Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI

Tarikh : 27 Disember 2016


Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Ampang Tinggi
Kehadiran :
1. En. Amir Hamzah bin Salleh Guru Besar
2. Pn. Norainah binti Md. Sodari GPK Kurikulum dan Pentadbiran
3. Pn. Nor Zakiah binti Mokhtar GPK Hal Ehwal Murid
4. En. Zamri bin Abdul Aziz GPK Kokurikulum
5. Pn. Norazlina bt Mohd Nor Guru Cemerlang Bahasa Melayu
6. Pn. Rusnah binti Zainal Guru Cemerlang Sains
7. Pn. Suhana bt Basery Setiausaha
8. Pn. Lizawati binti Hazali
9. Pn. Noor Idiana binti Adnan
10. Pn. Syamsidar binti Ahmad
11. Pn. Hamidah binti Saad
12. Pn. Nur Hidayah binti Rosli
13. Pn. Fuziah binti Mohd Akib
14. Pn. Noraisah binti Zainal Abidin
15. Pn. Haslina binti Jamari
16. Pn. Siti Raudah binti Mat Taha
17. Pn. Nadzirah binti Jamaludin
18. Pn. Siti Norhaniza binti Awang
19. Pn. Faizatunaziyah binti Mohd Jais
20. En. Mohd Hazwan bin Hj Mat Rohani
21. En. Mazran bin Abdul Razak
22. En Ahmad Ikmal Fajri bin Mohd Saufi
23. En. Zulkifli bin Musa
24. Pn. Mimi Mazliza bt Mohd Yusof
25. Pn. Farhanah binti Jamal Rashid
26. Pn. Rosnaini binti Yahya
27. Pn. Zalilawati binti Jusoh
28. Pn. Marzita binti Muhamad Nor
29. Pn. Ratna binti Thamrin

Tidak hadir bersebab


1. Cik Siti Fatimah Zahara binti Mohd Yusof
2. Pn. Nurul Baizura binti Yatimi

1
1.0 Ucapan Pengerusi (Tuan Guru Besar)

1.1 Bacaan doa pembukaaan oleh Tuan Guru Besar.


1.2 Bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam guru-guru.
1.3 Ucapan selamat sejahtera dan terima kasih kerana hadir mesyuarat pada hari ini.
Selamat datang kepada guru prasekolah yang baharu, Puan Ratna binti Thamrin
1.4 Perkongisan kata-kata hikmah sebagai motivasi kepada semua guru.
Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Guru Kali Ketiga 2016

2.1 Dicadangkan oleh En. Zulkifli bin Musa


2.2 Disokong oleh Puan Noraisah binti Zainal Abidin
Tindakan : Makluman

3.0 Panduan Tugas 2017

3.1 Pastikan hadir awal setiap hari sebelum 7.30 pagi. Jika hadir lambat atau ada hal
kecemasan, sila maklumkan segera pada Guru Besar atau GPK 1. Catit kehadiran
pada buku kehadiran setiap kali tiba di sekolah.

3.2 Bagi cuti rehat (7 hari), guru perlu mohon lebih awal dan rancang dengan baik. Cuti
kini dimohon secara online melalui aplikasi HRMIS dan perlu sokongan daripada
GPK 1.

3.3 Pakaian waktu bertugas mestilah sesuai. Pada hari Jumaat, guru lelaki contohnya
perlu memakai Baju Melayu lengkap dengan kain samping dan songkok.

3.4 Jangan membuat pinjaman kewangan jika tidak perlu. Jika guru mencapai tahap
keberhutangan yang serius, akan ada masalah dalam kenaikan pangkat.

Tindakan : Makluman

4.0 PPPM 2013-2025

4.1 Gelombang kedua : 2016-2010 : Memperkenal perubahan struktur


Dalam Gelombang 2, program LINUS yang ditambah baik dan kelas pemulihan
bahasa Malaysia yang baharu untuk Tahun 1 – 6, sepatutnya dapat meningkatkan
standard semua murid yang melalui sistem pendidikan rendah. Apabila aspek ini
digabungkan dengan standard yang sama bagi kurikulum dan pentaksiran Bahasa
Malaysia di SK dan SJK, maka tiada lagi keperluan untuk kelas peralihan bagi murid
yang menghadapi kesukaran menguasai bahasa Malaysia di sekolah menengah.

2
Tindakan : Makluman

5.0 Aset/My Spata

5.1 Harta sekolah seperti meja, kerusi, mesin dan sebagainya perlu ada nombor
perolehan inventori. Dalam My Spata, setiap bangunan sekolah perlu ada ukuran
khusus mengikut keluasan. Perlu ada standard dalam pelabelan bangunan. Jika
tidak digunakan, perlu ada pelupusan sama ada dijual, dibahagi-bahagikan atau
ditanam.
Tindakan : Encik Ahmad Ikmal

6.0 Latihan EspKPM

6.1 Guru perlu hadir kursus selama 7 hari setahun. Kursus luar seperti kursus haji juga
boleh dimasukkan.
Tindakan : Semua guru

7.0 HRMIS

7.1 Guru pastikan mengemas kini HRMIS seperti kenaikan pangkat, alamat,
pengisytiharan harta dan lain-lain.
Tindakan : Semua guru

8.0 PIBG Mesyuarat Agung

8.1 Cadangan tarikh pada 8 Februari 2017 (Rabu)


Tindakan : Makluman

9.0 Kedai Buku

9.1 Pembentangan kewangan oleh Puan Syamsidar. Pembelian buku murid berjalan
lancar pada hari sebelumnya.
Tindakan : Makluman

10.0 Kelab Guru dan Staf

10.1 Pembubaran AJK sesi 2015/2016. Lantikan AJK baharu bagi sesi 2017/2018. Yuran
keahlian sebanyak RM150 setahun dan lain-lain akan dikutip mengikut keadaan.
Tindakan : Makluman

11.0 Hal-hal lain

11.1 Sumbangan RM1000 untuk keperluan surau. Ustaz Zamri mencadangkan agar surau
sekolah dipasang tiles bagi menjamin kebersihan surau dan mudah dicuci jika ada
najis berbanding jika diletakkan permaidani.

3
Tindakan : Makluman

11.2 Kerja-kerja menyimen lantai makmal Sains yang berlubang akan dilakukan pada hari
ini dan esok.
Tindakan : Makluman

11.3 Puan Norainah mohon supaya semua guru bilik khas memastikan keselamatan bilik
yang dipertanggungjawabkan. Pastikan bilik sentiasa berkunci dan letak kunci
pedua yang berlabel di pejabat. Sekiranya tombol rosak, guna mangga kunci dan
sebaik-baiknya buat rekod penggunaan bilik khas.
Tindakan : Guru Bilik Khas

11.4 Bilik Frog Vle kini sudah lengkap dengan meja banquet, 40 buah chrome book,
pendingin hawa, papan putih dan LCD projector. Salinan ID murid akan disimpan
dalam fail untuk rujukan.
Tindakan : Makluman

12.0 Penutup

12.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
bersama dalam mesyuarat bagi melancarkan lagi pengurusan sekolah.
12.2 Berharap semua guru memberikan komitmen terbaik untuk kecemerlangan
sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi.

Disediakan oleh,

_____________________
(SUHANA BT BASERY)
Setiausaha Mesyuarat Guru

You might also like