Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

2.

0 LATAR BELAKANG NAHU FUNGSIONAL


Nahu fungsional atau Teori Fungsional dipelopori oleh seorang sarjana linguistik kelahiran
Australia, iaitu Michael Halliday. Kebanyakan penulisan beliau banyak memberi fokus
kepada perubahan dalam struktur bahasa ketika seseorang sedang berkomunikasi. Pandangan
beliau terhadap pengguna-penguna bahasa dianggap sebagai sebuah fenomena sosial yang
berlaku dalam kehidupan seharian. Aspek semantik merupakan satu unsur yang diteliti dalam
pengaplikasian nahu fungsional dalam mengkaji bahasa (Halliday 1985, Sinar 2003, Eggins
2004). Perkaitan antara bahasa dalam kehidupan seharian dianggap dipengaruhi oleh aspek
penutur bahasa iaitu satu kelompok komuniti atau masyarakat.

Oleh sebab Halliday (1994) mengeluarkan kenyataan bahawa bahasa merupakan


antara fenomena sosial, bahasa berfungsi sebagai satu alat pembentukan struktur ayat, fungsi,
dan makna bahasa. Pengkajian berkenaan analisis bahasa mula dikait dari sudut pengaruh
sosial dan konteks budaya dalam sebuah komuniti. Hal ini dikatakan demikian, bahasa dilihat
fungsinya sebagai satu alat perhubungan dalam masyarakat dan penggunaan bahasa yang
sesuai dalam sesebuah komunit perlu diselarikan dengan konteks budaya penutur itu.
Fenomena ini dapat dilihat kepada penggunaan leksikal ‘lawa’ dalam dua kelompok penutur
bahasa yang berbeza, iaitu antara penutur bahasa Melayu dan penutur dialek Melayu
Sarawak. Dalam situasi penutur bahasa Melayu lawa memberi makna kepada sesuatu sifat
yang ada pada fizikal manusia atau benda. Namun, dari sudut konteks penggunaan lawa
penutur dialek Melayu Sarawak cuba menyampaikan sifat manusia yang tidak mahu bertegur
sapa atau erti lain sombong.

You might also like