau tugasan
menara, pintu gerbang atau rakaman video
jambatan; (maksimum calon
(c) Pembinaan ditetapkan oleh satu kumpulan
calon secara berpatrol; adalah 5 orang
UJIAN
(d) Calon dikehendaki sahaja)
PEMBINAAN
vi. PROJEK menyediakan blueprint
Sekiranya kaedah
PERINTIS pandangan sisi, depan dan rakaman video
(PIONEERING) pandangan dari atas binaan dipilih. Video perlu
projek perintis; mengandungi 5
(e) Calon dikehendaki segmen dari mula
menyediakan laporan dan proses,
pertengahan
melakukan pembentangan proses sehingga
kepada penaraf berkenaan siap.
projeknya
Secara bersemuka
atau tugasan
rakaman video
Pengujian pembinaan 5 gajet
seperti berikut: Sekiranya kaedah
(i) Tiang bendera; rakaman video
UJIAN KRAF
(ii) Pintu gerbang; dipilih. Video perlu
vii. PERKHEMAHAN
mengandungi 5
(INDIVIDU) (iii) Dapur atas berbumbung; segmen dari mula
(iv) Meja makan berbumbung; dan proses,
(v) Ampaian baju. pertengahan
proses sehingga
siap. Satu gajet
satu video.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 7


SESI KAEDAH
DOMAIN SUB DOMAIN
PENGUJIAN PENGUJIAN
Tugasan rakaman
(a) Memasak nasi; video. Video perlu
UJIAN (b) Mempunyai baki nasi putih; mengandungi 5
PENYEDIAAN (c) Memasak nasi goreng; dan segmen dari mula
viii.
SAJIAN NASI proses,
GORENG (d) Hasil Sajian dan Kebersihan pertengahan
dapur. proses sehingga
siap.

(a) Maklumat projek dilampirkan;


(b) Logik dan boleh dibina dalam
saiz sebenar;
UJIAN PROJEK (c) Daya kreativiti dan imaginasi Temuduga secara
KHAS – MODEL dari model kepada bentuk bersemuka atau
ix. PROJEK
sebenar; secara dalam
PERINTIS
(d) Menunjukkan jalan kira bagi talian
(INDIVIDU)
skala pembesaran ke saiz
sebenar;
(e) Pembentangan hasil kerja

Secara bersemuka
atau tugasan
rakaman video
(a) Menyediakan nasi dalam buluh;
Sekiranya kaedah
UJIAN IKHTIAR (b) Menyediakan lauk ayam/ikan; rakaman video
HIDUP – (c) Menyediakan roti lilit; dipilih. Video perlu
x.
MASAKAN RIMBA (d) Menyediakan masakan mengandungi 5
(INDIVIDU) kentang/telur; segmen dari mula
(e) Keberhasilan tugasan proses,
pertengahan
proses sehingga
siap. Satu sub
domain satu video.
Pengujian 10 simpulan dan ikatan Secara bersemuka
adalah seperti berikut: atau tugasan
UJIAN SIMPULAN
(i) Ikatan Serong; rakaman video
DAN IKATAN
(PENYEDIAAN (ii) Ikatan Seraya Jepun;
Sekiranya kaedah
CARTA IKATAN (iii) Ikatan Serong Filipina; rakaman video
YANG (iv) Tindih Kasih Air; dipilih. Video perlu
xi. MENGANDUNGI
(v) Lilit Tong; mengandungi 5
NAMA IKATAN,
segmen dari mula
KEGUNAAN DAN (vi) Ikatan Pengail;
(vii) Simpul Serban; proses,
IKATAN
pertengahan
MENGGUNAKAN (viii) Lilit Berkas Tingkat;
proses sehingga
TALI PARCEL) (ix) Sambat Balik; dan siap. Satu ikatan
(x) Sambat Mata. satu video.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 8


SESI KAEDAH
DOMAIN SUB DOMAIN
PENGUJIAN PENGUJIAN
Secara bersemuka
atau tugasan
rakaman video
(i) Kebolehgunaan, kekemasan
UJIAN SIMPULAN dan masa yang diambil untuk Sekiranya kaedah
DAN IKATAN menyediakan wogel; dan rakaman video
(PENYEDIAAN (ii) Kebolehgunaan, kekemasan dipilih. Video perlu
xii.
WOGEL DAN mengandungi 5
BUSHMAN’S dan masa yang diambil untuk segmen dari mula
THONG) menyediakan Bushman’s proses,
thong pertengahan
proses sehingga
siap. Satu ikatan
satu video.
Secara bersemuka
atau tugasan
rakaman video
(a) Kawad statik (pergerakan
Sekiranya kaedah
UJIAN KAWAD individu); rakaman video
KAKI DAN (b) Kawad dinamik (pergerakan dipilih. Video perlu
xiii.
KAWAD individu); dan mengandungi 5
TONGKAT (c) Kawad tongkat (pergerakan segmen dari mula
individu). proses,
pertengahan
proses sehingga
siap. Satu sub
domain satu video.
(a) Peta dan Kompas (Pengakap);
atau Ujian secara dalam
UJIAN PETA DAN (b) Peta Nautikal (Pengakap Laut); talian portal
xiv.
KOMPAS atau Pasukan Latihan
(c) Peta Penerbangan (Pengakap Negara
Udara)

Ujian secara dalam


UJIAN TEORI
Ujian Teori talian portal
xv. PERTOLONGAN
Pasukan Latihan
CEMAS
Negara

UJIAN SIMULASI Secara bersemuka


xvi. PERTOLONGAN Simulasi CPR atau tugasan
CEMAS rakaman video

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 9


PENGUATKUASAAN

19. Pekeliling ini adalah terpakai untuk Ujian Penarafan Pengakap Raja yang sepatutnya
dijalankan pada tahun 2020 untuk calon kelahiran tahun 2001, 2002, dan 2003.

TANGGUNGJAWAB PESURUHJAYA LATIHAN NEGERI

20. Pesuruhjaya Latihan Negeri hendaklah memastikan pekeliling ini dipatuhi dan
dipraktikkan di negeri seliaannya.

KELULUSAN MESYUARAT PASUKAN LATIHAN NEGARA

21. Pekeliling ini telah dibincang dan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas dan
Teknikal Pasukan Latihan Negara Bil. 1/2021 yang bersidang pada 15 Januari 2021.

PEMANJANGAN TEMPOH ATAU PEMBATALAN

22. Pemanjangan tempoh bagi calon kelahiran 2004 atau pembatalan penguatkuasaan
pekeliling ini akan dibuat menggunakan surat rasmi yang akan ditandatangani oleh
Pesuruhjaya Latihan Negara apabila difikirkan perlu.

TARIKH KUAT KUASA

23. Pekeliling Pasukan Latihan Negara Bilangan 1 Tahun 2021 ini berkuat kuasa mulai
tarikh ia ditandatangani oleh Pesuruhjaya Latihan Negara.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 10


Yang menjalankan amanah
Persekutuan Pengakap Malaysia,

(DR. EKBERT YONG YEN LOONG)


Pesuruhjaya Latihan Negara

PASUKAN LATIHAN NEGARA


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR

Tarikh : Februari 2021

Salinan kepada,
YBhg. Dato’ Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara memangku tugas Ketua Pengakap Negara
YBhg. Semua Timbalan Ketua Persuruhjaya Pengakap Negara
YBhg. Pesuruhjaya Antarabangsa
YBhg. Pesuruhjaya Program Negara
Ybhg. Ketua Pegawai Eksekutif PPM
YBhg. Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
YBhg. Semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
YBrs. Semua Pesuruhjaya Kebangsaan
YBrs. Setiausaha Eksekutif Latihan
YBrs. Setiausaha Latihan Negara
YBrs. Setiausaha Program Negara
YBrs. Semua Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan
YBrs. Semua Pesuruhjaya Latihan Negeri

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 11


LAMPIRAN

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 12


PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 13
PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 14
PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 15
PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 16
PANDUAN PENGHASILAN RAKAMAN VIDEO

Pengujian boleh dijalankan secara bersemuka, atau secara dalam talian, atau penghasilan
rakaman video. Penentuan bentuk pengujian adalah tertakluk kepada arahan semasa yang
dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan
Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengambil kira keselamatan dan kesihatan calon
sebagai keutamaan.

1. KESELURUHAN BADAN CALON HARUS JELAS KELIHATAN

SESI
DOMAIN
PENGUJIAN

iv. Ujian Istiadat Mengibarkan Bendera


vi. Ujian Pembinaan Projek Perintis (Pioneering)
vii. Ujian Kraf Perkhemahan (Individu)
xiii. Ujian Kawad Kaki dan Kawad Tongkat
x. Ujian Ikhtiar Hidup – Masakan Rimba
xvi. Ujian Simulasi Pertolongan Cemas

(a) Durasi rakaman tidak melebihi daripada 10 minit bagi setiap video sub domain
yang dinyatakan dalam jadual tatacara pengujian yang dinyatakan di halaman 6
hingga 9 pekeliling ini.

(b) Proses rakaman perlu menggunakan kamera atau alatan elektronik yang mampu
merakam imej jelas dan audio berkualiti serta mengambil kira lokasi
penggambaran yang sesuai dan jauh daripada bunyi bising persekitaran.

(c) Jarak antara calon dan kamera tidak melebihi 5 meter bagi menampakkan
keseluruhan fizikal badan calon dalam paparan.

(d) Setiap rakaman perlu dimulakan dengan cara melapor dengan menyebut
nombor CPR dan laporan ujian yang akan dijalankan. Setelah pelaporan selesai
terus diikuti dengan penggambaran.

(e) Ibu bapa, penjaga atau rakan boleh membantu dalam proses rakaman.

(f) Semasa proses rakaman, anda dibenarkan untuk zoom in kepada sesuatu objek
untuk memfokuskan sesuatu yang anda sedang lakukan. Contohnya, anda boleh
fokus menggunakan zoom in untuk sesuatu ikatan semasa penghasilan gajet
dan sebagainya.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 17


Rajah 1: Keseluruhan badan calon perlu nampak jelas

Rajah 2: Keseluruhan badan calon dan persekitaran yang terlibat dengan aktiviti ujian
perlu nampak jelas

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 18


Rajah 3: Keseluruhan badan calon dan persekitaran yang terlibat dengan aktiviti ujian
perlu nampak jelas

2. SEPARUH BADAN CALON DAN PROSES UJIAN JELAS KELIHATAN

SESI
DOMAIN
PENGUJIAN

viii. Ujian Penyediaan Sajian Nasi Goreng


xi. Ujian Simpulan dan Ikatan (Penyediaan Carta Ikatan)
xii. Ujian Simpulan dan Ikatan (Wogel dan Bushman’s Thong)

(a) Durasi rakaman tidak melebihi daripada 10 minit bagi setiap video sub domain
yang dinyatakan dalam jadual tatacara pengujian yang dinyatakan di halaman 6
hingga 9 pekeliling ini.

(b) Proses rakaman perlu menggunakan kamera atau alatan elektronik yang mampu
merakam imej jelas dan audio berkualiti serta mengambil kira lokasi
penggambaran yang sesuai dan jauh daripada bunyi bising persekitaran.

(c) Jarak antara calon dan kamera tidak melebihi 5 meter bagi menampakkan
keseluruhan fizikal badan calon dalam paparan.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 19


(d) Setiap rakaman perlu dimulakan dengan cara melapor dengan menyebut
nombor CPR dan laporan ujian yang akan dijalankan. Setelah pelaporan selesai
terus diikuti dengan penggambaran.

(e) Ibu bapa, penjaga atau rakan boleh membantu dalam proses rakaman.

(f) Semasa proses rakaman, anda dibenarkan untuk zoom in kepada sesuatu objek
untuk memfokuskan sesuatu yang anda sedang lakukan. Contohnya, anda boleh
fokus menggunakan zoom in untuk sesuatu ikatan semasa penghasilan gajet
dan sebagainya.

Rajah 4: Separuh badan calon perlu nampak jelas.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 20


Rajah 5: Separuh badan calon dan bahan dalam kuali perlu nampak jelas
sedang menyediakan sajian nasi goreng.

Rajah 6: Separuh badan calon dan bahan ikatan perlu nampak jelas
sedang mengikat dan objek tidak terlindung.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1, TAHUN 2021 21

You might also like