Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Isi kandungan

BIL ISI KANDUNGAN


1. 1.0 PENGENALAN
2. 2.0 AMALAN MASYARAKAT JAHILIAH DALAM MENYUMBANGKAN PELBAGAI
TELADAN DAN PENGAJARAN KEPADA MASYARAKAT SEJAGAT

3. 2.1 POLITIK
4. 2.2 EKONOMI
5. 2.3 SOSIAL
6. 3.0 ZAMAN RASULALLAH SAW DALAM MENYUMBANGKAN PELBAGAI
TELADAN DAN PENGAJARAN KEPADA MASYARAKAT SEJAGAT.

7. 3.1 POLITIK
8. 3.2 EKONOMI
9. 3.3 SOSIAL
10. 4.0 IKHTIBAR
11. 5.0 KESIMPULAN
12. 6.0 RUJUKAN
1.0 Pengenalan

Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang tinggal di semenanjung Arab selama 300 tahun iaitu
kerajaan Saba jatuh akibat runtuhnya empangan Maarib sehinggalah Allah menurunkan wahyu kepada
Nabi Muhammad SAW1. Zaman ini bermulanya dari tahun 300M sehingga 610M. Ciri-ciri Zaman Jahiliah
jika diteliti ayat-ayat al-Quran, ia boleh diringkaskan kepada empat kategori. Antaranya ialah zaman yang
tiada nabi dan tiada kitab petunjuk. Zaman tanpa tamadun, zaman di maana masyarakat tiada akhlak dan
angkuh serata, zaman masyarakat jahil kerana tiada ilmu2. Kedatangan Islam dan Nabi Muhammad SAW
sememangnya satu perubahan besar yang berlaku kepada umat Islam. Tamadun Islam pada zaman
Rasulullah SAW merupakan zaman yang paling ideal bagi seluruh umat Islam untuk menempuh cahaya
Islam yang sebenar, kerana tidak ada penyelewengan langsung daripada ajaran Islam ketika itu sama ada
berkaitan Aqidah, Syariah dan Akhlak3. Semua amalan dan aktiviti mahupun yang baik atau buruk yang
dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah dan juga masyarakat zaman Rasulullah menunjukkan ikhtibar dan
teladan untuk kita supaya kita dapat mengikuti yang baik dan tidak mengulangi yang buruk.

2.0 Amalan masyarakat jahiliah dalam menyumbangkan pelbagai teladan dan pengajaran kepada
masyarakat sejagat.

2.1 Politik

Secara umumnya, kerajaan-kerajaan pada zaman jahiliah tidak mempunyai sistem pemerintahan
yang berkuasa dan terancang. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar Tanah Arab telah dikuasai oleh
penjajah yang mengakibatkan keadaan politik mereka tergugat4. Contohnya, kerajaan Rom dan Parsi
menjajah kawasan bahagian utara Tanah Arab. Kesan negatif penjajahan ini paling jelas digambar apabila
wujudnya sistem kabilah di kalangan masyarakat. Kabilah Arab merupakan sekumpulan manusia yang
terikat dengan kesatuan darah menyebakan hukum adat diwujudkan antara individu dan jemaah
berpandukan solidariti5. Kesan buruk penjajahan jelas dilihat dalam sistem kabilah kerana perasaan
terkurung oleh kuasa asing mematahkan semangat juang masyarakat dan menjadikan mereka tinggal
dalam puak sendiri demi mendapat sokongan dan perlindungan kerajaan penjajah 6. Hal ini menyebabkan
mereka sentiasa bergaduh dan berperang antara satu sama lain supaya mereka dapat perlidungan yang
sepenuhnya. Akibtanya, keadaan ini telah menyebabkan kehidupan masyarakat kucar-kacir dan tidak
aman. Dari sini kita dapat memahami bahawa sekiranya sesebuah negara itu tidak mempunyai sistem
pemerintahan yang teratur dan kukuh serta pemimpin yang berwibawa, maka kesejahteraan dan
keamanan rakyat negara tersebut terancam.
1
Mahayudin Hj.Yahya. 1998. TAMADUN ISLAM. Penerbit Fajar Bakti. hlm 7

2
Imamuna, Cahya Ravi, and Mumammad Sapil. 2021. “MAKNA JAHILIAH DALAM AL-QUR’AN (Analisis Konsep Jahiliah Modern).”
Al Muhafidz: Jurnal Ilmu Al-Qur’an Dan Tafsir 1 (2): 150–66
3
Mahayudin Hj.Yahya. 1998. TAMADUN ISLAM. Penerbit Fajar Bakti. hlm 26
4
Ibid. hlm 9
5
Meor Aris Meor Hamzah et.al. 2017. Sejarah Islam Sehingga Daulah Abbasiyah. Dolphin Press International Sdn.Bhd. hlm 32
6
Mahayudin Hj.Yahya. 1998. TAMADUN ISLAM. Penerbit Fajar Bakti. hlm 10
Jika dikaitakan dengan masa kini, masih lagi terdapat negara-negara yang tidak tenteram akibat
penjajahan dan sistem pentadbiran yang tidak kukuh. Contohnya dapat dilihat dalam isu negara Palestin di
mana sehingga kini berlakunya peperangan antara Israel dan Palestin. Hal ini harus dipandang serius
kerana korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak
hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga
dikorbankan. Oleh itu, kita tidak harus mencontohi sistem politik pada zaman jahiliah dan sistem politik di
negara-negara kini dan berusaha ke arah membentuk sebuah struktur pemerintahan yang cekap supaya
kesejahteraan rakyat dijamin.

2.2 Ekonomi

Bernard Lewis dalam The Arab in History, mengatakan bahawa orang Arab Jahiliah khususnya
orang Badwi telah menjalankan kegiatan pertanian dan pengembalaan untuk menyara kehidupan mereka 7.
Walaupun mereka berjaya menjalankan pertanian, namun kegiatan ini dikatakan jahil kerana mereka tidak
berusaha untuk melakukan sesuatu untuk membina sistem pengairan yang baik dan meningkatkan lagi
kesuburan tanah. Hal ini demikian kerana, kegiatan pertanian masyarakat Badwi sering berpindah randah
kerana kedudukan geografi mereka di padang pasir telah menyukarkan mereka untuk mendapatkan
bekalan air yang mencukupi dan tanah yang subur8. Selain daripada itu, orang Arab jahiliah dikatakan
mencapai kemajuan yang cukup tinggi dan dalam bidang perniagaan dan pengembaraan9. Buktinya dapat
dilihat apabila Kota Mekkah berfungsi sebagai sebuah pusat perdagangan yang agak termashyur pada
ketika itu. Selain daripada itu, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengikuti bapa saudaranya Abu Talib
bin Abdul ke luar negara untuk tujuan pengembaraan 10. Walaupun orang Arab jahiliah dikatakan mencapai
tamadun yang tinggi dalam bidang perniagaan, namun kegiatan ini dijalankan berasaskan riba dan
penindasan11. Dalam konteks Islam, hal ini merupakan amalan jahiliah. Hal ini berlaku disebabkan oleh
sifat ketamakan masyarakat yang lebih mementingkan kekayaan semata-mata sehingga mereka sanggup
melakukan rompakan dan mengeksploitasi daripada golongan miskin. Lantaran daripada riba dan
penindasan, maka lahirlah perselisihan, penipuan dan peperangan semasa sesuatu urusan perniagaan
dilakukan. Oleh kerana, tidak wujudnya sifat keperimanusiaan di kalangan masyarakat dalam hal ini,
keamanan dan keselamatan masyarakat telah pun terancam.

Jika kita membanding zaman jahiliah dan zaman moden ini, kita tidak boleh menafikan bahawa
amalan-amalan jahiliah masih lagi wujud di kalangan masyarakat. Buktinya jelas dilihat kerana berlakunya
pelbagai kes yang berkaitan penipuan, rompakan, pencurian dan sebagainya. Contohnya, menurut Metro,
sebanyak 51,631 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian lebih RM1.61 bilion telah dilaporkan

7
Mahayudin Hj.Yahya. 1998. TAMADUN ISLAM. Penerbit Fajar Bakti. hlm 13

8
Arjuna @ Mohd.Noor Yunus. 2011.PRA-U STPM SEJARAH TAMADUN ISLAM. Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. hlm 15
9
Ibid
10
Ibid
11
Ibid. hlm 16
dari 2019 hingga 2021 di Malaysia12. Selain itu, menurut Siaran Akhbar Statistik Jenayah 2019, nisbah
jenayah indeks bagi 100,000 penduduk di Malaysia pada 2018 bertambah baik kepada 273.8 berbanding
tahun 2017 iaitu 309.713. Dengan ini kita dapat lihat,amalan jahiliyah masih wujud pada era moden ini. Oleh
itu kita haruslah mengamalkan prinsip hidup yang bermoral bagi melahirkan negara yang maju dari aspek
ekonomi,sosial dan politik dengan menjadikan zaman jahiliyah sebagai pengajaran.

2.3 Sosial

Kejahilan masyarakat Arab Jahiliah dapat dikaji melalui tingkah laku mereka yang biasanya
melalukan perjudian, pembunuhan, berzina, minum arak dan sebagainya 14. Kekejian mereka dapat
dibuktikan melalui pembunuhan di mana ia dilakukan secara normal. Contohnya, jika seseorang daripada
sebuah kabilah itu dibunuh, maka mereka akan menuntut bela si mati itu dengan membunuh
pembunuhnya kerana mereka mempercayai bahawa si mati itu akan berbunyi meminta balas dendam.
Seterusnya, kedudukan kaum wanita pada zaman jahiliah ialah sangat rendah 15. Hal ini dapat dibuktikan
melalui peristiwa di mana berlakunya penanaman bayi perempuan kerana mempunyai tanggapan bahawa
perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. Selain itu, perempuan juga tidak layak mewarisi harta ibu
bapa mereka. Menurut Prof. Dr Ahmad Shalaby, kaum wanita digunakan sebagai sebuah patung untuk
tujuan penghiburan dan untuk memuaskan hawa nafsu kaum lelaki. Penghinaan dan penindasan sebegii
terhadap kaum wanita pada zaman jahiliah membuktikan bahawa kedudukan wanita pada mas itu amat
rendah.

Pada masa kini, masih lagi berlakunya penghinaan terhadap kaum wanita di beberapa kawasan.
Contohnya, kaum wanita di Afghanistan sedang mengalami diskriminasi yanga sangat teruk yang
menjadikan negara mereka mengalami krisis kemanusiaan kerana kekejaman di negara itu terhadap
wanita adalah sangat keji sehingga menyebabkan banyak perempuan dibunuh dan dirogol16. Perasaan
ingin tahu wanita Afghanistan mengenai kesihatan, pendidikan dan kerja kebanyakannya terhad.Had rasa
ingin tahu dan keganasanini menjadikan wanita di Afghanistan didiskriminasi dan tidak boleh memperbaiki
kehidupan mereka.

Dengan ini kita dapat lihat bahawa sistem sosial masyarakat Arab Jahiliyah adalah amat keji dan
tidak bermoral. Oleh itu, kita tidak haruslah mengikutinya malah perlu mengamalkan tingkah laku yang baik
dan dipuji oleh orang ramai supaya dapat hidup dengan aman dan damai. Kaum wanita juga haruslah
diberi kesamarataan dalam semua bidang dan mereka juga perlu dihormati dan dikagumi kerana peranan
wanita dalam kemajuan sesebuah negara adalah sangat penting.
12
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/820760/51631-kes-penipuan-dalam-talian-dari-2019-2021-kerugian-lebih-
rm161-bilion
13
Mohd Uzir Mahidin. (2019). Siaran Akbar Statistik Jenayah. Jabatan Perangkaan Malaysia.
14
Nor Nazimi Mohd Mustaffa. (2020). PERUBAHAN TINGKAH LAKU MASYARAKAT ARAB JAHILIYYAH KEPADA TINGKAH LAKU
BERAGAMA. Jurnal Pengajian Islam, 13(1), 16–25.
15
Magdelena. 2017. Kedudukan Perempuan dalam Perjalanan Sejarah.hlm 20-21
16
Fitrah Awaliyah Rumadaul. (2017). PERAN UNITED NATIONS WOMEN DALAM MENANGGULANGI DISKRIMINASI TERHADAP
PEREMPUAN DI AFGHANISTAN. Global Political Studies Journal, 1(1), 63–78.


3.0 Zaman Rasulallah SAW dalam menyumbangkan pelbagai teladan dan pengajaran kepada
masyarakat sejagat.

Berlakunya perubahan-perubahan yang amat besar dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah ada
zaman Rasulullah SAW. Hal ini demikian kerana selepas kerasulan Nabi Muhammad, masyarakat Arab
Jahiliah mula menjurus ke arah yang lebih bercahaya.

3.1 Politik

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat jahiliah tidak mempunyai sebuah sistem pentadbiran yang
teratur dan sistematik yang menyebabkan sering berlakunya perselisihan faham antara kabilah. Tetapi,
pada zaman Rasullullah, Nabi Muhammad SAW telah membentuk sebuah institusi pemerintahan yang
teratur dengan menyusun perlembagaan yang dikenali sebagi Piagam Madinah terlebih dahulu sebelum
mengasaskan sebuah kerajaan dan semua lapisan masyarakat diwajibkan mematuhi undang-undang
tanpa mengira kedudukan,pangkat dan status17. Undang-undang ini dirangka berdasarkan wahyu yang
diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah18. Kepintaran rasullullah dapat dilihat dalam hal ini di mana
masyarakat di Madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah
sebuah pemerintahan. Perkara ini telah mengurangkan banyak masalah sosial di Madinah. Berikutan
dengan pembentukan Piagam Madinah, rasullullah juga telah berjaya menyatupadukan semua kaum di
Madinah dengan menggalakkan umat Islam menjalinkan hubungan persahabatan dengan masyarakat
bukan Islam iaitu oranh Yahudi serta mewujudkan persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar. Di samping
itu, Nabi Muhammad SAW juga menekankan aspek musyawarah dalam pentadbiran di mana segala
keputusan mengenai kerajaan dan negara akan diambil berdasarkan perbincangan dan persetujuaan
orang ramai19. Kepimpinan politik Rasulullah bukan sahaja tersrlah di peringkat tempatan, malah ia turut
terserlah di peringkat antarabangsa disebabkan oleh sifat diplomatnya. Sifat ini membantu baginda untuk
memperkenalkan ajaran Islam ke negara-negara seperti Parsi, Habsyah dan Byzantine 20. Dengan ini
terang lagi bersuluh bahawa, dengan adanya struktur pentadbiran yang cekap dan teratur serta pemimpin
yang berwibawa, sesebuah negara akan mencapai kemajuan serta kehidupan masyarakat akan lebih
tenteram. Oleh itu, kita haruslah memilih pemimpin yang berprinsip demokratik, menjaga kebajikan
rakyat,keselamatan dan kedaulatan negara supaya masyarakat dapat hidup aman dan damai.

3.2 Ekonomi
17
Zuhairi Misrawi. 2009. Madinah: kota suci, piagam Madinah, dan teladan Muhammad SAW. Penerbit Kompas
18
Mahayudin Hj.Yahya. 1998. TAMADUN ISLAM. Penerbit Fajar Bakti. hlm 100
19
Ibid. hlm 105
20
Ibid. hlm 111
Berbanding dengan ekonomi zaman jahiliah, kegiatan ekonomi di zaman Rasulullah banyak
mengalami perubahan positif. Hal ini demikian kerana sistem ekonomi zaman Nabi berpandukan al-Quran,
di mana prinsip keadilan dan ketelusan dititikberatkan, berserta pertimbangan dalam semua urusan
perniagaan21. Dalam erti kata lain, semua aktiviti untuk pembangunan ekonomi perlu memfokuskan kepada
kepentingan sosial masyarakat22. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW melarang penipuan, riba dan
monopoli dalam bidang perdagangan. Hak kesaksamaan dititikberatkan tanpa mengira status dan
kedudukan seseorang. Tambahan pula, antara sumber pendapatan utama umat Islam ialah zakat, iaitu
cukai yang dikenakan kepada mereka yang berkemampuan demi keadilan sosial bagi semua masyarakat 23.
Aspek keadilan dipraktikkan dalam penentuan nisab zakat. Contohnya, terdapat hadis yang menyatakan
mengenai kadar pengeluaran zakat pertanian sebanyak 5% atau 10% berdasarkan cara pengairan yang
digunakan. Justeru, kita dapat lihat bahawa kegiatan ekonomi pada zaman Rasulullah adalah berasaskan
kejujuran dan keadilan. Oleh itu, kita patutlah menitikberatkan dan mengamalkan sifat keadilan dalam
segala urusan ekonomi supaya dapat mengurangkan perkara-perkara buruk seperti rasuah di negara kita.

3.3 Sosial

Dari sudut sosial, masyarakat zaman jahiliah mengikuti kehidupan berpuak dan mereka hanya akan
bergaul sesama kaum mereka sendiri. Sebelum Islam, status suku terbahagi kepada tiga kategori iaitu
golongan bangsawan, rakyat jelata dan hamba24. Ini membawa kepada perpecahan masyarakat.
Kedatangan Islam dan Nabi Muhammad SAW membawa perubahan dalam masyarakat melalui
persamaan antara manusia kerana semua adalah sama di sisi Allah SWT. Dengan ajaran yang dibawa
oleh Islam, masyarakat mula meninggalkan kepentingan puak yang membawa kepada perpecahan, dan
mula mengamalkan konsep hidup harmoni dan persamaan taraf25. Konsep tersebut jelas membawa
perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan menyatukan mereka dan mewujudkan keharmonian dalam
kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, memandangkan negara kita juga terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum dengan budaya, kepercayaan, bahasa dan adat resam yang berbeza, kita harus mengutamakan
perpaduan dan menghayati kepelbagaian serta keunikan sebagai sebuah bangsa Malaysia.

Seterusnya, pada zaman jahiliah, wanita didiskriminasi oleh lelaki, dan maruah dan status mereka
sangat rendah. Tetapi pada zaman Rasulullah, Islam tidak pernah mengabaikan peranan wanita dan status
wanita yang suci dan mulia. Islam tidak pernah tidak menghormati wanita atau membiarkan mereka
tersentak untuk mencari maruah dan harga diri. Sebaliknya, Islam meninggikan wanita dan menjadikan
mereka setara dengan lelaki dalam hak dan kewajipan sosial, politik, pendidikan dan ekonomi. Peranan
wanita dalam perkhidmatan sosial pada zaman Rasulullah sangat dihargai 26. Peranan wanita ditekankan
dalam bidang seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan dan hiburan. Contohnya Khemah Rufaida al-
21
Dr. Sri Wahyuni Hasibuan. (2021). Sejarah Pemikiran Ekonomi Islam. Penerbit Media Sains Indonesia. hlm 7


22
Kamal Faezi Mahazir. (2020). Analisis Sumber Ekonomi pada Era Pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah. hlm 3
23
Arjuna @ Mohd.Noor Yunus. 2011.PRA-U STPM SEJARAH TAMADUN ISLAM. Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. hlm 256
24
Ibid. hlm 40
25
Ibid
Aslamiyah, hospital pertama di zaman Rasulullah, dibina oleh seorang wanita bernama Rufaida binti Kaab
al-Aslamiyah dan digunakan untuk merawat tentera yang cedera semasa peperangan27. Peranan Rufaida
dalam bidang perubatan telah memberi ruang kepada wanita untuk belajar ilmu perubatan. Selain itu,
wanita diberi hak untuk bekerja dan mencari rezeki. Contohnya, Ummu Salamha dan Ummu Amara
menjalankan perniagaan pemintalan benang28. Dari sini kita dapat melihat bahawa wanita dilayan dengan
baik pada zaman Rasulullah yang menyumbang kepada kemajuan dan kebahagiaan kerajaan. Oleh itu,
kita mesti menghormati wanita, melayan mereka secara sama rata, dan memberi mereka peluang untuk
meneroka pelbagai bidang di mana mereka boleh menyumbang kepada negara. 

4.0 Iktibar

Jika kita mengkaji kedua-dua zaman jahiliah dan zaman Rasulullah dengan teliti, kita akan
memperoleh banyak ikhtibar yang patut kita teladani dalam kehidupan kita. Antaranya ialah melalui zaman
jahiliah, saya mendapati bahawa pendidikan dan ilmu pengetahuan merupakan tunjang kepada kemajuan
sesebuah tamadun. Hal ini demikian kerana, masyarakat Arab jahiliah bersifat jahil dan melakukan
pelbagai perkara yang tidak bermoral seperti berzina, meriba dan meminum arak disebabkan oleh mereka
tiada ilmu pendidikan. Tetapi selepas kedatangan Islam, pendidikan mula dititikberatkan di kalangan umat
oleh Rasulullah sendiri. Wahyu pertama yang baginda menerima juga menekankan kepentingan
pendidikan di kalangan masyarakat. Selain itu, kita boleh lihat dengan jelas bahawa, dengan adanya ilmu,
tingkah laku masyarakat pada zaman Rasulullah mula berubah ke arah yang lebih bercahaya berbanding
dengan zaman jahiliah. Seterusnya, saya mendapati bahawa perpaduan merupakan elemen yang sangat
penting untuk mengukuhkan sebuah tamadun dan negara. Hal ini demikian kerana, melalui kehidupan
yang sering bertolak ansur dan bersatu padu, kita dapat mengelakkan perselisihan faham antara satu
sama lain. Dengan ini kita boleh mengurangkan berlakunya pergaduhan antara rakyat. Kesannya, kita
dapat mewujudkan sebuah negara yang harmoni dan selamat untuk tinggal.

Seterusnya, melalui zaman Rasulullah saya memahami bahawa kita haruslah melayan semua orang
dengan sama rata dengan tidak mengira jantina, kedudukan sosial, bangsa dan agama. Kenyataan ini
dapat dikukuhkan lagi dengan peristiwa di mana hamba dan wanita merupakan golongan pertama yang
mula memeluk Islam disebabkan hak kesamarataan ini. Oleh itu, kita haruslah menghormati orang lain dan
harus memberikan mereka peluang untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang tanpa bias. Tambahan
pula, saya juga mendapati bahawa, pemimpin yang berwibawa dan matang boleh melahirkan sebuah
bangsa yang maju. Contohnya, walaupun Nabi Muhammad SAW tidak berpendidikan baginda berjaya
mengusir amalan jahiliah dari masyarakat dan mebina daulah Islamiah dengan menyatupadukan ummah di
26
Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham, & Salasiah Hanim Hamjah. (2012). Khidmat Soaial Wanita pada Zaman Rasulullah SAW.
Jurnal Al-Hikmah, 4, 37–49.


27
Ibid
28
Salleh et.al. HAK-HAK WANITA PADA ZAMAN RASULULLAH SAW: MENYINGKAP SEJARAH SERIKANDI ISLAM.
Www.academia.edu. Retrieved March 9, 2023, from https://www.academia.edu/8901063/HAK-
HAK_WANITA_PADA_ZAMAN_RASULULLAH_SAW_MENYINGKAP_SEJARAH_SERIKANDI_ISLAM


Madinah. Perkara ini berjaya dilangsungkan disebabdkan oleh sifat keadilan dan kematangan Rasulullah
yang pandai bermusyawarah.Oleh itu, kita haruslah memilih pemimpin yang matang supaya negara akan
maju ke arah kemajuan dan kecemerlangan.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, zaman jahiliah merupakan zaman yang agak keji. Oleh itu, kita haruslah
mengambil ikhtibar daripada kesan-kesan amalan jahiliah kepada masyarakat zaman mereka dan tidak
harus mengulangi perkara-perkara tersebut dalam kehidupan kita. Zaman Rasulullah pula merupakan
panduan hidup yang amat berharga. Oleh itu, kita haruslah, mencontohi amalan-amalan yang dipraktikkan
oleh masyarakat zaman Nabi Muhammad SAW dan menjadikannya sebagai inspirasi dalam mendepani
zaman moden ini.

6.0 Rujukan
Arjuna @ Mohd.Noor Yunus. 2011.PRA-U STPM SEJARAH TAMADUN ISLAM. Penerbitan Pelangi

Sdn.Bhd.

Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham, & Salasiah Hanim Hamjah. (2012). Khidmat Soaial Wanita pada

Zaman Rasulullah SAW. Jurnal Al-Hikmah, 4

Dr. Sri Wahyuni Hasibuan. (2021). Sejarah Pemikiran Ekonomi Islam. Penerbit Media Sains Indonesia

Fitrah Awaliyah Rumadaul. (2017). PERAN UNITED NATIONS WOMEN DALAM MENANGGULANGI

DISKRIMINASI TERHADAP PEREMPUAN DI AFGHANISTAN. Global Political Studies Journal,

1(1)

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/820760/51631-kes-penipuan-dalam-talian-dari-2019-2021-

kerugian-lebih-rm161-bilion

Imamuna, Cahya Ravi, and Mumammad Sapil. 2021. “MAKNA JAHILIAH DALAM AL-QUR’AN (Analisis

Konsep Jahiliah Modern).” Al Muhafidz: Jurnal Ilmu Al-Qur’an Dan Tafsir 1 (2)

Kamal Faezi Mahazir. (2020). Analisis Sumber Ekonomi pada Era Pemerintahan Rasulullah SAW di

Madinah

Magdelena. 2017. Kedudukan Perempuan dalam Perjalanan Sejarah

Mahayudin Hj.Yahya. 1998. TAMADUN ISLAM. Penerbit Fajar Bakti

Meor Aris Meor Hamzah et.al. 2017. Sejarah Islam Sehingga Daulah Abbasiyah. Dolphin Press

International Sdn.Bhd

Mohd Uzir Mahidin. (2019). Siaran Akbar Statistik Jenayah. Jabatan Perangkaan Malaysia.

Nor Nazimi Mohd Mustaffa. (2020). PERUBAHAN TINGKAH LAKU MASYARAKAT ARAB JAHILIYYAH

KEPADA TINGKAH LAKU BERAGAMA. Jurnal Pengajian Islam, 13(1)


Salleh et.al. HAK-HAK WANITA PADA ZAMAN RASULULLAH SAW: MENYINGKAP SEJARAH

SERIKANDI ISLAM. Www.academia.edu. Retrieved March 9, 2023, from

https://www.academia.edu/8901063/HAK-

HAK_WANITA_PADA_ZAMAN_RASULULLAH_SAW_MENYINGKAP_SEJARAH_SERIKANDI_ISL

AM

Zuhairi Misrawi. 2009. Madinah: Kota suci, Piagam Madinah, dan Teladan Muhammad SAW. Penerbit

Kompas

You might also like