UNIT 3 Engine Management System

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

UNIT 3: ENGINE MANAGEMENT SYSTEM


______________________________________________________________

PENGENALAN

Electronic Fuel Injection System (EFI) telah lama dan banyak digunakan pada
kenderaan di negara-negara maju. Ini kerana ia dapat menghasilkan nisbah percampuran
udara dan bahan api yang sempurna dan tepat mengikut pada keadaan pemanduan yang
berbeza-beza.menjimatkan penggunaan kuantiti bahanapi. Pembangunan sistem ini telah
berkembang maju sehinggalah ke hari ini.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif tajuk ini ialah :


1. Memahami binaan dan fungsi Electronic Control Unit (ECU) dalam sistem Electronic
Fuel Injection (EFI).
2. Memeriksa dan menukarkan Electronic Control Unit (ECU) sekiranya perlu.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, pelajar-pelajar dapat :


1. Mengetahui binaan dan fungsi Electronic Control Unit (ECU) dalam sistem Electronic
Fuel Injection (EFI).
2. Menukar Electronic Control Unit (ECU) sekiranya perlu.

BKT 30 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

PENERANGAN :

3.1 TESTING ELECTRONIC DEVICE BACKGROUND KNOWLEDGE

Komponen elektronik boleh dikelaskan kepada 3 bahagian iaitu:


i. Komponen masukan
ii. Komponen penggerak
iii. Unit kawalan electronik(ECU)

Komponen Masukan
Komponen masukan berfungsi membekalkan maklumat berbentuk isyarat voltej
denyutan (pulse signal) ke ECU supaya keputusan boleh dibuat secara tepat dengan
parameter yang telah disetkan didalam ECU. Komponen masukan biasanya terdiri daripada
penderia(sensor) dan suis. Sensor dan suis ini ditempatkan pada tempat-tempat yang
tertentu pada kenderaan dan disambungkan ke ECU menggunakan wayar elektrik. Sensor
menghantar isyarat ke ECU dalam bentuk voltej denyutan(pulse signal). Sensor-sensor
dipasangkan bersama-sama komponen elektronik yang lain bagi membetulkan kuantiti
udara dan bahanapi yang masuk ke ruang pembakaran. Dengan ini pembakaran udara dan
bahanapi lebih berkesan dan kuasa yang dihasilkan lebih bertambah. Berikut disenaraikan
fungsi-fungsi asas sensor :

1. Air Flow Sensor - mengukur jumlah kemasukan udara yang masuk


(Penderia Aliran Udara ) pancarongga masukan dan menghantar isyarat ke
ECU.
Lokasi berhampiran Air Cleaner.

2. Intake Air Temperature Sensor - mengukur suhu udara yang masuk ke pancarongga
(Penderia Suhu Udara Masuk) masukan dan menghantar isyarat ke ECU.
Lokasi dalam Air Cleaner.

3. Coolant Temp.Sensor - mengukur kepanasan suhu air dalam bungkah enjin.


Lokasi pada bungkah enjin

4.Throttle Position sensor - mengukur sudut bukaan throttle dan ditukar kepada
voltej untuk dihantar ke ECU.Lokasi di Throttle Body.

5. Idle Position Switch - mengesan kedudukan throttle samada dibuka atau


tidak. Lokasi di Throttle Body

BKT 31 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS
6. Top Dead Center Sensor - mengesan kedudukan piston dalam lejang
(TDC Sensor) mampatan dan menentukan pancitan mengikut
firing order. Lokasi dalam Distributor

7. Crank Angle Sensor - mengesan kedudukan piston berada pada 75


BTDC dan beri isyarat pada ECU supaya pancit
Bahanapi. Lokasi dalam Distributor.

8. Detonation Sensor - mengesan gegaran yang terjadi pada bungkah


enjin. Lokasi di Enjin Block.

9. Vehicle Speed Sensor - mengesan kelajuan enjin. Lokasi diSpeedometer

Komponen Penggerak(Actuator)
Komponen penggerak biasanya menerima isyarat yang telah ditafsir oleh ECU.
Komponen keluaran terdiri daripada :

i. Injector
- Komponen/peranti masukan akan menghantar isyarat keadaan pemanduan
kepada ECU. ECU akan mengtafsir isyarat tersebut.Selepas mentafsir, ECU
akan menghantar isyarat ke injector supaya pancitkan kuantiti bahanapi
berdasarkan isyarat keadaan pemanduan.

ii. Idle Speed Control Servo(Air Valve)


- Terima isyarat dari ECU untuk melaras nisbah campuran udara dan
bahanapi mengikut kendalian enjin.

iii. Cold Start Injector


- Biasanya ECU akan menghantar isyarat kepada ‘cold start injector’ pada
waktu pagi sahaja supaya untuk mengkayakan percampuran udara dan
bahanapi. Ini untuk memudahkan enjin dihidupkan pada wakltu pagi.

BKT 32 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Unit Kawalan Elektronik(ECU)

Pengaliran Udara (Air Flow)


Jika injap throttle yang dipasang pada ‘accelerator pedal’ terbuka, udara masuk ke
silinder daripada pembersih udara melalui ‘air flow meter’. Bila udara masuk melalui ‘air flow
meter’ ia akan memnekan serta membuka plat pengukuran. Jumlah isipadu udara yang
masuk dikesan dengan perluasan pemukaan plat. Sudut perluasan bukaan plat akan ditukar
kepada nilai denyutan voltej (pulse signal). Voltej ini dihantar ke ECU

dan seterusnya ECU akan mentafsir nilai voltej tersebut. Setelah ditafsir ECU akan
menghantar isyarat ke injector untuk memancitkan bahanapi berdasarkan udara yang
masuk. Seperti karburator, injap throttle mengawal isipadu udara. Lebih besar injap dibuka,
lebih besar jumlah udara yang masuk ke silinder. Pada kelajuan yang rendah pengaliran
udara berkurangan dan plat pengukuran akan terbuka sedikit. Pada kalajuan tinggi
kemasukan udara bertambah dan plat pengukuran akan terbuka lebih besar.

Gambarajah 1 : Pengaliran Udara (Air Flow)

BKT 33 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Pengaliran Bahanapi (Fuel Flow)


Bahanapi bertekanan tinggi yang dihantar oleh pam bahanapi elektrikal mengalir
melalui injector.Terdapat satu injector untuk setiap silinder (jenis MPI). Bahanapi disuntik
semasa injap solenoid terbuka. Isipadu bahanapi yang disuntik dikawal oleh perubahan
masa bukaan solenoid. Pada kebiasanya bila isipadu udara masuk sedikit, masa solenoid
terbuka adalah pendek dan bila masukan udara besar masa solenoid terbuka adalah lama.

Gambarajah 2 : Pengaliran Bahan Api (Fuel Flow)

Asas Pengawalan Isipadu Suntikan (Basic injection volume control)


Isipadu udara yang mengalir dikesan oleh Air flow meter dan diubah kepada voltej
(pulse signal) dan pengesanan (signal) ini dihantar ke ECU. Isyarat gelung pertama untuk
RPM enjin dihantar ke ECU daripada gelung penyalaan. ECU akan mengira berapa banyak
bahanapi yang diperlukan untuk jumlah udara yang masuk dan maklumat akan disampaikan
kepada setiap injector untuk masa bukaan solenoid. Bila injap solenoid di injector dibuka,
bahanapi disuntik kedalam pancarongga masukan.

Gambarajah 3 : Asas Pengawalan Isipadu Suntikan

BKT 34 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Injection Timing and Duration (Jangkamasa dan Timbangmasa Pancitan)


Isyarat RPM enjin daripada gelung penyalaan yang dihantar akan menyebabkan
injector akan menyuntik bagi setiap pusingan Crankshaft. Empat lejang enjin akan melalui
lejang masukan, mampatan, kuasa dan ekzos dengan setiap 2 pusingan Crankshaft. Masa
bagi setiap pancitan cuma separuh dari masa yang dikehendaki, ,jadi ia mengambil 2
pancitan untuk memberi jumlah yang betul bagi pembakaran dalam 1 lejang. Walau
bagaimanapun ini bergantung kepada pengeluar kenderaan.

Gambarajah 4 : Jangkamasa dan Timbangmasa Pancitan

BKT 35 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Peralatan Pembetulan (Corection Devices)


Enjin tidak boleh beroperasi dengan baik jika hanya dengan jumlah isipadu asas
(basic injector volume). Ini kerana enjin mesti boleh beroperasi didalam keadaan yang
berubah-ubah dan setengan peralatan pembetulan (correction device) perlu ditambah untuk
menyelaraskan nisbah udara bahanapi mengikut keadaan yang sentiasa berubah-ubah.
Sebagai contoh, apabila enjin sejuk atau dalam keadaan beban berat, percampuran udara
dan bahanapi yang kaya diperlukan. ECU akan mengubahsuai nisbah udara dan bahanapi
mengikut keadaan operasi enjin. Ada 2 cara untuk membetulkan nisbah udara dan bahanapi
iaitu :
i. Enrichment correction – dengan cara pengawalan menggunakan komputer.
ii. Penambahan alat tambahan – tidak menggunakan komputer tetapi peralatannya
berfungsi sama seperti fungsi pengawalan oleh komputer.

Enrichment Correction (Peralatan Perkayaan)


Maklumat tentang keadaan operasi enjin dimasukan ke computer (ECU) daripada
beberapa sensor sebagai penambahan maklumat tentang jumlah udara daripada air flow
meter dan RPM enjin daripada gelung penyalaan. ECU berkemampuan mentafsir jumlah
udara yang masuk dan mampu mengubah jumlah bahanapi yang akan disuntik. Dengan lain
perkataan walaupun jumlah masukan udara sentiasa sama,jumlah bahanapi yang disuntik
oleh injector akan meningkat atau turun mengikut keadaan operasi enjin.

Gambarajah 5 : Enrichment Correction

BKT 36 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Peralatan Tambahan(Auxiliary Devices)


Ada 2 peralatan tambahan iaitu :
i. Cold start injector
ii. Injap udara(air valve)

Gambarajah 6 : Auxiliary Devices

Dalam keadaan suhu rendah,injap udara akan meningkatkan kelajuan pepura enjin
walaupun pada ketika itu injap throttle tertutup.Enjin mengambil udara melalui injap udara.
Isipadu udara yang mengalir melalui injap udara akan berubah suhu. Apabila suhu rendah
injap akan terbuka penuh dan membenarkan isipadu udara yang banyak melaluinya. Apabila
suhu meningkat, injap mula tertutup sepenuhnya yang mana akan menggunakan “bimetel”
dan elektrik heater coil(pemanas gelung elektrik).

Gambarajah 7 : Keadaan Semasa Sejuk Dan Semasa Panas

BKT 37 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Pemancit Penghidup Sejuk (Cold Start Injector)


Cold Start Injector adalah untuk meningkatkan penghidupan (improve startbility) bila
enjin dalam keadaan sejuk. Menghidup enjin dalam keadaan sejuk memerlukan lebih
bahanapi dan rich mixture. Hanya apabila enjin sejuk dan dipusingkan oleh starter motor,
cold start injector memancitkan bahanapi untuk memperkayakan campuran.

Gambarajah 8 : Cold Start Injector

Cold start injector adalah merupakan sejenis injap solenoid yang menggunakan
kuasa daripada bateri untuk membuka dan menutup injap didalamnya dan seterusnya
memancitkan bahanapi.Untuk megelakkan berlakunya percampuran yang berlebihan (overly
rich mixture), lama masa pancitan dikawal oleh suis masa(time switch) yang diatur oleh
bimetel dan gelung pemanas elektrik.

Gambarajah 9 : Lokasi Cold Start Injector

BKT 38 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

3.2 MICROCOMPUTER

Microcomputer
Microcomputer adalah sejenis unit padat yang terdiri daripada pelbagai litar
bersepadu / IC (Intergrated Circuit), Transistor, Perintang, Diode dan Peranti Electronic yang
lain.
Kesemua komponen yang terlibat dipasangkan pada bahagian atas papan litar
tercetak yang mempunyai sambungan masukan (Input) dan keluaran (Output). Pemasangan
lengkap ini kemudiannya dimuatkan ke dalam kotak logam dan diletakkan di bahagian
kenderaan yang paling selamat daripada ancaman kerosakan apabila berlakunya
kemalangan.
Microcomputer berfungsi menerima maklumat dalam bentuk isyarat elektrik dari
berbagai masukan (Input) dan keadaan. Isyarat ini kemudiannya dibandingkan dengan
aturcara tertentu untuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Seterusnya isyarat
keluaran (Output) dari Microcomputer akan dihantar ke penggerak (Actuator), Peranti
Electronic dan Unit Paparan.

Gambarajah 10 : Microcomputer

BKT 39 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS
Bahagian Masukan (Input)
Bahagian masukan ditempatkan didalam perumah logam yang dipanggil
‘Selongsong Komputer’ dan dibentuk diatas papan litar tercetak. Unit ini disambung keluar
melalui palam berliang pin yang terletak disebelah luar selongsong computer. Bahagian
masukan berfungsi memilih, menyesuai dan menguatkan isyarat masukan.

Binaan
Bahagian masukan terdiri daripada penyesuai masukan dan pemultipleks. Penyesuai
masukan mempunyai dua bahagian iaitu penguat (AMP) dan penukar analog ke digit (A/D).
kesemua bahagian ini dibina dengan menggunakan rekabentuk penyepaduan skala sangat
besar (VLSI). Ini bermakna komponen-komponen yang terlibat mempunyai saiz yang sangat
kecil. Beberapa ribu Transistor, Diode, Perintang dan Pemuat boleh dibentuk dan dimuatkan
di satu kawasan dengan keluasan yang lebih kecil daripada kepala sebatang pin. Penyesuai
masukan disambungkan ke masukan pelbagai jenis penderia menggunakan dawai pengalir.
Penyambungan ke Microcomputer pula menggunakan papan litar tercetak.

Kendalian
Isyarat masukan terdapat samada dalam bentuk analog atau digit. Isyarat analog
merupakan isyarat yang mempunyai nilai berubah. Penderia suhu merupakan peranti yang
menghasilkan isyarat analog – menghasilkanisyarat voltan berubah yang berkadaran
dengan julat perubahan suhu. Isyarat digit ini pula merupakan isyarat yang menetapkan
keadaan-keadaan tertentu – buka atau tutup, tinggi atau rendah, ya atau tidak.
Sebelum dihantar ke Microprocessor, semua isyarat analog dihantar ke penukar
analog ke digit terlebih dahulu untuk ditukar menjadi isyarat digit dan ditingkatkan
(dikuatkan) ke aras yang boleh dikenal oleh Microprocessor. Jika isyarat masukan memang
telah tersedia dalam bentuk isyarat digit, isyarat tersebut tidak perlu lagi dihantar ke penukar
analog ke digit. Sebaliknya, isyarat ini akan terus dihantar ke bahagian penguat untuk
ditingkatkan ke aras yang boleh digunakan oleh Microprocessor.
Dalam keadaan tertentu, isyarat masukan akan dihantar ke pemultiplek terlebih
dahulu. Pemultiplek merupakan peranti yang secara analoginya berfungsi seperti suis
mekanik yang mempunyai berbilang masukan dan hanya satu keluaran. Apabila
Microkomputer memerlukan maklumat dari mana-mana penderia system, Pemultiplek akan
menyambung penderia yang dimaksudkan tersebut ke Microcomputer.

BKT 40 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS
Pada satu-satu masa, isyarat masukan dari penderia system tidak kesemuanya
disambungkan ke Micriprocessor secara serentak. Untuk tujuan pengawasan, sesetengah
isyarat mungkin perlu dihantar dengan kerap ke Microprocessor seperti dari penderia
kedudukan pendikit. Penderia yang tidak memerlukan pengawasan yang berterusan boleh
dihalakan melalui Pemultiplek dan seterusnya akan dipilih untuk dihantar ke Microprocessor
apabila Microprocessor tidak sibuk berurusan dengan penderia-penderia yang genting.
Penunjuk aras bahan api adalah salah satu contoh penderia yang tidak memerlukan
pengawasan yang berterusan.
Bilangan masukan yang perlu dilayani oleh Microprocessor boleh dikurangkan
dengan menggunakan Pemultiplek.

Gambarajah 11 : Microcomputer Dibantu Oleh Penderia Dan Penggerak Bekerja Mengikut


Tatacara Yang Sama Seperti Komputer

BKT 41 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Bahagian Pemproses Dan Storan


Dalam kebanyakan kes, pemproses yang digunakan biasanya Microcomputer.
Microcomputer terdiri daripada Microprocessor dan bank ingatan (Storan). Microcomputer
dibina diatas papan tercetak dan ditempatkan di dalam selongsong computer. Papan litar
tercetak berfungsi menyambung komponen-komponen Microcomputer.

Binaan
Microprocessor atau unit pemprosessan pusat (CPU) merupakan litar bersepadu (IC)
yang dibina berdasarkan kepada rekabentuk skala sangat besar (VLSI). Ini bermakna
komponennya mempunyai saiz yang tersangat kecil. Microprocessor terdiri daripada
beberapa bahagian seperti pemasa, penyahkod, pembilang aturcara, unit logic aritmetik dan
daftar. Bahagian-bahagian ini membolehkan Microprocessor mengambil, mentafsir dan
seterusnya melaksanakan arahan.
Ingatan computer terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu Ingatan Baca Sahaja (ROM –
Read Only Memory), Ingatan Pengekal (KAM – Keep Alive Memory) dan Ingatan Capaian
Rawak (RAM – Random Access Memory). Ketiga-tiga jenis ingatan ini merupakan peranti
litar bersepadu (IC) yang ditempatkan didalam blok plastic yang mempunyai banyak kaki
digunakan untuk menyambung litar bersepadu (IC) ke komponen lain.

Gambarajah 12 : Bahagian Masukan, Pemprosesan Dan Keluaran Komputer Dalam Bentuk


Mudah

BKT 42 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS
Kendalian
Perihalan yang cuba disampaikan disini hanyalah dalam bentuk garis kasar sahaja
kerana kendalian Microprocessor sebenarnya suatu perkara yang rumit.
Untuk membolehkan Microprocessor menjalankan tugas
tertentu, satu set langkah arahan logic diperlukan. Langkah-langkah ini dikenali sebagai
aturcara dan disimpan didalam ingatan baca sahaja (ROM). Aturcara terdiri daripada kod
arahan yang mengawal tindakan proses.

Gambarajah 13 : Setiap Kedudukan Ingatan Didalam Cip Dikenalpasti Melalui Alamat


Ingatan

Apabila Microcomputer di’ON’kan, Micriprocessor akan mencari alamat-alamat


tertentu yang telah disetkan didalam ROM untuk memulakan pelaksanaan aturcara. Kod
arahan akan memberitahu pemproses supaya membaca masukan atau data dari ingatan,
kemudian menyimpannya di dalam daftar, lalu membanding atau mengubahsuai data
tersebut dan seterusnya menyimpannya didalam ingatan atau menghantarnya terus ke
peringkat keluaran. Tindakan ini kesemuanya dilaksanakan dalam julat masa mikrosaat
(1/1,000,000saat).
Ingatan baca (ROM) sahaja mengandungi maklumat yang telah diaturcarakan yang
disimpan secara kekal dan tidak boleh ditukar atau dipadam menggunakan computer biasa.
ROM digunakan untuk menyimpan aturcara yang mengandungi arahan tertentu, jadual lihat-
rujukan dan juga spesifikasi komponen kenderaan.

BKT 43 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Gambarajah 14 : Kedudukan RAM, KAM Dan ROM

Ingatan baca sahaja aturcara boleh padam (EPROM) adalah sejenis ROM khas yang
aturcaranya boleh dipadam atau ditukar. Dengan menggunakan EPROM, para pengilang
kereta boleh menggunakan pekakasan yang sama untuk beraneka jenis enjin iaitu dengan
cara melengkapinya dengan aturcara yang berbeza. Ingatan capaian rawak (RAM)
digunakan sebagai kawasan storan tidak kekal (kawasan kerja) semasa aturcara ROM
dilaksanakan. Maklumat yang disimpan didalam RAM sentiasa bertukar dan sentiasa
dikemaskinikan. Sebagai contoh, masukan penderia yang sentiasa bertukar akan
ditempatkan didalam RAM.
Ingatan pengekal (KAM) dikendalikan dengan cara yang sama dengan kendalian
ingatan capaian rawak (RAM). Perbezaan utama diantara kedua-duanya hanyalah dari
tempoh ingatan sahaja yang mana RAM akan kehilangan maklumat yang disimpannya
apabila litar penyalaan kenderaan dimatikan. Sebaliknya, KAM akan mengekalkan maklumat
yang disimpannya walaupun litar penyalaan kenderaan ditutup kecuali jika sambungan
kepada bateri ditanggalkan.

BKT 44 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Gambarajah 15 : Peranti Keluaran Yang Boleh Dikawal Oleh Microprocessor

BKT 45 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Bahagian Keluaran
Apabila Microprocessor memutuskan untuk menghantar maklumat ke keluaran,
laluan keluaran yang betul mestilah dipilih terlebih dahulu. Microprocessor biasanya
mempunyai tiga laluan pilihan iaitu :

 Menghantar maklumat terus ke pemacu keluaran.


 Menghantar maklumat ke pemacu keluaran melalui penukar Digit ke Analog.
 Menghantar maklumat ke pemacu keluaran melalui penyahmultipleks.

Kesemua komponen ini dibina diatas papan litar tercetak dan di tempatkan didalam
selongsong computer. Penyambungan antara komponen dibuat melalui papan litar tercetak.

Binaan
Umumnya pemacu keluaran terdiri daripada dua Transistor besar yang disambung
secara siri disamping beberapa perintang. Peranti ini dikenali sebagai penguat Darlington.
Satu aspek penting untuk tujuan perlindungan, adalah pemacu keluaran mesti dicagakkan di
atas sinki haba.
Penukar digit ke analog (D/A) dan penyahmultipleks adalah dalam bentuk litar
bersepadu (IC) yang direka bentuk menggunakan kaedahpenyepaduan skala sangat besar
(VLSI). Litar ini terdiri daripada Transistor, Diode, Perintang dan Pemuat dengan jumlah
yang sangat banyak. Setiap peranti mempunyai satu set kaki-kaki kecil yang berfungsi
menyambungkan peranti tersebut ke papan litar tercetak. Kaki-kaki ini boleh disisipkan ke
dalam tapak yang telah dicagakkan terlebih dahulu diatas papan litar tercetak atau boleh
juga dicagakkan terus diatas permukaan dengan cara mematerikan kaki-kaki tersebut
kepada papan litar tercetak.

Gambarajah 16 : Penguat Darlington Berasaskan Dua Transistor PNP

BKT 46 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS
Kendalian
Penukar digit ke analog (D/A) berfungsi menukarkan isyarat digit menjadi isyarat
keluaran bertangga (analog). Ini bermakna isyarat digit boleh digunakan untuk
meningkatkan atau mengurangkan voltan atau aliran arus yang dikenakan ke unit kerja.
Pemacu keluaran berfungsi sebagai penyambung ke unit kerja.
Isyarat digit boleh disambungkan terus ke pemacu keluaran. Dengan
menganggapkan pemacu keluaran terdiri daripada Penguat Darlington, maka apabila isyarat
digit pada tapak Transistor kuasa berada dalam keadaan tinggi, Transistor tersebut akan
mengalirkan arus dan voltan yang dikenakan kepada Transistor pengsuisan. Pada ketika
arus mengalir ke dalam tapak Transistor pengsuisan, Transistor pengsuisan tersebut akan
mengalirkan arus diantara pemungut dengan memancar untuk menghidupkan unit kerja.

Gambarajah 17 : Apabila Isyarat Masukan TINGGI (Hidup atau 1) Dikenakan Kepada


Tapak Transistor Kuasa T1, Transistor Tersebut Akan Hidup. Arus Akan Mengalir Melalui T1
dari C Ke E. Seterusnya Arus Ini Akan Mengalir Ke Tapak T2 Dan Menghidupkan T2. Arus
Beban (Mungkin Arus Dari Gegelung Penyalaan) Mengalir Melalui T2 Dari C Ke E Dan
Keluar Ke Bumi

Fungsi Penyahmultipleks boleh disamakan dengan fungsi suis putar yang


mempunyai satu masukan dan beberapa keluaran. Bilangan keluaran yang terlibat
bergantung kepada julat unit kerja yang perlu dikawal oleh Microprocessor. Microprocessor
akan menyambungkan mana-mana keluaran yang diperlukan ke masukan. Keluaran ini
boleh disuiskan dengan pantas supaya isyarat yang terhasil kelihatan seolah-olah seperti
isyarat berterusan. Setiap keluaran perlu disambungkan ke pemacu keluaran.

BKT 47 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

Gambarajah 18 : Apabila Isyarat Masukan RENDAH (Mati atau 0) Pada Tapak Transistor
Kuasa T1, Transistor Tersebut Akan Mati. Arus Tidak Boleh Mengalir Melalui T1 Untuk
Menuju Ke Tapak T2 Dan Dengan Demikian T2 Akan Mati. Arus Beban Tidak Dapat
Mengalir Ke Bumi Kerana Laluan Dari C Ke E (T2) Tidak Membenarkannya

BKT 48 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

3.3 FUNCTION OF ELECTRONIC CONTROL UNIT (ECU)

Electronic Control Unit (ECU) digunakan pada kenderaan yang menggunakan EFI
sistem. ECU adalah satu alat elektronik yang menerima isyarat daripada beberapa jenis
sensor dan menghantar isyarat tindak balas kepada sensor yang lain serta mengira jumlah
isipadu pancitan bahan api berpandukan data yang diterima.

Fungsi ECU terbahagi kepada dua iaitu:


1. Injection timing control
Injection timing control adalah untuk menentukan pemasaan yang sesuai
untuk injektor memancitkan bahan api ke dalam ruang silinder melalui isyarat
penyalaan primer (Ignition primary signal atau IG). ECU akan mengesan isyarat ini
dan menukarkannya ke dalam bentuk pulse. Di dalam enjin 4 silinder, hanya satu
isyarat pancitan untuk setiap dua isyarat penyalaan. Manakala bagi enjin 6 silinder,
hanya satu isyarat pancitan untuk setiap tiga isyarat penyalaan.

Gambarajah ECU

Rajah Injection timing

BKT 49 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS
2. Injection volume control
Injection volume control adalah untuk menentukan jumlah bahan api yang
perlu dipancitkan ke dalam ruang silinder melalui RPM enjin dan intake air volume
signal serta injection volume correction signal.
Isipadu pancitan (Injection volume) ditentukan oleh kedua-dua intake air
volume dan RPM enjin. Jika RPM enjin sekata, isipadu pancitan akan meningkat
dengan peningkatan intake air volume. Manakala jika intake air volume pula yang
sekata, isipadu pancitan akan meningkat dengan penurunan RPM enjin.

Injection Correction

BKT 50 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS
1. Start dan After-Start Enrichment
Ini akan meningkatkan isipadu pancitan bersesuaian dengan suhu coolant untuk
mempertingkatkan kebolehan menghidupkan enjin dan memperbaiki kesetabilan operasi
enjin untuk seketika selepas enjin dihidupkan.

2. Warm-up Enrichment
Ini adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan drivability semasa enjin sejuk.
Isipadu pancitan akan bertambah berikutan isyarat daripada water temperature sensor.

3. Intake Air Temperature Correction


ECU akan membetulkan nisbah campuran udara dan bahan api berdasarkan isyarat
daripada air temperature sensor. Apabila suhu di bawah suhu standard, isipadu pancitan
bahan api meningkat. Manakala bila suhu melebihi suhu standard, isipadu pancitan
bahan api berkurangan.

4. Acceleration Enrichment
Ini adalah untuk mempertingkatkan drivability apabila kenderaan memecut semasa
throttle valve tertutup, bahan api dipancit sekali sahaja semasa pre-determined duration.

5. Power Enrichment
Isipadu pancitan akan meningkat apabila throttle valve terbuka melebihi 50 0 atau 600
daripada kedudukan tertutupnya.

6 Fuel Cut-Off
Apabila RPM enjin melebihi pre-determined level dan throttle position sensor idle
points tertutup, pancitan bahan api akan diputuskan bagi menyediakan cleaner emission
dan penjimatan bahan api yang lebih baik.

1. Voltage Correction
ECU akan mengira tempoh pancitan bahan api untuk mengekalkan percampuran
bahan api yang diperlukan oleh enjin dan akan menghantarkan isyarat pancitan ke
pemancit bahan api. Semakin tinggi voltan yang diberikan, semakin pendek tempoh
pancitan bahan api manakala semakin rendah voltan yang diberikan, semakin panjang
tempoh pancitan bahan api.

BKT 51 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

BKT 52 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

LATIHAN

1. Nyatakan komponen yang mengesan kemasukan udara dan terangkan operasinya.

2. Terangkan secara ringkas bagaimana pengawalan pancitan bahanapi dilakukan.

3. Terangkan 2 cara bagaimana untuk membolehkan enjin beroperasi dengan baik


dalam keadaan enjin yang berubah-ubah.

4. Apakah alat yang digunakan untuk mengawal pergerakan buka dan tutup air valve.

5. Terangkan fungsi ECU(Electronic/engine Control Unit).

6. Apakah bentuk isyarat yang dihantar oleh sensor-sensor ke ECU.

7. Nyatakan dengan jelas fungsi Injection timing control dan Injection volume control?

8. Nyatakan kebaikan pengunaan ECU dalam teknologi automotif masa kini?

9. Terangkan keselamatan pada ECU setelah dikeluarkan dari kenderaan?

10. Dengan jelas terangkan komponen asas ECU?

BKT 53 CVA20043
AUTOMOTIVE CONTROL SYSTEM AND DIAGNOSIS

RUMUSAN
Di dalam tajuk ini pelatih telah mempelajari apakah itu Electronic Fuel Injection System
khususnya Electronic Control Unit (ECU). Pelatih juga telah mempelajari peranan dan fungsi
serta melakukan kerja analisa dan mengesan kerosakan. Oleh itu selepas mempelajari tajuk
ini pelatih bolehlah memahami apa itu Electronic Fuel Injection System khususnya Electronic
Control Unit (ECU) dan dapat menerangkan perkara berkaitan dengannya.

RUJUKAN
1. William H. Crouse and Donald L. Anglin. Automotive Mechanics
2. Automotive Electrical/electronic system
3. BOSH SAE
4. Toyota Service Training Manual
5. Vehicle Electronic System And Fault Diagnosis – Allan W.M Bannick, Penerbit
Arnold

BKT 54 CVA20043

You might also like